.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Friday, October 29, 2010

Kalaulah aku ada kawan



''Aku ada kawan...''
2 jam ayat ini bermain dalam minda
konon-konon hendak dijadikan entry baru
aku taipkan ia di blog ini
Berfikir-fikir..,
segera aku tekan backspace

Aku kehabisan idea
Untuk menyambung ayat itu...
''Aku ada kawan...'' huh


Oh ya
kemudian aku terfikir
untuk menambah sesuatu
''Aku ada kawan...?''
Ya, tambah tanda tanya


Kalau aku ada kawan,
Pasti dia tempat aku berkongsi cerita
Cerita suka dan gembira
Kadang-kadang sedih dan duka

Mesti dia akan jadi tempat aku meluahkan
Segala yang terpendam
Tempat bertanya pendapat dan idea
Tempat berkongsi kasih dan sayang

Kalau aku ada kawan
Mesti dia selalu menasihati aku
Jangan buat begitu, jangan macam itu
Selalu tegur aku
Kerana daripada kaca mata orang lain
Apa yang aku buat
Yang aku rasakan betul
tak semestinya betul
pada pandangan orang lain
Itulah kawan yang sentiasa membetulkan


Kalau aku ada kawan
Mesti kawan aku seorang yang baik
Supaya aku juga boleh jadi baik

Aku ada kawan..?
Ehm.. mungkin...

12:22 /Okt 29

Thursday, October 28, 2010

Menjelang Peperiksaan


''Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”


Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti ‘Ham Sah’, suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.

Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat ‘hammm’. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat ‘saah’. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit.

Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.


Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.


“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”


Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.


Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama ‘cortisol’ juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

Benarlah firman Allah bermaksud:
“Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)


Sesungguhnya penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta,
tetapi yang buta itu ialah (mata) hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj : 46)


BERANGAN-ANGANLAH

Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.


Imagination is power than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.


Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.


Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.

  • Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
  • Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
  • Kenapa aku mahukannya?
  • Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.


Cakap tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...


Sumber: Tip Peperiksaan

Wednesday, October 27, 2010

SMRA Chuah '04: Dalam Kenangan



lencana sekolah


Sekolah dulu-dulu


Selepas menamatkan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Port Dickson, N Sembilan, dengan memperoleh keputusan UPSR yang boleh lah... aku pun dihantar oleh my mom ker Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah, sementara menanti permohonan aku ke MRSM, masa tu budak2 x matang lagi kan, aku ikut ajelah, cikgu suruh aku isi borang permohonan ke MRSM, aku pun isi, than, my mom hantar aku sekolah agama, aku pun ikut jer, anak soleh katanya...


aku antara yang tak terpilih untuk belajar di MRSM, maka aku pun terus belajar di SMRA Chuah tu, yang kawasan sekolahnya terletak di dalam kawasan masjid. Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah tu, percayalah, sekolah aku tu sangat kecik, hanya dua blok bangunan yang tiada tingkat, yang terdiri daripada, perpustakaan, pejabat, bilik guru, bengkel KHB merangkap kantin, tandas tumpang tandas masjid, tiada padang, dan hanya terdapat 3 kelas untuk memuatkan 8 orang pelajar tingkatan 1, dan lebih kurang 15 orang tingkatan 2 dan 15 orang tingkatan 3. Gurunya pula hanyalah 6 orang. Ye, kelas aku hanya ada 8 orang pelajar !!! bukannya apa, sebab dengan hanya jarak perjalanan tidak sampai 15 minit, terletak sebuah sekolah kebangsaan yang lengkap segala kemudahan dan menempatkan sehingga ke tingkatan 6, haruslah ketika itu ramai yang memilih untuk ke sekolah tersebut.


Tambang bas 50 posen jer


Tetapi sehingga kini, aku sangat bersyukur, walaupun sekolah tersebut hanya terletak betul2 di tepi taman perumahan aku, yang jalan kakai pun x sempat nak penat, dah sampai, tetapi my mom hantar aku ke sekolah agama yang aku terpaksa berulang alik setiap hari, pergi naik van sekolah, dan pulang menaiki bas dengan tambang ketika itu hanyalah RM0.50 sen jer. Sekolah agama yang padang bola pun lebih besar itulah yang banyak mendewasakan aku, yang mengajar aku untuk mengenal tatasusila kehidupan yang sebenarnya.


