Mon | May 11, 09 | 7:17:24 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah keputusan yang menyebelahi rakyat. Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakh semasa mengulas kemenangan Nizar.Beliau turut bersama di mahkamah ketika keputusan kes itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 Mei. Nizar kembali ke jawatannya secara sah dan diputuskan mahkamah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang MB hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian. Menurut Mahfuz, kemenangan ini memberi gambaran bahawa apa sahaja yang dilakukan Najib dan Menteri Besar BN yang haram, Zambru Abdul Kadir ialah bertentangan kepada perlembagaan dan Undang Tubuh kerajaan Perak. Dengan keputusan ini juga, menjawab segala fitnah yang dilontarkan BN kepada Pakatan Rakyat, katanya. Malah dengan kemenangan ini nyata apa yang dilakukan Najib dan Zambry sebelum ini hanyalah mempermainkan undang tubuh kerajaan negeri selain mempersenda Sultan Perak. Justeru Mahfuz menyeru Najib dan Zambry memohon maaf kepada rakyat Perak dan Pakatan Rakyat atas fitnah besar yang dilakukan ini hingga menyebabkan Perak 'kucar-kacir' selama tiga bulan. "Ini satu kesalahan dan aib yang besar, malah apa yang berlaku dalam sidang dun pada 7 Mei lalu juga berpunca daripada rampasan kuasa Februari lalu," katanya. Ahli dan rakyat diseru bersabar Kemenangan itu katanya adalah kemenangan perjuangan rakyat yang mahukan perlembagaan dihormati selain signal jelas kepada BN bahawa apa yang mereka lakukan sebelum ini bertentangan dengan undang-undang. Beliau juga menyeru ahli Pakatan Rakyat di Perak khasnya bertenang sementara ini dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Ahli juga diminta agar bersabar dan hanya bertindak dengan arahan dan perancangan teliti pimpinan buat sementara waktu ini. Mengulas kemenangannya, Nizar berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut. Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu. Mohamad Nizar, Adun Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar. (i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak; (ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan (iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak. "Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong. "Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu. Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang. Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu. |

Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...
.
Tuesday, May 12, 2009
Ir. Nizar MB Perak yang sah...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
1:18 AM
7
comments
Tuesday, May 5, 2009
Selamat Bercuti
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
5:09 PM
7
comments
Friday, May 1, 2009
Tak dapat nak bayangkan...
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful. Tengahari tadi, tengah boring2 dok dalam bilik, tengah2 takde kerje, kawan2 pun takde... so... untuk menghiburkan hati (yang lara) ni, aku pun berjalan2lah melihat2 UM ni ha... tengah2 hari yang tak sejuk, aku pi tengok2 tasik tu ha, kot2 tetibe ade t-rex muncul plak kan hahaha... tipunya... than pi KPS sat, membelek2 buku... pi Blok G, menghabiskan duit yang tak banyak ni...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
12:09 AM
5
comments
Labels: fikir-fikir, luahan
Monday, April 27, 2009
Hari ini aku....
27 April, 12.35pm
Hari ini aku kecewa, sedih, terkilan
Perasaan hati ini bercampur baur
Mengapa ??? Mengapa aku ???
Aku cuba berfikiran positif
Argh... tak boleh
Aku terlalu mengharap
Detik yang berlalu
Aku hitung satu persatu
Harapan yang tinggi aku letakkan
Tapi...12.35pm...
Arghh... tidak !!!
Sukar untuk aku terima
27 April, 6.15pm
Hari ini, aku sedikit gembira
Kerana rasa sedih yang banyak itu
Telah menenggelamkan kegembiraan
Yang sedikit ini...
Berjalan pulang daripada berjuang
Hati aku sekali lagi menangis
Aku iri hati
Ingin sahaja aku rampas kegembiraan,
kemesraan dan keceriaan mereka
Mesti seronok jika ada ..... macam mereka
27 April, 7.45pm
Hari ini, aku sedih
Tidak mengapa, belajarlah
Buktikan !!!
Buktikan yang Hasyim boleh
Siapa tahu ???
Terima kasih teman...
Hati aku sedikit tenang
Tapi kesedihan di hati ini masih bersisa
Arghh....
Arghh..... Tidak !!!!
WHY ??? WHY ??? WHY ???
HasYim... simpanlah air mata tu, ada hikmah disebaliknya,
Allah merancang sesuatu yang lebih baik daripada itu....!
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
12:34 PM
2
comments
Labels: luahan
Sunday, April 26, 2009
Roomate oh rumit...
6.27 pm, 26 April. Tadi selepas Zohor, ketika sedang merehat2kan kepala dan otak yang (agak) berserabut ni, sedang borak2... tetibe ade la kawan kite ni kate...
