.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Monday, April 6, 2009

Sg Gabai: Pengembaraan dan Keseronokan bermula !!!

Bismillah.... buat yang kesekian kalinya,
tercatatlah sebuah lagi kisah yang indah buat tatapan dan ingatan bersama....

Semalam, Ahad, 5 April, aku bersama dgn 14 org rakan2 yang lain (diketuai oleh Hizami) berkonvoi 3 kereta menuju ke Sg Congkak... wah... berkelah katenyer. Kami bertolak sekitar jam 9 pagi. Sepanjang perjalanan, kiri n kanan memang dipenuhi dengan hutan lipur yang agak sejuk la mata memandang. Sejam 15 minit kemudian, kami sampai ke Sg. Congkak, tapi malangnya, Sg. tersebut sedang di renovation, huhuh.... nak di upgred jadi laut kot. Maka, dgn sedikit terkilan, kami pun menukar plan, ke Sg yang kedua, iaitu Sg. Gabai (nasib baik kat kaw. tu ade byk sg.).. kami sampai sekitar jam 11 pagi, agak lewat la...

sampai2 kene bayar parking yang bertaraf 5 bintang mahalnya, walaupun kami hanya parking di tepi jalan yg dipenuhi semak dan samun... Kawasan Hutan Lipur Sg. Gabai memang best, cantik n menarik... sekali pergi, mesti nak pergi lagi. Tak gitu kawan2 ? Kami berempat belas ni terpakse lah mendaki berpuluh2 meter, n beratus2 anak tangge utk sampai ke puncaknyer.... Pergh... kawasan air terjunnya memang best giler... apalagi, kami terus lah berenang2 di muara, nasib baik tak dilambung ombak hahhaha....

keseronokan dunia yang sementare tu, memang best giler, tak tau la che nak habaq lagu mana.... rase nak pi lagi, n taknak balik hhehehe... sambil mandi2 tu, kami ber BBQ jugak yer, masak nudget, bebola sotong, udang, ketam, n segale jenis hidupan laut ade, kami BBQ, sampai hangus2 n hitam2 nudget tu kami kerjekan hahaha.... Setelah kepenatan, sekitar jam 2 petang kami bergerak pulang, dan sampai ke kolej 2 jam kemudian...

aksi2 senior yang teruja...

gaban... hayut di sg. gabai... hahahha

ni sebahagian kaw. air terjun sg. gabai

gelongsor kat batu ni memang best giler... try la

krew yg ditugaskan memasak nudget (sampai hangus...)

hehhe... tak tau nak posing macam mane

naik tangge ni memang penat n tinggi giler...

pergh.... best giler....

time ni, baru sampai, tgk2 port yg strategik...


Hari semalam yang telah berlalu, meninggalkan kita dengan seribu satu kisah, kisah yang bukan sebarang kisah, tetapi kisah yang begitu indah, buat tatapan juga sebagai kenangan...
Ukhwah fillah abadan abada....

7 comments:

afifisa said...

masa korg kat sana, korg mesti rindukan aku kan?

HasYimie.. said...

hahha.... ha'ah, rindu jugak la...
dah org tu kite ajak, tapi tak sudi ikut... nak wat camne hehhehe...

hasnah said...

Bestnyer.
ni terasa jelous.. =(

HasYimie.. said...

hehhehe...best
pi lagi, kite angkut satu kolej ni pi hahahha

lilianaazuarroslee said...

amboi!!!bukan main lagi adik2 balai islam ni..berjalan sakan..=p

afifisa said...

diorg x berjalan
tp diorg naek keta

HasYimie.. said...

hahah,....
pandai afif buat lawak...
lawak ke?

ape la afif, dah sampai, nak naik ke puncak tu, mesti la kene jalan...