.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Sunday, January 31, 2010

Hebatnya Pilihanraya Kampus UM


Hebatnya PRK UM. Katanya dengan menggunakan e-voting, akan lebih lancar, dapat tahu keputusan cepat, tapi lihatlah sekarang... Keputusan ditangguh, mahasiswa berdemo sana sini, fitnah memfitnah, mencari kesalahan, menegakkan kebenaran, rasa puas tidak pernah hadir dalam diri.

Hebatnya e-voting, hebatnya mahasiswa,
Hebatnya PRK UM 09/10








Esok ialah 1 Februari 2010, sebagai tanda sesi pengajian 09/10 akan tiba di penghujung dalam masa lebih kurang 3 bulan. Menunjukkan juga sesi pengajian akan terus melangkah setapak lagi ke sesi 10/11, Sedangkan MPMUM sesi 09/10 masih belum terbentuk !!!

Wednesday, January 27, 2010

Jangan Jadi Seperti Lilin

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH

Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.

Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.

Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.

JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR

Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.

“… dan sabar itu adalah sinar”

Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.

“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.

Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”

Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.

Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.

JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR

Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:

“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”

Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.

PESANAN BUAT LILIN

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.

Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

Sumber: Saifulislam.com

Tuesday, January 26, 2010

Meneruskan 6 agenda perubahan !!!

Assalamualaikum, pada hari ini 25 Januari 2010, Universiti Malaya dihangatkan dengan hari penamaan calon sebagai tanda bermulanya demokrasi kampus yang aman, adil dan telus sebagaimana yang dituntut. Pastinya ia melibatkan dua parti iaitu Pro Mahasiswa yang hadir dengan gelombang oren, dan Penggerak Mahasiswa yang akan mengisi kabinet dalam MPMUM 09/10.

Pro Mahasiswa yang memimpin UM pada sesi 08/09
dilihat lebih cemerlang dalam bidang kepimpinan. Selain hadir dengan program2 yang lebih berunsur keintelektualan, Pro Mahasiswa juga serius dalam menjaga kebajikan dan memperjuangkan agenda perubahan yang dibawa. Tahniah diucapkan.

30% untuk mahasiswa
mengungguli pentas Suara Siswa
this is the best FESKUM ever - DYM Raja. Dr. Nazrin Shah



Pro Mahasiswa yang memimpin UM Pro Mahasiswa tampil memperjuangkan 6 agenda perubahan iaitu Kepimpinan, Kebajikan, luar Kampus, Akademik, Perpaduan dan Kesenian dan Kebudayaan. Jom mengundi calon PRO MAHASISWA...

STUDENT.... POWER...
YES WE CAN...
WE UNITE FOR UM...

Saturday, January 23, 2010

Pro-M... Student.... POWER !!!




Mengungguli pentas Suara Siswa
This is the best FESKUM ever - DYM Raja Dr Nazrin Shah
30% untuk mahasiswa

STUDENT... POWER !!!


Thursday, January 21, 2010

Sebuah Pertemuan -UNIC

SEBUAH PERTEMUAN -UNIC

ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan

bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan

tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan tika aku
diuji dengan dugaan

saat ku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan tuhan
kau katakan rahmatnya mengatasi segala

menitis air mataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihMu oh tuhan

titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati
yang dulu resah keliru

cintaku takkan pudar diuji dugaan
mengharum dalam harapan
mooga kan kkesampaian kepada tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina

menitis air mataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekatiNya
tika diri dalam kebuntuan

betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajarku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi

tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihMu tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama teman...


DOWNLOAD

lirik lagu ni sgt best :)


Wednesday, January 20, 2010

Sekeping gambar....

Monday, January 18, 2010

Apa ada pada kuning ?


Kuning...
sekadar warna
apalah yang nak dihebohkan sangat
tapi mungkin punya pengaruh yang kuat

banner pamplet baju notis bunting
kebanyakannya menggunakan kuning
sebagai warna tema
buat masa sekarang ni lah...
yang pasti ia bukan kebetulan
ingin mencari pengaruh yang hilang
pengaruh yang semakin lapuk
kuning itu juga yang dipertaruhkan
hahah.. ketawa sinis mereka di sana

ehm... kuning ?
sekadar warna
apalah yang nak dibising-bisingkan sangat
tapi ia punya pengaruh yang kuat !

kuning warna diraja
ya.. kuning warna diraja
daripada payung, singgahsana, pakaian
kuning semuanya
warna keagungan institusi beraja
maka... atas dasar itu warna kuning dipilih
ya... tiada siapa yang hendak menafikan
warna kuning terlalu simbolik dengan warna diraja

kuning...!
hei kuning,
pergi kau dari sini,
kotor...!!! (kata mereka)
melihat kepada pengaruh-pengaruh Barat
doktrinisasi Barat kepada pemikiran muda-mudi
anasir negatif - sosial melampau dan hiburan keterlaluan
keterbukaan minda yang mengikut ajaran songsang Barat
maka...

maka...
masyarakat kini yang mengaplikasikan Islam ini
mengatakan budaya kotor itu sebagai budaya kuning !!!
otak kuning, budaya kuning...!!!
sangat menjijikkan !!!

Saturday, January 16, 2010

Jalan-jln di KLCC

Semalam, sekitar jam 12 t/hari, selepas makan t/hari di kolej, kami berlima, Azhari, Zaul, Din n Suhail pun bergerak menuju ke stesen U sebelum menuju ke Final Destination iaitu KLCC, nak solat Jumaat di Masjid As Syakirin n merayau2 sekitar KLCC. Best solat jumaat kat sana, bukan pertama kali sebenarnyer, tapi best la pi byk2 kali, huhuhu...


After solat jumaat, kami pun merayau di Suria KLCC, tapi, masing2 sebenarnyer takde arah tujuan, n memang niatnyer nak berjalan... so, macam2 kedai la kami masuk, haha.. n sekitar jam 6, baru lah kami menjelma semual di kolej kesayangan ni...

di Stesen U. ...odw ke KLCC

gmbr dr dlm train Rpid KL yg baru, try la naik, same jer kowt...

Seni Graffiti yg tidak bertempat, tempat ni dah byk kali dibersihkan,
membawa maksud dah byk kali jugalah gmbr2 grafiti tu bertukar... haha

ha... bace tu... tapi kalu tgk2 balik, lawa jugak ... heheh
drpd tembok tu kosong jer, sekurang2nya ade la someting...

ha... KLCC... kami nak datang ni...

dah sampai... org macam biase, ramai jer...

lepak2 sat after solat Jumaat di masjid As Syakirin KLCC

semua org tau, kat belakang tu menara berkembar petronas,
yg menjadi kebanggaan Malaysia...

pandangan dari tingkat 6 rasenyer... kat main lobi tu, pameran dr Habib Jewel,
pastinya bayaran tapak tu sgt mahal semahal barangan Habib itu sendiri... hohoho

masuk sat Petrosains... teringat dulu2, rombongan sekolah ren., nilah tempat yg aku pi...

tgk2 sat kat kedai peralatan sukan, Stadium nama kedai ni...
tapi tak mcm stadium pun hahah

tgk2 buku di, ehm... ape plak name kedai buku Jepun ni? Kinokoyo kot,
ntah... tapi kedai ni segala buku ade... n of coz la besar...

gmbr lakonan semata2

penat berjalan2, masuk sat kat kedai Sony, best giler gajet2 electronic yg ade kat sini,
hahaha.. habis kami kerjekan semua...

dah kul 4 dah ni, penat berjalan, perut pun lapaq, singgah jap kat food court nyer,
sedap la mee yg aku mkn ni...berasap2...

pandangan dr food court...

menyemak sat kat kedai mainan... TOYS CITY kot namenyer...
time ni aku dah tak larat nak jln dah... rase nak mengesot jer... huhu

Menara Berkembar Petronas... kelima tertinggi di dunia, kot...
tp burj khalifa tu memang 2 kali ganda lebih tinggi dr menara berkembar ni...

bon voyage ;)

Thursday, January 14, 2010

Meeting Chating Eating... CHAOS !!!


12 Jan yang lepas, aku meeting Balai islam kolej aku, meeting perancangan Sem 2 katenyer... semua ok... n habis meeting, buat pertama kalinya, kami makan2 di cafe kolej kami yg sedap tu... best jugak la.... lagi2 ade org open table kan... huhu... bankrup den... aku just harap, moment2 yg seumpama itu dapat terus dikekalkan sehingga bila2 pun....ni gmbr2 yg sempat aku amik...


Yg tgh smile tu, Aisyah... setiausaha yang sangat rajin.. n bagus...
n yg banyak membantu... yela, name pun setiausaha... hehe

makan2... ha sila2...tambah ape yg patut

jejaka idaman... kot ???