“ Hasyim...yer... kalau kite nak kekal baik dengan seseorang... kite mesti jadi baik ? (aku meneka) bukanlah... “kalau kita nak kekal baik dengan orang tu, kite mesti takleh jadi roomate dengan dia...!!!” Aku sempat berfikir beberapa saat sebelum aku mengiyakan kata2nya. Walaupun (adakalanya) aku suka membangkang, tapi jika apa yang dikata itu betul dan aku setuju, maka, aku boleh terima dengan hati yang terbuka.
Ehm... betul jugak, kebetulan, sejak akhir ni, aku sedang memikirkan roomate aku, siapa yer ? Sebenarnya, aku memang ade terfikir apa yang dikatanya tu, untuk kekal dan sentiasa baik dengan seseorang tu (ni yang same jenis yer) kite takleh atau elakkan daripada menjadi roomatenyer... Ehm... macam mane nak xplain ni, susah la nak xplain kenapa, tapi memang macam tulah...Alamak, macam tu takle lah aku roomate dengan die... ehm...
Cumenyer setakad ni, daripada PASUM sampailah masuk ASTAR ni, aku dapat roomate yang ok, walaupun roomate aku bukan dari fakulti, kos apatah lagi umurnya... memang tak sama lah... tapi aku masih lagi ok... ok jearh... huhuh... Dan ketika sedang menaip ni, aku terpikir... mungkin boleh jadi apa yang kita suka, sebenarnya tidak elok untuk kita... dan apa yang kita rasa tidak elok untuk kita, sebenarnya itu adalah yang terbaik... Insyallah...
So.. roomate ? ehm...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
6:34 AM
2
comments
Labels: semasa
Saturday, April 18, 2009
HasYimie Corp. Mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan

...SaLam ImTiHan...
moga berjaya dunia dan akhirat
" dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang "
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
8:44 AM
6
comments
Labels: ucapan
Thursday, April 16, 2009
Dah nak exam ni..


Moga bersama kita peroleh kejayaan dunia dan akhirat yang kekal dan abadi...
Bersama bermuhasabah diri... sebagaimana Imam Syafie yang kuat ingatannya, tetapi masih merasakan teruknya hafalannya, lantas bertanyakan kepada gurunya... dan gurunya menasihati agar meninggalkan maksiat...
Tetapi kita ? Andai rasa betapa teruknya hafalan kita... pernahkah kita terfikir adakah itu disebabkan oleh sifat dan akhlak kita? Bersama muhasabah menginsafi diri....
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
9:43 AM
2
comments
Tuesday, April 14, 2009
Terpinggir...
Sukarkah bagimu
menyelusuri disebalik kisah...
mengira keping-keping rasa...
membaca nukilan luahan jiwa...
menghayati baris dan bait puisi
karya hati lara ini ?
Adakah ayat-ayatku terlalu mendalam ?
hingga kau terus tenggelam
aku rasa...
bahasaku begitu ringkas
untuk kau fahami....
Mungkinkah kata-kataku
menggapai tinggi harapannya...
hingga kau hanya mendongak
tanpa kau mampu menggenggamnya
aku rasa...
gerak lompatku biasa saja
untuk kau ikuti...
Tapi...
kenapa........?
Segalanya bagai tidak sehaluan
gerakmu tidak seperti tarianku
gemersik suaramu tidak selari lontaran vokalku
alunan irama darimu
tidak seharmoni dengan gubahan melodi dariku
Mungkin
kita ditakdirkan
untuk tidak sebulat suara
tidak bersatu kata
Tapi...
mengapa aku mampu
untuk menghayati
apa tersurat dijiwamu
tiap makna tersirat
di sebalik wajahmu....?
Di mana silapnya?
kaukah yang tidak mahir
dalam mentafsir
atau aku yag terlalu
rumit untuk kau tafsir...
aku terus bertanya...???
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
10:07 PM
5
comments
11 April... Balik
Tengah kelaparan, balik terus makan... muah... masakan mak paling sedap kat dunia ni.. hahahha..n petang tido.. bestnyer tido kat umah, golek lebih 360 darjah huhu... oh yer sebelum tu, nak citer sikit, aku ni dah lame tak balik rumah... dulu2 waktu last balik, anak buah yang ke-4 masih dalam perut, balik2 dah keluar, dah besar dah haah.. baby girl ok, Wan Nurmusyfirah.. n lagi satu, masuk2 je dlm rumah, tetibe rase lain, oh dah di renovate katenyer... ehm.. nice hahahha masuk bilik pun, ingatkan salah bilik... hohoh...
