.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Monday, February 7, 2011

OPKIM 11 PERMANIS... BEST !!!



Pada 29 Jan hingga 2 Feb 2011 yang lepas, saya menyertai satu lagi program gempak dan mega anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS), iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) bertempat di Felda Palong 8 Gemas Negeri Sembilan. Ikuti perjalanan, dan catatan kisah menarik, suka dan duka sepanjang program tersebut berlangsung…

On My Way

Walaupun waktu yang tertera pada mesej ialah pada jam 8.30 pagi, kami hanya bertolak meninggalkan UM tepat jam 10.15 pagi dan sampai tepat jam 2.15 petang, dan pastinya kelewatan itu memberikan hikmah. Perjalanan 4 jam menaiki bas UM 2 tingkat bertemankan Pirates Of Carrabien pastinya menimbulkan rasa keterujaan, lebih2 lagi kepada yang baru pertama kali join OPKIM, tapi untuk pengetahuan semua, ni ialah OPKIM ke 4 yang aku join ok..... whoaaa

Sedang pada itu, aku dimaklumkan jumlah peserta terkini ialah seramai 59 orang, but, in the same time, segala jenis benda yang aku sediakan hanya untuk 50 orang, nak salahkan siapa ??? x perlu salahkan sesiapa… yang penting setahu dan seiingat aku, aku telah menjalankan kerja publisiti untuk OPKIM ini dengan sebaiknya… 

Hari Pertama

On the way, nak masuk ke felda palong 8 tu, aku dah nmpk my banner n bunting bergantungan di sana sini… aku just smile smile jerk… sambil terus membayangkan macam mana agaknya OPKIM kali ini akan berlangsung di bawah pimpinan saudara Abdul Rahman and the geng… and the geng tu termasuk aku lah kan, sebab aku biro publisiti untuk opkim ni ha…


 
Macam biasa, sampai2 aku terus men setup teknikal aku, laptop lah, lcd lah, ape jadah lainnyer lah. Majlis dirasmikan oleh ketua kampong, En Musa, panjang betul die berceloteh, paling lama, masa pembahagian keluarga angkat, mau sejam jugaklah... biasalah tu orang berumur…

Ha, yang bestnya, aku dapat 5 orang adik beradik baru, whoaaa…. Kami ber6 tinggal bersama mak dan abah baru kami. Rumah ok lah, rumah kampung, direnovate, tambah sana sini, kalu rumah tu dibawa ke bandar metropolitan ni ha mahu harga rumah tu 4 juta !!!


Makan malam kami sangat sedap, ayam goreng, dan sayur2an bersama sambal belacan, kicap dan sos, kami makan dengan lahap dan memang nampak laparnya, licinlah semua lauk yang ada atas meja tu, maklumlah, tengah hari tu kami x lunch pun, aku tak pasti memang tiada lunch yang disediakan atau berlaku kesilapan di situ, sepatutnya memang perlu disediakan lunch, sebab kami sangat lapar !!! and time tgh mkn tu, tetibe aku kata dalam hati, mintak2 lah xde lauk daging lembu ker, kambing ker, sebab aku memang tak makan haiwan tu… huhu…



Malamnya, selepas solat maghrib berjemaah, kami hanya melepak2 di rumah, sambil borak2 bersama mak dan ayah baru kami, oh ya, tetibe dapat mesej, ada meeting postmortem jam 9.30 malam. Huh…. Ok, jom ke meeting post mortem….


Meeting post mortem malam tu sangat best n menarik, macam itulah baru dinamakan meeting. PANASSSS !!! x perlu lah che nak habaq kat sini… disebabkan suasana yang aku rasa memang dah panas tu walaupun hakikatnya suasana sekeliling sejuk mengigil, aku terus membatalkan niat untuk bertanya, 1. Macam mana boleh berlaku lebihan peserta ? 2. Kenapa xde lunch ? 3. Pengurusan masa time opening n pembahagian anak angkat yang kurang efektif 4. Bla bla bla…


Malamnya cek kamera, untuk tempoh tak sampai 12 jam, aku berjaya merakamkan lebih 400 keping gambar, whoaaa…


Balik ke rumah around 12.15, my new mummy n daddy dah pun tido. Aku pun yang memang kepenatan terus lah tido dengan sangat lena, dibuai bayu kampung yang sangat aman dan menyenangkan. Ditambah pula dengan hujan renyai renyai yang macam taknak berenti, memang terbaiklah kan…





Hari Kedua

Aku sengaja kunci jam 6.30 pagi, tapi terbangun jugak awal untuk solat subuh cepat2, dan sambung semula tidur sehingga my dad kejutkan kami, untuk breakfast…Nyum2… bagi lah ape aje pun, memang semua habis kami bedal, hujan2, penat, dan lapar, memang terbaik lah kan…




Pagi tu kami ada program Community Mapping, seingat aku, aku pernah kata, melihat kepada perlaksanaan dan hasilnya pada OPKIM yang lepas, community mapping ni sudah tidak relevan untuk dilaksanakan, jika methodnya masih sama. Lantas my boss kata, community mapping ni akan diswastakan.. whoaaa… masa ni hujan kejap lebat, kejap renyai, gerimis. Tapi community mapping ni tetap dilaksanakan keliling kampung ni ha…


Kami diberikan soalan2 yang harus ditanyakan kepada penduduk kampung, kami dikehendaki merayap dari rumah ke rumah untuk mengajukan soalan2 hot tersebut, group aku, paling menyentuh perasaan, kami berkunjung ke rumah pakcik ni, borak punya borak pakcik ni cerita lah pasal anak dia yang OKU sejak dilahirkan, kami pun masuk menjenguk, aku macam biasa lantas mengeluarkan kamera dan meminta izin untuk merakamkan gambar anak pakcik itu, 


kesian… anak dia sejak dari dilahirkan, tidak boleh berjalan, hanya terbaring, bercakap juga tidak boleh, tapi insyallah boleh faham apa orang kata dan boleh melihat keadaan sekeliling, pakcik tu citer lagi (cer cite cer cite) dah macam2 bantuan diminta n dipohon, tapi semuanya hampeh, termasuklah kerusi roda yang berapa sen sangatlah kalu nak dibandingkan dengan peruntukan masjid kg baru sebanyak 20 juta tu kan…


Sedikit komen mengenai community mapping, bagi aku, terlalu banyak masa dibazirkan untuk sesi penerangan kepada benda2 yang aku rasa tak perlu, n banyak juga penerangan yang berulang ulang kali, sedangkan masa dah nak tengah hari, than x silap aku kami dilepaskan merayau sekitar jam 11 pagi, dan kebanyakan rumah yang aku pergi, semua tengah memasak lunch, memang menggangu lah kan. Btw.. selepas diswastakan, dengan penyediaan soalan yang jelas, dan breafing, aku rasakan, community mapping kali ni barulah boleh dikatakan community mapping… tahniah kepada badan pelaksananya.

Petangnya, dalam keadaan hujan, renyai tak, lebat pun tak, kami dengan gigih dan gagah meneruskan program seterusnya iaitu aktiviti pertandingan memancing antara penduduk kampung dan pelajar, pelajar tu kami lah…







Memang best giler memancing dalam hujan, paling best apabila dapat ikan besaq besaq… memang terbaiklah kan… camera aku time tu takyah citer lah, memang berhujan, tapi Alhamdulillah, until la ni tak rosak2, haha… aku ? pegang pancing tu pun tak.. haha… bukan taknak tapi tak berkesempatan… permanis photographerrrr katenyer…







Malamnya kami buat persiapan untuk latihan malam kebudayaan, lepas tu, kami seadik beradik pergi menonton lah minum2 di sebuah kedai tepi jalan ni ha. Malam tu pulak ada game antara Selangor Kelantan, habis Selangor Kelantan diorg pi sambung lak Australia lawan mane entah, aku pun terpaksalah memaksa diri aku menengok game bodoh tu ha, tension giler aku… tapi apekan daya, aku layan jelah sambil buat muke penuh minat dan taksub melihat 22 orang mengejar sebiji bola di padang hijau, setelah 90 minit berlalu, hanya 2 gol dijaringkan, oh… bagi aku sangat… dammnnn… Dan seiingat aku, memang satu hari ni hujan tak berenti….


Malamnya sebelum tidur aku call my best frenz bertanya khabar, rindu katanya… borak2 sat, sambil tanya Tenang sape menang… die kata x anouc lagi…

Hari Ketiga

Paginya aku bangun dengan ada mesej yang hanya tertera huruf B dan N


Aku tidur hujan, bangun tidur pun masih lagi hujan, ish.. air dari langit ni tak habis2 agaknya.. huhu. Pagi tu, setelah breakfast dalam keadaan kesejukan dan mamai2, kami pun bersiap siaga memakai baju rasmi OPKIM berwarna oren yang apabila ramai2 pakai, aku rasa sangat terharu dan rasa nak nangis, n sangat gembira dan muke berseri tersengih senyum… perasaan bercampur baur, dah hasyim !!! jangan nak merepek, ok sambung cerita...


Pagi tu kami ada pameran dari agensi anti dadah, dan ada treasure hunt yang sanagt mencabar, memang ala2 PALAPES lah…aku sebagai peserta, kami bertreasure hunt satu kampong tu ha, untuk group aku, habis lah kami meredah belakang rumah orang, lalu kebuh kelapa sawit, ade pulak kene turun bukit, meredah hujan, sambil tangan aku memegang kamera yang dah basah tapi tak nak pulak rosak, dan akhirnya, group aku group last yang sampai,.. hahaha…. Banyak sangat posing agaknya… Penat berexplorace kami dihidang dengan bubur kacang durian yang saaaangaaat sedap…



Sedikit komen, adalah kurang sesuai dan kurang wajar, sedang agensi dadah buat pameran, kami pula para peserta pergi berexplorace, orang kampong yang datang tgk pameran tu pulak berape kerat sgt lah kan… 


ehm… dan yang aku perasan, kenapa ramai bebudak baru n bebudak yang baru 1st time join program permanis dinaikkan menjadi fc untuk jaga checkpoint, bagi aku, patutnya bebudak baru nilah yang sepatutnya menjadi peserta explorace untuk merasai pengalaman yang sanagt best berjalan keliling menyelinap kampung… btw, explorace keliling kampung tu memang terbaik, teringat aku baru2 ni aku pun ada gak wat explorace untuk balai islam kolej aku ni ha… dari um, ker stesen U, than ke masjid negara n last check point kat taman tasik perdana, yang juga sangat best n memang terbaik lah kan..… whoaaa


Paling aku tak puas hati and grrrrrr…. selepas berexplorace, meredah kampung n semak mane entah, than kene merangkap kat padang ala2 palapes gitu… baju baru kami tu ha, habis terus kotor macam tu jerk…??!!!! Tapi no hal… pe de hal sangat kan.. kotor boleh basuh…



Petangnya, kami bersukan tradisional di dalam dewan serbaguna yang mengikut pengiraan kasar aku sepanjang 90 kaki. Ada men gasing besar tu, ayam ketupat, lari dalam guni, cari gula2 dalam tepung itu acara wajib, lari kaki tempurung, tiup belon sampai pecah, dan ada juga acara untuk budak2 yang masih tak cukup umur…


Malamnya pula ialah malam persembahan, best sangat, ade persembahan tarian daripada bebudak sekolah, n daripada kami sendiri pun ada, ada yang menyanyi karok, ala2 nasyid, tarian ending, n sketsa… bagi aku sketsa tu lah yang paling best, korang memang gempak lah…

 

And paling aku kagum ialah konsep persembahan pada malam itu, dibuat ala2 akademi fantasia gitu… siap ada peratus undian terkini, pengacara pun memang terbaik lah, cumanya, masalah mike menspoilkan segalanya, btw still berjalan dengan jayanya.. masa ni pa system dikendalikan oleh abg yang jaga dewan ni, muzik semua terbaik lah… lega sikit aku… tahniah lah aku ucapkan kepada team persembahan dengan ideanya yang sangat menarik tu…

Hari Keempat

Eh, dah hari keempat, cepat jer rasenyer. Hari ni Alhamdulillah, hujan dah berenti, abah aku kata kat negeri lain ade yang terkorban, ade yang banjir, berpuluh ribu dipindah. Petang ni ade program motivasi dengan bebudak sekolah darjah 5 n 6 drpd Palong 7 n Palong 8, and paginyer kami ada gotong royong untuk kenduri sekampung, aku rasa program sepanjang hari nilah yang paling best n meriah giler.


