.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, September 30, 2010

KURJAS 09: Dalam Kenangan Terindah



Entry ni aku dedikasikan khas buat semua yang telah terlibat secara langsung

atau pun tidak langsung dalam tidak atau menjayakan KURJAS ’09 –

Kursus Jenazah & Amali Sembelihan, Balai Islam Kolej Kediaman Pertama UM.

Tema: Ilmu Suatu Keperluan, Kematian Suatu Kepastian


my bookmark

Ketika itu aku masih tahun 1, dengan berbekalkan sedikit pengetahuan yang aku kutip sebagai Penolong Pengarah Publisiti Balai Islam Kolej 12 ketika aku di PASUM – Pusat Asasi Sains UM, aku bersama seorang lagi kawan aku ditawarkan sebagai Pengarah untuk KURJAS, aku pun dengan rasa berat hati menerima sebagai Pengarah, Pengarah muda katanya... yelah baru 1st year dah jadi Pengarah Program.



antara design2 terawal aku


Haruslah ketika kali pertama aku berhadapan dengan Pengetua Kolej untuk menyerahkan KKD, bukan KKD yang ditolak, tapi aku yang ditolak, memang dia tak cakap, tapi berdasarkan pengalaman aku yang dapat mengagak kes2 sebegini beberapa kali dengan tepat, aku yakin sangat, dia menolak aku, padahal bukan dia yang nak mengarah pun... huh... masa tu aku rasa sangat tension, geram dan hangin ala2 bayu laut...


tq utk poster yg lawa ni :)


Dipendekkan cerita, dengan bekas pengarah yang dah keluar kolej, so, segala yang aku rancang dalam KKD tu kini KKP –Kertas Kerja Program, segalanya memang idea aku, n plan aku, time tu sejujurnya aku cakap, aku sangat terganggu apabila my bos, Pengerusi Balai Islam lah.... dok sibuk2 nak amik tau... aku macam sentiasa menjauhkan diri dari dia, n biarlah aku buat program aku ni... tp sebenarnya aku tak patut buat macam tu, kalu aku jadi dia pun, mesti aku nak tau apa anak buah aku buat kan...


design by syahidah roslam, tq


KURJAS tu berlangsung pada 21 n 22 Feb 2009, seingat aku, KKD nya aku siapkan sangat awal, than lulus di HEP 5 bulan lebih awal utk program yang x seberapa besarnya tu.... aku pun buat pertama kalinya, mula memulakan gerak kerja di peringkat aku sendiri, masa ni seriusly, aku just jumpa ex pengarah sekali jer utk dapatkan general view abaout KURJAS,


nasib bek suami dia pun memang penceramah


than segala yang lain2 aku explore n search sendiri... mula2 kol JAWI, banyak beno cekadaknya... call JAKIM, ok on.... aku tempah tarikh tu 5 bulan awal... selain dibantu oleh Timbalan, S/U yg rajin dan bendahari yg dermawan, aku turut dibantu oleh 34 orang AJK, 3 orang MT n 7 orang Penolong Pengarah yg jaga biro masing2 yg aku sendiri dah setup... korang ikut ajelah yer... haha


suasana di tapak pembunuhan


than aku plan 21hb tu aku nak buat ceramah sebagai pengisian pada sebelah malam, yelah daripada dibiarkan kosong, macam rugi, tempat pertama yg aku plan nak wat kat Audi Kompleks Perdanasiswa, tp dia kata... wat kat dewan makan tuje sudah... aku pun xnak lah bertikam lidah or mencucuk kalbu dgn orang2 yg berumur ni, aku ok ajerlah...than masa tu dalam otak aku ingat ustazah norbahyah jer... than terus cari no dia, aku pun x sure mcm mane aku leh dapat no dia, aku pun call, ni ustazah norbahyah? Aku tanyer, padahal aku tau yg jawab fon tu lelaki... haha.