Malam plak, pi umah Alang (kakak no-3) kat Taman Semarak Nilai, yang katenyer akan berpindah ke Eka Matahari, dekat2 situ jugak kot.. tido sane, melayan anak buah yang dah ade 4 ekor, eh salah... anak buah now dah ade 4 orang... tapi tak best lah... 3 orang pompuan, nak anak buah lelaki banyak2 hohoho....
Hari ni Ahad, tengahari baru blek umah. Oh yer, malam ni ade Anugerah Bintang Popular... nak tgk jugak bende lagho tu... ehm.. well.. Nabil Bintang Paling Popular 08.. hohoh kesian Mawi n Siti... mlm tido lambat sikit jer... tgk2 movie... tapi tak best pun... channel berpuluh2 tapi semua citer ntah ape2...
Pagi Isnin... Subuh sengaja aku lambat2kan.. apelah nak jadi ko ni Hasyim.. tampo kang... kate Hasyim kepada Hasyim... setelah puas bergolek2 kat katil yang tak kecik tu, jam 10 baru aku gigihkan diri aku ni untuk bangun... bersiap2... coz nak balik UM, Zohor mesti dah sampai...
Sekali lagi, nek KTM menghala ke KL sentral, boring, n still mengantok... nak dipendekkan cerita, nak kate aku tido taklah... tapi just lelap mate, n berangan2... tetibe kan, bukak jer mate, KTM tu tgh berenti kat Mid... pergh... kelam kabut aku trun... nasib baik beg aku tu aku pegang, so takde lah kelam kabut, aku dapat lah meng cover diri aku hahaha... nasib bek sempat, kalu tak sampai ke Kl Sentral lah aku hahah...
Sampai UM kul 1.15, tak lame azan Zohor pun berkumandang... petang hujan plak tu... seperti biaser... sampai2... bukak laptop, tgk2 laman sesawang yang byk sawangnyer ni.... mcm2 ade...
Tapi seperkare yang aku masih rungsingkan... arghh... mengapa aku yang di pilih oleh Mu ??? aku rasekan ia terlalu berat, namun aku cube untuk tenangkan diri aku ni.... tapi tak boleh... !!! Ya Allah, terlalu berat rasenyer ujian yang Kau berikan, jika benar ujian itu memang untukku, Kau berilah panduan kepadaku, dan Kau tunjukkanlah hikmah disebaliknya, Eminn...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
8:14 AM
5
comments
Labels: kisah
Thursday, April 9, 2009
Coretan duka dan lara...
Semalam, hari yang telah berlalu, tidaklah begitu indah... aku mengalami masalah yang agak serius... semuanya bermula daripada panggilan telefon daripada JAWI, PTPTN, dan hinggalah ke rumah aku yang terletak di Seremban tu, semuanya membawa masalah... kecuali satu, yang membawa khabar gembira, daripada Menara Naluri di Jalan Ampang, nak tau ape? Check sendiri...
Disebabkan hal yang berlaku di atas, pertamanya, nak mintak maaf kat mak n kakak yang banyak membantu... benda dah berlaku, nak wat camne... Sebenarnya, sikit pun tak sampai hati nak bagi tau, tapi dah ditanya.. terpakse jawab... Sebab tau, kalau bagi tau mesti akan mendatangkan masalah kat mak... Maaf yer...
Dan terima kasih diucapkan kepada Suhail yang memang banyak membantu... terima kasih juga kerana memahami dan mempercayai... sebenarnya aku pun taknak nyusahkan ko buat yang keberepa puluh kali tak tau la... tapi... keadaan (agak) mendesak... huh.. n jangan lupe, kite (bakal) rumate k.. hehehee..
Dan sekarang aku kira, perlu untuk aku fokus dan study kerana aku rase dalam kepale otak ni macam takde ape2 pun ilmu yang aku dapat sepanjang dalam sem 2 ni... Argh... study2, aku perlukan dorongan dan bantuan daripada kalian...
Esok, Jumaat, jika diizinkan Allah, aku akan pulang ke rumah, memang dah berbulan2 aku tak balik rumah... Maaf yer mak, kite busy sangat kat sini... tiap kali nak balik, ade jer hal... Dah banyak kali mak kol, tanyer bile balik? Minggu ni balik ke tak? Kate orang jauh di mata, semakin dekat di hati, Huhuhu.... Argh... apesal tetibe rase kisah kali ni macam kisah sedih pulak yer... ehm...
Seperti biasa... esok tiada siapa mampu menduga, hari ini pula semestinya akan berlalu, dan yang paling penting, dalam meniti hari2 yang akan datang, hari semalam yang telah berlalu mengajar kita untuk menyelusuri hari esok yang masih tidak pasti... Yang penting, hari semalam yang telah berlalu, akan meninggalkan kita dengan sebuah kisah, sama ada kisah suka mahu pun duka... ia tetap sebuah kisah !!!
