.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Wednesday, June 24, 2009

1 Rejab menceriakan hari, Pelbagai kisah ingin dikongsi

Apa khabar iman anda hari ini..???

Hari ini 24 jun 2009... tapi berapa ramai yg tahu hari ini juga bersamaan 1 Rejab 1430... maknanya... Rejab Syaaban Ramadhan... ye... 2 bulan dr sekarang kita akan berpuasa selama 29 hari sebelum Syawal menjelma... dan ramalan menunjukan Ramadhan ni adalah kemuncak El Nino iaitu musim panas...memang sesuai bebeno lah dgn maksud Ramadhan itu sendiri, so kalian, bersedialah untuk berpuasa di tengah2 kemuncak musim panas... Hikmah dlm Kesabaran katenyer...

Semalam, 23hb... dengan menaiki komuter yg mengalahkan tin sardin tu, aku balik ke rumah di Seremban, dan dlm tempoh kurang 20 jam, aku telah pun berada di UM semula, sedang menaip di blog kesayangan ni hehehe...


mcm biase nak citer2 sikit, tiada paksaan untuk membacenyer... dlm komuter tu, aku tgk, kalau ade 20 org, boleh dikatekan 18 drpdnyer memakai seluar jeans, agaknya, kenapenyer diorang suke memakai seluar jeans ??? ehm... tak kisah lah.... dlm komuter tu, aku takde kerje, n takde plak buku yg nak di bace, so aku pun mula la memandang ke sana sini, berangan than tersengih sorang2, org depan aku mesti pelik tgk aku hahaha....

n dlm odw aku ke seremban tadi, mak aku tanye, nak gune berape byk duit untuk sem 3 ni... ??? ehm... aku pun sekadar menjawab, mak bagilah lebih sikit ? 20 hinggit ??? mak aku buat lawak hahah... dan dlm tren tadi, aku mula la menaip msg meminta duit dan jumlah yg aku inginkan untuk sem 3 ni, dah siap taip, nak send, argh... aku delete semula msg tu... aku mintak berape pun setakad ni diorg akan bg... tapi aku tau... diorg takde duit, dah...taknak tulis byk2... terima kasih mak... (sedikit emo..)

n tadi aku sempat membc paper, pasal students UKM yg terjatuh dr tingkat 4.. yang kelakarnya, laporan akhbar di BH menyebut siswi tu terjatuh kerana dikejar lembaga, siap jadi tajuk berita k... tak caye bukak la.. n yg peliknyer, dlm akhbar yg sama, termasuklah Utusan, sinar n ape lagilah... menyebut bahawa setakad ni tiada saksi, kawan sebiliknya pula sedang tidur... so ??? mcm mane laporan berita tu kate siswi tu terjatuh dipercayai dikejar lembaga ??? huhuhu... nak publisiti lebih la tu...

n sekejap lagi.. kul 3, aku akan bertolak ke suatu tempat yg ntah kat mane... ade program... dr 24 ni hingga ke 28... tapi aku tau, program tu mesti lain dr yg lain... so... utk program yg ni tak akan ade kisah yg ingin diceritakan... n 29 ni pulak, sempena debat haluansiswa, aku akan terlibat secara tidak langsung... 3hb baru aku balik umah, 5hb pulak masuk sem 3... kelam kabut aku dibuatnya...

n dgn tema um is one: towards to 1malaysia... diharapkan mahasiswa baru sesi 09/10 akan ceria.. um pun gembira hahah... n now maybe kwn2 yg jadi pm kat 1st tu tgh bersiap2... gud luck yer...

beberapa hari lepas, kawan aku kate nak buat blog, tapi die kate... kenape org menjadikan blog sebagai diari... bagi aku takde masalah ape pun... blog yg anda wujudkan tu terpulang kepada tuan punya blog la... ade byk jenis blog, ade blog yang dijadikan sebagai diari, mcm blog yg tgh anda bc ni, ade blog yg sebagai medium dakwah, mcm blog saifulislam. n ade blog diguna untuk tujuan promosi produk syarikat, n untuk promosikan program, ade blog untuk fotografi n ade byk lagi jenis blog... so aku pun pelik kenape lah kwn aku tu timbulkan persoalan mcm tu... memang tak relevan...

Ape pun... (dah lame asebenarnya aku tak tulis ayat ni) semalam telah berlalu... yang pasti meningalkan kita dengan seribu satu kisah suka mahu pun duka, kisah yang yg mungkin boleh dikongsi bersama... mungkin juga tidak...hari ini perlu kita lalui dengan azam dan semangat baru, kerana kita pasti mengimpikan hari yang lebih baik drpd semalam... dan hari yang akan datang pula, hanya Allah yyang tahu... mungkinkah kita sudah bersedia ???

