.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru 2011, welcome...

Hai Hasyim


Ehm.. hai…? Assalamualaikum, dan selamat sejahtera


Cuti macam mana ?


Ok, just nice, cuti kali ni memang cuti dan bercutilah.. Asik merayau jer kerjanya, paling best shoping, mandi laut tu biasalah, nama pun Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan pantai peranginannya, whoa. Oh ya, macam biasa juga, setiap kali cuti, aku akan jadi baby sitter, tapi tak baby sangat lah, dah sekolah dah pun, kadang2, anak-anak buah aku tulah yang jaga aku. Kat rumah aku ni sangat heaven lah orang kata, tidur memang takda gangguan, kebiasaannya, selagi jam tak tunjuk kul 11 tengah hari, selagi tulah masih berguling-guling kat katil, dan haruslah breakfast yang disediakan menjadi makanan tengah hari. Tapi, makan tidur pun, badan masih lagi kering, aiyo yo


Result ok ?


Result ? ape tu ? haha.. ehm.. boleh lah, suam suam kuku kaki.. Alhamdulillah


Sem 2 ni masih sibuk lagi dengan program ker ?


Sebenarnya, ia sesuatu yang di luar jangkaan, tiba-tiba aku baru perasan yang Sem 2 nilah yang aku agak busy dan boleh dikatakan full house ! Macam coklat yang tiba-tiba mencurah ke lading gandum, macam itu jugaklah tiba-tibanya program aku menjadi banyak, harap-harap aku akan dapat menjayakan segala apa yang aku sertai itu. Pastinya, Sem 2 ini akan lebih sibuk, aku macam dah dapat gambaran setiap malam dipenuhi dengan panggilan meeting, program itu ini ditambah dengan bulan panas, tetapi jangan risau lah, setakad nak tengok aku online tiap-tiap malam tu, no hal lah.. apalah sangat kan…


Semakin sibuk ? Dengan apa tu ?


Ala, macam biasalah, Persatuan Mahasiswa N. Sembilan as known as PERMANIS, dan adalah sikit-sikit terlibat dalam program kolej ni, ketuk-ketuk kompang buat lepas geram.. haha


Macam mana bahagi masa ?


Susah soalan tu, lain orang, lainlah pengurusan masanya, By the way, jika aku, aku lebih suka buat kerja awal-awal, contohnya macam cuti yang lepas, segala persiapan untuk program akan datang, aku siapkan awal-awal, macam biasa, design-design semua dah siap, tinggal tunggu masa nak publish… so, nanti takdalah kelam kabut, mana yang boleh diselesaikan awal, aku akan buat awal-awal… bagi aku, orang yang bijak membahagikan masa ialah orang yang sentiasa sibuk, percayalah !


Dalam pelajaran pula ?


Opss.. yang ni jangan tiru aku, sebab ia sedikit tidak senonoh. Katakan tidak kepada ponteng kelas, cuba untuk hadir semua kelas, paling pantang aku orang mintak tolong aku signkan attendance, dah tak datang, tak datanglah… huh.. dalam kelas, masa belajar kita belajar, tetapi apabila sesi itu mencapai tahap kebosanan dan kemengantukan yang melampau, aku akan mengeluarkan buku khas aku, dan sesungguhnya itulah masa terbaik aku untuk melakar segala jenis design baju, poster, banner, tajuk-tajuk hot untuk blog, ketika itulah ! Actullly, aku lebih suka buat nota sendiri, nota aku biasanya menggunakan pen berwarna merah, bagi aku, apabila kita sendiri yang tulis, kit baca, kita lebih mudah faham, dan Insyallah boleh kekal dalam otak sehinggalah habis peperiksaan di dalam dewan yang sejuk tu…


Sedia untuk menghadapi Sem 2 yang pastinya penuh dengan cabaran ?


Dah tak sabar !


Kata-kata semangat sempena sem baru dan tahun baru ini ?


aku berharap dan berdoa agar kita sentiasa memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat, moga apa yang kita inginkan, berjaya kita capai, dan pastinya itu memerlukan semangat, dan usaha yang bersungguh-sungguh. Gagal sekali bukan bermakna selamanya gagal, sekali berjaya, ingatlah yang itu hanya pinjaman seketika, buat ujian kepada diri. Jika tidak pernah jatuh, amat sukar untuk kita belajar cara untuk bangun, lebih manis apabila kita bangun dengan kaki dan tangan kita sendiri...


Harapan ?


Masih ada harapan ! jangan berhenti berharap


Kata-kata terakhir ?


Terima kasih kerana membaca post ini, whoaaa !!


0 comments: