.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Wednesday, October 27, 2010

SMRA Chuah '04: Dalam Kenangan



lencana sekolah


Sekolah dulu-dulu


Selepas menamatkan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Port Dickson, N Sembilan, dengan memperoleh keputusan UPSR yang boleh lah... aku pun dihantar oleh my mom ker Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah, sementara menanti permohonan aku ke MRSM, masa tu budak2 x matang lagi kan, aku ikut ajelah, cikgu suruh aku isi borang permohonan ke MRSM, aku pun isi, than, my mom hantar aku sekolah agama, aku pun ikut jer, anak soleh katanya...


aku antara yang tak terpilih untuk belajar di MRSM, maka aku pun terus belajar di SMRA Chuah tu, yang kawasan sekolahnya terletak di dalam kawasan masjid. Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah tu, percayalah, sekolah aku tu sangat kecik, hanya dua blok bangunan yang tiada tingkat, yang terdiri daripada, perpustakaan, pejabat, bilik guru, bengkel KHB merangkap kantin, tandas tumpang tandas masjid, tiada padang, dan hanya terdapat 3 kelas untuk memuatkan 8 orang pelajar tingkatan 1, dan lebih kurang 15 orang tingkatan 2 dan 15 orang tingkatan 3. Gurunya pula hanyalah 6 orang. Ye, kelas aku hanya ada 8 orang pelajar !!! bukannya apa, sebab dengan hanya jarak perjalanan tidak sampai 15 minit, terletak sebuah sekolah kebangsaan yang lengkap segala kemudahan dan menempatkan sehingga ke tingkatan 6, haruslah ketika itu ramai yang memilih untuk ke sekolah tersebut.


Tambang bas 50 posen jer


Tetapi sehingga kini, aku sangat bersyukur, walaupun sekolah tersebut hanya terletak betul2 di tepi taman perumahan aku, yang jalan kakai pun x sempat nak penat, dah sampai, tetapi my mom hantar aku ke sekolah agama yang aku terpaksa berulang alik setiap hari, pergi naik van sekolah, dan pulang menaiki bas dengan tambang ketika itu hanyalah RM0.50 sen jer. Sekolah agama yang padang bola pun lebih besar itulah yang banyak mendewasakan aku, yang mengajar aku untuk mengenal tatasusila kehidupan yang sebenarnya.


Guru kelas aku ketika itu ialah Ustazah Sri Sabariah, merangkap guru bahasa arab aku dan guru pendidikan islam, aku sangat suka dia mengajar, ketika mengajar, dia banyak menyelitkan kisah2 sahabat zaman nabi, ketika itulah, aku mula serba sedikit tau kisah2 dulu2, dan mula berminat dengan bab2 agama ni. Aku masih ingat lagi, ketika itu ujian penilaian bahasa arab aku yang pertama, apabila dapat result, aku dapat full mark, bukan 4.00 yer, tp 100%, dan mula dari saat itulah aku suka bahasa arab - bahasa syurga, bahasa al-quran, dan bahasa zaman anbiya.


Tapi, aku sangat sayang sekolah aku, cikgu2 pun semua sayang aku, haruslah... pelajar harapan katanya.. haha, seingat aku, dr tingkatan 1 sampai 3, tiap kali exam, aku x pernah dapat nombor lain selain nombor 1. ala... 8 orang jer satu kelas. Kalau korang nak tau, kelas aku tu aku hias bagai istana lah... dengan langsir, meja berbalut berbunga2, dinding penuh dengan info2, memang penuh satu kelas tu dan haruslah kelas lain memang xde peluanglah nak menang pertandingan keceriaan kelas.


Ahlan wasahlan ya ustazah !


Dari tingkatan 1 sampai 3, akulah yang memegang tampuk pemerintahan kelas, ketika mula2 ingin memberi salam masa cikgu masuk kelas, aku pun macam biasa, dengan yakin dan gigih... Assalamualaikum cikgu !!!... tapi guru kelas aku yang kami panggil as Ustazah Sri, cepat2 betulkan aku, Assalamualaikum ya ustazah... dan apabila cikgu habis mengajar, syukran jazilan ya ustazah... perkataan syukran, ana, anta, anti, kaifa haluka, sobah al khoir, antara perkataan pertama yang diajar...


Masuk ke tingkatan 3, aku dilantik sebagai Ketua Pengawas, ketika itu jumlah pelajarnya sekitar 50 orang sahaja, antara kenangan manis aku ialah aku mengendalikan sambutan hari guru sekolah aku, ketika itulah aku menghasilkan KKD pertama aku, dan hasilnya, ketika sambutan itu berlangsung, semua berjalan lancar, dan meriah, aku rasalah... Pengetua aku pun join sekali time tu, mula dengan sukaneka, indoor game, kuiz2, dan akhir sekali, jamuan makan untuk satu sekolah dan persembahan2 dan penyampaian hadiah. Sangat seronok.


