.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Tuesday, December 8, 2009

Sesejuk mentari

Ingin merasakan mentari sedingin salju, tetapi fitrah penciptaan mentari tidak mungkin menjadikan alam luas terbentang ini sesejuk salju. Namun begitu, segumpal daging di dalam badan manusia, yang fitrah penciptaanya mudah untuk berbolak balik, memungkinkan kita yang bergelar insan berubah sifatnya, perlakuannya, tutur kata dan segala yang berkaitan dalam sekelip mata. Ramai diantara kita yang terlupa, kita semua sama sahaja, jika adapun yang membezakan kita hanyalah satu garisan halus, yang mana mereka tidak pun sedar jika mereka melintasi garisan tersebut.




0 comments: