.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, September 30, 2010

KURJAS 09: Dalam Kenangan Terindah



Entry ni aku dedikasikan khas buat semua yang telah terlibat secara langsung

atau pun tidak langsung dalam tidak atau menjayakan KURJAS ’09 –

Kursus Jenazah & Amali Sembelihan, Balai Islam Kolej Kediaman Pertama UM.

Tema: Ilmu Suatu Keperluan, Kematian Suatu Kepastian


my bookmark

Ketika itu aku masih tahun 1, dengan berbekalkan sedikit pengetahuan yang aku kutip sebagai Penolong Pengarah Publisiti Balai Islam Kolej 12 ketika aku di PASUM – Pusat Asasi Sains UM, aku bersama seorang lagi kawan aku ditawarkan sebagai Pengarah untuk KURJAS, aku pun dengan rasa berat hati menerima sebagai Pengarah, Pengarah muda katanya... yelah baru 1st year dah jadi Pengarah Program.



antara design2 terawal aku


Haruslah ketika kali pertama aku berhadapan dengan Pengetua Kolej untuk menyerahkan KKD, bukan KKD yang ditolak, tapi aku yang ditolak, memang dia tak cakap, tapi berdasarkan pengalaman aku yang dapat mengagak kes2 sebegini beberapa kali dengan tepat, aku yakin sangat, dia menolak aku, padahal bukan dia yang nak mengarah pun... huh... masa tu aku rasa sangat tension, geram dan hangin ala2 bayu laut...


tq utk poster yg lawa ni :)


Dipendekkan cerita, dengan bekas pengarah yang dah keluar kolej, so, segala yang aku rancang dalam KKD tu kini KKP –Kertas Kerja Program, segalanya memang idea aku, n plan aku, time tu sejujurnya aku cakap, aku sangat terganggu apabila my bos, Pengerusi Balai Islam lah.... dok sibuk2 nak amik tau... aku macam sentiasa menjauhkan diri dari dia, n biarlah aku buat program aku ni... tp sebenarnya aku tak patut buat macam tu, kalu aku jadi dia pun, mesti aku nak tau apa anak buah aku buat kan...


design by syahidah roslam, tq


KURJAS tu berlangsung pada 21 n 22 Feb 2009, seingat aku, KKD nya aku siapkan sangat awal, than lulus di HEP 5 bulan lebih awal utk program yang x seberapa besarnya tu.... aku pun buat pertama kalinya, mula memulakan gerak kerja di peringkat aku sendiri, masa ni seriusly, aku just jumpa ex pengarah sekali jer utk dapatkan general view abaout KURJAS,


nasib bek suami dia pun memang penceramah


than segala yang lain2 aku explore n search sendiri... mula2 kol JAWI, banyak beno cekadaknya... call JAKIM, ok on.... aku tempah tarikh tu 5 bulan awal... selain dibantu oleh Timbalan, S/U yg rajin dan bendahari yg dermawan, aku turut dibantu oleh 34 orang AJK, 3 orang MT n 7 orang Penolong Pengarah yg jaga biro masing2 yg aku sendiri dah setup... korang ikut ajelah yer... haha


suasana di tapak pembunuhan


than aku plan 21hb tu aku nak buat ceramah sebagai pengisian pada sebelah malam, yelah daripada dibiarkan kosong, macam rugi, tempat pertama yg aku plan nak wat kat Audi Kompleks Perdanasiswa, tp dia kata... wat kat dewan makan tuje sudah... aku pun xnak lah bertikam lidah or mencucuk kalbu dgn orang2 yg berumur ni, aku ok ajerlah...than masa tu dalam otak aku ingat ustazah norbahyah jer... than terus cari no dia, aku pun x sure mcm mane aku leh dapat no dia, aku pun call, ni ustazah norbahyah? Aku tanyer, padahal aku tau yg jawab fon tu lelaki... haha.