salah cara pegang pisau tu, jgn ikut


than suara di hujung panggilan kata, ni ustaz wan, oh, if korang nak tau, ustaz wan aqasha ni suami ustazah norbahyah yang juga penceramah selalu kuar kat tv dok bagi ceramah, now mereka berduet dalam Semanis Kurma di TV9... aku antara penonton setianya... than aku pun terus buat appoinment seawalnya.. yelah, orang2 glamer ni kene tempah awal2, if x jadual diorg penuh... n alhamdulillah... tarikh 21hb tu dia masih free... dgn tajuknya Ke Syurgkah Aku? bincang2 harga... RM..... hinggit’s utk ceramah 2 jam !!!... aiyooo... dgn bajet yg masih x tentu arah, aku pun on jer..


ringan jer tu...


oh yer, nak citer sikit, untuk di JAKIM, aku berurusan dengan dua bahagian yang berbeza, haruslah, if korang perasan, aku sebenarnya buat dua program yang digabung jadi satu, pertama Kursus Jenazah-21hb n kedua Kursus Sembelihan -22hb, utk jenazah aku berurusan dgn bahagian dakwah, utk sembelihan dengan bahagian penyelidikan, merangkaps bahagian halal yang dok memeriksa makanan2 kat Malaysia ni halal or haram. Beberapa kali jugak lah aku pi turun naik JAKIM kat tepi Masjid Negara tu... tapi alhamdulillah.. segala urusan dgn diorg sgt mudah n lancar... kerjasama yg terbaik lah...


post mortem kul 1 pagi + supper


masa ni dgn bantuan timbalan aku, aku pun berurusanlah dgn orang2 besar celcom, mula2 nak call ketaq lah jugak tangan ni, macam2 aku pk, nak cakap dengan Dato’ ni, tapi time tgh cakap dgn die, dia bahasakan diri die pakcik, n dia pun bernada mesra... masa tu aku ingat lagi, aku tgh training kompang utk Festival Seni UM, sempat jugak die tanyer... tu bunyi kompang ker tu... than die pun membebel2 pasal itu n ini... aku dok dgr jer... Dato jaga Celcom bhgn Timur, die kate, kalu buat kat tempat die, die bagi tajaan 4 hibu hinggitttssss...


praktikal kursus jenazah


aku pun time tu sengih2 dah... tapi disebabkan KL ni, kat Timur ker ?, KL ni bhgn cawangan central-KL, so die pas lah akunyer proposal n KKD tu ke bhgn yg handle bhgn central ni, calling2 die kate nak bagi rm2500, aku on jer... yelah drpd xde lebih baik ada... than dah nak dekat dgn tarikh program die kate RM800 jer.. aku ade gak tanyer, y drpd sebanyak rm2500 jadi 800 hinggit, argh.. malas aku nak pk, alhamdulillah... dapat jugak 800 drpd 0.


persembahan nasyid drpd KK12 (siap ada prob kubur ok !)


Masa ni aku buat hal sendiri, cek 800 drpd celcom tu, terus masuk ke akaun aku, atas my name, dalam masa 3 hari, duit tu dah ade kat tangan aku.... no prosedur apa jadahnyer ntah... wat surat mohon tajaan melalui pengetua- kepada HEP, kene tunjuk dulu kat penyelia penasihat- than pas kepada Canselor- , setahun lepas tu barulah keluar surat kelulusan drpd HEP - dapat tajaan duit kene masuk ke akaun bendahari UM – cek dari celcom kene bg ke bendahari – dah setahun kat bendahari – barulah keluar cek atas nama program –than barulah boleh tunaikan duit tu – itu pun setelah laporan bendahari dihantar ke pejabat...


terima kasih master coz sudi merasmikan program saya :)


tiba hari pertama program- kursus jenazah, semuanya ok jer... peserta tak ramai, nak buat macam mane... apa yg ada tu on jer lah... aku n yg lain2 dapat lah tau macam mane nak uruskan jenazah dengan betul... best jugak sebenarnya... i mean, best dapat tau ilmu baru yg sepatutnya semua org pun kene tau... tiba waktu mlm, ada ceramah perdana drpd ustazah norbahyah, petang tu, dalam kul 6 dah mula hujan lebat lak tu, aku dah mula tak senang duduk, time ni pulak nak hujan, semalam x pulak, huh.... lebih kurang kul 9.30 barulah hujan berenti