Keesokannya pula 13 Jan, aku meeting post mortem Simposium Maal Hijrah pula, iaitu projek kolej under Balai Islam yg aku handle, n Alhamdulillah, seperti yg aku jangka, semuanya berjalan lancar dan berada di tahap yang memuaskan... yg penting, percaya untuk berjaya !!! n antara ucapan aku yg terakhir kpd warga kerja HIJRAH 10 ialah, ada antara kita yg beranggapan kita perlu belajar daripada kesalahan sendiri, namun apalah guna ingin belajar dr sendiri andai kesalahan itu telah pun dilakukan,

Maka, tidak salah kiranya mengambil inisiatif untuk belajar drpd kesalahan orang lain... Ya, aku belajar dr kesalahan org lain demi meastikan laporan post mortem tahun lepas tidak wujud di dalam laporan post mortem pada kali ini, dan alhamdulillah, ia boleh dikatakan berjaya...

Sebahagian warga kerja yg banyak membantu menjayakan HIJRAH 10

Ehm... Ok, semua ok, tu yang boleh gelak2 tu... heheh

Dah berpuluh2 gmbr org aku amik, akhirnyer terselit gak gmbr aku...
tu pun setelah aku pakse org tu amik gmbr aku... hehehe

n after post mortem HIJRAH, kami pun berduyun2 pi mkn2 kat 6th...
best la, borak2 gelak2... macam ade2... tapi time ni tak bwk camera, so takde gmbr...

n pada minggu ini 15-17 Jan, aku terpaksa melupakan program yg aku nak sangat join sebenarnya lebih2 lagi apabila aku sebagai PP Publisiti merangkap urusetia untuk program ini. iaitu... ha bacelah sendiri...tapi singkatannya IN PRISM... aku rase agak sedih jugak la tak dpt join... coz 17hb ni aku ade pogram Balai Islam, n untuk ape2 pun, aku meletakkan BI ni sebagai keutamaan aku dlm projek2.. huhu... aku harap IN PRISM ni berjalan dengan lancar...

n aku baru berkira2... dah habis HIJRAH n IN PRISM, aku akan free la sikit, rupe2nyer... ade je lagi keje menanti aku, FHT plak, sory, tapi aku mengklasifikasikannya sebagai ....... grrrrr!!!... open floor, mr n miss astarian n ntah la lagi... cukup memeningkan sebenarnyer...

n after FHT still ade lagi... ntah terlalu banyak sampai tak terdaye aku nak ingat... n tu tak termasuk asgmnt aku yg tak byk sgt kalu nak dibandingkan dgn kawan2 aku yg lain, tp asgmnt aku yg tak byk tu pun dah cukup memeningkan... dah2.... aku ni kalu dibiar menulis, ntah ape2 lagi la aku membebel kat blog ni.... nanti sambung lagi... tq M_H


boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahui... Al Baqarah: 216

Tuesday, January 12, 2010

Kenangan itu berlalu...

Alhamdulillah... aku sedikit lega apabila berjaya juga menganjurkan dan menamatkan Simposium Maal Hijrah 1431. Semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya, jika tidak mencapai tahap itupun, sekurangnya ia berada di tahap yang memuaskan... terima kasih kepada semua yang terlibat...

Persembahan nasyid Hijrah Satu Wawasan, lagu tema program...


pertama kali menganjurkan forum... agak teruja sebenarnyer...


Handsome nyer... anak sape tu yer...


Kenangan... bersama Ustaz Hasrizal yg terkenal dgn buku Aku Terima Nikahnya...


set pentas yang sgt menarik lebih2 lagi diserikan dgn pasu2... tq Afif

ingin lebih lanjut... layari Balai Islam Online

ok... ni pulak ialah Sambutan birthday warga Balai Islam yg muncul di dunia nyata pada bulan 12 n 1... trade mark nyer ialah kepada my very best frenz.. Azhari yang lahir ke dunia pada 12 Jan 1989. Agak meriah jugak la... yelah, makan2 ... takkan nak bersedih plak kan... hehe.. ape pun trima kasih kpd yg sudi hadir...hanya aku n Hadi jer yg tau ape even sebenarnyer, sehinggalah munculnyer kek itu... heheh

mereka dgn makanan memang tak dpt dipisahkan...

makan2... nyum2

best2... Hasyim, len kali wat lagi ea... kata K Wan (yg tgh pndg camera..)

layari juga Balai Islam online

UKHWAH FILLAH SELAMANYA

HasYimie..
3.21 am / 12 Jan 10