Hari pertama menjejakkan kaki ke UM untuk meneruskan sisa perjuangan berbaki 2 tahun lagi ni, aku dah dibebani, bukan tapi ditanggungjawabkan untuk itu dan ini. Terlalu banyak. Dah tahun ketiga ni, aku ingatkan, aku nak lepak2 jer, tak nak join program, just sekadar memerhati adik2 dan check n balance. Tapi lain pula jadinya...
Sesuatu yang tidak pernah terlintas di kepala otak aku, untuk aku menerima sebagai Pengarah Malam Penganugerahan Astar 10/11 (MPA). Merupakan majlis annual dinner yang sebenarnya projek kolej yang paling gand, maklumlah, dinner kolej dan kebiasaan hotel bertaraf 5 bintang menjadi piilihan, tahun lepas MPA diadakan di Putrajaya konvensyen cernter (PICC) Serius... aku tidak pernah terlibat langsung dengan MPA ni, apatah lagi jadi AJK, yer... sedikit pun aku tak pernah terpikir dan berminat. Datang MPA, just duduk, makan, sambil memerhati manusia2 yg terdedah itu dan ini. Sebab, seriusly, MPA ni projek paling berat, haruslah ramai yang menolak untuk menjadi Penolong Pengarah (PP) pun xnak... huh... Aku tak pasti ape yang ex pengarah buat tahun lepas sampai semua orang takut nak join MPA ni... haha
Sebelum ni memang aku ada mengarah beberapa projek, dan bukan nak kate ape, tapi sepanjang 3 tahun di UM ni, termasuk MPA, aku mengarah 4 projek, dan diikuti dengan puluhan jawatan sebagai PP Publisiti dan Penerbitan, dan beberapa PP lain dan menyertai banyak program2 luar.
Di tahun pertama, berbekalkan pengalaman di PASUM -Asasi UM, aku diamanahkan untuk mengarah Kursus Jenazah dan Amali Sembelihan, berat aku terimanya, namanya ajer dah macam tu, Tahun kedua, aku menawarkan diri untuk mengarah Simposium Maal Hijrah juga under Balai Islam, dan dalam pada masa yang sama, under PERMANIS - Per. Mahasiswa N. Sembilan, aku mengarahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, di Glory Beach Resort, PD.
Tapi itu hanya melibatkan 160 yang adik2 dan warga PERMANIS yang boleh dikawal semuanya, bukannya 800 orang yang punya pelbagai ragam. Tiap kali diner, paling tak senang aku dibuatnya ialah pakaian guestnyer... nauzubillah.... korang pun tau, malas aku nak citer. Sebab bagi aku diorang itu berbogel !
Dan sekarang, berbekalkan title mantan pengerusi balai islam astar 09/10, pastinya MPA 10/11 insyallah akan menjanjikan sedikit kelainan, maklumlah aku akan hadir dengan otak yang kosong untuk MPA ni, view, gambaran, flow program, gerak kerj,a semua kosong dalam kepala aku ni. Dan untuk rekod, daripada 11 MT dan PP, 7 orang daripadanya tidak pernah terlibat langsung dengan MPA jadi, semuanya akan kami bincangkan semula mengikut versi kami, yang akan diketuai oleh aku. Hahahah... orang luar dilarang masuk campur, kalu nak masuk campur jadi Pengarah ! Ha... sape suruh aku jadi Pengarah... hahah... tapi yang paling menerverserskan aku (eja pun x betul da) memandangkan MPA projek kolej paling utama, so seperti sebelum2nya, ia akan melibatkan semua penyelia untuk turut serta dalam gerak kerja MPA... so wat... suruh penyelia jadi pengarah x boleh ker? hehe...
Ok lah, sebenarnya... sebaik sahaja aku macam dah setuju nak jadi Pengarah MPA ni, pertamanya jangan menggelabah, bayi yang baru lahir, mana ada, lahir2 terus berlari, bercakap... kene mula satu2 tapi dalam keadaan yang pantas dan tersusun.. Maka, kawan2, Azhari, Ameera, Alvernia, Asyikin, Ahmad, Amira, Anip, (apesal semua mula dengan A?) jom ayuh kita bergandingan tangan dan bahu, ini tanggungjawab...lain orang lain hasilnya, moga dipermudahkan segala urusan. jangan fikirkan masalah tapi fikirkan penyelesaiannya. Suka untuk aku memetik lirik Generasi Hebat, merangkpa lagu tema MHS UM 10/11.
Setiap impian pasti ada cabarannya
Namun ku tetap berani menempuhinya
Jika terlalu mudah, tiada ertinya
Ku pedulikan sesiapa yang tak percaya
Melangkaui kemampuan yang sedia ada
KUTAHU DIRIKU HEBAT, AKULAH JUARA!
Namun ku tetap berani menempuhinya
Jika terlalu mudah, tiada ertinya
Ku pedulikan sesiapa yang tak percaya
Melangkaui kemampuan yang sedia ada
KUTAHU DIRIKU HEBAT, AKULAH JUARA!
dan yg pasti bukan sesuatu yg mengejutkan aku
jk ada yg terkejut MPA dibawah pemerintahan diktator aku hahah...
jk ada yg terkejut MPA dibawah pemerintahan diktator aku hahah...
2 comments:
wah..gmbr mpa..gorgeous gler..huhuhu
hahah... wat ever~
Post a Comment