Guru kelas aku ketika itu ialah Ustazah Sri Sabariah, merangkap guru bahasa arab aku dan guru pendidikan islam, aku sangat suka dia mengajar, ketika mengajar, dia banyak menyelitkan kisah2 sahabat zaman nabi, ketika itulah, aku mula serba sedikit tau kisah2 dulu2, dan mula berminat dengan bab2 agama ni. Aku masih ingat lagi, ketika itu ujian penilaian bahasa arab aku yang pertama, apabila dapat result, aku dapat full mark, bukan 4.00 yer, tp 100%, dan mula dari saat itulah aku suka bahasa arab - bahasa syurga, bahasa al-quran, dan bahasa zaman anbiya.


Tapi, aku sangat sayang sekolah aku, cikgu2 pun semua sayang aku, haruslah... pelajar harapan katanya.. haha, seingat aku, dr tingkatan 1 sampai 3, tiap kali exam, aku x pernah dapat nombor lain selain nombor 1. ala... 8 orang jer satu kelas. Kalau korang nak tau, kelas aku tu aku hias bagai istana lah... dengan langsir, meja berbalut berbunga2, dinding penuh dengan info2, memang penuh satu kelas tu dan haruslah kelas lain memang xde peluanglah nak menang pertandingan keceriaan kelas.


Ahlan wasahlan ya ustazah !


Dari tingkatan 1 sampai 3, akulah yang memegang tampuk pemerintahan kelas, ketika mula2 ingin memberi salam masa cikgu masuk kelas, aku pun macam biasa, dengan yakin dan gigih... Assalamualaikum cikgu !!!... tapi guru kelas aku yang kami panggil as Ustazah Sri, cepat2 betulkan aku, Assalamualaikum ya ustazah... dan apabila cikgu habis mengajar, syukran jazilan ya ustazah... perkataan syukran, ana, anta, anti, kaifa haluka, sobah al khoir, antara perkataan pertama yang diajar...


Masuk ke tingkatan 3, aku dilantik sebagai Ketua Pengawas, ketika itu jumlah pelajarnya sekitar 50 orang sahaja, antara kenangan manis aku ialah aku mengendalikan sambutan hari guru sekolah aku, ketika itulah aku menghasilkan KKD pertama aku, dan hasilnya, ketika sambutan itu berlangsung, semua berjalan lancar, dan meriah, aku rasalah... Pengetua aku pun join sekali time tu, mula dengan sukaneka, indoor game, kuiz2, dan akhir sekali, jamuan makan untuk satu sekolah dan persembahan2 dan penyampaian hadiah. Sangat seronok.


Mula kenal laptop


ketika itu... di tingkatan 3 itu jugalah, aku dilantik sebagai pengerusi persatuan sains dan matematik, yelah... ade pelajar lain yang boleh dan nak ??? hoho... ketika itu, kami plan menghasilkan buletin, ketika itu jugalah aku mula mengenal apa itu komputer, apa itu laptop, ketika itu, aku mula berkenalan dengan microsoft publisher dan word... haruslah now aku (sangat) pakar dalam dua bende alah tu... dan semuanya itu aku belajar sendiri, dengan cara ? menekan nekan apa sahaja yang tertera di skrin laptop... semakin ikon2 n button2 yg aku tekan, semakin byk benda baru yang aku tau.... oh yer, ketika itu, sumpah, aku x pernah dgr pun dan tau apa itu photoshop, photostudio, adobe reader, movie maker, power director, after effect, sony vegas, dan ape kejadahnya ntah... ketika itu... ketika itu... ketika itu.....


Cari pasal dengan ketua pengawas ? grrr...


Sedikit kenangan pahit pula, ketika di tingkatan 3 itulah my wallet dicuri, masa tu aku terus bagi tau cikgu, satu sekolah tu semua dihimpunkan masa tu juga, yelah sape suruh cari pasal dengan ketua pengawas kan... tanya – tapi hampeh, sekor pun x mengaku, duit dalam wallet tu xde pun , if ade pun RM1 hinggit, tp risau ic lah kan... tapi sebenarnya aku pun x sure wallet aku tu dicuri atau tertinggal di rumah, erk...


but than, beberapa hari lepas tu, kawan aku jumpa walllet aku kat dalam toilet, habis rosak ic aku kene air, kenelah aku buat ic baru yang ketika itu dah berwajah baru, lengkap dengan cip, boleh jadi kad bank, kad touch n go, n mcm2 lagi. Selepas memperoleh keputusan PMR yang tidaklah boleh dibanggakan, aku pun x tau nak ke mana selepas itu, sebab ketika itu, seingat aku, kami memang tidak pernah didedahkan dengan ceramah2 or bengkel hala tuju selepas PMR atau apa2 yang berkaitan.


