.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, March 31, 2011

PROKAS & AGM PERMANIS



Baru baru ni, seperti yang tertera pada poster di atas, aku sebagai timbalan pengarah, (hehe) baru jer selaamt menjalankan program tersebut... Syukur Alhamdulillah, sebab pada pendapat aku sendiri, aku rasakan program tersebut berjalan dengan lancar, dan paling best ialah apabila penyertaannya sangat menggalakkan. Entahlah, maybe sebab tertarik dengan poster yg macam lawa tu kot, hasil hasyimie designii, haha... Apepun, jika diberi peluang, insyallah, sesi depan anjurkanlah lagi PROKAS dengan skala yang lebih besar.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terutamanya rakan PERMANIS yang telah banyak membantu menjayakan PROKAS 11... semoga jumpa lagi di PROKAS 12... insyallah...

-boleh lah baca lagi mengenai PROKAS di link di bawah ini :)


dan, selepas ini, program terkahir PERMANIS ialah seperti yang tertera pada poster di atas ini. Moga semuanya berjalan lancar... dan sekadar nak bagi tau, poster kat atas ni, dalam ratusan design2, ini adalah poster terbaik yang pernah saya hasilkan. Btw, cantik itu subjektif... tak semua orang kata ayam kfc tu sedap...

kalau korang sudi nak tengok-tengok my dewan pameran, boleh lah klik link kat atas tu...

Monday, March 28, 2011

Antologi Kisah… Oren, Hijau, Coklat & Biru

Ok,kali ni taknak opening yang merepek, terus kepada kisahnya…

1. OREN

Dari tahun satu dan dua dulu-dulu, aku diminta menjadi wakil calon fakulti aku ni ha, fakulti alam bina lah, tapi aku tolak, masa tu aku piker aku just nak tengok dan sokong dari jauh jerk…

 
Before 2 nak habaq, che ni dari PASUM, masuk-masuk pasum jer dah tau semua pasal politik um ni ha, time aku kat PASUM dulu2, yang hot, ada hantu mengundi kat kk12, isu stupid debate, habis pengetua die kene, pasal penjenamaan semula Pro Mahasiswa, dengan logo, warna, tema dan pelbagai montaj video dan risalah edaran yang design dan kualitinya memang terbaik yg memang diorg xleh lawan, betul kan.. ? dan Penggerak Mahasiswa pun aku rase masih segar dengan G.E.R.A.K nya tu dan hadir dengan memperjuangkan Agama Ilmu Kebajikan Perpaduan, ok lah kan… 

Ok balik semula ke zaman sekarang…



Tahun 3, now… dengan berat hati pada mulanya tetapi senang hati di akhirnya, aku pun menerima sebagai Penyokong/Pencadang Calon Fakulti Alam Bina, Luqman Hakim Bin Mohd Fadzir, calon Pro Mahasiswa… whoaaaa, luqman tu junior aku lah, aku sebagai penyokong, fairuz my senior sebagai pencadang, and eyna chan, masyitah, jannah, dan syahidah sebagai wakil calon (wc).



Seronok lah jugak jadi wc ni, ala2 manager yang menguruskan luqman tu ha, pi berurusan dengan hep, pi jumpe dekan mintak pengesahan, isi borang itu ini, pi kolej2 untuk minta kebenaran wat kempen, tampal poster, edar manifesto, teman dia mana2 dia pi, ajar dia mengucap, eh, ajar dia berucap, dan memberikan kata2 semangat, bla bla bla… dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



Dan sekarang, Alhamdulillah… dia sudah pun menang dengan memperoleh undi paling tinggi antara 2 orang calon lagi yang bertanding tu… tahniah sangat… sesungguhnya kemenangan itu, dan siapa yang menang pown, ia datang dari Allah…



Ok, cerita sikit sepanjang Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya, korang pun tahu kan macam mana hot dan gilanya PRK UM ni ha… setiap tahun ada aje something yang hot.