Sunday, June 21, 2009

Debat Kepenggunaan 09 - UTHM

Pada 18 hingga 21 Jun 09 yang lepas, bertempat di UTHM, FOMCA, dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah menganjurkan Pertandingan Debat Kepenggunaan sebagai salah satu aktiviti atau program sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia dan Kempen Konsumer Kebangsaan, maklumat lanjut klik di sini.


Disertai oleh 41 buah IPTA/S dan Institut Perguruan. Pertandingan akhir menemukan pasukan daripada UKM dan UPM. Dengan usul Kuasa Pengguna Hanya Pada Suara, pasukan UPM berjaya menjadi johan menjadikan satu2nya pasukan yang tidak pernah kalah sepanjang pertandingan debat tersebut berlangsung.


Pasukan daripada UM pula berada di ranking ke 19 selepas 6 pusingan liga. Gagal untuk meneruskan tradisi kecemerlangan (katenyer) seperti mana di Debat Perpaduan di UNIMAS pada12-16 jun 09, iaitu memperoleh naib johan, apabila ditewaskan oleh UiTM di pentas final. Tahniah juga diucapkan kepada pendebat drpd UM iaitu Firdaus dan Azzairi yang memperoleh pendebat terbaik keseluruhan, iaitu Firdaus di ranking pertama dan Azzairi di tempat ke 9...


Kalah dan menang adat pertandingan, moga kita pulang dengan membawa pelbagai ilmu pengetahuan yang amat berguna. Moga kita dapat meningkatkan prestasi diri...

Penganjuran oleh UTHM pula... ehm... tak banyak nak di kata, tapi jika diberi 1 hingga 10, 1 paling baik, saya berikan 8 !!! moga dengan bajet 500 juta untuk menaik taraf KUITTHO kepada UTHM itu digunakan dengan sebaiknya... (katenyer)


gambar ketika jam hampir menunjukkan pukul 7 mlm... perjalanan selama 4 jam, memang waktu yg terbaik lah untuk tidak berjaga.... hahahha... terima kasih kepada Abg Mat yang menghantar kami pergi dan pulang dengan selamat... Ok... tu jer... taknak citer byk2... busy la...



Wednesday, June 17, 2009

Zikir & Fikir... Dimana Kita ???


ZIKIR & FIKIR, Di Mana Kita?


Biasanya perkataan ZIKIR
lebih dominan dengan golongan agama, manakala perkataan FIKIR pula ditujukan kepada mereka yang berfikir ataupun dikenali sebagai intelektual. Perlabelan ini menjadi semakin jelas ketika zaman pertengahan Eropah wujud. Pertembungan dua gelombang antara golongan beragama dan golongan berfikir semakin meninggi, semuanya bermula dengan keengganan gereja menerima dan mengiktiraf pandangan-pandangan saintis ketika itu.

Semasa zaman pertengahan Eropah yang dikenali dengan zaman Enlightment (pertengahan abad ke-17), masyarakat yang berfikir sentiasa dimusuhi oleh masyarakat yang berzikir. Peristiwa pertembungan antara golongan gereja dan ahli sains ketika itu telah mencipta jurang yang sangat besar antara ZIKIR dan FIKIR. Kemuncaknya apabila Galileo dihukum sebagai pembuat bidaah dan berbahaya oleh pihak gereja.


Ini kerana teori yang dikemukan oleh Galileo iaitu Matahari adalah pusat cakerawala dan bukannya Bumi. Manakala golongan FIKIR
pula menjadi elergik terhadap golongan ZIKIR. Pada pandangan mereka, golongan ini adalah manusia yang tidak produktif dan manusia yang tidak menyumbangkan apapun terhadap ketamadunan. Maka muncullah golongan Sekularisme dimana kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan (Zikir) tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran (Fikir).

Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dari kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Islam melihat permisahah ini sebagai satu racun dan kemudaratan terhadap sistem kehidupan. Islam tidak membenarkan permisahan antara ZIKIR
dan FIKIR, kerana Islam mengiktiraf kedua-duanya sebagai saling melengkapi.

Larangan pemisahan jelas dapat dilihat didalam al-Quran apabila, Allah menyuruh orang-orang beriman agar mengambil agama secara keseluruhan iaitu ZIKIR
dan FIKIR. Kata Allah;


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”


Peringatan ini sangat diperlukan apabila sebahagian umat Islam sudah mula untuk cenderung mengambil sikap memisahkan antara ZIKIR
dan FIKIR. Sejak kejatuhan Khilafah Turki Utsmaniah pada 1924, kecenderungan ini mula nampak apabila Kamal Attartuk memisahkan rakyat Turki dari agama dengan kehidupan apabila secara rasminya meletakkan negara itu dibawah bumbung pemerintahan Sekuarlisme.