Macam biasa sembelih lembu untuk kenduri, aku ni makan pun lembu, nak pegang2 or tolong potong2 lagilah xnak… euwww… lebih baik aku kupas bawang ker, potong2 serai ker… haha. Tapi seriously aku memang taknak pun pegang daging lembu tu.

Suasana time gotong royong kenduri sekampung tu sangat meriah, dgn makcik2 n orang kampung yang datang menolong, diorg borak2, than gelak2… sambil semua pun sibuk dengan kerja masing2… aku pun macam biasa sibuk ambik gambr sana sini, buat2 macam xde kerja nak buat kan.. haha
Petangnya, kami berprogram motivasi sekolah, masanya tak panjang, hanya dari kul 2 hingga 5.30, sangat tidak puas, sekejap sangat aku rasa, tapi tahniah lah kepada bahagian fasilitator yang berjaya juga mengendalikan segmen motivasi tu dgn jayanya, paling best part nyanyi2 lagu tu, hehe.. Habis motivasi, kami para fc bergambar sakan depan sekolah, melompat2 posing sana sini, sambil jalan kaki, balik, plus borak2 n gosip2… weeee



Petangnya, balik dari motivasi tu, aku rase memang sangat penat, makcik2 tu buatkan kami cekodok udang, memang sedap, aku bedal berape puluh biji entah lah, tapi memang sedap, cicah pulak dengan sos, makan ramai2… whoaaa



Malamnya, aku bersama ayah angkat aku, angkatlah makanan yang kami masak time kenduri sekampung tu bawak pi masjid untuk kami makan selepas habis program malam tu, iaitu Forum sekampung, forum tu sangat best disebabkan oleh ahli panelnya yang best… so orang pun tak mengantuk… layaaaannnn….


Malam tu, tak silap aku, habis forum, diorg pi men futsal kul 12 tgh mlm tu, aku memang sory lah, lebih baik aku men2 dengan kucing abah aku ni ha drpd tgk diorg men futsal, malam tu aku tido sorang2 kat tgh2 katil, bile bangun, katil dah penuh dengan adik beradik aku yang lain, hehe… tapi yang aku sedar, memang diorg kacau aku.. aku sempat tgk jam, masa tu 1.36 pagi, diorg balik, pi usik2 aku… grrrr…. Abah !!! tgk along ni, die kacau adik… euwwwww


Hari Kelima

Lepas mandi, time nak bersiap, aku rasa, macam baru je semalam sampai, tetibe aku rase sedih n touching lak kan… entah lah… rasa macam cepat sangat 5 hari berlalu…


Keluar dari rumah, mungkin buat pertama dalam 5 hari, matahari pagi memancar2 berseri2… sangat cantik dan cantik… aku apa lagi, lantas kamera yang macam 24 jam terlekat ditangan, terus jer klik klik…

Pagi tu ada program gotong royong kampung, cat pagar dewan lah, n pegi melawat ke kilang getah, tapi aku tak dapat join, sebab aku menkuarantinkan diri sendiri, dok dalam bilik tu, buat multimedia untuk ditayang time penutup nanti. 3 jam jugak lah aku buat bende alah tu, hellooooo, ingat senang ker nak wat multimedia tu, ade tu, kekadang,  berhari2 buat multimedia, apabila siap ia hanya mengambil masa 2 minit tayangan… huh… complicated lah


