.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Tuesday, December 22, 2009

Relaks la...

Hari ini, mood aku dalam keadaan tidak baik, hormon-hormon negatif, marah, tension, geram... semuanya sedang mula menguasai diri. Aku pasti sebabnya, cuma aku tidak pasti bagaimana lagi harus aku memberitahu kepada mereka. Aku bukanlah yang jenis suka memaksa, aku taknak orang benci kat aku, aku nak jaga hati semua orang, aku nak orang lain taknak rasa dalam keadaan tertekan dan rasa terpaksa... terutamanya dalam berorganisasi.... tapi itulah, mungkin aku terlalu berlembut. Memang aku punya cara tersendiri, tidak seperti mereka yang lain, tapi... ehm, ntahlaa..... Tapi aku dengan segera teringat semula pesanan sahabat, banyakkan bersabar, cuba kawal diri, more profesional, dan yang penting jangan cepat emo, n cuba cari jalan penyelesaian....

Yang penting, setiap kali rase nak emo, aku akan segera teringat, siapalah nakhoda tanpa kelasi2nya... dan ape pun yang terjadi,

WE COMING TOGETHER, BUILDING EACHOTHER...

0 comments: