.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Wednesday, January 28, 2009

Di Sini Kita Mulakan Rentak

Di pagi pertandingan Debat Terbuka Astar 09, sempat juga aku menyempatkan diri untuk mencoretkan sedikit kisah-kisah buat tatapan bersama. Semalam merupakan hari yang agak memenatkan buat diriku. etelah pulang ke rumah pada Sabtu yang lalu, aku balik semula ke UM pada hari Selasa. Dan kebetulan pula berjumpa dengan senior-senior di zaman persekolahan dulu.

Maka merayau-rayaulah kami di sekitar Mid Valley sambil mekan-makan di Dominos. Aku pun tak tau macam mane nak menyebut dan nak mengejanya. Di samping mengejar waktu, kerana ada latihan debat dan rumate yang sedang menunggu kunci pintu bilik, maka kami pun memendekkan pertemuan kami yang panas itu. Dan yang pasti sesi mengumpat, ops... sesi gosip menggosip berjalan dengan lancar.

Huhu.... Apa pun harapnya pertemuan itu bukanlah pertemuan yang terakhir, tambahan pula kami masing-masing memang agak sukar dan tak berkesempatan untuk berjumpa di mana-mana pun. Sampai di UM sekitar jam 3.40 petang, tanpa berehat, aku terus ke markas latihan debat kami di Perdanasiswa. Sampai-sampai terus kene berdebat. Wal hasil, memang macam hampeh, dapat pulak tajuk yang memang hampeh, Demonstrasi lambang demokrasi. Terbelit-belitlah lidah nak menyebut dan kepale otak nak memikir. Segala konflik-konflik yang berlaku, tak perlulah aku ceritakan di sini.

Latihan berterusan hingga ke malam, keluar makan malam di Bangsar, dan sambung semula latihan hingga jam 11.20 malam. Mock yang melibatkan senior melawan junior, memang menarik, best dan mantap semuanya. Seperti biasa, balik ke bilik, tengok blog, rasa ingin menaip coretan ini semalam tapi disebabkan mengantuk dan penat yang sangat, aku tangguhkan. Dan malang sekali, sehingga jam 4.30 pagi, aku tak dapat pun melelapkan mata, aku pun tak pasti sebabnya.

Dan sekitar jam 4.30 pagi ke atas baru aku dapat melelapkan mata, itu pun tak lena. Dan hari ini, aku bangun dengan semangat, semangat untuk membuktikan kepada semua, tidak semestinya gula itu manis, tetapi tidak bermakna garam seharusnya masin ! Adakalanya hukum alam dan ketentuan ilahi yang dinamakan sebagai rezeki, boleh mengubah segalanya. Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua senior dan guru kami yang telah mencurah dan menyuap-nyuapkan ilmunya kepada kami. Selamat berdebat juga diucapkan kepada semua dan moga berjaya.

Hari ini, tanggal 28 Januari 2009, hari Pertandingan Debat Terbuka Astar, di sini gelanggang percaturan akal bermula, di sini rentak mula berpencak...adakah kita bakal menuju puncak ..?

0 comments: