.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Wednesday, June 24, 2009

1 Rejab menceriakan hari, Pelbagai kisah ingin dikongsi

Apa khabar iman anda hari ini..???

Hari ini 24 jun 2009... tapi berapa ramai yg tahu hari ini juga bersamaan 1 Rejab 1430... maknanya... Rejab Syaaban Ramadhan... ye... 2 bulan dr sekarang kita akan berpuasa selama 29 hari sebelum Syawal menjelma... dan ramalan menunjukan Ramadhan ni adalah kemuncak El Nino iaitu musim panas...memang sesuai bebeno lah dgn maksud Ramadhan itu sendiri, so kalian, bersedialah untuk berpuasa di tengah2 kemuncak musim panas... Hikmah dlm Kesabaran katenyer...

Semalam, 23hb... dengan menaiki komuter yg mengalahkan tin sardin tu, aku balik ke rumah di Seremban, dan dlm tempoh kurang 20 jam, aku telah pun berada di UM semula, sedang menaip di blog kesayangan ni hehehe...


mcm biase nak citer2 sikit, tiada paksaan untuk membacenyer... dlm komuter tu, aku tgk, kalau ade 20 org, boleh dikatekan 18 drpdnyer memakai seluar jeans, agaknya, kenapenyer diorang suke memakai seluar jeans ??? ehm... tak kisah lah.... dlm komuter tu, aku takde kerje, n takde plak buku yg nak di bace, so aku pun mula la memandang ke sana sini, berangan than tersengih sorang2, org depan aku mesti pelik tgk aku hahaha....

n dlm odw aku ke seremban tadi, mak aku tanye, nak gune berape byk duit untuk sem 3 ni... ??? ehm... aku pun sekadar menjawab, mak bagilah lebih sikit ? 20 hinggit ??? mak aku buat lawak hahah... dan dlm tren tadi, aku mula la menaip msg meminta duit dan jumlah yg aku inginkan untuk sem 3 ni, dah siap taip, nak send, argh... aku delete semula msg tu... aku mintak berape pun setakad ni diorg akan bg... tapi aku tau... diorg takde duit, dah...taknak tulis byk2... terima kasih mak... (sedikit emo..)

n tadi aku sempat membc paper, pasal students UKM yg terjatuh dr tingkat 4.. yang kelakarnya, laporan akhbar di BH menyebut siswi tu terjatuh kerana dikejar lembaga, siap jadi tajuk berita k... tak caye bukak la.. n yg peliknyer, dlm akhbar yg sama, termasuklah Utusan, sinar n ape lagilah... menyebut bahawa setakad ni tiada saksi, kawan sebiliknya pula sedang tidur... so ??? mcm mane laporan berita tu kate siswi tu terjatuh dipercayai dikejar lembaga ??? huhuhu... nak publisiti lebih la tu...

n sekejap lagi.. kul 3, aku akan bertolak ke suatu tempat yg ntah kat mane... ade program... dr 24 ni hingga ke 28... tapi aku tau, program tu mesti lain dr yg lain... so... utk program yg ni tak akan ade kisah yg ingin diceritakan... n 29 ni pulak, sempena debat haluansiswa, aku akan terlibat secara tidak langsung... 3hb baru aku balik umah, 5hb pulak masuk sem 3... kelam kabut aku dibuatnya...

n dgn tema um is one: towards to 1malaysia... diharapkan mahasiswa baru sesi 09/10 akan ceria.. um pun gembira hahah... n now maybe kwn2 yg jadi pm kat 1st tu tgh bersiap2... gud luck yer...

beberapa hari lepas, kawan aku kate nak buat blog, tapi die kate... kenape org menjadikan blog sebagai diari... bagi aku takde masalah ape pun... blog yg anda wujudkan tu terpulang kepada tuan punya blog la... ade byk jenis blog, ade blog yang dijadikan sebagai diari, mcm blog yg tgh anda bc ni, ade blog yg sebagai medium dakwah, mcm blog saifulislam. n ade blog diguna untuk tujuan promosi produk syarikat, n untuk promosikan program, ade blog untuk fotografi n ade byk lagi jenis blog... so aku pun pelik kenape lah kwn aku tu timbulkan persoalan mcm tu... memang tak relevan...