salah cara pegang pisau tu, jgn ikut


than suara di hujung panggilan kata, ni ustaz wan, oh, if korang nak tau, ustaz wan aqasha ni suami ustazah norbahyah yang juga penceramah selalu kuar kat tv dok bagi ceramah, now mereka berduet dalam Semanis Kurma di TV9... aku antara penonton setianya... than aku pun terus buat appoinment seawalnya.. yelah, orang2 glamer ni kene tempah awal2, if x jadual diorg penuh... n alhamdulillah... tarikh 21hb tu dia masih free... dgn tajuknya Ke Syurgkah Aku? bincang2 harga... RM..... hinggit’s utk ceramah 2 jam !!!... aiyooo... dgn bajet yg masih x tentu arah, aku pun on jer..


ringan jer tu...


oh yer, nak citer sikit, untuk di JAKIM, aku berurusan dengan dua bahagian yang berbeza, haruslah, if korang perasan, aku sebenarnya buat dua program yang digabung jadi satu, pertama Kursus Jenazah-21hb n kedua Kursus Sembelihan -22hb, utk jenazah aku berurusan dgn bahagian dakwah, utk sembelihan dengan bahagian penyelidikan, merangkaps bahagian halal yang dok memeriksa makanan2 kat Malaysia ni halal or haram. Beberapa kali jugak lah aku pi turun naik JAKIM kat tepi Masjid Negara tu... tapi alhamdulillah.. segala urusan dgn diorg sgt mudah n lancar... kerjasama yg terbaik lah...


post mortem kul 1 pagi + supper


masa ni dgn bantuan timbalan aku, aku pun berurusanlah dgn orang2 besar celcom, mula2 nak call ketaq lah jugak tangan ni, macam2 aku pk, nak cakap dengan Dato’ ni, tapi time tgh cakap dgn die, dia bahasakan diri die pakcik, n dia pun bernada mesra... masa tu aku ingat lagi, aku tgh training kompang utk Festival Seni UM, sempat jugak die tanyer... tu bunyi kompang ker tu... than die pun membebel2 pasal itu n ini... aku dok dgr jer... Dato jaga Celcom bhgn Timur, die kate, kalu buat kat tempat die, die bagi tajaan 4 hibu hinggitttssss...


praktikal kursus jenazah


aku pun time tu sengih2 dah... tapi disebabkan KL ni, kat Timur ker ?, KL ni bhgn cawangan central-KL, so die pas lah akunyer proposal n KKD tu ke bhgn yg handle bhgn central ni, calling2 die kate nak bagi rm2500, aku on jer... yelah drpd xde lebih baik ada... than dah nak dekat dgn tarikh program die kate RM800 jer.. aku ade gak tanyer, y drpd sebanyak rm2500 jadi 800 hinggit, argh.. malas aku nak pk, alhamdulillah... dapat jugak 800 drpd 0.


persembahan nasyid drpd KK12 (siap ada prob kubur ok !)


Masa ni aku buat hal sendiri, cek 800 drpd celcom tu, terus masuk ke akaun aku, atas my name, dalam masa 3 hari, duit tu dah ade kat tangan aku.... no prosedur apa jadahnyer ntah... wat surat mohon tajaan melalui pengetua- kepada HEP, kene tunjuk dulu kat penyelia penasihat- than pas kepada Canselor- , setahun lepas tu barulah keluar surat kelulusan drpd HEP - dapat tajaan duit kene masuk ke akaun bendahari UM – cek dari celcom kene bg ke bendahari – dah setahun kat bendahari – barulah keluar cek atas nama program –than barulah boleh tunaikan duit tu – itu pun setelah laporan bendahari dihantar ke pejabat...