Bukan hanya rakyat Mahrain yang terpengaruh dengan doktrin pemisahan ZIKIR
dan FIKIR ini, malahan para sarjana Islam juga tidak terkecuali. Syeikh Ali Abdul Raziq (1888-1966) seorang sarjana dalam bidang Syariah dan juga Syeikh di Al-Azhar, mencetuskan kontroversi apabila buku beliau yang bertajuk “Al-Islam Wa Usul Al-Hukm” (Polemik Islam & Dasar Pemerintahan) yang diterbitkan pada tahun 1925 sejurus setahun selepas kejatuhan Khilafah Utsmaniah membicangkan dan menekankan bahawa politk dan sistem pemerintahan seharusnya dipisahkan dari agama.

Buku beliau mendapat bantahan yang keras dari pelbagai sarjana Islam dan Universiti al-Azhar telah melucutkan gelaran Syeikh daripada beliau. Peristiwa ini sangat jelas memberitahu kepada kita bahawa kekalutan dan kemudaratan yang besar akan berlaku apabila ZIKIR
dan FIKIR tidak lagi disatukan. Di dalam kita berzikir dengan merenung dan bertadabbur ayat-ayat Quran, sebenarnya dalam masa yang sama kita juga menggerakan minda kita untuk berfikir.

Buktinya sangat jelas apabila Allah mengkhbarkan kepada manusia tentang Matahari bukanlah statik tetapi mempunyai orbitnya sendiri melalui surah Yassin ayat 38,


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ


Maksudnya:..dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Quran ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama.


Di dalam kita berzikir sebenarnya kita juga berfikir, fakta ini juga membuktikan bahawa Islam tidak pernah memisahkan manusia khususnya penganutnya dari Zikir dan Fikir. Malahan meraikan kedua-duanya, kerana kedua-duanya sangat diperlukan dalam membina sisitem kehidupan yang sejahtera dan bertamadun. Buktinya, Allah berkata dalam surah al-Imran ayat 191,


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Maksudnya: (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.


Jadi persoalannya kini, dimanakah ZIKIR dan FIKIR kita?

Tuesday, June 16, 2009

We Will Not Go Down


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Saturday, June 13, 2009

Bengkel Induksi Permanis 09 - Seremban


Bismillah... salam ukhwah salam mahabbah...

Pada 13 dan 14 Jun 2009, bertempat di The Royal Bintang Hotel Seremban, telah diadakan Bengkel Induksi Permanis Um 09... la ni mcm biase aku nak citer2 sikit la... (ala mcm x biase plak)....

Jam 12.35 aku sampai di Terminal, punyalh tunggu... lepas 1 jam kemudian barulah ade makhluk yg muncul huhuhu... but its ok... sabar katenyer.. than trus pi hotel.... meeting...



ni Mohd Zaid Bin Mustafar (blog) merupakan Presiden PERMANIS UM 09/10....

ha... tu tgh bersemangat memulakan meeting... citer2 sikit.... biase r tu....

tempat pun selesa...tapi dlm bilik meeting, sejuk menggigil2 huhuhu


ni swiming pul hotel, view dr tingkat 11 hotel... (dah takde keje, aku merayau2 setiap tingkat hotel ni huuhuh) lawa swmg pul ni... rase nak terjun jer.... tp mcm biase... penuh dgn org...


ni pndgn dr depan hotel... lawa hotel ni... (yela... kate 5 bintang) ehm... ape pun memang clas... taknak balik rasenyer hahahah.... bilik ??? Perfecto !!!


ehm.... no komen.... (smart la org yg pakai bj hijau tu...)



ni dah takde keje... tak tau nak amik gambar ape lagi.... susun sikit cwn n pensel tu... ha jadilah mcm tu... lawa tak ??? ape pun kamera aku ni tak mampu nak wat gmbr2 yg bermutu tingi... yg emposed ke ape ntah namenyer, so gmbr2 semuanya plain jela yer....


ha ni... Saudara Shahir, mantan PERMANIS... yg sekarang merupakan tutor di UM yg juga bisnesmen katenyer.... so die dtg... citer2 pasal organisasi... lame jugak la... but its ok... seronok mendengarnyer.... mcm2 bende aku dpt n blaja....

Dan yang pastinya....dengan perancangan yang mantap yang dibentangkan sepanjang Induksi ini... (dan disertai dgn usaha) moga Permanis sesi 09/10 akan terus mantap di tambah lagi dgn pembaharuan dan penambahan program yang begitu mantap.....ish2... dengan tangg tangungjawab yang diberikan kepada aku... asal pogram yg aku handle ni kecik je, tp bincang2 balik tadi, dah jadi mcm besar la plak... huhuhu... fenin2... (bajet tak kisah katenyer) so bg aku, alang2 dah nak besar... biar besar betul2 hahaha... nantikan kemunculannya....

nantikan kemunculan Permanis di hati anda.... ya...

PERMANIS UM..... Tetap Di Hati.....

Ni Hasilnya...

aku baru jer menyemak keputusan peperiksaan aku utk sem 2 ni.... ehm... Alhmadulillah aku tersenyum sendirian, naik sebanyak 0.79... argh... , betape teruknya result aku semase di sem 1. Walaupun result sekarang ni masih tak mencapai target aku, tapi bak kate kawan aku, bersyukur dgn ape yg ade... ya dan sememangnya aku bersyukur... (dan tersenyum dgn sedikit kepuasan)


Dan dengan result yg aku peroleh ni, aku masih yakin dan percaye... STUDY LAST MINUTE TIDAK BERBAHAYA !!! (Emin...)

Kepada kawan2 yang lain, tahniah dgn keputusan anda... berbanggalah anda dgn hasil usaha anda.... setiap yang berlaku atau terjadi itu ada hikmah di sebaliknya...percayalah...

Sunday, June 7, 2009

Berita tu...

La ni aku baru je balik dr Kelantan... OPKIM katenyer... nak tau citer pasal OPKIM nanti yer...


tgh boring2 ni....jari ni memang sentiasa nak menaip jer... so bace jelah ape2 yang ditaip oleh jemari ni yer...


Kisah 1: Muktamar Tahunan Pas

la ni tgh muktamar pas yg ke 55... aku kekadang sakit hati n otak bace paper2 diorg ni... kalu bukak Berita Harian, Utusan n sehaluan dgnnya... yg negatif jer yang diorg nampak siap jadi tajuk muke depan lagi tu.... satu jer tujuan diorg... masing2 sedia maklum argh... 1Malaysia konon... uwekkk...

bukak plak Harakah... 100% beza dgn ape yg dilapor di BH or Utusan... so.... aku pun malas dah nak komen... ape pun nak tau perkembangan Muktamar Pas ni boleh klik di sini


Kisah 2: Apabila ahli politik berpolitik

Penghujung tahun 2008 n 2009 ni, seperti sedia maklum ade banyak pilihanraya kecil... daripada Permatang Pauh sehinggalah yang terbaru Penanti dan akan disusuli pula dengan Manek Urai (MU) yang kini khabarnya kampung kecil di Kelantan itu semakin popular sepopular Manc. United (MU) juga...


n yang pastinya setiap pilihanraya kecil yg panas tu, ada sahaja isu yang timbul... yang kelakar ketika di Permatang Pauh, semua sedia maklum isu sumpah laknat (katenyer) yang dilafaz oleh Mohd Saiful... semakin dekat tarikh p/raya tu semakin kerap kali lah video sumpah tu diputarkan oleh tv3 n semakin byklah ulasan2 mengenainya... tetapi sebaik shj diumumkan DS Anwar memang... hah... senyap sunyi sepi... betulkan ??? ape maknenyer tu ??? hanya mereka dan Allah shj yang tau... tiada lagi video sumpah tu di kaca tv... Si Saiful pula terus hilang dan tak siapa pun yang pedulikannya...

n yg terbaru ni pulak di Penanti, Si Aminah Abdullah tu... katenyer dirasuah rm80 000... korang pun tau citernyer.. last2... sebaik shj dah tau siapa yg menang... senyap terus si Aminah bersama dengan bhn2 buktinya tu.... kalau tak, boleh dikatekan setiap hari muke die dgn bhn bukti die tu yg memenuhkan paper.. sampai aku pun naik menyampah...

dan Manek Urai ni pulak... mesti akan ade isu yang dimainkan... kite tunggu jelah ape isunya tu... dan yg pasti... sebaik shj p/raya Manek Urai tu habis... akan senyap sunyi terus isu tu dgn org2nya sekali... hahahahah... kelakarlah diorg ni... ntah berapa juta lah duit yang diorg2 tu labur dan leburkan yer... haish.... teringat aku salah satu usul debat... Politik wang: diberi salah, tak beri kalah.... masalahnya dah beri pun tetap kalah ahhahaha.... hiduplah kalian dengan duit2 yang tak halal tu... (sesiapa yg terase memang patut pun terase)


Kisah 3: Bumbung mu jua


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dgn kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharge 292 juta tu... katenyer 50% struktur bangunan tu musnah...

la ni... yang pastinya setiap pihak akan mencari salah orang lain.. nak salahkan siape... ahli politik ker? arkitek ker? engineer ker? or majlis perbandaran? sprm pun perlu terlibat ni... erhm... kite tunggu jelah...


tu jah... byk lagi nak tulis... tapi nantilah... citer pasal opkimas n gmbr2 nanti aku publish yer... tak sabo2 nampaknyer nak tau... hahaha... relaks2 ape pun opkimas yg aku pi tu memang terbaik... tak rase macam 6 hari pun... n rase taknak balik hahahah... best dok ngan keluarga angkat... rugi tak p huhuhu ok.... tata wslm nak berjln2 ke blog penarik beca yg panas tu....



