.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, May 6, 2010

Kucing Itu...

ini ialah gambar kucing !

Prakata

Di suatu petang, seorang ibu hanya memerhatikan anaknya yang baru berusia 5 tahun berlari2 ke arah jalan raya mengejar seekor kucing, jalan raya tersebut pula dipenuhi dengan kenderaan yang laju-laju belaka. Si anak terus berlari mengejar kucing tersebut menuju ke arah jalan tersebut. Si ibu hanya sekadar memandang anaknya.

Seorang jiran yang ternampak anak itu, terus menjerit dan berlari mendapatkan anak itu. membawanya ke tempat yang selamat. Memberi tahu anak itu, ....anak, kucing itu memang comel, tapi jangan dikejar, kerana kucing itu membawa kamu ke jalan raya yang terdapat bahaya. Disebabkan kucing itu, kamu boleh dilanggar oleh kereta ! Eh ibunya ni, x nampak ker anaknya tu, xkan nak dibiar anaknya mati dilanggar kereta ? Marahnya sendirian... Si ibu hanya memandang, lalu mengambil anak itu, dan dibawa pulang seperti tiada apa yang berlaku.... TAMAT !


Disebalikata

Seseorang yang menyayangi sesuatu tidak kisah benda hidup atau sesuatu yang tidak bernyawa, pasti akan menjaganya dengan sebaik2nya. Tidak akan dibiarkan terbiar, jika boleh dibasuh pasti akan digilap sehingga berkilat2. Jika boleh disayangi pasti akan dibelai setiap masa. Begitulah betapa sayangnya kita akan sesuatu...

AKU? aku sayang keluarga aku, apabila berjauhan dengan keluarga, kawan2 aku adalah keluarga aku, maka aku pun sayang kawan2 aku... Aku taknak kawan2 aku (lebih2 lagi yg bergelar sahabat) sesat di depan mata aku !!! Aku xnak kawan2 aku, dalam keadaan mereka dekat dengan aku, tapi dalam terang x perlu bersuluh nyata2 melakukan perkara yang memang masing2 sedia maklum halal dan haramnya...

Maka, (insyallah) aku akan bertindak seperti ibu yang penyayang itu !

Alkisahnya


Exam dah habis. Sesetengah mereka kata (menjerit) MERDEKA !!!... aku? argh... ade aku kisah, xde maknenyer merdeka, kat depan masih terlalu banyak yang menanti. Mana mungkin kehidupan ini MERDEKA ??? Merdeka daripada exam, tp perkara lain berderet menanti... eh lain pulak bunyi ayat aku. apesal..?

Ok2... Yeaaaaa... exam dah habis !!! menanti result, mengharap yang terbaik.. huhu... no more exam...so, nak ke sana nak ke sini, tgk itu dan ini. Sepanjang bulan 5 seperti post yg sebelumnya, aku dipenuhi dengan beberapa perkara. Tapi... banyak pula yang bertindih tarikh menyebabkan aku terpaksa memilih dan buat keputusan yang amat sukar... Ape pun ok lah, aku bagi tau... Insyallah (INSYALLAH) aku akan menyertai Malaysia Microsoft Office Championship 2010 (MMOC), bengkelnya pada 7-8hb ni di Terengganu terpaksa ditukar next week ke Johor (aloo... che nak p Terengganu). Yuran penyertaannya sangat mahal, terima kasih UM... hehe. So disebabkan pertukaran tarikh tu, aku x dapat la join Karnival Belia kt Putrajaya tu... sgt teruja nak join bende alah tu, tp apakan daya... huhu


Tak jadi pi sini

Pergi ke sini pula...


So disibukkan (akan) dengan Sidang Redaksi, dok buat majalah kolej, so balik lmbt sikit... My Mom dah dok meng calling tanyer bile balik... than esok kol lagi tanyer soalan yg sama... (dan menerima jwpn yg sama) aiyooo...

Penutup

Selamat bercuti diucapkan kepada warga universiti2 di seluruh Malaysia, dan kepada sesiapa sahajalah yang akan bercuti. Sila manfaatkan cuti anda. Pastinya pelbagai aktiviti menarik dan program menarik ada disekitar anda, menanti anda untuk menyertainya... Selamat Bercuti, jumpa lagi di Tahun yang sama, di Sem dan Sesi yang berbeza, dengan wajah semangat dan azam baru !


6 comments:

Unknown said...

x nak komen kat post yg kat atas tu. hehe.
cuma nak ucap semoga berjaya utk mowc. haha (betul x??)

Mohd Hasyim Bin Harun said...

xnak komen xpe... common thing what..

mmoc lah !!! adddoooiii..
ok, tq ya...

MomTom said...

kadang2 rasa mcm x caya je hasyim join sidang redaksi. hehe....

Mohd Hasyim Bin Harun said...

ehm... terharu or wat ? haha...
dah luqman beriya ajak.. huhu

wanirosli said...

tapaham kisah kucing...

Mohd Hasyim Bin Harun said...

k wani; huhu... x phm xpela... maybe boleh try tanyer sape2 yg phm :) tersirat maksudnya tu...