.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Sunday, June 21, 2009

Debat Kepenggunaan 09 - UTHM

Pada 18 hingga 21 Jun 09 yang lepas, bertempat di UTHM, FOMCA, dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah menganjurkan Pertandingan Debat Kepenggunaan sebagai salah satu aktiviti atau program sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia dan Kempen Konsumer Kebangsaan, maklumat lanjut klik di sini.


Disertai oleh 41 buah IPTA/S dan Institut Perguruan. Pertandingan akhir menemukan pasukan daripada UKM dan UPM. Dengan usul Kuasa Pengguna Hanya Pada Suara, pasukan UPM berjaya menjadi johan menjadikan satu2nya pasukan yang tidak pernah kalah sepanjang pertandingan debat tersebut berlangsung.


Pasukan daripada UM pula berada di ranking ke 19 selepas 6 pusingan liga. Gagal untuk meneruskan tradisi kecemerlangan (katenyer) seperti mana di Debat Perpaduan di UNIMAS pada12-16 jun 09, iaitu memperoleh naib johan, apabila ditewaskan oleh UiTM di pentas final. Tahniah juga diucapkan kepada pendebat drpd UM iaitu Firdaus dan Azzairi yang memperoleh pendebat terbaik keseluruhan, iaitu Firdaus di ranking pertama dan Azzairi di tempat ke 9...


Kalah dan menang adat pertandingan, moga kita pulang dengan membawa pelbagai ilmu pengetahuan yang amat berguna. Moga kita dapat meningkatkan prestasi diri...

Penganjuran oleh UTHM pula... ehm... tak banyak nak di kata, tapi jika diberi 1 hingga 10, 1 paling baik, saya berikan 8 !!! moga dengan bajet 500 juta untuk menaik taraf KUITTHO kepada UTHM itu digunakan dengan sebaiknya... (katenyer)


gambar ketika jam hampir menunjukkan pukul 7 mlm... perjalanan selama 4 jam, memang waktu yg terbaik lah untuk tidak berjaga.... hahahha... terima kasih kepada Abg Mat yang menghantar kami pergi dan pulang dengan selamat... Ok... tu jer... taknak citer byk2... busy la...



0 comments: