.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, February 11, 2010

Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan - SUKNES@U

posing2 di depan main hall UKM...


Yuhuuuuu.... assalamualaikum dan salam sejahtera untuk seluruh alam ! ha yg ni untuk versi blog aku, pastinyer gmbr aku, aku letak byk2... hahah. Laporan penuh bc la sendiri kat bawah ni yer... sangat happy n enjoy ja untuk program ni, menghilangkan sikit streess, n dpt jumpe kawan2 sekolah dulu... hohoho. Ape pun utk SUKNES@U, aku secara peribadinya mengucapkan tahniah kepada PERMANIS UKM atas penganjuran yang boleh dikatakan cemerlang. Terasa kemewahannya... hahaha, maklumlah, Yayasan N 9 sponsor sepenuhnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 5-7 Februari 2010, Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMANIS UKM) selaku tuan rumah buat julung kalinya telah menganjurkan Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan 2010 (SUKNES@U). SUKNES@U turut anjuran bersama Majlis Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS).


Karnival sukan dwi tahunan ini disertai oleh 7 buah universiti, dan berjaya menghimpunkan sekitar 300 mahasiswa N. Sembilan daripada seluruh Malaysia. Program cetusan idea daripada YB Menteri Besar sendiri iaitu Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ini turut memperoleh sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada Yayasan Negeri Sembilan selaku penyumbang utama sepanjang karnival ini berlangsung.


Majlis Perasmian yang penuh gilang gemilang oleh MB turut diserikan dengan majlis penyerahan anugerah cemerlang kelas pertama, iaitu majlis yang memberi pengiktirafan kepada anak-anak N Sembilan atas kecemerlangan sepanjang bergelar mahasiswa.






Sepanjang karnival sukan tersebut berlangsung, beberapa sukan teras telah dipertandingkan, antara termasuklah bola tampar, takraw, bola baling, futsal, dan ping pong. Pastinya ia berjalan dengan lancar, lebih-lebih lagi apabila keseluruhan padang yang digunakan untuk tujuan sukan teras tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti sukan yang lain.




Pada sebelah malam hari kedua, berlangsungnya Mini Konvensyen yang memperdebatkan mengenai kebajikan mahasiswa dan pembangunan masyarakat. Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar, tambah menarik apabila dapat menyaksikan mahasiswa berhujah mengenai usul yang diketengahkan. PERMANIS UM tampil lebih bergaya apabila membentangkan usul yang berbunyi Pemvariasian Institusi Masjid, dan Pembangunan Pusat Intelektual Mahasiswa N Sembilan di Setiap Daerah N Sembilan.


Pada hari terakhir berkampung di UKM ini, ia dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Sukan Rakyat. Sebelum itu, program dimulakan dengan senamrobik yang menarik sebenarnya.



Antara Sukan Rakyat yang dipertandingakan termasuklah, tarik upih, lari dalam guni, kaki tempurung, belon, baling tin, dan acara kemuncak, tarik tali. Sukan Rakyat ini keseluruhannya berjalan lancar, dan lebih meriah, disamping dapat mengeratkan silaturahim antara mahasiswa, dengan bersukan ini juga dapat menjadikan badan lebih sihat, otak juga cergas !


Tahniah kepada PERMANIS UM - tarik tali lelaki yang berjaya mengungguli acara tersebut. Tahniah juga untuk acara lari dalam guni, tarik upih, baling tin, dan belon yang berjaya memperoleh johan.



Sejurus selepas tamat Sukan Rakyat, berlangsungnya majlis perasmian penutup SUKNES@U 2010. Majlis telah dirasmikan oleh YB Shamshulkahar Bin Mohd Deli, merangkap Adun Kawasan Serting, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Tahniah kepada UKM yang menjadi johan keseluruhan SUKNES@U edisi 1 2010.



Akhir kata, tahniah diucapkan kepada PERMANIS UKM di atas penganjuran cemerlang kali pertama SUKNES@U 2010. Moga berjumpa lagi. Terima kasih daripada kami PERMANIS UM. PERMANIS UM juga mengucapkan terima kasih kepada kontinjen PERMANIS UM yang terlibat menjayakan karnival sukan tersebut. Nantikan program mega PERMANIS UM seterusnya Operasi Khidmat Masyarakat 2010 - OPKIMNAS'10. -sumber PERMANIS UM

HasYimie...



1 comments:

Hazieyati said...

salam ziarah..

Alhamdulillah..=)

terima kasih jgk kepada PERMANIS UM sbb sudi join program ni.. huhu