Ape pun... (dah lame asebenarnya aku tak tulis ayat ni) semalam telah berlalu... yang pasti meningalkan kita dengan seribu satu kisah suka mahu pun duka, kisah yang yg mungkin boleh dikongsi bersama... mungkin juga tidak...hari ini perlu kita lalui dengan azam dan semangat baru, kerana kita pasti mengimpikan hari yang lebih baik drpd semalam... dan hari yang akan datang pula, hanya Allah yyang tahu... mungkinkah kita sudah bersedia ???

Sunday, June 21, 2009

Debat Kepenggunaan 09 - UTHM

Pada 18 hingga 21 Jun 09 yang lepas, bertempat di UTHM, FOMCA, dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah menganjurkan Pertandingan Debat Kepenggunaan sebagai salah satu aktiviti atau program sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia dan Kempen Konsumer Kebangsaan, maklumat lanjut klik di sini.


Disertai oleh 41 buah IPTA/S dan Institut Perguruan. Pertandingan akhir menemukan pasukan daripada UKM dan UPM. Dengan usul Kuasa Pengguna Hanya Pada Suara, pasukan UPM berjaya menjadi johan menjadikan satu2nya pasukan yang tidak pernah kalah sepanjang pertandingan debat tersebut berlangsung.


Pasukan daripada UM pula berada di ranking ke 19 selepas 6 pusingan liga. Gagal untuk meneruskan tradisi kecemerlangan (katenyer) seperti mana di Debat Perpaduan di UNIMAS pada12-16 jun 09, iaitu memperoleh naib johan, apabila ditewaskan oleh UiTM di pentas final. Tahniah juga diucapkan kepada pendebat drpd UM iaitu Firdaus dan Azzairi yang memperoleh pendebat terbaik keseluruhan, iaitu Firdaus di ranking pertama dan Azzairi di tempat ke 9...


Kalah dan menang adat pertandingan, moga kita pulang dengan membawa pelbagai ilmu pengetahuan yang amat berguna. Moga kita dapat meningkatkan prestasi diri...

Penganjuran oleh UTHM pula... ehm... tak banyak nak di kata, tapi jika diberi 1 hingga 10, 1 paling baik, saya berikan 8 !!! moga dengan bajet 500 juta untuk menaik taraf KUITTHO kepada UTHM itu digunakan dengan sebaiknya... (katenyer)


gambar ketika jam hampir menunjukkan pukul 7 mlm... perjalanan selama 4 jam, memang waktu yg terbaik lah untuk tidak berjaga.... hahahha... terima kasih kepada Abg Mat yang menghantar kami pergi dan pulang dengan selamat... Ok... tu jer... taknak citer byk2... busy la...



Wednesday, June 17, 2009

Zikir & Fikir... Dimana Kita ???


ZIKIR & FIKIR, Di Mana Kita?


Biasanya perkataan ZIKIR
lebih dominan dengan golongan agama, manakala perkataan FIKIR pula ditujukan kepada mereka yang berfikir ataupun dikenali sebagai intelektual. Perlabelan ini menjadi semakin jelas ketika zaman pertengahan Eropah wujud. Pertembungan dua gelombang antara golongan beragama dan golongan berfikir semakin meninggi, semuanya bermula dengan keengganan gereja menerima dan mengiktiraf pandangan-pandangan saintis ketika itu.