Siap je bende alah tu, kami terus pi dewan untuk rehersel, aku pun macam biasa, dengan sepantas mungkin menyiapkan lah laptop, projector, mike, speaker, dan segala jenis wayar yang berselirat, terima kasih kepada yang membantu… mula2 kelam kabut soket penyambung plak takde, n mike yang tak cukup, tapi akhirnya semuanya cukup dan set pa system aku berada dalam keadaan standby mode… whoaaa


Petang tu seiingat aku jam 2.15, aku sampai untuk cek balik pa system aku tu, untuk make sure semua ok, kul 2.30 YB Aziz datang merangkap Adun felda palong, sedangkan time tu dewan masih kosong, wartawan dari sinar n utusan pun dah sampai, kul 3.30 barulah majlis penutup start, kesian pulak die kene tunggu sejam… time tu pengarah dah hangin, sempat jugak dia melepaskan geram kat aku.. bla bla bla.. aku just dengar jerk, sebab untuk merespon masa tu bukan masa yang terbaik, kalu aku jadi die pun memang aku dah terbako… kita bako kita bako…!!!


Dan Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar ketika perasmian penutup, Cuma diganggu oleh mike yang memang macam hantu, Lancar lah sangat kan, dengan mike yang nak roboh, ucapan YB tu pulak aku rasekan terlalu lama, kalu aku bhgn protokol, dah lama aku angkat tangan dari belakang sambil tunjuk no 5, atau dengan selambanya berjalan ke arah dia dari belakang stage, sambil menghulurkan secebis kertas bertulis, ‘’maaf dato, lagi 5 minit’’ ala.. aku biasa buat bende2 ni.. hehe


Multimedia aku, aku rasekan berjalan dengan lancar, xde sekat2, dan ditayang dengan besar di dinding dewan tu, puas hati aku, melihat hasil kerja aku dilihat oleh orang… whoaaa… paling rase terharu, when diorg tepuk tangan, atas sebab ape tu abaikan, yang penting diorg tepuk tangan.. aku just menonton multimedia aku tu dari belakang sambil berjalan ke hulu hilir mengambil gambar, aku dah tgk tu berpuluh kali, biarlah diorg pulak tgk…


Tapi aku just nak cakap, AKU PUBLISITI BUKAN TEKNIKAL !!! mike rosak, x cukup, habis bateri atau mike sekat2 time org berucap, should be teknikal yang pic… setup pa system, pasang projector, sediakan laptop, cari extension, speker tak bunyi, dewan roboh ker, gemas tenggelam ker… huh… GRRRRR…..

Btw… terima kasih kerana membantu…


Paling menarik time penutup ni, ada surprise untuk emak n ayah angkat, kami wat sambutan birthday ok, ade kek 2 tingkat sambil kami nyanyi lagu, Allah selamatkan kamu… rase best sangat…. Sambil diiringi oleh muzik tari-tari wau daripada mohram…

Sebelum balik, kami makan2 dulu, bergambar sakan, sambil peluk2 nangis2… bla bla bla… emak angkat kami pulak, suapkan kami dengan kek birthday tu… haha... nyum2 lah…



Diakhirnya

Diakhirnya, seiingat aku, sepanjang 3 tahun aku bersama PERMANIS, drpd perspektif mata aku ni ha, OPKIM 11 ini adalah program terbaik yang pernah dianjurkan oleh PERMANIS. Tahniah kepada Pengarahnya… saudara Abdul Rahman Siham… dan ketika hendak balik ke UM, dia bersalaman dan peluk aku sambil mengucapkan, ‘’terima kasih hasyim, seronok berkerja dengan ko’’… 


masa tu aku rasa nak nangis, tetibe rasa touching, entah, mungkin aku ni memang sensetif agaknya, tapi cepat2 aku alihkan emosi aku tu, aku just senyum sambil terus ambik gmbr sana sini mcm ape entah lah… apabila dikumpulkan semua, gambar OPKIM yang ada dalam simpanan aku ni ha, berjumlah 3969 keping semua…dan ia hanya seringan 14.6 gig… whoaa


Pastinya, OPKIM 11 PERMANIS terus segar dalam ingatan aku dan kami para peserta…

OPKIM 11 PERMANIS… TERBAIK !!!