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
9:57 AM
4
comments
Labels: luahan
Wednesday, April 8, 2009
Sunyi Alam Dikala Malam

Bagi tunas-tunas yang baru, suatu kelebihan buat mereka, bisa menjadi segar dan terus berkembang menjadi pepohon menghijau rimbun...tapi, untuk si pungguk, sinar terang suria suatu halangan untuknya terus bebas bergerak.
Siang tak selalunya panas, ada waktunya datang kepulan-kepulan awan hitam menjadikan mendung di tengahari... dan lebih kelam lagi ribut melanda menyusul sesekali...benih yang baru cuba bercambah terhalang dan kerna ribut terus musnah tanpa sempat melihat drama kehidupan...
Kesian sang bunga...yang baru hendak kembang mekar dengan warnanya, namun hilang seri kelopaknya lalu menguncup mengharap ada sinar yang bakal kembali di esok hari untuknya mekar sekali lagi...Saat itu jua, muncul sang ular walaupun hujan turun, kerna baginya hujan itu suatu kelebihan waima bukan bagi yang lain, kerana disaat itu ada banyak sumber untuknya mengisi kelaparan untuk terus hidup...

Semuanya terus berlalu, hingga reda hujan ribut lalu suatu suasana nyaman dan tenang menjadikan penghuni-penghuni alam mula keluar, bangkit semula, mencuba nasib walaupun setelah sekian waktunya hanya menunggu hujan berlalu pergi...
Saat ini, tumbuh pula cendawan-cendawan baru, berputik memenuhi sekalian ruang yang dituju, berbekalkan kelembapan yang sedia ada yang memang untuknya. Tumbuhlah!!! Gunakan kelebihan yang ada untuk terus membesar sebelum nanti suatu saat kau akan kehabisannya.
Sementara itu, ia terus hidup menyebarkan butir-butir kehidupan baru agar cendawan lain bisa tumbuh... Sang unggas pula, berkicau kembali,bertebaran mencari rezeki, setelah ia tak mampu terbang tika hujan tadi, bukan ia tak mahu terbang tapi ada keterbatasan diri, namun setelah cuba menyelamatkan diri, hingga saat dan waktu yang sesuai ia keluar semula mendapatkan apa yang dihajati...
Air-air hujan yang masih jatuh dari celah-celah rimbunan dedaun dan yang terkumpul menjadi sumber penghidupan buat semua yang menghuni di sekeliling... 12.31 am
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
7:36 AM
6
comments
Labels: fikir-fikir
Monday, April 6, 2009
Sg Gabai: Pengembaraan dan Keseronokan bermula !!!
tercatatlah sebuah lagi kisah yang indah buat tatapan dan ingatan bersama....
sampai2 kene bayar parking yang bertaraf 5 bintang mahalnya, walaupun kami hanya parking di tepi jalan yg dipenuhi semak dan samun... Kawasan Hutan Lipur Sg. Gabai memang best, cantik n menarik... sekali pergi, mesti nak pergi lagi. Tak gitu kawan2 ? Kami berempat belas ni terpakse lah mendaki berpuluh2 meter, n beratus2 anak tangge utk sampai ke puncaknyer.... Pergh... kawasan air terjunnya memang best giler... apalagi, kami terus lah berenang2 di muara, nasib baik tak dilambung ombak hahhaha....
keseronokan dunia yang sementare tu, memang best giler, tak tau la che nak habaq lagu mana.... rase nak pi lagi, n taknak balik hhehehe... sambil mandi2 tu, kami ber BBQ jugak yer, masak nudget, bebola sotong, udang, ketam, n segale jenis hidupan laut ade, kami BBQ, sampai hangus2 n hitam2 nudget tu kami kerjekan hahaha.... Setelah kepenatan, sekitar jam 2 petang kami bergerak pulang, dan sampai ke kolej 2 jam kemudian...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
7:22 AM
7
comments
Labels: kisah
Thursday, April 2, 2009
Petang di tasik varsiti...
(dan terbalik, macam org yg tgh berkayak tu hehhehe..)
ha... tak pun kite berenang2 kat tasik tu, macam yang ko kate tu lah Suhail... orang tengah berkayak, tetibe datang ko pi berenang kat tasik tu hahahah... memang cacat... lagi satu, meh dok rapat, che nak habaq satu benda ni... ish2... kat tasik tu lah... tgh menengok orang berkayak, dah lah tak gune pendayung, berkayak mengundur ke belakang lak tu.. tetibe tengok lagi sekali, da terbalik...., hahahah... cepat2 amik gambar die yang tgh terkapai2 tu... ok... nanti esok citer lagi... wslm... Petang di tasik varsiti...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
6:49 AM
0
comments
Labels: kisah