Pada hari penamaan calon, memang hantu, entah macam mane, aku bangun terlambat hari tu, sedar2 luqman call time tu dah kul 9 lebih, luqman pun x kejutkan aku awal2, grrrr sangat… so aku terlepas nak beraksi semasa perarakan tu, of coz lah meriah dan ramai… than, aku terus bersiap, capai bende penting seperti wallet yang ada segala jenis kad, kamera berbateri beserta memori kad, dan 2 biji handphone yang mempunyai kredit yang masih full tank, pen berdakwat dan buku nota, luqman ada handphone yg mcm laptop aku, so xyah bwk laptop.. hoho



Memandangkan kali ini semuanya menggunakan e. e voting sudah tentu, e penamaan, e bantah e rayuan dan entah ape2 e lagilah, naseb bek xde e kempen e demo e berarak… so memang time hari penamaan tu, ke hulu kilir bawak laptop, memang dah macam ape tak tahu lah aku tengok, dengan wayar berselirat, dengan printernyer, laptop dan segala jenis perkakasan berteknologi yang lain.



Seperti biasa, hari penamaan memang panas, just tgk gambar2 ni ok, aku pun join sekali lah, join amik gambar2 hot dan eksklusif. Hari penamaan calon tu, aku berkampung kat kompleks perdanasiswa tu dari pagi sampailah ke malam… memang penat giler…

Petang sehari sebelum hari mengundi, kami geng berkonvoi pusing satu UM, kereta n moto n banner n poster, memang best n meriah giler n ramai yang join.. hoho…



Alhamdulillah… sehingga post ini di tulis, PRO MAHASISWA telah pun memenangi 23 kerusi,16 oleh gerak, dan 2 bebas, sebab.. if korang nak tau, dan setahu aku, sehingga ke saat ini, masih belum ada pengumuman rasmi, disebabkan isu kehilangan masturah… biarlah, hanya Allah yang tahu…

Calon umum PRO M menyapu bersih 9 kerusi umum, calon umum PRO M memang korang pun xleh nafikan lah kan… memang yang terbaik… sebelum ni pun, tahun lepas dan 2 tahun lepas pun 8 kerusi umum milik YB PRO M… gerak ?? ehm… belajarlah daripada sejarah…



And alang2 dah membebel ni, biarlah aku betul2 membebel, just nak citer, yang kolej aku ni, Astar lah kan… ehm.. entah lah, diorang kata kuat gerak, semua kolej dalam um ni pun memang gerak punya lah… hahaha… setakad pakai baju free (tahun ni kene byr 10 hinggits), pakai lah, aku ade kisah, tapi time mengundi, undilah PRO M, setakad poster bersepah, gantung 2 3 banner sekitar kolej, ade aku kisah, gantung dan tampal lah, kerana bagi aku, benda itu yg akan menimbulkan persepsi yg sebaliknya... ok, xleh citer panjang2, nanti blog aku yang hot ni jadi bertambah hot plak…

Lagi pun, sape lagi yang undi calon2 umum tu, mestilah aku, kita dan korang, kalau tak takkan lah diorg leh menang kan, semua lak tu, undinya pun tinggi2, of coz mestilah kite yang undi, n berdasarkan pengiraan kasar aku, ditambah tolak dan bahagi dengan jumlah keluar mengundi dan jumlah undi tertinggi yg diterima, lebih kurang setiap 1 orang drpd 2 orang telah pun mengundi calon umum PRO M… wat susah2 jerk.. hehehe… tq



Dan paling tekanan jiwa, dan aku rasa satu kebodohan yang nyata, apabila seorang junior ni kata kat aku, seorang hamba Allah ni kata, mesti undi gerak, kalau tak, tak dapat stay kolej,  (eh, apesal aku yg terase ni ?) at last, die tak pergi mengundi pown, bodoh giler, dua dua pown bodoh… yang mengugut tu pun stupid, yang diugut tu pun stupid… tapi aku tak kata aku ni pandai, mungkin aku pun stupid gak… tapi aku just nak cakap, ape lah yang junior2 ni takut n kisah sangat pasal stay kolej, pergantungan stay kolej tu bukan pada undian korang, tapi pada Allah ok, takde maknenyer undi gerak dapat stay kolej, undi PRO M kene buang, 

aku ni ha elok jer bertapa kat 1st ni…  ingat.. pergantungan segala urusan itu hanya pada Allah… bukan pada manusia… (aku buat tak tau jer bende alah ni, len kali rakam ok, barulah ade bukti yg boleh dicanang) 



