Bismillah-6.41a.m-06.07.09: Tiada ungkapan selain lafaz kesyukuran ke hadrat ilahi kerana hingga saat aku menulis dan anda membaca entry ini, kita masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam...
Alhamdulillah, setelah berakhirnya minggu Haluansiswa beberapa hari yang lepas, pada hari ini, kita memulakan semester baru, dengan kehadiran rakan2 baru, bilik baru, dan yang penting, dengan azam dan semangat yang baru.
Tidak banyak yang ingin dikatakan, (sebenarnya banyak cume tak tau nak tulis mcm mane) Namun cukup sekadar mengingatkan diri ini dan juga diri kalian terutamanya pelajar tahun pertama yang baru sahaja melangkah masuk ke varsiti perdana ini. Dalam pada kita mengejar kejayaan dan cita-cita dunia, jangan sesekali kita teralpa akan nikmat yang sementara ini. Dunia kini yang penuh dengan pancaroba, memang banyak yang perlu kita harungi. Mungkin, termasuk diri ini juga, kita pernah ditewaskan oleh musuh2 Allah yang sentiasa ingin menyesatkan kita sehingga ke hari kiamat sebagaimana janjinya.
Namun, ingatlah... dunia ini hanya persinggahan, jika anda seorang musafir, dalam perjalanan anda ternampak sebatang pokok yang rendnag lalu anda berteduh di bawahnya, beberapa ketika kemudian, anda bangun dan berjalan menyambung perjalanan, maka... pokok yang telah anda tinggalkan.. itulah dunia ! Ya.. hanya sementara...
Sebab itulah, segala apa yang kita impikan, segala yang kita cita2kan, azamkan atau matlamat kita, diakhirnya... bersama kita menyatukan tekad untuk menuju kepada keesaanNya.. Ya... pastikan dalam pada kita memilih jalan untuk berjaya di dunia, jangan kita tinggalkan jalan menuju ke akhirat yang kekal abadi...Apakah bermakna kejayaan yang entah dimana keberkatannya ???
Diakhirnya... pesanan khas untuk diri sendiri juga, jangan kita terlalu sibuk belajar sehingga kita tidak ambil kisah apa yang berlaku di dunia luar... Warga intelektual yang berjaya bukanlah lahir daripada dalam bilik darjah mahupun dewan kuliah, tetapi lahir di tengah2 kemelut dan konflik masyarakat, yang akhirnya berjaya ditangani demi kepentingan bersama.
Dunia luar memerlukan kita, sebab itu kita di sini...
Ketika alam pembelajaran inilah juga kita menimba pengalaman, kita mencuba sesuatu yang baru, dan yang paling penting, kita buktikan keupayaan kita yang sebenarnya... bukan hanya dalam akademik, tetapi dari segi penglibatan kita dengan perkara2 yang tidak pun termasuk dalam pengiraan CGPA kita... ya... sekaranglah satu2nya masa yang sesuai untuk anda menyertai apa aktiviti, anda berpersatuan, anda menguruskan organisasi, anda mengendalikan program2.... semuanya....
Bahkan itu sebenarnya yang membantu anda apabila anda berhadapan dengan dunia luar...
Yang penting, anda harus berani... berani untuk mencuba... berani untuk berubah...
Katakan pada diri anda... hari ini aku bukan seperti semalam... tetapi pada hari ini, aku bangkit dengan semangat dan azam yang baru, memulakan langkah baru untuk terus maju...
0 comments:
Post a Comment