.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Hari Lahir sahabatku...


Jika aku diminta memilih seorang sahaja rakan. Kemudian menceritakan sedikit mengapa memilih dia, pastinya aku akan memilih dia…


Sebab yang pertama, dia mungkin tidak membaca post ini, jika di baca pun, itu pun selepas diberitahu oleh rakannya yang lain…


Kedua, tiada apa-apa yang menarik atau pun istimewa mengenai dia, tetapi dia memang seorang yang istimewa, biasa-biasa jer, dan biasa-biasanya itulah yang menyebabkan aku memilih dia.


Jika sesiapa yang rajin mengikuti blog aku ini, aku telah pun beberapa kali menulis mengenai dia, pastinya dia ialah sahabat aku… aku tidak kata dia baik, tetapi dia memang sabahat aku.


Ketika post ini diterbitkan secara automatik melalui masa dan tarikh yang telah di set, umur dia telah pun genap, sebaya dengan aku yang baru sahaja selangkah menjejakkan kaki ke umur yang ke 22 tahun masa dunia, oh ya, itu pun jika aku lahir 46 hari lebih awal.

Seingat aku, pertemuan pertama yang merapatkan persahabatan antara kami bermula di tempat yang sangat indah, tenang, dalam suasana yang cukup (yelah tu)…. Ntah lah, tak tau nak cakap macam mana (hahaha) Dan bermula dari saat itu, kami semakin rapat… hari ini kami telah kenal selama 2 tahun 6 bulan. Bukan suatu tempoh masa yang panjang sebenarnya, tetapi mungkin sudah cukup untuk serba sedikit memahami dia. Maklumlah, ketika aku minat membaca suatu ketika dahulu, aku pernah terbaca, dalam bersahabat, lupakan perbezaan, cari sebanyak mungkin persamaan, dan terima seadanya.

Dia… ? ehm… biasa-biasa sahaja orangnya jika hendak dibandingkan dengan aku. aku mengakui, aku memang seorang yang complicated, suka berahsia, memendam dalam hati, dan agak cerewet serta emosional, jika boleh, aku hendakkan sesuatu itu mestilah perfecto ! dan perkara-perkara itulah jawapan yang kawan aku bagi apabila aku bertanya… aku masih ingat lagi soalannya, simple sahaja… ‘aku ni macam mana?’

Dia sangat berlawanan dengan aku, jika aku seorang yang complicated, semuanya hendak tersusun, dan sempurna, tetapi dia… adalah sebaliknya, dan mungkin, aku merasakan, sifatnya yang begitulah yang melengkapkan kami dalam bersahabat. Dia memang seorang yang tidak pernah emosional, kurang bercakap, dan sangat boleh diharap dalam melakukan sesuatu. Marah apatah lagi, langsung tidak pernah. Lebih suka tidak bercakap, dan tergelak dengar orang bercakap. Seperti aku, dia juga ada penyakit gilanya, meroyan mungkin, penyakit yang sukar ditafsir.. sudah mula berputik agaknya.. opsss ! (akhirnya aku berjaya mengesannya)


aku memang suka meluahkan segala yang terpendam dalam hati aku ni kepada dia, mungkin aku rasa dialah satu-satunya kawan aku yang boleh, mampu dan sudi mendengar segala perasaan yang ada di dalam hati aku ini. Tiap kali ada sesuatu yang aku hendak bincangkan atau kongsi, mesti aku akan cari dia, ada masalah ape2 pun, aku cari dia... kadang-kadang, kata-katanya amat bermakna dan boleh dikategorikan sebagai nasihat yang berguna. Dan pastinya, dialah yang rajin menegur aku, dalam banyak perkara yang aku rasa orang suka, hakikatnya tidak.