Semasa zaman pertengahan Eropah yang dikenali dengan zaman Enlightment (pertengahan abad ke-17), masyarakat yang berfikir sentiasa dimusuhi oleh masyarakat yang berzikir. Peristiwa pertembungan antara golongan gereja dan ahli sains ketika itu telah mencipta jurang yang sangat besar antara ZIKIR dan FIKIR. Kemuncaknya apabila Galileo dihukum sebagai pembuat bidaah dan berbahaya oleh pihak gereja.


Ini kerana teori yang dikemukan oleh Galileo iaitu Matahari adalah pusat cakerawala dan bukannya Bumi. Manakala golongan FIKIR
pula menjadi elergik terhadap golongan ZIKIR. Pada pandangan mereka, golongan ini adalah manusia yang tidak produktif dan manusia yang tidak menyumbangkan apapun terhadap ketamadunan. Maka muncullah golongan Sekularisme dimana kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan (Zikir) tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran (Fikir).

Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dari kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Islam melihat permisahah ini sebagai satu racun dan kemudaratan terhadap sistem kehidupan. Islam tidak membenarkan permisahan antara ZIKIR
dan FIKIR, kerana Islam mengiktiraf kedua-duanya sebagai saling melengkapi.

Larangan pemisahan jelas dapat dilihat didalam al-Quran apabila, Allah menyuruh orang-orang beriman agar mengambil agama secara keseluruhan iaitu ZIKIR
dan FIKIR. Kata Allah;


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”


Peringatan ini sangat diperlukan apabila sebahagian umat Islam sudah mula untuk cenderung mengambil sikap memisahkan antara ZIKIR
dan FIKIR. Sejak kejatuhan Khilafah Turki Utsmaniah pada 1924, kecenderungan ini mula nampak apabila Kamal Attartuk memisahkan rakyat Turki dari agama dengan kehidupan apabila secara rasminya meletakkan negara itu dibawah bumbung pemerintahan Sekuarlisme.

Bukan hanya rakyat Mahrain yang terpengaruh dengan doktrin pemisahan ZIKIR
dan FIKIR ini, malahan para sarjana Islam juga tidak terkecuali. Syeikh Ali Abdul Raziq (1888-1966) seorang sarjana dalam bidang Syariah dan juga Syeikh di Al-Azhar, mencetuskan kontroversi apabila buku beliau yang bertajuk “Al-Islam Wa Usul Al-Hukm” (Polemik Islam & Dasar Pemerintahan) yang diterbitkan pada tahun 1925 sejurus setahun selepas kejatuhan Khilafah Utsmaniah membicangkan dan menekankan bahawa politk dan sistem pemerintahan seharusnya dipisahkan dari agama.

Buku beliau mendapat bantahan yang keras dari pelbagai sarjana Islam dan Universiti al-Azhar telah melucutkan gelaran Syeikh daripada beliau. Peristiwa ini sangat jelas memberitahu kepada kita bahawa kekalutan dan kemudaratan yang besar akan berlaku apabila ZIKIR
dan FIKIR tidak lagi disatukan. Di dalam kita berzikir dengan merenung dan bertadabbur ayat-ayat Quran, sebenarnya dalam masa yang sama kita juga menggerakan minda kita untuk berfikir.

Buktinya sangat jelas apabila Allah mengkhbarkan kepada manusia tentang Matahari bukanlah statik tetapi mempunyai orbitnya sendiri melalui surah Yassin ayat 38,


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ


Maksudnya:..dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Quran ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama.


Di dalam kita berzikir sebenarnya kita juga berfikir, fakta ini juga membuktikan bahawa Islam tidak pernah memisahkan manusia khususnya penganutnya dari Zikir dan Fikir. Malahan meraikan kedua-duanya, kerana kedua-duanya sangat diperlukan dalam membina sisitem kehidupan yang sejahtera dan bertamadun. Buktinya, Allah berkata dalam surah al-Imran ayat 191,


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Maksudnya: (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.


Jadi persoalannya kini, dimanakah ZIKIR dan FIKIR kita?