1st college !!! kembangkan sayap semangatmu biar terbang


masa tu ada penonton dtg nak dgr ceramah ler... berpayung2, yg OKU pun ada, yelah nak dgr ustzah norbahyah bagi ceramah, ingat senang n murah nak panggil dia mai bg ceramah, so memang x leh lah lepaskan peluang keemasan ni, masuk percuma ok... masa ni dewan tu dah penuh, penuh dengan pompuan, kaum adam adelah dalam 7 baris, pengumuman ceramah ni aku buat kat masjid ar rahman time sembayang jumaat yg penuh dengan Adam, 4 kali jumaat ok..., tapi yang datang ramai kaum Hawa... pelik aku...


tidak.. kakiku dipotong


time aku tgh bersiap2, masa tu aku pakai bj melayu complete warna ungu... hoho, aku trun jer ke dewan tu lebih kurang dlaam kul 8.50, my Penolong Pengarah Protokol bg tau Ustazah Norbahyah x dapat datang, suami die yg ganti die, masa tu aku rasa jantung aku ni bagai nak gugur, aku nangis jer masa tu... tapi nak wat camne... die demam, nasib baiklah suami die tu pun penceramah, boleh lah ganti wife die... aku just terima seadanya... dalam hati aku, suatu hari nanti akan ku panggil lagi ustazah norbahyah.. bukannnya ape, nak sangat dengar die bg ceramah secara live dalam program yg aku sendiri yg handle... ok, ceramah disampaikan dgn jayanya oleh Ustaz Wan Aqasha even nama dan gmbr isterinya yg tertera pada backdrop....

sekor lagi mati


hari kedua, nyum2... kursus sembelihan, aku berjaya jugaklah membunuh seekor ayam. Sebelah malamya, majlis perasmian penutup, aku buat simple2 jer... coz aku tau masing pun dah penat mengerjakan ayam pada petangnya... ada tayangan gmbr2 sikit, n persembahan sketsa Menanti di barzakh, dan persembahan nasyid daripada KK12 n last sekali, makan2 ayam BBQ yg sgt sedap.. haruslah.. kami yg sembelih, kami yg buang bulu, rebus, potong2 sampai hancur pun ada, than bakar hampir 500 potong ayam semuanya... jenuh lah jugak nak membakarnya...


siap sedia untuk dimakan

malamnya aku tidur dengan agak tidak lena, apa lagi yg aku citer yer? Oh yer... belanjawan... sebenarnya, belanjawan utk KURJAS jauh lebih besar daripada jumlah yg tertera pada laporan kewangan KURJAS, terima kasih yang teramat sangat aku ucapkan pada my treasure yg banyak membantu aku memastikan belanjawan di atas kertas sedap mata memandang tapi hakikatnya... hanya aku dan Allah sahajalah yg tau berapa jumlah belanjawan yg sebenarnya...


ceramah perdana, tq yg memenuhkan


di akhirnya, tiap kali meeting, aku ade aje beberapa kali pesan kat my committee, ni program Kursus Jenazah n Amali Sembelihan, bukannya program berdebat, bukan program berfiesta, bukan juga program majlis makan2... jadi ikhlaskan niat kerana Allah, untuk membantu mengembangkan unsur2 Islam yg indah, membantu masyarakat mendalami ilmu fardhu kifayah... ilmu dunia dan akhirat yg pahalanya terus berkekalan buat bekalan di akhirat nanti.. Insyallah Amin...

my banner yg mahal rm400 ok !!!


Dalam KURJAS nilah aku belajar dan tau, serba sedikit, sebenarnya banyaklah jugak, tau pasal protokol2 ciptaan manusia, prosedur mengarut2... belajar nak berurusan dgn org korporat, belajar menghadapi karenah birokrasi dan belajar berhadapan dgn individu2 sukar, complicated n memeningkan... yg mengajar aku untuk banyak bersabar, dan menghadapi dugaan, dan cabaran kehidupan yg sementara ni...


jamuan penghargaan - nasi dagang special


Lagi sekali, diahkirnya, jika kalian my KURJAS committee terutamanya, yg membaca ini, ketahuilah, che nak habaq berbanyak2 terima kasih kerana tolong che menjayakan KURJAS... if KURJAS ni x berjaya sekali pun... ketahuilah kita pastinya telah buat yang terbaik...