terima kasih master coz sudi merasmikan program saya :)


tiba hari pertama program- kursus jenazah, semuanya ok jer... peserta tak ramai, nak buat macam mane... apa yg ada tu on jer lah... aku n yg lain2 dapat lah tau macam mane nak uruskan jenazah dengan betul... best jugak sebenarnya... i mean, best dapat tau ilmu baru yg sepatutnya semua org pun kene tau... tiba waktu mlm, ada ceramah perdana drpd ustazah norbahyah, petang tu, dalam kul 6 dah mula hujan lebat lak tu, aku dah mula tak senang duduk, time ni pulak nak hujan, semalam x pulak, huh.... lebih kurang kul 9.30 barulah hujan berenti


1st college !!! kembangkan sayap semangatmu biar terbang


masa tu ada penonton dtg nak dgr ceramah ler... berpayung2, yg OKU pun ada, yelah nak dgr ustzah norbahyah bagi ceramah, ingat senang n murah nak panggil dia mai bg ceramah, so memang x leh lah lepaskan peluang keemasan ni, masuk percuma ok... masa ni dewan tu dah penuh, penuh dengan pompuan, kaum adam adelah dalam 7 baris, pengumuman ceramah ni aku buat kat masjid ar rahman time sembayang jumaat yg penuh dengan Adam, 4 kali jumaat ok..., tapi yang datang ramai kaum Hawa... pelik aku...


tidak.. kakiku dipotong


time aku tgh bersiap2, masa tu aku pakai bj melayu complete warna ungu... hoho, aku trun jer ke dewan tu lebih kurang dlaam kul 8.50, my Penolong Pengarah Protokol bg tau Ustazah Norbahyah x dapat datang, suami die yg ganti die, masa tu aku rasa jantung aku ni bagai nak gugur, aku nangis jer masa tu... tapi nak wat camne... die demam, nasib baiklah suami die tu pun penceramah, boleh lah ganti wife die... aku just terima seadanya... dalam hati aku, suatu hari nanti akan ku panggil lagi ustazah norbahyah.. bukannnya ape, nak sangat dengar die bg ceramah secara live dalam program yg aku sendiri yg handle... ok, ceramah disampaikan dgn jayanya oleh Ustaz Wan Aqasha even nama dan gmbr isterinya yg tertera pada backdrop....

sekor lagi mati


hari kedua, nyum2... kursus sembelihan, aku berjaya jugaklah membunuh seekor ayam. Sebelah malamya, majlis perasmian penutup, aku buat simple2 jer... coz aku tau masing pun dah penat mengerjakan ayam pada petangnya... ada tayangan gmbr2 sikit, n persembahan sketsa Menanti di barzakh, dan persembahan nasyid daripada KK12 n last sekali, makan2 ayam BBQ yg sgt sedap.. haruslah.. kami yg sembelih, kami yg buang bulu, rebus, potong2 sampai hancur pun ada, than bakar hampir 500 potong ayam semuanya... jenuh lah jugak nak membakarnya...


siap sedia untuk dimakan

malamnya aku tidur dengan agak tidak lena, apa lagi yg aku citer yer? Oh yer... belanjawan... sebenarnya, belanjawan utk KURJAS jauh lebih besar daripada jumlah yg tertera pada laporan kewangan KURJAS, terima kasih yang teramat sangat aku ucapkan pada my treasure yg banyak membantu aku memastikan belanjawan di atas kertas sedap mata memandang tapi hakikatnya... hanya aku dan Allah sahajalah yg tau berapa jumlah belanjawan yg sebenarnya...


ceramah perdana, tq yg memenuhkan


di akhirnya, tiap kali meeting, aku ade aje beberapa kali pesan kat my committee, ni program Kursus Jenazah n Amali Sembelihan, bukannya program berdebat, bukan program berfiesta, bukan juga program majlis makan2... jadi ikhlaskan niat kerana Allah, untuk membantu mengembangkan unsur2 Islam yg indah, membantu masyarakat mendalami ilmu fardhu kifayah... ilmu dunia dan akhirat yg pahalanya terus berkekalan buat bekalan di akhirat nanti.. Insyallah Amin...

my banner yg mahal rm400 ok !!!


