.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Tuesday, July 20, 2010

Apabila berbicara mengenai jodoh


Cuti semester yang lepas, kebetulan bertindih pula dengan cuti persekolahan selama dua minggu, pastinya banyak kenduri kahwin bersepah sana sini. Aku pun. Tapi bukan aku yang kahwin, sekadar pergi memenuhi undangan perkahwinan. Aku pasti, korang pun sama. Menu paling favourite aku, ayam masak sambal. Haha.. memang tulah yang aku ratah, mati dah semua ayam tu aku makan tinggal tulang.

Kebetulan, satu kenduri di Banting, Selangor ni, aku terserempak pula dengan orang kampung aku ni ha, sedara lah, berpangkat nenek. Aku pun dok lah sebelah dia, makan...nyum2. Borak-borak tetiba dia tanya, dah ada calon ke belum ? Erk.. aku sedikit terkejut, yang pasti aku suka word calon yang dia gunakan tu. Aku sekadar jawab... takde lagilah... takde sape yang sudi. Huhu...


Suka untuk aku memetik sepotong ayat AQ, 49:13 “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.....”

Golongan yang mungkin sedikit tersesat, rancak menggunakan ayat ini sebagai antara cara untuk menghalalkan hubungan yang masih nyata haramnya di sisi Islam. Sedangkan disamping ayat tersebut, telah jelas batasan-batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin.

Dan dari AnNur:26 “perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik....”

Berbicara mengenai calon, apabila membaca ayat ini, pastinya aku risau, haruslah... lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat, lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Siapa lah yang sanggup mengaku dirinya lah yang paling baik, lantas layak untuk dipertemukan dengan seseorang yang juga baik. Namun pastinya kita mengelak daripada menjadi jahat agar tidak dijodohkan dengan orang2 yang jahat.

Di akhirnya, aku hanya mampu berdoa, agar dijodohkan dengan kaum Hawa yang Hawa, yang memenuhi segala ciri2 calon idaman, wanita solehah. Benar kata dia soal jodoh itu, serahkanlah pada tuhan...

4 comments:

M.Sya.R said...

ececececey~~~~~=P

Mohd Hasyim Bin Harun said...

hahahha... apo bondo ea syafiq

E.y.n.a said...

em..i smell something fishy :P

Mohd Hasyim Bin Harun said...

hahah.... its nothing