sketsa menanti di barzakh


Dan, menjelang KURJAS '11 yang akan berlangsung pada 26-27 Februari 2011, aku mendoakan semoga semua berjalan dengan lancar di bawah pimpinan Saudara Mohamed Amin Zainy... gud luck all :)


Sekalung penghargaan


Penyelia Penasihat: En Mat Zaid Bin Husin

Timbalan Pengarah: Wan Syazana Binti Meor Abdul Wahab

Setiausa: Haryati Najua Binti Idris

Bendahari: Suhail Anwar Bin Mohamed Nor

Penolong Pengarah Publisiti: Nurul Syahidah Binti Roslam

Penolong Pengarah Penyembelihan: Ahmad Azhari Bin Nordin

Penolong Pengarah Tugas-Tugas Khas: Nurul Husna Binti Mohamad

Penolong Pengarah Protokol: Mohamad Rasydan Bin Mohd Sabri

Penolong Pengarah Domestik: Tengku Karina Binti Tengku Mohd Kamil

Penolong Pengarah Teknikal: Mohammad Saiful Bin Razali

Penolong Pengarah Tajaan: Nur Syafiqah bt Hashim

dan AJK KURJAS


serta semua yang menjayakan KURJAS ‘09

Monday, September 27, 2010

PERMANIS: Cinta pandang pertama...



PERMANIS...Cinta pandang pertama, ketika itu di Minggu Promosi Persatuan di KPS beberapa minggu di purnama ke tujuh selepas berlangsungnya Minggu Haluansiswa, ketika itu, freshie2 ASTAR sangat gah di MHS. Menang itu dan ini. (klik pada gambar2 utk tumbesaran maksimum)

akan datang

PERMANIS... Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM. Haruslah aku berbangga menjadi anak N 9 yang terkenal dengan negeri beradat dan masakannya yang pedas-pedas belaka. Ketika aku mula berjinak-jinak dengan PERMANIS, ketika itu, ia dibawah pemerintahan Saudara Farhan. Aku sangat kagum dengan dia apabila dia berucap, ucapannya bersemangat dan menaikkan semangat.


Tahun kedua, entah bagaimana aku diselinap masuk ke dalam exco PERMANIS. Kira jadi orang dalam lah. Exco Kesenian dan Kreativiti katanya. Aku dikehendaki mengarah projek majlis berbuka puasa. Pada tahun lepas, projek tersebut hanya diadakan di cafe Fakulti Sains. Jadi berbekalkan sedikit pengalaman yang aku ada sepanjang tahun satu tu, aku pun mulalah merancang flow program.


Tempat pertama yang terlintas di otak aku yang agak sempit ketika itu ialah nak buat majlis buka puasa di Dewan Tun Perak kolej aku ni ha, atau pun di Dewan Gemilang KK12.Tapi, aku dok pk balik, apa barang buat kat kolej. Aku pun terus online mencari senarai hotel2 di negeri kesayangan aku tu. Setelah Hotel Seri Malaysia x cukup tempat, Corus Paradise Hotel pulak jual mahal, aku pun memilih Glory Beach Resort.


Ketika itu belanjawan yang tertera di KKD ialah 12 hibu hinggit, haruslah ia melibatkan sejumlah 160 orang, 80 orang daripadanya ialah anak-anak yatim yang aku search dari internet jer.. urusan dengan diorang semua just calling sambil tangan sibuk di keyboard. Dengan kewangan PERMANIS yang kukuh, aku raselah... ditambah pula dengan sokongan kuat Penasihat PERMANIS yang terus meluluskan KKD aku tu tanpa edit, Yayasan N 9 pun menghulurkan lah 7 ratus billion ribu ringgit. Tau, aku mintak banyak2.


Mengendalikan projek under persatuan, taklah serumit dan secomplicated mengendalikan projek under kolej. Under kolej – banyak cekadaknya, itu tak boleh, ini tak boleh, protokol itu prosedur ini, hatta nak pinjam sehelai lapik dulang pun perlu isi borang 3 hari bekerja sebelum tarikh guna !


