.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, February 4, 2010

Kerana budi, hamba....


Rupiah, Bath, Dinar, Money, Yen, ia tetap merujuk kepada DUIT. Siapa kata duit penting ? Duit atau wang jika disingkap pendefinisiannya... suatu komoditi yang diterima umum sebagai alat pertukaran nilai, yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Maka, disebabkan duit itu bernilai, diterima umum, serta diiktiraf sebagai alat pertukaran nilai, maka manusia menganggap duit begitu penting dalam kehidupan. Tiada duit, hidup jadi tidak keruan.


Baik dan buruk ? Tidak usah ditanya, kerana masing-masing tahu apa kegunaan duit yang tidak punya apa-apa itu. Hanya sehelai kertas, atau logam, yang dicetak dengan nombor tertentu, kemudian diiktiraf sebagai alat pertukaran nilai. Nilainya pula boleh berubah-ubah. Perbandingan mudah, RM1 zaman ibubapa kita, jauhnya bezanya dengan nilai RM1 zaman sekarang. Apa sahaja yang boleh dibeli dnegan nilai RM1 ? Itu kisahnya...


Namun, apabila berbicara mengenai duit. Ia melibatkan integriti yakni kejujuran, ia juga melibatkan kepercayaan, bahkan ia melibatkan amanah. Dengan duit, ia mampu memisahkan tali persahabatan yang telah lama terjalin, dengan duit juga ia mampu menemukan dua hati yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Duit juga dilihat sebagai sesuatu yang berkuasa apabila boleh menjadi penyebab kepada runtuhnya sebuah empayar yang begitu agung, duit juga menentukan jatuh bangunnya ekonomi sesebuah negara. Dengan duit juga, seseorang mampu membeli apa sahaja yang diinginkannya, lambang kemegahan juga kemewahan.


Tetapi ingatlah, walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dengan duit, tetapi duit boleh menjadi penyebab kepada terlerainya kasih sayang walaupun setelah lama ia dijalin. Percayalah...

3 comments:

Anonymous said...

setuju ;)

MomTom said...

mcm merujuk kpd diri sendiri je

Mohd Hasyim Bin Harun said...

x suka tulis pasal diri org lain...