Sek Sains vs Sek Agama ?


Dengan result PMR aku yang taklah teruk sangat, aku pun ditawarkan ke Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, sekolah aliran agama dan sains, dan sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh, full aliran agama, if nak tau, ada 3 sekolah agama yang menjadi idaman popular dan punya prestasi yang membanggakan di N 9 ni, lagi satu ialah Institut Tahfiz Al Quran Gemencheh – ITQAN.


Aku pun isilah borang ke Maahad Ahmadi, dan haruslah aku diterima, sebab diorang gak yang tawarkan aku. Dan kini, berdasarkan link blog di bawah, aku yakin SMRAC telah berlaku banyak penambahbaikan, lebih maju dan moden pastinya lebih selesa, meriah dan best, kini....kenangan di SMRA Chuah telah hampir 7 tahun berlalu, tetapi semuanya masih segar dalam ingatan, sekali sekala, lalu di sekolah yang banyak berjasa kepada aku tu, sekolah tu dah mengalami banyak perubahan drastik, moga ia mampu setanding dengan yang lain, SMRA Chuah dalam kenangan 2002-2004


dan... seingat aku, aku x pernah merakamkan walau sekeping gambar aku bersaam dgn sekolah tu.. so, memang xde ape2 gmbr sekolah smrac tu yg boleh dijadikan kenang2an... sangat sedih... apa pun, segala gambar dan gambaran sepanjang 3 tahun aku di smrac pastinya terpahat semat di ingatanku...

BLOG RASMI SMRA CHUAH
BLOG CIKGU

akan datang - Maahad Ahmadi dalam kenangan


Friday, October 8, 2010

HIJRAH 1431: dalam kenangan, terima kasih semua




Poster rasmi SIMPO 1430 - sentuhan tangan oleh Yazman

Poster rasmi HIJRAH 1431- sentuhan mouse by Hasyim hasyimie


idea asal: Syahidah Roslam, edited by Hasyimie

idea asal: Syahidah Roslam, edited by Hasyimie




Hasyimie Designii @Art.. hoho
antara my best design


logo rasmi terbaik dr ladang
by Hizami Hadri


AMARAN !!! post ni panjang n dipenuhi dgn gmbr2...

Entry ni aku dedikasikan khas buat semua yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam tidak atau menjayakan...


Nama Program: Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH 10),

Anjuran: Balai Islam Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya.

Tarikh: 8-10 Januari 2010 / 22-24 Muharam 1431.

Tema: Merintis Perubahan: Nadi Intelektual Islam Sejagat


Sesiapa yang bukan dok kolej 1 n bukan UM, if korang nak tau, HIJRAH merupakan program untuk menyambut maal hijrah selain daripada perarakan yang dianjurkan oleh UM. Dimulakan cerita dan dipendekkan, masa ni aku di tahun ke2, masa ni aku timbalan pengerusi balai islam, time tu balai islam ade 3 projek dibawahnya... Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH), Minggu Penghayatan Ramadhan (TAMAN), n Kursus Pra Perkahwinan (KPP), dok puas mencari pengarah, last2 yang jumpe TAMAN jer, utk KPP n HIJRAH xde sape pun nak, yelah,,.... program balai islam kan...


aku pun n my bos, pengerusi lah... dok bincang2 balik, aku meng offer diri untuk mengarah HIRJAH, secara tidak langsung mencatat rekod peribadi, 3 kali bergelar pengarah program. tu pun sebab xde org nak, xde yer aku gile kuasa. Tapi actully aku nak mengarah TAMAN, nasib bek dah ade org... haha... dah2 cukup !!!


hadi (bj oren) yg sentiasa bergambar dgn mknan

Masa ni aku sangat gumbira, aku dah plan awal2 sebenarnya apa nak buat, setelah meneliti laporan post mortem SIMPO n segala cacat cela yg lepas, than aku siapkan KKD dalam masa beberapa hari jer, aku rebranding semula n dikenali sebagai HIJRAH, dulu diorg sebut as SIMPO, HIRJAH bg aku lebih bermakna n ada maknanya... than cari MT n Penolong Pengarah (PP) dalam masa 24 jam, complete semua... n semua MT n PP tu sangat mantap n bagus2 belaka... Selain drpd diri aku sendiri (haha) Mereka ialah... my


my penolong pengarah (afif, firdaus, aniq)

