.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Sunday, May 9, 2010

Buku itu & Ip Man 2

9 Mei - Hulaaa... just citer2 sikit... cuti2 ni mengisi masa lapang sebelum datangnya masa2 sibuk, merayau2 di pusat beli belah terkenal di kota metropolitan ni. of coz lah Mid Vel yg tepinya ada The Garden yg berbintang-bintang...

Ip Man 2 - sgt2 best, jln ceritanya... kisah benar kot maka, antara (baru) 5 movie yg aku tgk tu, Ip Man 2 adalah yg terbaik mengalahkan Iron Man 2

Keluar jalan2 jumpa kawan sekolah time kat Maahad Ahmadi dulu2... makan2, borak2, gelak2 + movie- Iron Man 2... o yea, sepanjang hidup aku, seingat aku, ni baru kali ke-5 aku tgk movie, 2 kali yg pertama tanpa rela, 3 kali yg seterusnya dgn rela... so, dats y la org kata, cubaan pertama itu, akan membawa kpd keberterusan.... ala... mcm rokok la... kalau aku dulu2 pernah try2 hisap rokok ker, ganja ker, tidak mustahil hari ini aku adalah seorang perokok yg sedang menjahanamkan organ2 penting dlm badan ! sama kes mcm tgk movie ni ... haha... tapi aku still cuba elak sebenarnya... haha, 5 kali kot, elak ker ?

Ip Man vs Iron Man, sape menang ? hahaha

ok, sebenarnya nak berkongsi sedikit mengenai koleksi buku2 aku ni ha... datangnya dari serata pelusuk, dan setiap buku ada kisahnya... :)

Buku bersaiz sebesar tapak tangan anda shj, jgn tertipu dgn gmbr tertera,
buku ini dihadiahkan oleh seseorg.... noktah

buku ni berasal dr Masjid Shah Alam yg kubahnya paling besar tulah n dikelilingi 4 menara biru.
Masuknya bulan Ramadhan 1431 ini, buku ini berusia 1 tahun. Pengisian di dalamnya menarik, semenarik tajuknya juga. nak pinjam ker? mehla...

Pertama kali ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2010, ni buku pertama yg aku beli.
buku nilah yg paling best n menarik dlm byk2 koleksi buku yg aku ada.
Tgk tajuk pun dah berminat nak baca... sgt best bg aku,
tp bg mereka yg lebih suka bc Ujang, Gila-gila, URTV... i not sure lah...

Hadiah N. Johan pertandingan menulis esei Maulidurasul.
Dipenuhi dgn gmbr2... n ok lah... biasa2 jer

Ni dari Suria KLCC, ntah apelah nama kedai buku Jepun tu, lupe plak...
best gak buku ni... kulit buku yg cantik n tajuknya buat aku tertarik nak baca lebih lanjut...

Asal dr Pekan Buku KPS jer buku ni, tapi tajuk n pengisiannya mantap. Strategi menghadapi kekalahan ! Bersediakah anda ?

N ada beberapa keping lagi kat umah, aku memang bercita-cita utk mengumpul buku2 ni, than kat rumah aku sendiri nanti, nak buat perpustakaan mini... haha. Aku citer pasal buku2 ni bukannya apa... dengan membaca kita mengusai dunia... Nabi Rasulullah SAW juga menerima wahyu pertama surah Al Alaq, ayat pertama membawa maksud ... bacalah... ! so membaca itu sgt penting, memang time baby lahir2 kita terus menangis, sebab kite manusia biasa takkan lahir2 terus pi amik buku than baca ?! aiyo... tapi than kita diajar untuk membaca... menulis mengira dan seterusnya dgn perkara asas tersebut kita mampu mengusai segalanya - insyallah...

Jangan lihat siapa yang menyampaikan, tetapi dengar apa yang disampaikan...
Jangan nilai siapa penulisnya, tp nilai apa yang ditulisnya...

Maka, berbekalkan statement kat atas ni, aku apabila membeli buku, aku pasti selak kandungannya, siapa penulis aku abaikan buat sementara waktu, tidak seperti ada sesetengah org, yg kekadang sgt kisah siapa penulisnya, berbanding apa yg ditulisnya, aku heran dgn mereka ini, atau pun mereka yg hairan dgn aku / ape2 lah...

Selamat membaca -
bangsa membaca bangsa berjaya



p/s:
1. ada jenis orang suka membeli buku, tapi bacanya tak.. addooiii
2. sangat teruja utk MMOC 2010...
3. tgk la Ip Man 2 - rasis sebenarnya

Thursday, May 6, 2010

Kucing Itu...

ini ialah gambar kucing !