Tapi.. ketika aku menguruskan program PERMANIS tu, aku boleh buat apa yang aku suka, tanpa perlu minta nasihat daripada orang yang menasihat.Ketika aku mengendalikan projek tersebut, aku sebenarnya turut terlibat sebagai orang penting untuk 3 projek kolej yang berlangsung serentak perlaksanaan gerak kerjanya dengan program majlis buka puasa aku tu. Menguruskan bahagian Publisiti...


Ketika itu, hanya tuhan yang tau, betapa gilanya aku. Nak nagis aku dibuatnya, x menang tangan, terpaksa berkejar ke sana sini, penat tu xyah cerita lah... Seingat aku, itulah masa yang aku paling giler lah... 3 projek kolej n mengarah pula projek PERMANIS di tarikh perlaksanaan gerak kerja yang sama. Tapi Alhamdulillah... dibantu oleh senior2 yang hebat2 belaka, semuanya berlangsung dengan lancar, disamping pahat dan penukul yang masih berbunyi, maklumlah mulut manusia...


Di tahun kedua bersama PERMANIS, di bawah pimpinan Saudara Zaid, bilangan programnya lebih banyak daripada ketika aku di tahun satu. Banyak jugalah program yang aku nampak banyak cacat cela dan tempangnya. Tapi, memandangkan program aku tu juga, aku rasa ada beberapa yang tidak kena, aku diamkan sahaja. Ape pun 2 tahun bersama PERMANIS, aku sangat gembira, seronok, dan yang paling penting, kami satu keluarga, yang semuanya bagus-bagus belaka.


Melalui PERMANIS ini jugalah aku dapat merayau ke seluruh tempat di N. Sembilan ni, dan mungkin juga akan keluar menjengah negeri2 dan negara lain.Masuk tahun ketiga bersama PERMANIS, terlalu banyak pembaharuan dan perubahan yang telah dan akan berlaku. Ketika ini, aku di bahagian Publisiti dan Penerbitan, bahagian yang memerlukan anda mempunyai stamina yang kuat untuk menghadap laptop selama berjam2 mendesign itu dan ini n menyiapkan multimedia show. Kalau lah aku mengenakan bayaran, nescaya saving account aku sentiasa bertambah.


Sekarang, sudah hampir di penghujung semester 1 di tahun ketiga bersama PERMANIS di bawah kepimpinan Saudara Sabri, aku just harap, PERMANIS akan terus melangkah dengan lebih cemerlang. Biar satu N. Sembilan tahu apa itu PERMANIS, biar seluruh UM dan satu Malaysia tahu apa itu PERMANIS.


PERMANIS: Tetap Di Hati...
http://permanisdhati.blogspot.com


Beli rumah, kereta... baru kahwin !


Sekali sekala dok menyembang dengan my mom, eh salah... sebenarnya kat rumah, percayalah... aku lebih banyak mendiamkan diri... kalau bercakap pun just cakap dalam hati, bilangan word yang aku cakap time kat umah, boleh diikira kot... haha... ok sambung balik... so sebenarnya, bukanlah mak aku berborak dgn aku, tapi macam mak aku macam tgh bercerita kat aku, aku pulak dok mendengar sambil tersengih-sengih jer... huh..


Mak aku kata kat adik aku... nanti adik sekolah pandai2, -tp aku x iktiraf dia sebagai adik pun,...kenapa ? ntah.... jadi macam abg ateh... akulah tu... yelah, sususan dlm my family, anak 1st, mcm biasa along, than angah, alang, ateh, n uda, so aku as ateh anak keempat... than mak aku mulalah bersyarah... sambil diperhatikan aku yg tersenyum bersimpul tanpa menyalin apa2 nota. Dah besar jadi mcm abg ateh, sekolah pandai, masuk u, nanti ateh dah kerja, boleh lah belikan mak rumah ni, xyah besar2, rumah ni pun dah cukup... lepas tu belikan mak kedai tu –restoran, nanti mak dah takde, ateh jugak yg dok rumah ni n jaga restoran tu... huhu... sedih aku dgr...


