Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) telah berlangsung dengan jayanya pada 13-17 Februari 2010. Program mega 5 hari 4 malam yang disertai oleh 40 orang ini bertempat di Homestay Laman Bangkinang Kampung Tapak Batu Kikir Negeri Sembilan. Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan, program yang bertemakan Masyarakat Di Hati Mahasiswa ini juga antara lainnya turut menggariskan beberapa objektif lain, termasuklah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengetahui kehidupan bermasyarakat di luar kampus disamping dapat melatih kemahiran berkomunikasi dan interaksi sosial dalam pelbagai peringkat umur. Ikuti rakaman lensa pengembaraan dan catatan diari sepanjang berkampung di suasana desa Laman Bangkinang yang pastinya menggamit kenangan terindah.
Hari pertama
Sekitar 4 jam perjalanan daripada UM, akhirnya kami tiba jua di destinasi dituju, Laman Bangkinang yang terletak di Kuala Pilah, tetapi beralamatkan Batu Kikir. Ketibaan kami sekitar jam 1.30 petang disambut dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Pastinya, suasana desa yang nyaman, segar, dan cuaca yang cerah seolah-olah gembira menyambut kedatangan kami. Setelah selesai pembahagian keluarga angkat masing-masing, pada sebelah petangnya, mengoca ikan menanti kami.
gmbr ni pun aku suke, pandai aku amik, hoho
Hari kedua
Suasana nyaman di pagi hari kedua diteruskan dengan program seterusnya iaitu community maping. Ia sebenarnya lebih kepada ziarah mesra para peserta OPKIM dengan penduduk kampung sekitar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diminta untuk menziarahi penduduk kampung bertanya khabar sambil mengajak mereka untuk menyertai program kami seperti forum perdana, dan kenduri sekampung. Pada sebelah petang pula, kami bersama-sama memasak penganan nasi.
Hari ketiga
Gotong-royong membersihkan kawasan sekitar seperti masjid dan kawasan semak membuka tirai pagi di hari ketiga. Pastinya hari ketiga dan keempat boleh dikatakan sebagai antara yang ditunggu-tunggu oleh peserta OPKIM pada kali ini. Setelah penat bergotong-royong, kami bersedia pula untuk yang seterusnya iaitu kenduri sekampung. Seekor lembu berjaya kami tumbangkan untuk menghasilkan beberapa juadah istimewa hasil bantuan dan kerjasama penduduk kampung yang turut memeriahkan lagi suasana.
meriahnya kenduri sekampung...
maka dgn itu, tamatlah riwayat beliau...
Pada sebelah malamnya pula, dengan tajuk Adat dan Syariat, Forum Sekampung pun memecahkan keheningan malam. Forum tersebut nyata jelas untuk memberikan kefahaman kepada seluruh yang hadir mengenai adat dan syariat, pengaplikasian, perbezaan dan pelbagai kupasan lain.
Hari keempat
Pagi hari keempat, dimeriahkan dengan sukan tradisional. Pelbagai jenis sukan tradisional dipertandingkan, termasuklah tarik upih, memancing botol, cari gula-gula, pukul bantal, dan panjat tiang. Pastinya, aktiviti seperti sukaneka tersebut mampu mengeratkan lagi ukhwah, menceriakan kembali suasana, dan lebih mengenali antara kami. Selesai bersukaneka, kami ke Air Terjun Jeram Tengkek. Air terjunnya yang nyaman dan sejuk, ditambah dengan landskap semulajadi yang sejuk mata memandang, maka tidak mustahillah, jeram tersebut sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.
Petangnya pula diisi dengan latihan tarian sebelum bersiap sedia untuk aktiviti sebelah malam iaitu persembahan kebudayaan. Malam persebahan kebudayaan dimeriahkan dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Ia diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian seperti tarian randai, nyiru, dan rinding. Kami daripada peserta juga turut mempersembahkan tarian rinding. Pada malam ini, sebelum melelapkan mata setelah seharian berprogram, malam terakhir OPKIM ‘10, pastinya kami tidak dapat melupakan dingin dan nyamannya malam di Laman Bangkinang.
Hari terakhir
Dikhabarkan lebih kurang 2 minggu Laman Bangkinang berpanas matahari, pagi hari terakhir OPKIM kami, hujan rintik-rintik mula membasahi homestay yang terkenal dengan air terjun Jeram Tengkek. Hari terakhir diteruskan dengan Program Motivasi yang melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Rendah Agama Batu Kikir dan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Dapat berjumpa dengan adik-adik, berkongsi pengalaman serta memberikan mereka semangat untuk terus berjaya pastinya membuatkan kami para peserta berasa gembira dan ceria. Lebih-lebih lagi apabila melihat mereka juga bersungguh-sungguh, dan gembira bersama-sama dengan kami. Penutup majlis sekitar jam 3 petang diserikan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Ketua Kampung, dan daripada Pengarah OPKIM sendiri, yang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung dan juga kepada para peserta.
2 comments:
Assalamualaikum buat teman2 kampus ,
maaf kiranya menganggu .. di sni sy nak memberikn cadangan berkenaan simpanan . kebanyakan kita tidak mengambil berat ttg permasalahan ini . antara kita kebiasaannya membuat simpanan dlm bank2 biasa saja. sbnrnya ada 1 skim simpanan berlandaskan Syariah yg sngt menguntungkn. tak perlu dirisaukn berkaitan halal haramnya kerana simpanan ini di pantau oleh Suruhanjaya Securiti,AmanahRaya & yg paling penting sekali dikawalselia oleh penasihat Syariah.
Jadi fikir2kn lah akn perkara ini.
Post a Comment