(luahan hati drpd seorg shbt kpd sesiapa
yg sudi menjadikn ku shbt...)
Susahnya nak cari kawan yang baik
Kawan yang baik ?
Bukankah semua kawan kita baik2 belaka ?
Kawan baik yang macam mana kamu harapkan ?
Ehm…
Kawan yang baik
Ialah kawan yang…..
Boleh menggembirakan kita
Yang selalu bersama kita
Yang boleh dijadikan teman kala kesepian
Teman untuk berbicara
Juga sebagai teman untuk kita
Meluahkan isi hati kita
Untuk kita bercerita
Apa yang telah berlaku dan akan berlaku
Teman yang boleh dijadikan tempat
Untuk kita bergurau senda, ketawa dan menangis
Kawan…
Adakalanya kita tidak perlu melafazkan…
“kita kawan baik kan?”
Untuk membuktikan yang kita kawan baik
Tetapi cukuplah sekadar jika kita saling memahami
Mampu menduga apa yang dipinta
Mampu menjadi tempat untuk berbicara
Kerana adakalanya kita ingin bercerita
Tetapi tiada orang yang sesuai untuk kita bercerita
Nasib baik lah ada kawan baik…
Untuk aku bercerita…
Tetapi…
Cukup baikkah kita untuk mencari kawan yang baik?
Ehm…
0 comments:
Post a Comment