Saturday, May 30, 2009

Sekitar MHS, semalam yg memenatkan dan dot dot dot

Bismillah,........
hari ini sabtu 30 mei... maknenyer semalam.... jumaat, 29 mei hahaha... apela Hasyim ni...


now aku dok kat 12th.... semalam merayau sekitar 12th, oh tgh haluansiswa pelajar2 pasum rupenyer... teringat 2 tahun lepas time aku pun seperti mereka, sedang menjalani MHS PASUM 07/08....mcm2 ade... malam last adalah malam paling best, tak tido pun sepanjang mlm tu... sampai la ke subuh... time tu memang mengantuk giler datang plak sekali dgn pakej penat n penat n penat...


nak citer jugak... sepanjang mhs tu setiap pagi kul 6.15 kami mesti dah berkumpul... n ade beberape org yang lmbt... n yang aku banggenyer diorg lambt sebab sembahyang subuh berjemaah... Alhamdulillah.... n ape yg aku perhatikan... solat berjemaah bukanlah perkara yg dititikberatkan sepanjang mhs di 12th ni (ape yg aku tau la)


n Alhamdulillah... menjalani MHS selaku mahasiswa di 1st....solat berjemaah turut diselitkan dlm programnya... harapnyer pengisian ketika solat berjemaah n waktu subuh dimanfaatkan sebaiknya utk tahun ini... yg aku ingat...di 1st, pagi2 sekiatr kul 5... bangun2 kumpul kat dtp... buat ape ??? bc maksurat.. eh bukanlah... tapi buat cheers la.. chicken dance la... arghhhh tak boleh aku terima.... (ade sesiape nak nafikan ??? silakan...) dah siap bercheers n berchicken dance... barulah pi surau

apelah salahnyer.. pagi2 kul 5 buat program rohani... surau tu lebar jer boleh muat semua... pagi2 bebawak bc maksurat, al-quran...solat hajat pun bole... time ni lah ukhwah nak dipupuk n time nilah kite nak berkenalan... bukankah rumah Allah tu tempat bersatunya hati2 mukmin ??? so.... ape pun aku bukan pm 1st... jawapan aku tak menepati citarasa mereka itu... biarkan... aku teringat salah satu jwpn aku... "bg sy... cheers bukanlah perkara pertama utk meningkatkan semangat cintakan kolej" !!!

aku nak tulis jugak.... alang2 dah menaip ni... tadi pi jln2 kat alam maya... jumpe hasil penulisan yg berkaitan cheers ni... katenyer ia sering disalah tafsir.... kate mereka lagi... cheers ni dpt tingkatkan semangat cintakan kolej la..kesatuan la... n ntah ape2 lagi la.... bg aku... kalau digantikan atau diselitkan pun dah kire oklah dgn launagn takbir... kan lagi elok bunyinyer.... Rasulullah dulu2... nak naikkan semangat cintakan negara dlm kalangn para shbt... nak satukan ummah diseluruh dunia... kalimah Allahuakbar pun dah merangkumi segala-galanya... tak cheers tak sub... terjerit2 mcm org tak betul.... (ade sesiape tak setuju ???.... silakan...)

ok dah.. tak nak citer byk2..kang panas plak org yg membacenyer... hahahah ape pun sepanjang MHS tu debat lah pengalaman aku yg paling best... terbaik katenyer

ok2 nak citer sikit semalam... korang nak tau... semalam memang hari yg agak memanatkan pada mulanya dan keboringan pada akhirnya huhhu... semalam petang selepas solat jumaat di ar rahman.... dr 12 aku berjalan kaki merentas segala onak duri, panjat turun bukit rentas tasik... pi ke fak aku. alam bina... jumpe lectr ade hal sikit... terserempak dgn org pejbt yang ramah2 ni susah jugak... time aku nak cepat ni byk plak ckpnyer huhuhu.... than pi kps, membetulkan laptop ni ha....n balik semula ke 12th...ha... berpeluh2 aku....

mlmnyer plak dpt msg yg agak mendukacitakan aku... argh... hilang sikit xcited aku... tapi nak watcamne, takpelah.... n mlmnya aku menghabiskan masa menonton youtube... segala jenis silap mate aku tgk... quick change paling aku suke.. try la tgk...n merayau2 tgk blog org , bc akhbar online... pasal politik arghh... mcm2 lah mereka tu...main game sat... kul 1 tido.. pusing sane pusing sini...golek2, kul 2. 20 baru la aku dpt tido.... huhuhu (aku mimpi yg pelik2 huhhu...)

n hari ni.... tadi tgh hari aku membawa diri merayau2 di mid vel... beli kasut. penat aku pusing2 mid tu cari kedai kasut... last2 kat JJ jugak yg aku berkenan.... time aku pegi tu mid memang penuh... kedai2 yg sebelum ni aku rase takde org pun penuh org... maybe coz now cuti sekolah kot....

n kul 9 mlm nanti aku akan berangkat ke Pasir Mas,Kelantan sampi 4 jun ni.... aku sengaja menyibukkan diri... join OPKIM anjuran PMIUM.. dok umah lame2 pun boring... bukannyer ape... aku nak sgt join opkim... b4 ni aku x dpt join opkim permanis... n 1st pun katenyer ade opkim tapi smpai la ni tak dgr khabar berita huhuhuh.... sepatutnya Suhail pun join... tapi cancel last minit, semalam... arghh... hilang xcited aku... tapi takpe... Hasyim relaks.... biase r tu... ok nantikan kisahnyer hehehe...

n untuk join OPKIM ni, aku terpkse mengorbankan 2 lagi pogram lain.. huhuhu kepada yg terlibat maaf sgt2....


n sepnjng bulan 6 ni.... berderet2 pogram menanti huhuhu... takpe2 aku nak join semua hahahha..... (bagus2...) n seingat aku... semenjak dr sekolah rendah lagi sampai la now, cakap je aku nak pi mane n join pogram ape, family aku tak pernah menghalang.. semua ok, go on... n aku pelik dgn kwn2 aku yang kate tak dpt join coz family tak bg... arghh... aku tak leh terima.... nasib bek family kite tak same.....

ok setakad ni dulu.... nak bersiap2... tata wslm... terima kasih kerana membace....

Friday, May 29, 2009

Debat Integriti...Itulah Realiti n Danga Bay

Masjid Ismail UTM

Pada 15-19 Mei yang lepas... aku n kekawan debat yang lain bertolak ke UTM,Skudai Johor untuk mengharungi pertandingan Debat Perdana Integriti anjuran IIM MADUM KPT n UTM selaku tuan rumah n lain2 lagi...

Walaubagaimanapun, setelah 6 persidangan kedua2 pasukan UM yang dibarisi pendebat junior belaka... (u lain ramai senior) gagal untuk meletakkan diri dalam kelompok 8 pasukan terbaik menyebabkan perjuangan untuk debat integrti terhenti setakad itu... ini bukanlah perkara biasa untuk pendebat UM... argh... yang pasti aku n kawan2 lain tak gembira...

memang benarlah kata coach kami... kami yang junior2 ni... umpama anak2 ikan yang dicampak di tengah lautan yang bergelora.. berombak...

sedikit perkongsian... pentas final debat integriti sentiasa dimiliki oleh UM dr tahun 06,07 n 08 johan pada 06 n 08... n malang sekali tahun 09... nothing !!!

tahniah kepada UiTM yang menjadi johan n UKM naib johan... 09

ape pun tu semua kesilapan kami jugak... junior2 yang tak dengar kate n degil termasuklah aku hahaha... n sepanjang debat integriti ni... macam2 perkara berlaku... pertumpahan darah takde.. pertumpahan air mata air peluh... banyaklah huhuhu...

n gud luck semua untuk next debat yang berderet2 ni...


UiTM johan Debat Integriti 09
ni kat dalam dewan diorg yg namenyer aku dah lupe hahah yg penting bukan DTC, lawalah dewan diorg kalu nak dibandingkan dengan UM, erhm....

ni malam last... kat Danga Bay, kat tapak Jom Heboh... sekitar kul 1.30 pagi... tgh2 mengantuk ni... kekawan dr UPNM ajak plak main cap kali cap cap cap... korang mesti tau nyer... hahaha macam2 gaye pelik ade... diorg memang pelik... malam last tu kami keluar dgn bebudak UPNM...wah bakal menjage keselamatan negare katenyer...

jalan2 kul 1 pagi kat Dangan Bay... mkn2, (harge ala2 mkn kat hotel 5 bintang) main boling ( fisrt time masuk pusat boling... n tak main pun hahah) n tgk wayang (ni kali kedua... i mean... kali kedua aku tak dpt nak elak, terpakse hahah...)

ni dekat2 City Square... saje je aku amik gambar restoran ni... sebab name restoran ni gune name aku, just tambah a ....hahahah

ni Istana Johor kot... aku tak sure...eh tak nampak mcm istana pun... or ni maybe bangunan pentadbiran johor...ntah... nvr mind la... tapi building ni lawa...

ni lalu kat tepi pantai... kat seberang tu bole nampak Singapore... akan ku jejakkan kaki ke situ jugak hahahah (walaupun terpakse byr lebih rm4 untuk dpt 1 dolar jeerrrrr....) jom....

ok samapi sini jer... nanti sambung balik, byk lagi kisah yang tak sabar2 nak di publishkan hahahha

Thursday, May 14, 2009

Kenangan Terindah Bandung-Jakarta 09

Pada 6-9 Mei yang lepas, aku dengan 14 orang warga Kelab Orator UM bersama dengan 5 orang pegawai HEP telah berlepas, bercuti di Bandung Indonesia... wah... lawatan sambil belajar katenyer. Perjalanan selama lebih kurang 1 jam 30 minit, menaiki pesawat KLM drpd ceruk mane ntah.. Belande kot... memang agak best... n now... nak citer panjang2 pun mase takde... cuti2 ni pun, jadual aku penuh sampai la masuk balik sem3 ni.. huhuhu... ha.. ni gambar2 time kat sane... jom kongsi2 citer heheh...


gambar kat sebelah kanan ni, time dinner, malam first sampai, time sampai dalam kul 7.30 kot.. name restoran ni Salero Jumbo, makanan memang sedap.. muaahhh... banyak giler menu, mau 7 menu kot, sampai kekenyangan la semua ish3....




ni...gambar pertama yg aku ambik, masjid di perhentian rehat dr jakarta menuju ke bandung,
lawa masjid ni...dr jakart ke bandung amik mase berjam2 jugak la... time ni sekitar jam 12 mlm waktu Indonesia, kat Mas kul 1 pg dah ...







lunch di Saung Rasa... aku pun berape pasti ape name restoran ni tapi betul la tu kot... makanan memang sedap giler... time lapar2 plak tu, cumenyer kat sini nak jumpe masakan ayam memang susah... tapi ape pun... hidangannya... perfecto !!!....





ha.. byk2 tempat yg aku pi sepanjang kat sini, ni lah tempat paling best... Gunung Tangkuban Parahu... berada di ketinggian lebih kurang 2000 meter dr aras laut, suhu memang sejuk, sekitar 7 C. memang sejuk giler.. untuk pengetahuan, gunung berapi ni masih aktif yer, masih berasap2 lagi, kali terakhir meletus pada 1983.



Kat sini bershoping sikit, macam2 ade, baju2 terutamanya... semuanya murah2 boleh ditawar iikut harge yang kite nak huhuhu...lagi satu membeli belah kat sini memang tak same dgn kat Mas, nape ??? nanti dah pii taulah... heheh kene alami sendiri...




n lagi satu, kat sini pun ade starwberi tau... pergh.. manis giler, nak banding dgn yg kat cameron tu, memang jauh bezanyer... so delicious la... nak rase... nanti jom kite ke sane lagi heheh...




ha... gambar ni diorang yg lain tgh bershoping... sebelum tu, sepanjang kami berada di sini, perjalanan kami diketuai oleh Pak Jais, merupakan seorang travel guide yang memang pelik n pelik huhuhu.... macam2 lah Pak Jais ni...


n gambar kat sebelah ni antara gmbr yg aku suke.. heheh.. kat gunung ni aku beli baju sejuk jer.. just buat kenangan katenyer... ape pun kaw. gunung yg berkawah berasap2 ni memang lawa giler... kami dimaklumkan, selalu jer artis2 dtg wat filem la, klip video la... coz memang lawa kat sini...





ni dalam bas yang mengangkut kami ke hulu n ke hilir... ape name bas ni aku lupe, lupe plak nak amik gambo bas ni,

n dlm bas ni jgk lah mcm2 teka-teki yang pelik2 dr Pak Jais yang memeningkan otak kami ni... byk2 ikan2, ikan ape yg pakai helmet... argh,..... fenin2...



ni another restoran yg telah pun mengeyangkan perut kami sepanjang kami kat sane... restoran memang cantik n best... hiasan dalaman drpd buluh n gabungan warne lampu yang memang padan la...

time ni... dah seharian berjalan tak tentu arah... makan ape pun semua sedap... tapi memang makanannyer sedap pun...




ni restoran time dinner kami... Sederhana Bintaro namenyer... sape pulak laki2 itu yer??? oh yer..,. itu name Azri Zahier atau lebih dikenali dgn panggilan John... die ni lah Presiden Kelab Orator UM.... berdebat memang hebat giler... sesekali meh la tgk.. hehhehe






ni kat dalam Sederhana Bintaro... time ni makanannyer kureng sikit... tapi kire oklah... yang agak pelik tu, yg tgh memandang ke atas tu... name die Azhari yer.... best speaker DTA, heheh Az aku dah promote ko... jgn lupe komisen hahahah








ni kat dalam Pasar Baru namenyer... ha kat sinilah aku menghabiskan beribu2 rupiah aku hahah... seperti idaman aku, aku nak beli baju batik.... n akhirnyer... setelah kepenatan berpusing2 kat dlm ni, aku jumpe jugak lah bajju yg aku berkenan tu.... memang lawa giler... hahahah suke aku... n baju tu aku dah reserve kan awal2 utk dinner MPA2 heheh... so kirenyer, bj yg aku pakai time MPA 2t u bj dr Bandung ea... heheh




ha tgk baju2 batik tu... lawa giler... sebenarnya byk bj yg aku nak beli.... kalu bole nak beli semua n nak bg kat semua... tapi... utk mengelakkan bajet 2009 lari dr tetapannyer... so, terpakselah berbelanja tanpa ikut cita rase org lain... ehm... ape ko merepek ni Hasyim ???


lagi satu, kat dlm Pasar Baru ni, nak cari tangge naik senang jer.. tapi nak cari tangge turun susah giler.... penat kaki , dah berpusing2 sesat mane ntah, baru jumpe tangge turun huhuhu....


lagi satu, kami masuk dlm ni 20 org, tapi masuk jer... masing2 terus berpecah mengikut nafsu membeli belah masing... so aku pun membawa diri, sorang2 merayau dlm mall ni, memang sesak giler, kedai padat2, org plak ramai, pergh.. kalah ikan sardin dlm tin sardin







ni nampak mcm mall, tapi ade word seafood, so takkanlah adik beradik mid vel. kot huhu kat sini makan pun ok, lagi2 ade ikan bakar,... terbakar lah semua hhahaa





sape pulak ni....??? oh tu namenyer patung ala2 kat thailand tu lah... ni kat Rumah Mode, tempat shoping jugak, tapi lebih kepada nak shoping pakaian lah,.. harge yg memang berpatutan....


lawa kan gambar ni ??? hehehe...








ni pun gambar2 sekitar kat Rumah Mode, persekitaranye memang lawa lah... landskap n ape2 lah... perfect...

kalau perasan kat belakang tu ade org utan tgh bergayut dgn anak die... n kat Rumah Mode ni, byk patung2... sekadar hiasan yer, bukan utk disembah....









ha tgk gmbr ni... padat giler rumah... kalau satu terbakar, memang yg lain akan dpt la sikit... walaupun indonesia ni besar ... tapi kepadatan penduduk berjumlah lebih 237 juta, jika hendak dibandingkan dgn kite, yg hanye 27 juta.. so memang wajarlah negara tu padat penduduknyer....



ni antara kumpulan rombongan kami yg sejumlah 20 org tu....











ni Balai Polis diorg la kot... ibu pejabatnyer... aku pelik bace bhs diorg ni... polisi lah... kalau polisi, kat malaysia maksudnyer dah lain... but... nvr mind lah... tu lah uniknya bhs yang dicipta oleh Pencipta....










ops... jgn silap ni bukan masjid Shah Alam... tapi ni masjid kat Jakarta, yg sempat aku amik dr dlm bas... hehehe lawa tak ? bukan senang ni... design sekali imbas memang same n sejibik... tapi tgk betul2... ternyata masjid kite tu jauh lebih .... ehm.. lebih ape yer... takde plak istilah yg sesuai yg terlintas kat otak aku ni... argh... tak perlulah...




ha... time odw nak menuju ke airport Jakarta nak balik, time tu hujan... so tergendalalah sikit segala plan yg dah dijadualkan...

sepatutnya kami akan dibawa berjalan2 ke Taman Mini Indonesia Indah... ala2 taman mini malaysia.. tapi TMII ni jauh lebih menarik best n perfect ... so disebabkan hujan... kami hanya di bawa mengililingi TMII tu dari dlm bas jer...

nak amik gambar pun, blur nampak air ujan jer...

ha, kat dlam TMII ni mcm2 ade, time kami datang memang org ramai n penuh semua tempat even ujan... kat dlm nilah ade muzium2, muzium minyak la, muzium sains, taman burung , masjid2, tugu, n rumah2 tradisional masy. Indonesia... memang meriahlah... siap ade kereta kabel lagi tu...


ni antara masjid yg ade kat TMII yg sempat aku snap... bentuk masjid ni memang unik, mcm bentuk nasi lemak yg berbungkus tu la... n mcm2 jenis masjid ade...











ha... ni merupakan lunch terakhir kami kat Jakarta, Indah Kuring name nyer... time ni makanan memang terbaik....









ha lagi satu... kami dibawa ke Pusat Shopping ke 2 terbesar di Asia... Mangga 2.... pergh... memang besar n bersambung2 masuk dlm ni memang sesat la... org penuh giler.. aku tak taulah ade berape ribu org kat dlm Mangga 2 tu...








oh yer... dgr nyer ade yg tersesat pun dlm ni... sape tu yer.. heheheh aku pun hampir sesat, tapi berjaye jume jln pulang akhirnya hahahaa

n lagi satu seperti biase... barang murah2 n terbaik... boleh tawar2 k....







ha ni Alhamdulillah... kami selamat sampai KLIA... sempat jer bergambar kat travellater tu wah... katenyer....

time nak balik ni plak ade beberape insiden yg tak diingini.. tak perlu taulah... apepun ia tidaklah berpanjangan... maklumlah... darah muda katenyer...

berade sekejap kat negara orang... ternyata tinggi lagi negara sendiri disanjung....


memang berbeza....


gambar sebelah ni hanya lakonan semata mata hahaha....











n akhir sekali... gambr bunge nilah gmbr yg paling aku suke drpd 250 keping gambar yg lain tu... lawa tak ??? gambar ni aku amik time tgh duduk jer... pergh... ape pun tu semua ilham drpd pemberi ilham...

tapi aku memang suke lah gambar ni...







n setelah berhari2 lebih kurang 3 hari akhirnya dapat juga Kenangan Terindah Bandung Jakarta 09 ni aku publishkan .... akhir kata selamat bercuti semua... nanti kawan2 yg berminat boleh le kite plan berterbangan pi mane2... heheheh...