.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Saturday, October 31, 2009

An Nisa: 40

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisinya pahala yang besar. An Nisa:40

Wednesday, October 28, 2009

Sekadar kisah...

28/10/09 08:34am
Pagi ini, suria pagi memancar secerahnya, awan pula memutih seluas-luasnya...( ape aku nak tulis ni?) Study week menjelma lagi di seluruh UM ni, menandakan medan perjuangan sudah bermula, mungkin buat pertama kali dan ada juga yang buat ke beberapa kalinya. Macam biasa, musim2 exam ni, kemana2 pun nmpk buku dan nota2 diusung kesana kesini. Jauh berbeza keadaannya ketika di awal2 sem dulu... Aku? masih macam biasa, sibuk dengan kerja2 'pejabat' , menguruskan itu dan ini, (mungkin... itu dinamakan sebagai tanggungjawab... ntah... atau mungkin juga bertanggungjawab...) tiada lagi persediaan, tak mula lagi pun study week, ntah... mungkin study week tak pernah hadir dlm hidup aku ni... walaupun paper pertama start pada 3 nov. ni... hari ni 28 okt... erk... dah dekat rupanya...

belajar untuk menunaikan tanggungjawab...
bukan lari drpd menunaikan tanggungjawab...


kepada PP
kini, aku mengendalikan sebuah program kolej yang dinamakan sebagai Simposium Maal Hijrah 1431, sudah pastinya aku mempunyai sebuah organisasi yg kini mempunyai 55 org warga kerja... jadi aku sangat harap, ia berjalan dengan (sangat) lancar dan berjaya... kepada PP (penolong pengarah), kalianlah harapn yg disandarkan...jasa kalian sgt (sgt) dihargai...

Hati kita
Entah kenapa, ketika ini, semuanya serba tak kena, ada sahaja masalahnya yang kadang2 tak dijangka... Lebih2 lagi kebanyakannya, ia melibatkan hati... Hati bukan sebarang hati, tetapi ia hati kita... Hati dirakamkan oleh Allah sebagai sesuatu yang mudah berbolak balik yakni tidak tetap dan mudah sahaja ia terpesong drpd apa yang sepatutnya... Ya... hati... kadang2... kerana menjaga hati orang lain, kita sanggup melukakan hati kita sendiri, ya... biarlah hati org lain gembira... biar hati kita yang merana... ops.. bukan merana... ntah.. semacam tiada istilah yang tepat untuk menggambarkannya... kecewa? geram? luka? mungkin.... tiba teringat kata2 cg bi aku time zaman sekolah dulu... life is easy, jgn jadikannya complicated...


fitrah penciptaan manusia memerlukan antara satu dengan yang lain,
tetapi adakalanya keadaan bersendirian itu lebih baik...

tetapi sampai bila? selama ini walaupun terukir senyuman di bibir, tapi belum pasti hatinya merasa... sangat susah untuk menjaga hati sebenarnya... mesti pun kita berhati-hati... beberapa hari lepas, aku berkongsi sedikit masalah hati, bukan berkongsi sebenarnya... tapi lebih kepada meluahkan... sangat tidak adil sebenarnya, menyeksa diri sendiri... Mesti pun dengan seorang sahabat, tetapi ia tidak mudah sebenarnya,terasa McChiken yang ada depan aku tu, seperti tidak ada rasa apa2... Tapi... tak mengapalah... sekurang2nya ada dia untuk aku melepaskan segala yang terpendam kat dalam hati aku ni ha...

Air mata?
mungkin... ada kalanya, sesuatu di hati itu terpaksa dilepaskan dengan air mata... itu pun setelah tiada cara yang lebih baik... Runsing memikirkannya... mengapa sekarang ? dan hampir semuanya? tidak ada masa lainkah? dan mengapa ia berlaku kepada orang di sekeliling kita? bukan menyalahkan apa yang telah ditentukan... tetapi sekadar bertanya? atau mungkin juga menanti hikmah di sebaliknya...

exam...
dan kini, aku semakin tiba ke exam sem 3 aku sebelum aku melangkah ke sem 4, ah... terase sekejap sangat... rasa ingin berada kembali di tahun pertama... biar alam universiti ini mendewasakan aku dengan lebih laam dan matang... utk exam kali ini, aku mempunyai cita2 yang sgt besar sebenarnya, cita2 yang mungkin aku tak pernah terpikir pun sebelum ni... atau sebenarnya mungkin juga aku dah terpikir sebaik sahaja melihatnya... apa? nantikan... masih terlalu (sangat) awal untuk memperkatakannya... dan aku harap... dengan semua yang berlaku di sekeliling aku ni... mampu memberikan aku kekuatan... dan semuanya...