Tuesday, June 16, 2009

We Will Not Go Down


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Saturday, June 13, 2009

Bengkel Induksi Permanis 09 - Seremban


Bismillah... salam ukhwah salam mahabbah...

Pada 13 dan 14 Jun 2009, bertempat di The Royal Bintang Hotel Seremban, telah diadakan Bengkel Induksi Permanis Um 09... la ni mcm biase aku nak citer2 sikit la... (ala mcm x biase plak)....

Jam 12.35 aku sampai di Terminal, punyalh tunggu... lepas 1 jam kemudian barulah ade makhluk yg muncul huhuhu... but its ok... sabar katenyer.. than trus pi hotel.... meeting...



ni Mohd Zaid Bin Mustafar (blog) merupakan Presiden PERMANIS UM 09/10....

ha... tu tgh bersemangat memulakan meeting... citer2 sikit.... biase r tu....

tempat pun selesa...tapi dlm bilik meeting, sejuk menggigil2 huhuhu


ni swiming pul hotel, view dr tingkat 11 hotel... (dah takde keje, aku merayau2 setiap tingkat hotel ni huuhuh) lawa swmg pul ni... rase nak terjun jer.... tp mcm biase... penuh dgn org...


ni pndgn dr depan hotel... lawa hotel ni... (yela... kate 5 bintang) ehm... ape pun memang clas... taknak balik rasenyer hahahah.... bilik ??? Perfecto !!!


ehm.... no komen.... (smart la org yg pakai bj hijau tu...)



ni dah takde keje... tak tau nak amik gambar ape lagi.... susun sikit cwn n pensel tu... ha jadilah mcm tu... lawa tak ??? ape pun kamera aku ni tak mampu nak wat gmbr2 yg bermutu tingi... yg emposed ke ape ntah namenyer, so gmbr2 semuanya plain jela yer....


ha ni... Saudara Shahir, mantan PERMANIS... yg sekarang merupakan tutor di UM yg juga bisnesmen katenyer.... so die dtg... citer2 pasal organisasi... lame jugak la... but its ok... seronok mendengarnyer.... mcm2 bende aku dpt n blaja....

Dan yang pastinya....dengan perancangan yang mantap yang dibentangkan sepanjang Induksi ini... (dan disertai dgn usaha) moga Permanis sesi 09/10 akan terus mantap di tambah lagi dgn pembaharuan dan penambahan program yang begitu mantap.....ish2... dengan tangg tangungjawab yang diberikan kepada aku... asal pogram yg aku handle ni kecik je, tp bincang2 balik tadi, dah jadi mcm besar la plak... huhuhu... fenin2... (bajet tak kisah katenyer) so bg aku, alang2 dah nak besar... biar besar betul2 hahaha... nantikan kemunculannya....

nantikan kemunculan Permanis di hati anda.... ya...

PERMANIS UM..... Tetap Di Hati.....

Ni Hasilnya...

aku baru jer menyemak keputusan peperiksaan aku utk sem 2 ni.... ehm... Alhmadulillah aku tersenyum sendirian, naik sebanyak 0.79... argh... , betape teruknya result aku semase di sem 1. Walaupun result sekarang ni masih tak mencapai target aku, tapi bak kate kawan aku, bersyukur dgn ape yg ade... ya dan sememangnya aku bersyukur... (dan tersenyum dgn sedikit kepuasan)


Dan dengan result yg aku peroleh ni, aku masih yakin dan percaye... STUDY LAST MINUTE TIDAK BERBAHAYA !!! (Emin...)

Kepada kawan2 yang lain, tahniah dgn keputusan anda... berbanggalah anda dgn hasil usaha anda.... setiap yang berlaku atau terjadi itu ada hikmah di sebaliknya...percayalah...

Sunday, June 7, 2009

Berita tu...

