.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, April 15, 2010

Buat sahabat...


hari ini,
adanya dia menggembirakan aku...
hilang sedikit rindu di hati,
walau kita baru sahaja berkenalan...
tidak pasti hendak mula dari mana
yang pasti....

suka mendengar ceritanya...
itu dan ini...
lagaknya seperti seorang motivator
mungkin juga sebagai penglipur lara
sekadar berkongsi cerita...
sedar...
masing-masing sedang cuba menyesuaikan diri
setiap soalan pasti bersebab
jawapan diberi jangan sebarangan
cuba menyelongkar ceritera disebalik diri
mengorek sedalam-dalamnya perihal diri

tidak mengapalah...
kerana..
masing-masing pandai...
pandai meluah apa yang perlu...
sekurang-kurangnya belajar...
membaca yang tersirat
walaupun dengan hanya jelingan mata
apatah lagi senyuman biasa
pasti tersirat 1001 makna
salam perkenalan !

Ya Allah...
berdoa dan memohon kepadaMu
moga pertemuan ini hanya kerana Allah...
perpisahan juga hanya kerana Allah...

-HasYimie...

2 comments:

Unknown said...

salam perkenalan hasyim,
terharu kot ^_^
( kalau salah org malu je aku, haha )

Mohd Hasyim Bin Harun said...

x salah org...
memang khas utk ko