sahabat...
dan... sehingga ke hari ini, kawan2 di sekililing semakin bertambah dek kerana kesefahaman dan keserasian mula menampkkan dirinya... teringat kata2... kawan kita pada hari ini, akan menentuka kita siapa kita pada keesokan harinya...benar lah tu.... cumanya, kadang2 terpikir dan masih mencari2, apa yg membuatkan kita semakin rapat? tetapi, kadang2 semakin bertambah runsing apabila memikirkan apa yang semakin menjarakkan kita? dan sehingga ke saat ini, aku sgt bersyukur kerana aku masih dikurniakan dan ada sahabat yang juga seperti blog ini, tempat utk aku berkongsi cerita gelak ketawa mahupun linangan air mata...

hasyimharun 09:32am

Friday, October 23, 2009

hati kita...

***********************
KERANA HATI, HAMBA TERKORBAN
***********************

Thursday, October 22, 2009

Pertemuan...


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar sahabat...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Monday, October 12, 2009

Hati Semendung Awan


Tanya sama angin
Mengapa hati sukar diduga
Nanti jawab angin
Hati ibarat awan

Tanya sama awan
Mengapa hati sukar diduga
Nanti jawab awan
Hujan turun sering tiba-tiba

Tanya sama hujan
Mengapa turunnya sering tiba-tiba
Hingga hati sukar diduga
Nanti jawab hujan
Mentari kadang terik kadang tidak

Tanya sama mentari
Mengapa kadang terik kadang tidak
Hingga hujan turunnya sering tiba-tiba
Hingga hati sukar diduga
Nanti jawab mentari
Itu aturan alam diciptaNya

Duhai angin, Duhai awan,
Duhai hujan, Duhai Mentari,
Bantulah hati ini tika ia diduga
Kelak akhirnya hati ini kembali,
kembali kepada PenciptaNya
Pencipta alam seisinya..


Saturday, October 10, 2009

Hari ini, Semalam, & Hari Hari Yang Telah Berlalu



Bismillah Ar Rahman Ar Rahim...

Semalam dan hari hari yang telah berlalu, aku merasakan bahawa aku kehilangan seorang sahabat. Walau nyata di mata, tetapi hati ini tidak pasti, di mana 'hilangnya' dia...

Hari ini dan semalam, aku lebih mengenali sahabat aku daripada hari hari yang sebelumnya. Kerana kita sahabat, moga ikatan ukhwah kan terus tersimpul rapi...

Hari ini dan hari hari yang telah berlalu, aku menemukan dua keadaan yang berbeza, seolah 0lah baru bertemu dengan seorang sahabat, dan ada ketikanya seolah olah merasakan 'kehilangan' seorang sahabat...

Maka benarlah, hari ini, semalam dan hari hari yang telah berlalu sentiasa mengajar kita apa ertinya hari ini, semalam hari hari yang telah berlalu... Setiap satunya ada kisah sendiri, cuma kita yang buat tidak kisah...


Sahabat...

Pada hari ini, aku bersyukur aku ada kawan dan juga ada sahabat, kawan kawan sentiasa di sekeliling kita, tetapi sahabat sentiasa dekat dengan kita... Berkongsi cerita masalah suka dan duka... Setiap pertemuan seperti pertemuan terakhir, setiap perpisahan seperti tidak pasti bila kan berjumpa lagi...

Friday, October 9, 2009

Selama ini... ku mencari-cari teman yang sejati...

sesegar hijau daunan
begitulah kita diibaratkan
tiada siapa yang bisa memisahkan kita
antara kita semua


seerat simpulan yang tidak terbuka
seteguh langit tinggi menongkah dunia
kita mengharung badai atas nama
kasih insan bersaudara


buang yang keruh ambil yang jernih
dendam hasad dengki mestilah jauhi
marilah kita contohi Rasululllah
dan para sahabat di dalam bersahabat
ukhwah dan mahabbah kita jalinkan
bina keharmonian




sahabat...
meniti hari yang telah berlalu
menyebabkan kita semakin dewasa
pelbagai perkara telah dilalui bersama
sepanjang kita berkenalan
adakalanya, tanpa kita sedari
mungkin ada yang tidak kena
terasa hati atau terguris perasaan
mohon maaf andai ia berlaku
moga ukhwah kita berkekalan
kerana tanpa kalian
mungkin diri ini akan kesepian
tanpa rakan yang banyak membantu
sememangnya, rakan kita pada hari ini
akan menentukan siapa kita pada esok hari
bersyukurku dikurniakan
rakan seperti kalian...




