Bismillah Ar Rahman Ar Rahim...
Semalam dan hari hari yang telah berlalu, aku merasakan bahawa aku kehilangan seorang sahabat. Walau nyata di mata, tetapi hati ini tidak pasti, di mana 'hilangnya' dia...
Hari ini dan semalam, aku lebih mengenali sahabat aku daripada hari hari yang sebelumnya. Kerana kita sahabat, moga ikatan ukhwah kan terus tersimpul rapi...
Hari ini dan hari hari yang telah berlalu, aku menemukan dua keadaan yang berbeza, seolah 0lah baru bertemu dengan seorang sahabat, dan ada ketikanya seolah olah merasakan 'kehilangan' seorang sahabat...
Maka benarlah, hari ini, semalam dan hari hari yang telah berlalu sentiasa mengajar kita apa ertinya hari ini, semalam hari hari yang telah berlalu... Setiap satunya ada kisah sendiri, cuma kita yang buat tidak kisah...
Sahabat...
Pada hari ini, aku bersyukur aku ada kawan dan juga ada sahabat, kawan kawan sentiasa di sekeliling kita, tetapi sahabat sentiasa dekat dengan kita... Berkongsi cerita masalah suka dan duka... Setiap pertemuan seperti pertemuan terakhir, setiap perpisahan seperti tidak pasti bila kan berjumpa lagi...
3 comments:
hidup ini mudah.. jd x perlu komplikated kannya
betul2...
=d
Post a Comment