than mak aku kata, dah kerja nanti, mula2 pakai lah kereta mak tu, ada dua, xde sape pun bawak... lepas tu, dah ade duit, xyah beli2 moto yer, beli jer kereta terus, yang besar ! aiyooo... aku just khusuk mendengar sambil mengomel2 dalam hati, ntah kerja apelah aku nanti yer... kalu beli tiga benda tu, tiga seringgit kan best... huhu... ha mase tu aku mulah lah berangan, nak kete besar, nak belikan mak aku rumah besar, nak beli restoran tu, than renovate jadi ala2 restoran lima bintang ker... haha arghhh... masih jauh... belajar ni pun masih terumbang ambing...


siapakah si dia...?

Than mak aku kata, kahwin tu takyah pk dulu, lama lagi... ko baru 21 kan ? ha... 30 nanti kahwinlah ! tersedak aku dibuatnya... 30 ?!!! aku baru plan nak kahwin umur 25 ker, if kahwin umur 30, anak masuk u umur 20, time kita dah tua umur 50... xnak lah... huhu, tapi semua tu aku just cakap dlm hati jer... aku iyakan aje ape mak aku tu cakap... anak soleh katanyer... than mak aku tanyer, dah ade calon ker ? haha... cepat2 aku kate, eh, mana ade.. huhu... aku pun mula membayangkan my future wife, orang yang bekerjaya, kami pi keje sama, konon2 aku kuar umah menyemart pi office or jumpa klien utk uruskan pasal pembelian tanah bangunan or ape jadahnyer lagi lah.... my future wife plak, pi ke court uruskan kes2 berprofil tinggi, or pergi ke u mengajar, or jumpa merawat patient... ehm.... best2.... ehm.... i hope i dream a dream dat i wish to dream, n finally it become reality....

Cerita Ramadhan yang...


Ramadhan lagi... setelah 9 mingggu tidak pulang ke rumah, akhirnya, pada malam 24 ramadhan yang mulia, aku dipanjangkan umur untuk bersesak-sesak menaiki KTM menuju ke bandar Seremban. Malam tu pertama kali berbuka di A&W bersama kawan2 sekolah dulu2... dipendekkkan cerita... berbuka puasa kali ke 25 pada ramadhan tahun ini, aku bersama my siblings n 4 orang nephew yg comel2 yang datang dari ceruk Sendayan dan Seremban, n aku KL, berkumpullah di rumah my mom yang terletak di Tanah Merah Site C, ala... dekat2 dengan Port Dickson.

i luve my mom

Dipendekkan lagi cerita, time tu aku dapat rasekan my mom yang aku n kakak2 aku panggil as Mak... mesti sangat seronok n gembira tgk kelima-lima anaknya beserta 4 orang cucu + 1 masih dalam perut, makan, i mean berbuka bersama-sama... than borak2... aku pun time tu happy jer, kekadang time diorg tgh gelak2 borak2 time menunggu azan maghrib kul 7.20 tu, air mata aku hampir2 berlinangan, x pasti sedih atau gembira... tapi aku cepat2 pikirkan benda lain... yelah, bukan senang kami nak berkumpul sama2 mcm tu... ditambah plak aku kat UM ni ha yang manjang busy mengalahkan menteri...


Hari tu, mak aku sediakan juadah berbuka yang special... lebih 10 hidangan... ala2 buffet kat restoran kot... kami pun apa lagi... setelah semua orang mengaminkan bacaan doa aku... -selalu anak buah pompuan aku umur 7 tahun yg bace doa- sgt tidak senonoh pakciknya.... kami pun makan.... sangat sedap... lebih sedap kerana aku tau, mak kami dan mak kalian memasak hidangan untuk diberikan kepada kita- anak2nya... dimasak dengan penuh kasih sayang ibu kepada anak... terima kasih mak... aku tau... walaupun my mom tak mungkin akan bace apa yang aku tulis ni, apatah lagi tau apa itu blogspot.... tapi ketahuilah aku dan kami sangat sayang mak.... aku yakin, begitu juga korang yang membaca..._1.35 am, 30 Ramadhan 1431