Dalam KURJAS nilah aku belajar dan tau, serba sedikit, sebenarnya banyaklah jugak, tau pasal protokol2 ciptaan manusia, prosedur mengarut2... belajar nak berurusan dgn org korporat, belajar menghadapi karenah birokrasi dan belajar berhadapan dgn individu2 sukar, complicated n memeningkan... yg mengajar aku untuk banyak bersabar, dan menghadapi dugaan, dan cabaran kehidupan yg sementara ni...


jamuan penghargaan - nasi dagang special


Lagi sekali, diahkirnya, jika kalian my KURJAS committee terutamanya, yg membaca ini, ketahuilah, che nak habaq berbanyak2 terima kasih kerana tolong che menjayakan KURJAS... if KURJAS ni x berjaya sekali pun... ketahuilah kita pastinya telah buat yang terbaik...


sketsa menanti di barzakh


Dan, menjelang KURJAS '11 yang akan berlangsung pada 26-27 Februari 2011, aku mendoakan semoga semua berjalan dengan lancar di bawah pimpinan Saudara Mohamed Amin Zainy... gud luck all :)


Sekalung penghargaan


Penyelia Penasihat: En Mat Zaid Bin Husin

Timbalan Pengarah: Wan Syazana Binti Meor Abdul Wahab

Setiausa: Haryati Najua Binti Idris

Bendahari: Suhail Anwar Bin Mohamed Nor

Penolong Pengarah Publisiti: Nurul Syahidah Binti Roslam

Penolong Pengarah Penyembelihan: Ahmad Azhari Bin Nordin

Penolong Pengarah Tugas-Tugas Khas: Nurul Husna Binti Mohamad

Penolong Pengarah Protokol: Mohamad Rasydan Bin Mohd Sabri

Penolong Pengarah Domestik: Tengku Karina Binti Tengku Mohd Kamil

Penolong Pengarah Teknikal: Mohammad Saiful Bin Razali

Penolong Pengarah Tajaan: Nur Syafiqah bt Hashim

dan AJK KURJAS


serta semua yang menjayakan KURJAS ‘09

3 comments:

MomTom said...

salam... nak komen lebih2 skit eh...=d

haha.... memori KURJAS tetap ada dalam kalbu utk selama2nya....
dlm gmbr2 yg hasyim letak tu pun, ada satu, muka orang dkt post mortem KURJAS.
pastu, prop kubur tu pun lebey kurang hasil kerja orang r. hahaha.....
sketsa yg 'kelakar' tu lg. kahkahkah

ok. nak tulis pasal KURJAS jugak la. nnti orang tulis eh. hehehe.....

btw, thnx hasyim sebab memberi pengalaman yg berharga sepanjang KURJAS tu.

kita sama2 doakan KURJAS kali ni lebih mantap drpd time hasyim dulu. insyaAllah

Mohd Hasyim Bin Harun said...

wah, x sangka momok boleh mengeluarkan ayat2 yg sungguh syahdu sebegini...

betul tu, KURJAS always in my memory, pengalaman pertama tu...

tq untuk prob kubur yg menakutkan tu, siap ade payung kubur ok, naseb bek xde bunga putih2 tu... harum sundal malam....

hope, KURJAS 11 berlangusng dengan lebih baik drpd sebelumnya... gud luck amin n d geng... saya sedia membantu... hehe

Kech Hidayah said...

salam..hai..i searched haryati najua idris kat google n jumpa blog ni..hopefully itu najua yang i cari..kecik2 cerah dari pahang..supposely sekarang umur dia 23 tahun...dulu dia mrsm KKB n pernah sekejap kat mrsm chenderoh @ lenggong..kalau betul, tolong suruh dia email i kat nurhidayahyahya@yahoo.com thanks..salam..just cakap kak kechik dari mrsm chenderoh..kalau salah orang sori la..thanks!