At last, lepas PRO M memang, junior2 cakap kat aku, ‘’eh abg, saya tak sangka pulak ramai PRO M kat UM ni, lepas ni saya akan lebih menyokong PRO M…’’ aku pun sekadar senyum mengiyakan…

ok stop talking about prk… yang penting, PRO MAHASISWA ialah KERAJAAN di UM… saya pun kerajaan… JOM !!!


*btw, NC baru sahaja mengumumkan secara rasmi, PRO M menang.. whoaaa… Alhamdulillah…



saya sokong PRO MAHASISWA, anda sokong PENGGERAK MAHASISWA... so what ? sokonglah... 

2. HIJAU


Next aku nak citer pasal kompang aku ni ha… nama kumpulan kompang kolej aku ni lebih dikenali sebagai GEMA ASTAR… aku lah kapten nyer.. hahaha.. tapi tak lama lagi akan turun takhta… bakal digulingkan oleh rakyat jelata beta .. grrrr…


Aku ni dari tahun pertama join gema astar ni… time tahun pertama tu aku ingat lagi, aku sorang menggagahkan diri join gema astar, seingat aku, sebelum tu, aku pegang kompang pun x pernah, apatah lagi nak melempang lempang kompang tu, langsung tak pernah ! tapi la ni, Alhamdulillah… dah dapat ijazah kelas pertama dalam jurusan kompang pengkhususan skuad melalu… whoaaa


Benarlah kata mereka, dalam GEMA ASTAR ni… THE SPIRIT NEVER ENDING… dari junior, peserta, abg dan kakak yg dah grad or belum yg dah kuar n kerja n yg dah kahwin (coach kami) semua datang tengok kami… rasa best sangat…

Ok lupakan hikayat gema astar tu sekejap, cerita mengenai gema astar untuk Festival Seni UM 2011, jeng jeng…


Seingat aku, kamilah team yang mula-mula memulakan latihan, than berlatih siang malam pagi petang, tengah panas terik, kadang2 renyai hujan pun kami redah, semua kompang…. aku yakin dan percaya, kami yang peserta ni, ada 12 orang, memang dah banyak berkorban dan terkorban semata2 demi gema astar ni… memang ia bukanlah satu benda yang mudah, nak belajar pukul satu hal, than formation, digabung pula dengan suara, perghhh… tapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa…

Tu tak kira lagi, yang bergaduh tak tentu arah (hhahhaha) emo plus sentap sentap, kuar status kat fb (bg satu dunia baca!), gurau senda gelak tawa dan nangis (aku tak pernah buat lawak!), berhabis duit dan masa (duit kapten byk terkorban ok, buat belanja uolss), tenaga dan idea (nak buat formation ingat senang?), keringat dan darah, .. (eh, ada yang berdarah ker ?) ada… jari nooren ! dan macam2 lagi yang kini tinggal kenangan dan memori terindah, mungkin…

Setelah berlatih bagai nak mati dan gila, (nasib bek xde yang gila) tibalah hari pertandingan, kebetulan jatuh pada 27 februari 2011, bersamaan dengan hari lahir aku yang ke 22. Takde lain, aku memang meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk diri aku sendiri dan gema astar secara keseluruhannya… pastinya aku inginkan JOHAN !!!...



Tetapi, apakan daya, kami hanya mampu bergelar tempat ke-5 kompang feseni 2011… ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa hancur dan luluhnya harapanku.. melihat antara hadiah hari lahirku yang lebur… yang tidak kesampaian…



Tahun lepas kami dapat no 2, pown dah nangis, (sebab sebelum tu johan ) inikan pula dapat no 5 ??? lagilah… banjir terus satu um ni ha… ketika itu aku lihat, banyak air mata terutamanya dari junior yang baru mendapat rentak apa itu spirit dalam gema astar, benar… ada air mata yang sukar berhenti mengalir, aku lihat dengan mata aku sendiri… air mata yang penuh dengan keikhlasan betapa spirit of gema astar itu sudah pun mula meresap ke jiwa masing-masing…


Lantas, marilah kita bangunkan semula semangat yang jatuh !!!

GEMA ASTAR: THE SPIRIT NEVER ENDING !!!

Eh, apesal ayat aku jadi lain ni ? aiyoooo…

Satu aku nak cakap, korang memang best !!! so… why so seriouusss… just enjoy d fun lorr.. 


3. COKLAT
Beberapa hari lepas 27 hari bulan februari tu…
 
Kawan2 kelas aku sambut my birthday, aku tau lah yang memang diorg akan sambut bh aku, Cuma tak tau bile… sampailah satu malam tu, entah apelah aku buat sepanjang hari tu, malam tu kul 10 aku dah mengantookk giler,… aku pown terus tidooo… sebelum tu aku sempat mesej diva ni, kejut aku if nak ajak mkn, sebab petang tu die kata nak ajak aku makan kat belakang, (cafĆ© kolej) aku pun tanpa syak wasangka ok jelah, sebab memang selalu pown mkn dengan die sambil gosip2 isu2 hot semasa dalam dan luar negara)


Hadi, my best classmate, gigih datang kejut aku kat bilik ajak makan.. aku pown tetibe dengan mamai2 terus bangun ikot jerk.. turun ke bawah, diorg dah standby kek warna coklat yang ada 3 lilin berapi di atasnya sambil nyanyi lagu hb… aku layan jerk… mestilah happy kan, korang pown if ada orang sambut bh korang mesti suke kan… ??? macam tulah aku rasa… 

Makan2 sambil gelak2 meriangkan hati… bla bla bla, naseb bek malam tu bebas daripada sebarang calitan kek pada muka.. hoho… ape pun sesi bergambar antara yang menarik… di akhirnya aku just nak ucapkan berjuta juta terima kasih kat korang.. korang memang best… !!! moga ukhwah dan persahabatan kite berkekalan, setakad gaduh2 sikit, tarik2 rambut tu apelah sangat kan… relaks2 sudah… oh ya, ramai baby lahir bulan 3.. huh… kali ni biar aku jadi pengarah plak yer… haha.. aku bagi korang roti letak lilin kat atas dia,jimat kos… hahaha, jahat giler….



Ape poowwn… ketahuilah… Projek Sambutan Hari Lahir ni memang projek kolej yang paling best dan meriah. join lah !!!.. tapi itu pown kalu korang termasuk dalam Fatin And The Geng, aku ringkaskan jadilah ia… FATHEG !!! 

Terima kasih kepada motofoto, aka Ahmad Afif, merangkap juru gambar terlatih kelas pertama. dan yang paling penting, jutaan terima kasih kepada fatin hanani as our director.


4. BIRU


Lagi satu pasal biru... ape yer... oh yer... malam penganugerah astar - MPA, yang bertemakan royal blue... terima kasih kepada sesiapa yang berkenaan, malam tu aku naik pentas lagi...


my frens suruh komen sikit pasal MPA kali ni, tapi aku kata, biarlah, nanti orang kata aku meroyan plak, btw aku just nak cakap, tahun ni semua pun kene bayar rm120, tahun lepas bayar rm100, tapi hasilnya... BAGI AKU... yg tahun lepas tu 50 kali lebih meletop dari tahun ni punya... btw... tahniah... kita semua (termasuk aku) ialah budak baru belajar...

oh ya, malam tu memang ramai lah yang pakai baju warna biru, aku pulak sengaja pilih baju bukan berwarna biru.... haruslah... jika dalam sejambak rose merah terselit satu rose kuning, pasti yg kuning itu akan menyerlah... whoaaa...

Ok ni jer ceritanya…. Lain kali sambung lagi, terima kasih kerana membaca…