Hari ini... pagi Khamis yang agak cerah, mungkin hujan di pertengahan hari.. Sehingga kini, semua asgmnt, presentation dan report telah diselesaikan... oh yer, ade satu je lagi asgmnt, itu pun kerana lectr tak bagi lagi soalan... ehm...
Semalam, hari yang telah berlalu, tidaklah begitu indah... aku mengalami masalah yang agak serius... semuanya bermula daripada panggilan telefon daripada JAWI, PTPTN, dan hinggalah ke rumah aku yang terletak di Seremban tu, semuanya membawa masalah... kecuali satu, yang membawa khabar gembira, daripada Menara Naluri di Jalan Ampang, nak tau ape? Check sendiri...
Disebabkan hal yang berlaku di atas, pertamanya, nak mintak maaf kat mak n kakak yang banyak membantu... benda dah berlaku, nak wat camne... Sebenarnya, sikit pun tak sampai hati nak bagi tau, tapi dah ditanya.. terpakse jawab... Sebab tau, kalau bagi tau mesti akan mendatangkan masalah kat mak... Maaf yer...
Dan terima kasih diucapkan kepada Suhail yang memang banyak membantu... terima kasih juga kerana memahami dan mempercayai... sebenarnya aku pun taknak nyusahkan ko buat yang keberepa puluh kali tak tau la... tapi... keadaan (agak) mendesak... huh.. n jangan lupe, kite (bakal) rumate k.. hehehee..
Dan sekarang aku kira, perlu untuk aku fokus dan study kerana aku rase dalam kepale otak ni macam takde ape2 pun ilmu yang aku dapat sepanjang dalam sem 2 ni... Argh... study2, aku perlukan dorongan dan bantuan daripada kalian...
Esok, Jumaat, jika diizinkan Allah, aku akan pulang ke rumah, memang dah berbulan2 aku tak balik rumah... Maaf yer mak, kite busy sangat kat sini... tiap kali nak balik, ade jer hal... Dah banyak kali mak kol, tanyer bile balik? Minggu ni balik ke tak? Kate orang jauh di mata, semakin dekat di hati, Huhuhu.... Argh... apesal tetibe rase kisah kali ni macam kisah sedih pulak yer... ehm...
Seperti biasa... esok tiada siapa mampu menduga, hari ini pula semestinya akan berlalu, dan yang paling penting, dalam meniti hari2 yang akan datang, hari semalam yang telah berlalu mengajar kita untuk menyelusuri hari esok yang masih tidak pasti... Yang penting, hari semalam yang telah berlalu, akan meninggalkan kita dengan sebuah kisah, sama ada kisah suka mahu pun duka... ia tetap sebuah kisah !!!