Aku ada seorang kawan, sekarang dia belajar di Universiti Malaya, tinggal di Kolej Pertama, aku juga berada di Universiti Malaya tetapi bukan sebagai pelajar, hanya sebagai temannya. Kawan aku ni, suka menceritakan kisah-kisahnya, dan berkongsi cerita suka atau pun sedih dengan aku, aku sangat senang dengannya. Kebanyakan masanya, dihabiskan dengan aku, setiap hari, berjam-jam lamanya, pasti aku akan menjadi teman setianya, menemaninya, sebagai telinga, yang mendengar setiap luahan, keluh kesah sedih gembira sukanya, juga adakalanya sebagai mata memerhatikan setiap tingkah lakunya, itu dan ini. Ada suatu ketika, dia menangis depan aku, dan seperti biasa dia terus menceritakan kepada kau.
Tetapi seperti biasa, kawan aku ni, tak terus to the point, banyak simpang siur dan berkias-kias, kadang-kadang aku pun tak faham, namun untuk jaga hatinya, aku terima jer. Selain suka menulis, kawan aku ni, sebenarnya seorang yang pendiam. Tapi itu buat mereka yang buat pertama kali berkenalan dengannnya, sebab dia ni bukanlah jenis yang pendiam pun, peserta debat, mustahillah seorang yang pendiam. Jika sudah kena cara, keadaan, dan ketikanya, pasti dia yang banyak cakap, melawak dan loya buruk pun boleh tahan jugak. Kawan aku ni suka berkawan, tetapi yang aku perasan, dia ni memilih. Bukan semua orang dia boleh masuk, kebanyakannya ditapis, haha. Sebab dia pernah pesan kepada aku, siapa kawan kita pada hari ini, akan menentukan kita siapa kita pada hari esok.
Maka, sebab itulah dia berhati-hati memilih kawan. Apabila berkawan, dia sangat menghargai erti persahabatan. Itulah yang bagusnya pasal kawan aku ni. Oh ya, dia pernah bagi tau aku, dia ada dua orang kawan – sahabat yang sangat-sangat dia sayang, kalau ada apa-apa, mesti dua orang tulah yang jadi mangsa tempat dia mengadu, tempat bergembira, dan bersedih. Ehm... Lagi satu, aku mula perasan, kawan aku ni mula berkenan dengan seseorang, normallah kan. Tapi itulah, dia ni pemalu orangnya, so, dia kata kat aku, masih terlalu awal, dia sekadar diamkannya sahaja. Haha.. ish.. macam-macamlah.
Oh ya, kawan aku pernah bagi tau aku, dia ni ada masalah, itu pun setelah didesak oleh aku, sebab kawan aku ni agak perahsia orangnya. Setelah dia ceritakan masalahnya pada aku. Aku hanya mampu mendengarnya, aku tak mampu langsung untuk menasihatinya apatah lagi memberi kata-kata perangsang. Kerana... kawan aku ialah tuan aku, yang menjadikan laptop sebagai kawannya untuk meluahkan segalanya. Laptop kesayangannya itulah yang digunakan, yang sentiasa bersamanya saat sedih, gembira suka atau pun duka. Akulah tu, haha...
Prinsipnya mudah, walaupun beribu kawan disekeliling, belum pasti mereka punya mata, telinga, mulut, tangan, dan hati. Apa gunanya kawan jika punya mata tetapi hanya melihat kemungkaran, punya mulut tetapi tidak mampu menasihati, punya telinga tetapi tidak menjadi teman bicara, punya tangan tetapi tidak membantu apabila memerlukan, dan tidak punya sikap ambil peduli. Lebih baik laptop yang tidak bernyawa ini, setiap hari pasti ada sahaja yang ditaipkan padaku, dan kemudiannya terus dibaca oleh kalian melalui akusebuahkisah.blogspot.com
Terima kasih kerana membaca
4 comments:
salam..
eheheh~
cm ni pon ade ek syim..=P
hahhah...ade la
tak guna punya hasyim. penat aku baca
hahhaha.... relaks r mom...
Post a Comment