"...Jikalau seseorang itu menyayangi saudaranya, maka hendaklah memberitahu kepada saudaranya bahawa ia menyayanginya..." - Hadis Riwayat Abu Daud & Tarmizi

Sunday, September 27, 2009

Coret-Coret EidilFitri 2009...


Bismillah... Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Post khas sempena raye heheh... bole la citer panjang2 sikit, coz post ni dah siapkan awal2 kat umah time cuti... La ni che nak habaq, nak citer2 la sikit pasal raye ni.. ala macam biase, macam yang Hasyim selalu wat tu la heheh... Raye ari Ahad, Jumaat malam kul 11 mlm barulah aku muncul kat umah aku kat Somban tu ha, tu pun selepas 1 jam 25 minit bersosak2 dlm KTM tu ha... memang padat giler, tp dpt gak duduk, smbil berangan2, n melepaskan penat ‘bekerja’ di kolej tu ha.. hahah

Oh ya sebelum tu trima kasih kpd yg sudi membaca, mungkin viewer buat pertama kali dan mungkin juga buat yg kesekian kalinya.Pertamanya diingatkan, ini sekadar kisah sy, perkongsian kisah, n segala kisah2.. name blog ni pun akusebuahkisah.. so.... ok2... la ni, Nak citer sikit Ramadhan lepas, aku rase Ramadhan ni tahun ni la yg aku byk kali buke kat luar, mcm2 tempat ade... tp yg paling best time 5 Sept. lepas (ehm... ade ape yer dgn tarikh tu?) n buke time nak balik ke umah, hari kedua last Ramadhan... sgt best n seronok... pendek katenyer... buke di luar dgn kwn2 memang tak same buke di kolej dgn kwn, walaupun dgn org yg sama huhu (ye ker Hasyim ?...)

citer pasal buke ni, tahun ni aku cipta sejarah, dlm 29 hari kite berpose tu, cume sehari jer aku dpt buke di rumah, iaitu pada hari last Ramadhan, yakni esoknya raye, tapi even sekali, tp sgt best n meriah, semua family ade... anak2 buah, abg2 ipar... n semuanya...

Ok, kembali semula ke mlm ry, mlm raye lepas, mcm biaser... tgk2 tv, sambil mengisi kuih2 raye yg aku pun tak tau name2 nyer, masuk dlm bekas2, than melayan anak2 buah, men bunge api, abg2 ipar plak men mercun, huhu... balik2 sini, umah dah bertukar warne, mcm2 warne ade, tapi mostly hijau la... wah mcm tau2 jer warne faveret aku yg terbaru haha (sebelum ni suke biru, tp now hijau plak) langsir2 sume pun hijau, kerusi jer tak hijau, agaknyer kalu kusi tu bole di cat, mesti dah hijau jugak dah kerusi tu hahah... than mlm tido lmbt, masuk bilik, bukak lagu raye, berangan2 dpn cermin, sambil tgk2 bj raye, hahah... apesal la bj ni lawa sgt kalu aku pkai hahah... (over la Hasyim)

berposing2

Sebelum tu, seperti yg diduga, mlm2 raye ni, bersepah2 msg wish ry aku dpt, maybe sebab tu la sume syarikat telefon kat Malaysia ni tak on deliverd report, tau line sesak sgt... msg ry pertame aku dpt pada 2 hari sblm ry, sgt kelakar, hahah.. ape pun thanks... n seperti biase, aku pun me msg la balik n sume kwn2 aku, dlm 50 msg jugak la aku send ke 50 no. N dpt balik balasan dlm 50 jugak, inbox aku dah kosongkan awal2 utk beri laluan khas kpd msg2 ry hahahah...

ade msg tu, yg terbelit2 lidah aku membacenyer, ade jugak yg ringkas jer, yg berpantun2 pun ade, msg forward pun ade, tapi aku lebih suke yg msg d buat sendiri, tak perlu lah msg forward2 ni, kan lebih bek ucapan tu dtg dr kite sendiri heheh... ape pun trima kasih kepada semua yg sudi msg saye, mane yg tak di reply tu maybe tak perasan... (Aiman conferm akan kate aiman tak kisah, tapi kalu Hasyim, agak kisah la dgn msg2 yg tak direply ni hahah... alamak, terase ker ??? sory..)

sbhgn drpd family

Ni msg wish ry aku thn ni, kpd semua org pun semua same:

Berlalunya Ramadhan, sebagai tarbiyah kepada kita untuk hadir pada 1 Syawal dengan keadaan yang suci bersih seperti kembali kepada fitrah, salam eidil fitri..-hasyimharun

Pg raye, pi masjid awal2 kul 8.10 pg dah sampai, aku n family antara yg terawal la sampai hahah... xcited kot nak solat ry yg setahun sekali tu jer... balik, pakai bj melayu raye lawa2..haha... n utk sesiapa yg nak tau, ni la buat pertama kali dlm hidup aku rasenyer, aku beraye memakai bj melayu satu set lengkap huhuh (means dgn samping skali) ... hahah, mase Hasyim sgt... sgt..... huh... tak terkate, tgk la sendiri...

kat kg. umah nenek yg dipenuhi anak, menantu, cucu, n cicit

Than bersalam2an dgn parents, n family, memang lain la kan rasenyer, 1 Syawal memang tak same dgn beratus2 hari yg len, syg sume.. hahah...my mother espcly... than, makan2... tp tahun ni my mother buat rendang daging lombu plak,... argh.... sgt geram....nak ayam jugak, dah la aku tak mkn haiwan bername lembu tu... than dgn 3 kereta’s yg sarat dgn muatan manusia pun bergerak balik ke kampung nenek kpd mak aku, kat Kg Bukit Pelandok, N9 ade la dlm 45 minit perjalnn. Sampai di kg. lagi la meriah, penuh dgn anak2 buah yg lebih kurang 30 org kot, ditambah plak dgn 10 pasangan suami n isteri (yakni makcik2 n pakcik2 aku) memang sesak n senak, sesak sebab ramai org, senak sebab byk sgt mkn, mcm2 bende aku mkn.. hahah...

2 generasi ibu... pink kaler tu my mom. sebelh my mother ialah mother kpd my mom.

naseb bek umah nenek aku tu besar la... so bole la diorg berlari2 la, men nyorok2 la ish... budak2.. biasenye la tu... than... pi umah nenek2 kpd nenek aku tu, yg aku pun tak berape kenal sedare sendiri hahah... yela, setahun sekali baru jumpe huhu... hari pertama memang sgt penat n sgt mengeyangkan hahah... petang balik umah, sampai umah, dgn baju2 raye tu aku trus tido, sedar2 dah kul 7, huh, solat asar than trus solat maghrib... Hasyim sgt tidak senonoh (kate Hasyim)

ni umah emak kpd emak kakak aku, my grandmother la...

N sampai la today, Ahad, raye ke 8, sebelum balik UM ni pun aku masih merayau2 pi umah makcik2 n kwn2 family aku... aku ikut jer mane diorg bwk hahah... n tadi pagi, kul 9 pagi, aku n kakak2 n abg2 ipar, n anak2 buah 4 org (rase nak lempang2 jer diorg, coz comel sgt) bergerak la ke Gemas, umah my father... (???, tak tay tau la) agak jauh jugak la, than pi berayo umah sedare2 belah ayah plak... petang, dr Gemas tu, menyelit2 tepi sempadan Melaka, merentas N.9, lalu sikit Selangor, n ke KL than, sampai la aku UM ni ha, yg now tgh manghadap laptop kesayangan ni ha... hahah...

anak buah paling latest... comel mcm aku time kecik2 dulu..hahah

time kasih kpd KTM yg mengangkut aku dr Somban ko KL ni ha, terpakse balik Ahad jugak (plan nak balik Isnin) coz ade asgmnt kene hantar Isnin ni, tapi aku tak buat ape pun lagi huwaaa.... ok la... huh, pnjg jugak yer posting aku ni, penat menaip, ok, nanti citer lagi.... cumenyer now aku tgh dlm misi terbesar aku, yg aku mungkin aku pernah bercita2 menginginkannya... ape die??? Nantikan hahah... kehangatannya makin terase... (kpd anda, ya anda yg sedang membaca, trima kasih krn sudi membace)

Ini kisah saya...kisah bukan sebarang kisah, tetapi kerana...akusebuahkisah, ok

Assalamualaikum... Salam Eidil Fitri... Salam 1Malaysia.... Salam Perubahan....