Prakata

Di suatu petang, seorang ibu hanya memerhatikan anaknya yang baru berusia 5 tahun berlari2 ke arah jalan raya mengejar seekor kucing, jalan raya tersebut pula dipenuhi dengan kenderaan yang laju-laju belaka. Si anak terus berlari mengejar kucing tersebut menuju ke arah jalan tersebut. Si ibu hanya sekadar memandang anaknya.

Seorang jiran yang ternampak anak itu, terus menjerit dan berlari mendapatkan anak itu. membawanya ke tempat yang selamat. Memberi tahu anak itu, ....anak, kucing itu memang comel, tapi jangan dikejar, kerana kucing itu membawa kamu ke jalan raya yang terdapat bahaya. Disebabkan kucing itu, kamu boleh dilanggar oleh kereta ! Eh ibunya ni, x nampak ker anaknya tu, xkan nak dibiar anaknya mati dilanggar kereta ? Marahnya sendirian... Si ibu hanya memandang, lalu mengambil anak itu, dan dibawa pulang seperti tiada apa yang berlaku.... TAMAT !


Disebalikata

Seseorang yang menyayangi sesuatu tidak kisah benda hidup atau sesuatu yang tidak bernyawa, pasti akan menjaganya dengan sebaik2nya. Tidak akan dibiarkan terbiar, jika boleh dibasuh pasti akan digilap sehingga berkilat2. Jika boleh disayangi pasti akan dibelai setiap masa. Begitulah betapa sayangnya kita akan sesuatu...

AKU? aku sayang keluarga aku, apabila berjauhan dengan keluarga, kawan2 aku adalah keluarga aku, maka aku pun sayang kawan2 aku... Aku taknak kawan2 aku (lebih2 lagi yg bergelar sahabat) sesat di depan mata aku !!! Aku xnak kawan2 aku, dalam keadaan mereka dekat dengan aku, tapi dalam terang x perlu bersuluh nyata2 melakukan perkara yang memang masing2 sedia maklum halal dan haramnya...

Maka, (insyallah) aku akan bertindak seperti ibu yang penyayang itu !

Alkisahnya


Exam dah habis. Sesetengah mereka kata (menjerit) MERDEKA !!!... aku? argh... ade aku kisah, xde maknenyer merdeka, kat depan masih terlalu banyak yang menanti. Mana mungkin kehidupan ini MERDEKA ??? Merdeka daripada exam, tp perkara lain berderet menanti... eh lain pulak bunyi ayat aku. apesal..?

Ok2... Yeaaaaa... exam dah habis !!! menanti result, mengharap yang terbaik.. huhu... no more exam...so, nak ke sana nak ke sini, tgk itu dan ini. Sepanjang bulan 5 seperti post yg sebelumnya, aku dipenuhi dengan beberapa perkara. Tapi... banyak pula yang bertindih tarikh menyebabkan aku terpaksa memilih dan buat keputusan yang amat sukar... Ape pun ok lah, aku bagi tau... Insyallah (INSYALLAH) aku akan menyertai Malaysia Microsoft Office Championship 2010 (MMOC), bengkelnya pada 7-8hb ni di Terengganu terpaksa ditukar next week ke Johor (aloo... che nak p Terengganu). Yuran penyertaannya sangat mahal, terima kasih UM... hehe. So disebabkan pertukaran tarikh tu, aku x dapat la join Karnival Belia kt Putrajaya tu... sgt teruja nak join bende alah tu, tp apakan daya... huhu


Tak jadi pi sini

Pergi ke sini pula...


So disibukkan (akan) dengan Sidang Redaksi, dok buat majalah kolej, so balik lmbt sikit... My Mom dah dok meng calling tanyer bile balik... than esok kol lagi tanyer soalan yg sama... (dan menerima jwpn yg sama) aiyooo...

Penutup

Selamat bercuti diucapkan kepada warga universiti2 di seluruh Malaysia, dan kepada sesiapa sahajalah yang akan bercuti. Sila manfaatkan cuti anda. Pastinya pelbagai aktiviti menarik dan program menarik ada disekitar anda, menanti anda untuk menyertainya... Selamat Bercuti, jumpa lagi di Tahun yang sama, di Sem dan Sesi yang berbeza, dengan wajah semangat dan azam baru !


Saturday, May 1, 2010

Mei: Gembira mengubat duka...

SMILE is SEDEKAH

Datang lagi... hari ini
Hari ini ialah hari ini.............

Setelah April menyaksikan aku diselubungi

kekecewaan geram sedih dan emo mengusai diri
Mei datang dengan membawa sinar gembira di hati
Mengubat segala kekecewaan ~ biarkan ia pergi

Sungguh mudah duka lara dihati

Ditewaskan dgn kegembiraan yg tidak pun dihajati

Mungkin itu sebagai pengganti

Hikmah dan aturan daripada ilahi

Alhamdulillah.. kusyukuri

Mei ini...


5hb ~ paper terakhir, Town Planning Practice, x sabar nak jawab... gud luck kpd diri aku sendiri dan kawan2... aja-aja fighting (tgk jer soalan2 tahun lepas tu)

Veni.Vedi.Vici

7-8hb ~ Insyallah, menjejakkan kaki buat pertama kali di negeri yg terkenal dgn penyu - yg suatu ketika dulu hangat, no penyu2, welcome to nemo ! ala..ikan dlm citer finding nemo tulah. Kursus, di Hotel Grand Continental, Terengganu. Sebenarnya bukan kursus, tapi pertandingan yg disertai dgn kursus ( ??? ), ehm.. pertandingan ape tu? nantilah baru bagi tau... ape pun, ia memang pertandingan yang memang aku sangat minat, n sangat2 teruja, punya prestij tersendiri, lebih2 lagi ia melibatkan sehingga ke peringkat antarabangsa, addooii.. pertandingan ape ni ? haha... (yg pasti ia ada kaitan dgn bende yg korang tgh tgk ni)

Kenangan Terindah (jom)

Johan Pertandingan Memasang Komputer Hari ICT N. 9 '07
(new record- 6 minit)
(dpt laptop, tp kene bg kat sekolah, so sad,
kami dpt printer, nasib bek printer mahal, huhu)

9-25hb ~ mula menambah kelajuan untuk gerak kerja majalah kolej astar. Sidang Redaksi - Pertama (nama majalah ni) aaddoooiii. kami bekerja dgn hati yg riang lalalala. walaupun terpaksa berkampung hingga 25hb ?! (saudara pengarah, saya mintak cuti sakit pada tarikh2 seperti yg tertera, hoho)

time sekolah dulu2...

11-15hb ~ Pertandingan Debat di UiTM Sarawak, alamak... sory guys, aku x dapat join yg ni, huhu... hajat di hati nak mula berpencak semula di arena debat, tp masih terpaksa dipospone.. gud luck kpd kawan2, moga kali ni tersangkut lah kat Johan ker, N. Johan ker.. hehe


14-16hb ~ dan yang pastinya, dgn kos lepas yg ada, aku memilih utk ke Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya (juga UPM). Dengarnya, macam2 ada ! 1st time join ni, ntah apelah yang ada kat sana tu... huhu org yg mengajak plak x join sama... aiyo yo...

28-29hb ~ Sekitar tarikh ni, ada something yg sangat mengujakan aku, buat aku x senang duduk, makan x kenyang, mandi x basah, tidur x bangun2 !.. haha - nantikan... oh ya, aku nak ucapkan selamat berjaya kpd diri aku sendiri, biar org x tau, tetibe... eh... wow ! (tp semua tu x pasti dan hanya tinggal fantasi, hanya usaha dan semangat pencetus kpd realiti!)

4 sekawan - upin ipin n d geng,
(lg sorg baby tgh terbaring kat blkg tu, nmpk x? hehe)

30hb ~ balik !, x sabar nak jumpa family yg jauh di perantauan (huh, seremban jer kot) dan nak jumpa anak2 buah yg setia menanti kepulangan aku..

dan yang pasti, semua itu buat aku tersenyum mengubat duka
maka benarlah, setiap berlaku itu pasti ada hikmah di hujungnya

sekadar menanti - cuma kita yang tidak tahu bila dan apa
bersangka baiklah dengan tuhan yang menciptakan kita...



diakhirnya aku sedar,
ape yang aku merepek ni?
bertindak bernafsukan emosional
hanya menambah sakit di hati
lebih baik redha dan mengukir senyum
menanti sinar dan mentari
yang hadir membawa
harapan...

aku sebuah blog
blog ini punyai tuan
tuan aku suka menulis kisah2nya
dan........ (will b continue)

Friday, April 30, 2010

Lawaks Relaks



Tuesday, April 27, 2010

Dont B Sad


Assalamualaikum dan selamatlah ke SeMalaysia dan seantero dunia.
(mereka suka menyebutnya sebagai Salam 1Malaysia)

Musim Peperiksaan masih membanjiri Varsiti Perdana yang tercinta ini.

Dari Abdullah bin Mas’ud- Rasulullah saw. bersabda, ‘As-salam’ adalah salah satu drpd Asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam (Assalamualaikum) di antara kamu.” (HR. Bukhari)

Semoga berjaya diucapkan, berjaya tidak semestinya cemerlang, cemerlang akhlak menjamin diri untuk berjaya (insyallah) - Al Mukminun:2. Kalah (cuba lagi), result exam teruk (sape suruh x study), atau tidak dapat sesuatu yg anda harapkan, tidak bermakna anda gagal (kerana mungkin itu adalah yang terbaik buat diri anda). Sedarlah anda gagal apabila gagal mengawal diri sendiri, gagal mengawal emosi gagal mengawal nafsu.

Sesi 2010/2011

so, disebabkan kekecewaan yang sangat2, geram dan segalanya... aku memilih
no more... (kalu ade pun 1-2 jer, haha)

ezlyn kate, hai2 by2... bosan ! join mcm2, tp...huh...
of coz la i care, kalau aiman yelah, aiman x kisah !


Tapi... kawan2 nasihatkan, hasyim, jangan macam tu, x baik, mungkin itu adalah yang terbaik buat ko, ada hikmah, redha, sabar... n macam2 lagilah... penuh inbox aku dibuatnya, (sory, ada yg x ter reply).... ok fine, mulut aku sekadar mengiakan-memujuk hati, ye2, sabar hasyim, ada hikmah tu, redha, ... tapi tipu ! jangan jadi penipu kepada diri aku sendiri, hipokrit jadinya. Gagal !

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” Al Baqarah: 216.



Serius, aku masih tak ok, sape kate aku ok ? akan aku bawa kekecewaan (+ geram yg sangat) hingga lah aku keluar (atau dia yg keluar!). Nasib baiklah kegeraman n kekecewaan ini tidak boleh diluahkan, biar senyuman meniti di bibir menggantikan lara di hati. (mintak maaf kpd beberapa org yg jadi mangsa bad mood aku). Alhamdulillah, di akhir2 sem ini, hati aku ditautkan dengan 2 orang, 2 orang yang punya kisah perkenalan tersendiri. Tidak kusangka kita akan berlari sejauh ini ! Hakikatnya masih sukar mencari when i say ' im ok', dan seseorang membalas...'i know, u r not !'

logo yg lawa :)


Maka, setelah di invite oleh seseorg (melalui medium elektronik-fb dan bersua muka), maka aku pun mengambil keputusan untuk menyertai seperti yang tertera di poster kat atas ni, atau sebenarnya, join ni sebagai nak mengubat hati yang sedang x gembira ni. Sekali imbas tentatifnya, pastinya ia sesuatu yang sangat menarik dan menimbulkan rasa teruja. Moga2 di sana bertemu kegembiraan dan keceriaan.

Masih cuba memujuk hati.... tenanglah tenang wahai hati...

Kami sentiasa berharap kpd Allah... At Taubah: 59




Terima kasih kerana sudi membaca


Dont B Sad,
10.21 am

Monday, April 26, 2010

Happy Exam...


...apabila kamu telah bertekad, maka bertawakallah kepada Allah.

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya.
Ali Imran: 159

Friday, April 16, 2010

Ibu kita satu...



Saya ada ibu
Ibu saya satu
Pesanannya beribu-ribu...!

Sebagai tanda kasihnya ibu
Setiap langkah satu persatu
Diiringi dengan pesannya yang beribu
Jangan begini jangan begitu
Waras bertindak jangan melulu
Berhati-hati ke tempat dituju
Memilih teman biar beribu
Musuh jangan pun satu
Pesannya memang beribu..!

Matlamatnya hanya satu
Melihat anaknya menuju mercu
Genggam erat cita-cita lalu
Cemerlang menuju Allah Yang Satu
Pasti berputik puas di kalbu
Itu anakku !

Alhamdulillah... syukur padaMu
Beribu pesanan ibu mengiringi langkahku
Disamping redha dan rahmat dariMu

my family
....


HasYimie
9.10am

Thursday, April 15, 2010

Buat sahabat...


hari ini,
adanya dia menggembirakan aku...
hilang sedikit rindu di hati,
walau kita baru sahaja berkenalan...
tidak pasti hendak mula dari mana
yang pasti....

suka mendengar ceritanya...
itu dan ini...
lagaknya seperti seorang motivator
mungkin juga sebagai penglipur lara
sekadar berkongsi cerita...
sedar...
masing-masing sedang cuba menyesuaikan diri
setiap soalan pasti bersebab
jawapan diberi jangan sebarangan
cuba menyelongkar ceritera disebalik diri
mengorek sedalam-dalamnya perihal diri

tidak mengapalah...
kerana..
masing-masing pandai...
pandai meluah apa yang perlu...
sekurang-kurangnya belajar...
membaca yang tersirat
walaupun dengan hanya jelingan mata
apatah lagi senyuman biasa
pasti tersirat 1001 makna
salam perkenalan !

Ya Allah...
berdoa dan memohon kepadaMu
moga pertemuan ini hanya kerana Allah...
perpisahan juga hanya kerana Allah...

-HasYimie...

Sunday, April 11, 2010

Exam Lagi...



Ehem2... sukacitanya tuan punya blog, yang mana gambarnya seperti di atas, mengucapkan kepada semua warga Universiti Malaya dan pengunjung2 blog yang akan terlibat dengan peperiksaan, mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Moga maju jaya, peroleh kejayaan yang cemerlang dunia tidak dilupa kejayaan akhirat yang kekal selamanya...



Pada 8 April lepas, Persatuan Mahasiswa N. Sembilan (PERMANIS) telah berjaya menganjurkan Majlis Apresiasi dan AGM 09/10 di Rumah Universiti, dengan agak lancarnya lah.. haha.. (kelam kabut kot aku dibuatnya) ape pun, tahniah diucapkan kepada pimpinan akan datang, dan sekalung penghargaan buat PERMANIS 09/10 yang pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis (dan pahit). Sudi2lah layari blog PERMANIS... klik me...

Monday, April 5, 2010

Castle On Cloud



lirik lagu ni agak menarik sebenarnya...
jom dgr...

There is a castel on a cloud
I like to go there in my sleep
Arent any floor for me to sweep
Not in my castle on a cloud

There is a room thats full of toys
There are a hundred boys and girls
Nobody shouts or talk to loud
Not in my castle on a cloud

There is a lady all in white
Holds me and sings a lullaby
She's nice to see and she's soft to touch
She say...
Cosette, i love u very much

I know a place where no one's lost
I know a place where no one cries
Crying at all is not alllowed
Not in my castle on a cloud

Saturday, April 3, 2010

Bangun2... solat subuh jom...


susahnya nak bangun di awal pagi, untuk solat subuh...pergi kerja, tiap2 hujung bulan dpt gaji, tapi pi solat subuh hari, x dpt ape2 pun... ha.. tulah masalahnya.. kita x nmpk... bayangkan kalau kita nmpk... pi solat subuh... nak amik ko... segunung pahala., mahligai emas n lain2 yg x terjangkau di fikiran.. mesti penuh surau2 n masjid2... jom kita tgk apa istimewanya sangat solat subuh ni...

Solat yg paling berat bg org munafik ialah solat subuh dan isyak, sekiranya mereka mengetahui apa yg terkandung di dalamnya, pasti mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak HR Bukhari n Muslim...

...dua rakaat solat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya ! HR Muslim...

Dari Abu hurairah , Rasulullah SAW bersabda: jgn tinggalkan solat subuh walaupun kamu dikejar kuda, HR Abu Daud n Ahmad

istimewanya solat subuh...


1. solat yg paling utama...
2. azan subuh yg special yg ada penambahan seruan, solat itu lebih baik drpd tidur
3. Rasulullah ada bacaan khusus ketika solat subuh pd hari jumaat, iaitu surah as sajadah pd rakaat pertama, dan al insan pd rakaat ke 2
.
4. solat subuh tidak diqasar atau dijamak, n Rasulullah memanjangkan bacaan ketika solat subuh......
5. Solat sunat sebelum subuh ialah solat sunat paling utama ...Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan oleh Rasulullah selain daripada solat sunat sebelum subuh HR Bukhari

Friday, April 2, 2010

Himpunan Hari Yang Telah Berlalu

Masjid Besi, Putrajaya...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam saiyidul ayyam
di tanggal 2 April, 17 Rabiulawal 1431.

Dah lama x menulis di blog kesayangan aku ni, hampir sebulan jugak lah... so la ni, semua yang akan ada baca ni, kalau sudi, merupakan himpunan kisah gambar dan peristiwa sepanjang blog ini tidak di update....


GEMA ASTAR - KAMI LAH JUARA


pada 20 mac yg lepas, UM telah menganjurkan Festival Seni 2010, n aku macam biasa join kompang yang aku sgt sayang ni....(ye ke?) berlatih mcm nak giler, tapi sgt best ade team member yg macam korang, nak ditulis namanya byk tapi semua Gema Astarian lah...

korang memang best n menghiburkan... tiba hari pertandingan, tahun lepas kami Johan tetapi tahun mengecewakan, kami naib johan jer... (naib johan ok wat ?)

tapi bg aku still x ok, aku n kami nak johan... kalah bukan kpd yg sepatutnya amat menyakitkan hati sebenarnya... tapi nak wat camne, menanti hikmah disebaliknya. n la ni kompang dah habis

(tapi still dpt jemputan utk buat show) xde lagi dah traning mlm2 or petang, nak jumpe korang semua pun susah, dulu2 habis training pi mkn2 kat KFC belakang tu, la ni xdak dah... huhu... (bc dgn nada sedih)



comelnya... (yg tgh tu jer..)

gema bergema astar bergema.. o yea..


MAS - SIMFONI UKHWAH

pada 15 mac yg lepas Balai Islam Astar under aku berjaya jugak menganjurkan dinner yg buat pertama kalinya dianjurkan dan diberi nama sebagai Malam Apresiasi Balai islam Astar (MAS) , di Rumah U. aku sgt suke even ni, n terima aksih aku ucapkan kpd semua warga BI. Semuanya best n menjadi antara kenangan terindah aku... (more)

Penyelia2 kolej yg diraikan bersama... :)

Aku, Penyelia Penasihat n Presiden

Malam Penganugerahan Astar (MPA)

kwn2 semeja...

Pada 3 n 6 Mac lepas, kolej aku (yang disayangi ni) mcm biasa, buat dinner tahunan, ade dua kali, satu wat kat kolej, lagi satu kat PICC, Putrajaya International Convention Certer lah... dinner tu bg aku biasa2 jer...selain drpd hidangan drpd eden katering yang lagi sedap makcik dm tu, dengan persembahan hiburan, nyanyian, tarian n ntah ape2 lagi lah...x termasuk pakaian ala2 musim panas, tu semua buat aku sakit mata n hati.


tapi ape pun, terima kasih kpd diri aku sendiri yang bersusah payah join projek2 kolej, yg kadang2 menyakitkan hati.... bukannyer ape, sekadar ingin membantu pengarahnya. n time MPA tu beberapa kali lah aku nek pentas fairy tale yg nmpk dongengnya tu.. kate mahasiswa... huh... tension.

MPA '10 PICC

HAPPY BIRTHDAY MAK !

than, 23 mac lepas, my mum birthday...aku sekadar mampu call, nak blek bg hadiah ker, mayb mcm x sempat plak, aku kol.. tu pun setelah aku hampir terlupa, borak2 sikit, tapi x wish pun... ntah, maybe sebab time tu air mata aku dah nak berlinangan.. (T_T) aku ni sensatif sikit, tiap kali mak aku kol or akku kol mak aku, aku rase sed ih, umah somban jo, tapi macam kat Sabah plak, blek setahun sekali hahaha... than habis kol, aku msg wish birthday mak aku. sayang mak...

my mother, diapit oleh my sister dan cucunya

n xperlu kot aku nak tulis semua, cumanya bulan 3 ni walaupun kalender aku ni penuh bertanda, tp aku still free, kelas pun dah x byk, la ni tinggal nak study jer... 1 april lepas (setelah dipinda tarikh 2 kali, sgt menyakitkan hati sebenarnya) baru selamat menyelesaikan meeting post mortem BALAI ISLAM aku tu ha.... semua ok jer... tapi sedih, coz itu yg terakhir, huhu... n dlm minggu depan, sedang mempersiapkan untuk meeting AGM PERMANIS di Hotel Singgahsana.. hoho. hope semua lancar...sepanjang dok dlm PERMANIS ni, dah merata hotel n tempat aku pi... FOC jer...

Meeting Post Mortem BI 09/10

la ni, aku tgh berkira2 untuk menyertai program Rakan Muda Wawasan Desa anjuran Sekretariat Rakan Muda UM. OPKIM la tu... dah2... terima kasih membaca... (ni blog aku, memang byk gmbr aku haha) sekian, oh yer b4 tu... selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar UM. gud luck. suka utk aku memetik sepotong hadis Rasulullah SAW...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Islam dibina di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).