La ni aku baru je balik dr Kelantan... OPKIM katenyer... nak tau citer pasal OPKIM nanti yer...


tgh boring2 ni....jari ni memang sentiasa nak menaip jer... so bace jelah ape2 yang ditaip oleh jemari ni yer...


Kisah 1: Muktamar Tahunan Pas

la ni tgh muktamar pas yg ke 55... aku kekadang sakit hati n otak bace paper2 diorg ni... kalu bukak Berita Harian, Utusan n sehaluan dgnnya... yg negatif jer yang diorg nampak siap jadi tajuk muke depan lagi tu.... satu jer tujuan diorg... masing2 sedia maklum argh... 1Malaysia konon... uwekkk...

bukak plak Harakah... 100% beza dgn ape yg dilapor di BH or Utusan... so.... aku pun malas dah nak komen... ape pun nak tau perkembangan Muktamar Pas ni boleh klik di sini


Kisah 2: Apabila ahli politik berpolitik

Penghujung tahun 2008 n 2009 ni, seperti sedia maklum ade banyak pilihanraya kecil... daripada Permatang Pauh sehinggalah yang terbaru Penanti dan akan disusuli pula dengan Manek Urai (MU) yang kini khabarnya kampung kecil di Kelantan itu semakin popular sepopular Manc. United (MU) juga...


n yang pastinya setiap pilihanraya kecil yg panas tu, ada sahaja isu yang timbul... yang kelakar ketika di Permatang Pauh, semua sedia maklum isu sumpah laknat (katenyer) yang dilafaz oleh Mohd Saiful... semakin dekat tarikh p/raya tu semakin kerap kali lah video sumpah tu diputarkan oleh tv3 n semakin byklah ulasan2 mengenainya... tetapi sebaik shj diumumkan DS Anwar memang... hah... senyap sunyi sepi... betulkan ??? ape maknenyer tu ??? hanya mereka dan Allah shj yang tau... tiada lagi video sumpah tu di kaca tv... Si Saiful pula terus hilang dan tak siapa pun yang pedulikannya...

n yg terbaru ni pulak di Penanti, Si Aminah Abdullah tu... katenyer dirasuah rm80 000... korang pun tau citernyer.. last2... sebaik shj dah tau siapa yg menang... senyap terus si Aminah bersama dengan bhn2 buktinya tu.... kalau tak, boleh dikatekan setiap hari muke die dgn bhn bukti die tu yg memenuhkan paper.. sampai aku pun naik menyampah...

dan Manek Urai ni pulak... mesti akan ade isu yang dimainkan... kite tunggu jelah ape isunya tu... dan yg pasti... sebaik shj p/raya Manek Urai tu habis... akan senyap sunyi terus isu tu dgn org2nya sekali... hahahahah... kelakarlah diorg ni... ntah berapa juta lah duit yang diorg2 tu labur dan leburkan yer... haish.... teringat aku salah satu usul debat... Politik wang: diberi salah, tak beri kalah.... masalahnya dah beri pun tetap kalah ahhahaha.... hiduplah kalian dengan duit2 yang tak halal tu... (sesiapa yg terase memang patut pun terase)


Kisah 3: Bumbung mu jua


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dgn kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharge 292 juta tu... katenyer 50% struktur bangunan tu musnah...

la ni... yang pastinya setiap pihak akan mencari salah orang lain.. nak salahkan siape... ahli politik ker? arkitek ker? engineer ker? or majlis perbandaran? sprm pun perlu terlibat ni... erhm... kite tunggu jelah...


tu jah... byk lagi nak tulis... tapi nantilah... citer pasal opkimas n gmbr2 nanti aku publish yer... tak sabo2 nampaknyer nak tau... hahaha... relaks2 ape pun opkimas yg aku pi tu memang terbaik... tak rase macam 6 hari pun... n rase taknak balik hahahah... best dok ngan keluarga angkat... rugi tak p huhuhu ok.... tata wslm nak berjln2 ke blog penarik beca yg panas tu....