Pada 26-27 Jun lepas, dari Seremban yang penuh sesak tu, setelah 3 jam perjalanan menaiki bas Southern yang nak roboh tu, aku pun selamat sampai ke MRSM Gemencheh, N Sembilan. Program anjuran Per. Mahasiswa N Sembilan UM ( PERMANIS) tersebut diberi nama Genius Syabab. Nama program yang cukup unik dan menarik bagi aku lah.. (syabab – generasi muda). Program yang lebih kepada halatuju pelajar selepas SPM tu pastinya melibatkan pelajar2 SPM yang sejumlah 227 orang. Jumlah yang sangat ramai untuk dikendalikan oleh kami yang hanya sejumlah 15 orang.
Sedikit pengenalan MRSM Gemencheh, MRSM ni baru beroperasi 3 tahun, masih bau kedai lagi lah. Jumlah pelajar keseluruhannya lebih kurang 800 orang. Sekolah yang besar tu pastinya menyediakan kemudahan2 yang sangat selesa dan lebih hebat daripada Kolej 1 aku ni ha. Selain MRSM Gemencheh, terdapat 2 sekolah lagi yang gah yang berjiran iaitu Institut Tahfiz AQ (ITQAN) dan bekas sekolah kebanggaan aku – Maahad Ahmadi. Jadi kiranya, pekan Gemencheh tu memang aku boleh katekan pusat perkembangan ilmu yang bakal melahirkan pelajar2 yang mantap2 belaka. Lebih2 lagi MRSM Gemencheh tu turut menyediakan program tahfiz AQ sebagaimana ITQAN dan Maahad Ahmadi. Terletak hampir bersebelahan dengan Bndaraya Bersejarah... jadinya haruslah bas yang aku naik tu diberi nama Southern.
padan muke, lambat lagi... haha
jejaka idaman... ? ehm....
gemuruh jiwa... semangat membara
nyummy2 time...
Huh...
1. Sebaik sampai di rumah, tepat jam 8.50 malam, aku terus tidur kerana keletihan yang amat sangat, menggagahkan diri untuk subuh sebelum tersedar semula ketika jam menunjukkan 12.20 t/hari !
2. Entah manelah cicir duit RM10 hinggit aku. Takpelah... Guna duit tu untuk benda2 yang baik yer...
3. Paling x leh bla, Qiamulail koba kul 4.30 pagi, tapi aku sampai surau tu kul 5.05, yang ada lelaki barulah 4 orang, sedangkan muslimat telah pun penuh menunggu kaum adam. Huh...
1 comments:
saya ada time tu...hurm....penat tunggu lelaki sampai...tp yang menyedihkan....perempuan tak dpt join mlm tu sbb ada girls night....tp mmg keseluruhannye mmg best la...
Post a Comment