Tempat biasa kami untuk berkongsi cerita pastinya di kedai-kedai makan, francais atau pun yang biasa-biasa. Biasanya McD menjadi hidangan supper kami, tetapi percayalah, tiap kali keluar makan, mesti aku yang akan menentukan ke mana hendak di tuju dan kedai makan yang mana, maklumlah, aku ni bab nak makan pun memang cerewet. aku perasan dia memang suka black paper, dan semenjak itu jugalah aku belajar-belajar makan serbuk black paper tu bersama dengan burger dan kentangnya, yang kebiasaannya, dialah yang tolong aku habiskan apa yang ada di pinggan tu…


Tiap kali aku ajak keluar, jarang-jarang sekali dia menolak, sebab dia tahu, tiap kali kami keluar, terutamanya, pernah suatu ketika hampir 2 jam kami menghabiskan masa cerita itu ini, di kedai makanan segera itu, di suatu malam itu.. Paling best, kalau keluar jalan2 dengan dia...baru2 ni dia beli jam baru, mahal tau, aku yg tolong dia pilihkan, berserabut lah otak nak pilih jam ratusan ringgit tu... lepas ni, kami plan nak pi shoping lak... haha


Dan pastinya sesuatu yang paling menyakitkan hati aku ialah apabila soalan aku tidak disusuli dengan jawapan, dia dengar, tetapi soalan terus bertanya tanpa jawapan, ketika itu aku memang rasa terbakar sangat, aku hanya mampu tanya semula… ‘taknak jawab?’ Dan keadaan ini banyak kali berlaku, juga aku dengan kawan-kawan yang lain, memang rasa sakit hati sangat, dengar, tapi buat-buat tidak layan…

Pernah suatu ketika, aku sengaja mengujinya, ujian pertama, ujian kesabaran, dia memang seorang yang penyabar, tidak seperti aku, memang tak boleh sabar, kuat emosional katanya… kedua, aku try ajak dia keluar ke suatu tempat, atau tolong hantar ke sana sini, jarang sekali dia menolak, pasti ok…


Jika aku suka berkayak sampai demam-demam, dia pula suka berjoging, aku lebih rela berjalan 2-3 round pusing tasik UM ni sambil melihat sana sini, berjoging kadang-kadang, dan jarang-jarang, kami ada bidang masing-masing, jika dia memang jenis yang bersukan, dan beriadah, aku pula lebih terarah kepada bidang seni grafik, penulisan, dan mengorganisasi sesuatu…entah.. mungkin memang itu kecenderungan aku.


Ok, sebenarnya, tidak ada apa-apa yang hendak dikatakan mengenai dia, tiada apa yang menarik, tiada apa yang istimewa… bagi aku, dia mungkin sahabat yang datang satu dalam beribu-ribu, mungkin aku bertuah kerana bersahabat dengan dia, mungkin dia tidak seperti apa yang aku harapkan, mungkin aku tidak kelihatan seperti apa yang dia lihat melalui mata kasar, tetapi biarlah persabahatan kita ini berkekalan sehingga akhirnya. Percayalah, berkawanlah dengan dia, pasti anda akan rasa bertuah mempunyai dan dapat berkawan dengan dia. Secara jujurnya, dia sedikit sebanyak membuat aku berubah ke arah yang lebih baik...


aku doakan, semoga kawan-kawan aku, dan sahabat aku ini berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka, moga peroleh kejayaan yang diidam, cemerlang di dunia, bahagia hingga ke akhirat…


Sahabatku, di hari ulang tahun kelahiran ini, sebenarnya ia tidak ada apa pun, tidak lebih daripada pertukaran angka, yang melibatkan tahun, bulan dan hari. Tetapi tersirat disebaliknya, sedarkah kita, umur kita di dunia sementara ini secara kasarnya memang semakin meningkat, dari 20 ke 21, dan dari 21 ke 22 dan seterusnya… Hakikatnya, di dunia sementara ini, umur kita semakin pendek, semakin mendekati kematian. Sangat tidak patut apabila ada yang mengucapkan, semoga panjang umur !


Sahabatku, semoga umur yang masih berbaki ini, kita manfaatkan bersama,moga umur yang berbaki ini diberkati, dan moga hari ini lebih baik daripada semalam. Jadilah manusia yang berguna dengan cara memberi manfaat kepada orang lain…


Sahabatku.. jika hari ini ialah 4 Jamadilakhir 1409, aku dengan sukacitanya mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang pertama, aku maksudkan hari yang pertama...



Kini 2011…


SELAMAT HARI LAHIR yang ke 22 tahun sahabatku… Ahmad Azhari Bin Nordin