Mula kenal laptop


ketika itu... di tingkatan 3 itu jugalah, aku dilantik sebagai pengerusi persatuan sains dan matematik, yelah... ade pelajar lain yang boleh dan nak ??? hoho... ketika itu, kami plan menghasilkan buletin, ketika itu jugalah aku mula mengenal apa itu komputer, apa itu laptop, ketika itu, aku mula berkenalan dengan microsoft publisher dan word... haruslah now aku (sangat) pakar dalam dua bende alah tu... dan semuanya itu aku belajar sendiri, dengan cara ? menekan nekan apa sahaja yang tertera di skrin laptop... semakin ikon2 n button2 yg aku tekan, semakin byk benda baru yang aku tau.... oh yer, ketika itu, sumpah, aku x pernah dgr pun dan tau apa itu photoshop, photostudio, adobe reader, movie maker, power director, after effect, sony vegas, dan ape kejadahnya ntah... ketika itu... ketika itu... ketika itu.....


Cari pasal dengan ketua pengawas ? grrr...


Sedikit kenangan pahit pula, ketika di tingkatan 3 itulah my wallet dicuri, masa tu aku terus bagi tau cikgu, satu sekolah tu semua dihimpunkan masa tu juga, yelah sape suruh cari pasal dengan ketua pengawas kan... tanya – tapi hampeh, sekor pun x mengaku, duit dalam wallet tu xde pun , if ade pun RM1 hinggit, tp risau ic lah kan... tapi sebenarnya aku pun x sure wallet aku tu dicuri atau tertinggal di rumah, erk...


but than, beberapa hari lepas tu, kawan aku jumpa walllet aku kat dalam toilet, habis rosak ic aku kene air, kenelah aku buat ic baru yang ketika itu dah berwajah baru, lengkap dengan cip, boleh jadi kad bank, kad touch n go, n mcm2 lagi. Selepas memperoleh keputusan PMR yang tidaklah boleh dibanggakan, aku pun x tau nak ke mana selepas itu, sebab ketika itu, seingat aku, kami memang tidak pernah didedahkan dengan ceramah2 or bengkel hala tuju selepas PMR atau apa2 yang berkaitan.


Sek Sains vs Sek Agama ?


Dengan result PMR aku yang taklah teruk sangat, aku pun ditawarkan ke Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, sekolah aliran agama dan sains, dan sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh, full aliran agama, if nak tau, ada 3 sekolah agama yang menjadi idaman popular dan punya prestasi yang membanggakan di N 9 ni, lagi satu ialah Institut Tahfiz Al Quran Gemencheh – ITQAN.


Aku pun isilah borang ke Maahad Ahmadi, dan haruslah aku diterima, sebab diorang gak yang tawarkan aku. Dan kini, berdasarkan link blog di bawah, aku yakin SMRAC telah berlaku banyak penambahbaikan, lebih maju dan moden pastinya lebih selesa, meriah dan best, kini....kenangan di SMRA Chuah telah hampir 7 tahun berlalu, tetapi semuanya masih segar dalam ingatan, sekali sekala, lalu di sekolah yang banyak berjasa kepada aku tu, sekolah tu dah mengalami banyak perubahan drastik, moga ia mampu setanding dengan yang lain, SMRA Chuah dalam kenangan 2002-2004


dan... seingat aku, aku x pernah merakamkan walau sekeping gambar aku bersaam dgn sekolah tu.. so, memang xde ape2 gmbr sekolah smrac tu yg boleh dijadikan kenang2an... sangat sedih... apa pun, segala gambar dan gambaran sepanjang 3 tahun aku di smrac pastinya terpahat semat di ingatanku...

BLOG RASMI SMRA CHUAH
BLOG CIKGU

akan datang - Maahad Ahmadi dalam kenangan


4 comments:

MomTom said...

itulah. zaman sekolah xde pown nak tgkp2 gmbr diri sendiri. malu la konon. poyo la kalu gedik menangkap gmbr. tp itulah bahananya. xde dah kenangan.
sekarang zaman universiti, amek ko. gmbr sape paling bnyk kat facebook? haha

Mohd Hasyim Bin Harun said...

hahah... tulah pasal, time sekolah2 dulu, x kenal pun ape tu camera...
dah masuk u, pantang nampk kamera, mesti nak posing...

MomTom said...

dah dpt dah kamera drpd rwiena?

nur adlina aqilah said...

sy salah seorang pljr SMRAC ,tahun ni last year bljr at sini, berat Hati nak tinggalkn sekolah yg paling best nih :)