Wednesday, September 16, 2009

Salam Eidil Fitri ... dr shbt kpd shbt

design by: luqman hakim

Assalamualaikum... dikesempatan dan dikesempitan masa yang ada ni, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidil fitri kepada semua kawan2 n sesiapa shj....
maaf andai ada salah silap. terima kasih kepada kwn2 yg byk sgt membantu sy...
mg eidil fitri kali ini disambut dengan penuh meriah bersama keluarga tercinta (mayb)

design by: hasyimie designii

kpd rakan2 seperjuangan, selepas ini kita cabaran dan dugaan yang lagi besar drpd yg tgh melanda sekarang ini, bersama tabahkan diri kuatkan hati... Allah sentiasa bersama org2 yang sabar....insyaallah

Salam Persahabatan
Salam Perjuangan

...kerana kita adalah hamba....
mari menjadi hamba

Friday, September 11, 2009

Salam Ramadhan...

Sunday, July 26, 2009

Kalo ko sedia.... bole jer....


Assalamualaikum... salam sejahtera... salam ukhwah... salam mahabbah... salam 1fikrah....


1.46 am - Sebenarnya, agak lame aku tak berkesempatan mengupdate blog kesayangan aku ni... ntah kenape.. tetibe aku rase, aku tersangat la busy sem 3 ni... busy dengan kolej... dr projek2 kolej yg berderet2 tu... sampaila ke bende2 yg baru pertame kali aku terlibat, lagi2 lah sekarang aku ni boleh dikatekan agak terlibat dgn pentadbiran kolej (x sure), busy dgn permanis aku tu ha.... n busy dgn fak... dgn asgmnt yg semuanya kene merayau2 ke sekitar KL ni... ye la valuation katenyer... nak kire harge property.... n yg paling besar dlm sejarah aku... Integrated Project yg plan sekarang ialah ke Hong Kong... huuhuhu... so nak tak nak, dgn pengalaman yg x seberape ni... terpakse jugak la aku join di peringkat pengurusannyer.... (walaupun byk kali x dtg meeting heheh)

ok.. taknak tulis byk2... sebab aku ade byk lagi blog yg aku kene handle n update.... sebelum tu... kpd kawan2 yg sedang berdebat di UTP sempena Debat Alam Sekitar... gud luck... maaf, aku tak dpt nak membantu korang cari fakta2.... huhuuhu.... ok harapan terakhir.... kepada semua... warga ASTAR khususnya... di tengah2 kehangatan mencari pp n ajk ni.... rajin2 kan lah diri anda untuk menyertainya.... n kepada Hasyim sendiri.... dgn projek n asgmnt ko yg bersepah2 tu.... harap Hasyim yakni diri aku sendiri (nasihat kpd diri sendiri) pandai2lah membahagikan masa anda... moga terus kuat dan bersedia... Bersedia ??? nantikan....

Friday, July 17, 2009

Saturday, July 11, 2009

Hari baru, bilik baru, rumate baru, semangat baru...


Hari ini... hadir, kerana semalam telah berlalu... Bersyukurlah kalian kerana hari ini, saat dan ketika ini, anda masih dapat mengecapi nikmat yang dikurniaan ilahi...Anda masih dapat melalui hari ini dengan pelbagai kisah, cerita, dan pengalaman baru...



Hari ini, genap 7 hari aku memulakan semester ke 3 selaku warga kolej pertama (promosi diri, hahaha...) di sem ke 3 ni... aku ada bilik baru, aku ada roomate baru, kerja2 baru (dah berderet2 dah), dan yang paling penting, semangat dan azam yang baru (disertai juga dgn pengalaman2 menyertai program sepanjang cuti).

Sekurang2nya...dengan adanya azam dan semangat baru (tak perlu pun nak tunggu tahun baru, baru nak ade azam baru) sekurang2nya... kita telah pun mendidik diri kita sendiri agar apa yang kita lalui hari ini, lebih baik daripada semalam...

Ok... citer2 sikit...sebelum tu terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke perenggan yang ini. Bilik baru ??? ehm... best D405 (promosi bilik) suke bilik ni... (sebenarnya tak suke sgt) bilik ni menghadap ke jalan raya, boleh nampak PASUM, KK12, menara2 yang 55 tingkat n 88 tingkat tu...n lain2 bangunan la... tapi biase r tu... dah namenyer tingkat 4, terpakse lah mendaki, kekadang tu dah tak larat, terpakse la mengesot2 kat celah2 tangge tu... hahaha (over lah Hasyim)

Ehm... rumate... tak merumitkan pun... best... ni nak memperkenalkan rumate, Suhail n Syakirin, Fak Alam Bina n Law... best la... sejuk jer bilik ni... yang penting tak berasap or terbakar hahaha (ape Hasyim merepek ni ?) Masing2 busy...selalu takde kat bilik, keluar pagi, kul 9 masing2 dah menghilangkan diri, kekadang malam baru lah menjelme... huhuhu...

Ok2... walaupun pasal bilk or rumate or haiwan peliharaan pun, aku nak citer jugak... ahhaha... hari2 yang telah berlalu katenyer... (cadang nak tukar jadi Secawan Kopi Bertemankan Diari.. ok? ker cacat ? aku rase cacat jer ahhaha.....)

Now, pasal azam n semangat baru wah... (katenyer.....) biaser jer... firm firm n firm....boleh tu... time2 ni lah nak join bende2 tu... adelah.... fenin2.... n last... mcm biase, dok kolej satu yg penghuninya lebih kurang 800 (kot) banyak sangat projek2 kolej, tapi sumber manusianya kurang (setuju ? tak setuju takpe....) tak caye ? kepada Pengarah projek, anda mesti tau n pernah/akan mengalaminya (tapi tak semua la...)

gmbr di ambil oleh Afif, di edit guna Picnic, suke gmbr ni, terima kasih kpd Afif... wah...

Kepada 1st year Astar terutamanya, (yg maybe baru pertama kali bukak blog ni) blaja rajin2... 1st ni join la semua bende2 tu.. projek2, persatuan2 kat UM... program2 luar n ape2lah... jangan dok menghadap buku 24 jam jer.... ape pun, terpulang kepada diri kalian sendiri lah... n pesanan sikit, untuk semua yg membaca, sebolehnya jangan tolak apa yg kita dapat, mungkin ia amat berguna, dan kita mungkin akan menyesal di kemudian hari jika ia terlepas ke tangan orang lain... (ayat ni, adelah org yg cakap, aku edit2 sikit heheh...)

Sebelum kalian membace perenggan terakhir post ni, nak jgk citer sikit, semalam after Jumaat, dgn KTM yg tak laju tu, aku balik Seremban, nak ke Yayasan katenyer, tapi sampai2 dah tutup, tak sempat, than pusing balik dari seremban balik semula ke UM, (dapat la jugak aku menghabiskan Milenia Muslim bulan julai tu, mcm2 isu ade....) singgah di Nilai, merayau2 sorg2 usha2 baju kat Hari-Hari, rase nak beli semua, time tu dah pukul 7.15, aku mesti smapai UM kul 8 coz ade meeting debat... last2nyer, dgn jalan yg penuh dgn kete2 tu, kul 8.50 baru aku sampai, kirenyer, terlambat la dtg meeting, aku pk2 balik, hari Saiyidul Ayyam tu... aku lalui dgn agak teruk n tak terancang... huhuhu


Wajah2 warga Balai Islam 08/09 ketika Hari Interaksi

N td, bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, berlangsungnya pertandingan debat haluansiswa um 09/10. teruja sikit sebab jadi hakim... merayau2 la aku kat kolej2 ni... than petang jadi mc, menggigil2 sebab Auditorium tu sejuk sgt, n menggigil2 coz jd mc... hahahah... mc jer kot...Final BM KK7 vs KK6, KK6 Johan... ASTAR ranking no 4 .... keseluruhannya.... ade yg ok ade yg tak ok.... biase la tu...

Ok tu jer... terima kasih kerana sudi membaca... blog ni memang aku khususkannya untuk aku bercerita mengenai diri sendiri, diri org lain yg aku rasakan sesuai, n ape2 yang aku suka nak tulis, so... tak perlu nak pertikai (hahahaha....) Now, aku tgh mengedit blog yang aku rase sgt la complicated layout nyer.... nantikan kemunculannya..... Ok... Assalamualaikum... dan salam sejahtera, salam 1Malaysia (katenyerrr......)

Andai patah sayap merpati,
Bertongkat paruh hamba ke mari,

Bukan mencari calon isteri,
Tetapi mengutip semangat suci,
Untuk disematkan di heart ty....