Timbalan Pengarah: Wan Mohd Hasni Hakimi Bin Wan Nawi

Dia ni masa tu baru 1st year, aku pun x pasti kenapa aku amik dia jadi timbalan aku... hoho, yg penting aku memang nak lelaki, senang nak berurusan. Aku ingat lagi, aku tulis nama dia dalam KKD yg aku dah hantar ke HEP tu as Wan Mohd Hakimi Hasni, terbalik... tu lah, sape suruh dapat nama panjang2... haha. Dia ok jer, (aku harap dia x baca post ni)... cumanya, aku rasa kadang2 macam over sangat lak berguraunya... ape2lah, aiman x kisah... ...


tapi ade satu tu, time ceramah perdana, aku sedikit hangin, aku suruh die meng handsome kan diri dia, pakai ler baju melayu satu set Kimi oi, awak kan timbalan, die xnak, die pakai kemeja jer, aku memang geram jer, tp still senyum, dah die nak xnak nak wat camne, ape pun... aiman x kisah pon... best jugak kerja mengarah orang... itu pun setelah aku pening memikir itu n ini di awalnya... berurusan dengan dia yg aku panggil Kimi, ok jer... bagus, boleh buat kerja, aku suruh memang dia buat... haha, jasamu dikenang terima kasih Kimi..


seminar hijarh cinta

Setiausaha: Siti Sarah Binti Jamaluddin

Pastinya dia ni pompuan, my classmate lak tu, ha... memang senang lah aku nak suruh wat surat itu ini... actully dia 1st time jadi s/u, puas gak aku pujuk dia jadi aku nyer s/u.... than akhirnya dia setuju.... tapi x susah pun, surat2 lepas semuanya ada dalam softcopy, edit2 sikit, print, bg aku sign, siap.... segala laporan2 n minit2 meeting, die nilah yg buat, aku tau cek n sign... dia sangat bagus, semua surat siap ontime, tapi still ade satu yang lambat... xpelah... dah setahun berlalu haha... kadang2 kesian lak aku tgk die, die ni, cakap memang sangat slow, n gemalai... hoho.... aku plak jumpe die mesti pasal surat...ape pun, jasamu dikenang, terima kasih Sarah...


terima kasih sudi dtg ke event saya,
ketika di taman syurga, forum hijrah

Bendahari: Liyana Syazwani Binti Abdul Razak

Ni my senior, hehe... aku offer jadi bendahari, die pun terus ok, lagi pun aku tau, die memang free.... memandai jer aku. Dia lah yang uruskan duit keluar masuk, selain memastikan duit sentiasa ada untuk digunakan... n tolong aku wat laporan kewangan yang sengaja dicomplicatedkan... huh... ikut ajelah... tapi aku rasa di bhgn bendahari memang xde masalah duit yg serius or kritikal, coz HIJRAH dibantu oleh TAMAN n sumber2 kewangan lain yg dipercayai n selain drpd PP Tajaan aku yg bagus.. nanti aku cerita... ape pun... jasamu dikenang terima kasih Kak Yana.... neexxtttt !!!!


set pentas terbaik drpd afif isa

PP Publisiti: Nurul Syahidah Roslam

Selain drpd aku, dia ni pun memang pakar dalam bab mendesign ni, sangat kreatif... macam aku... haha... masa zaman aku ni, aku x jumpa lagi pun sape2 yang pandai n kreatif untuk menggunakan photoshop n nak join HIJRAH ni... kadang2 aku tolong dia buat poster n multimedia, mestilah aku pun nak hasil kerja aku dipamerkan... hahah... ape pun, design2 dia semua ok, n dipuji lah oleh penyelia... logo HIJRAH pun sangat lawa... terbaik drpd ladang... tq Hizami. n banner HIJRAH pastinya yang paling panjang...


hangin gak aku masa tu, aku kate nak banner sepanjang 12 kaki, biarlah banner HIJRAH catat rekod banner paling panjang kat ASTAR tu... haha, tapi masa tu, selain dia tanyer kenapa warna tema aku pilih Oren, dia sangat argue aku. Apesal nak panjang2 sampai 12 kaki ??!!.. aku mula lah nak emo, last2 dia beli gak kain putih sepanjang 12 kaki untuk dijadikan banner, bukan wat kain kapan yer... n apabila siap, ia hanyalah sepanjang 10 kaki, aku terima seadanya... ape pun, still terbaik, terima kasih publisiti, jasamu dikenang, terima kasih Syahid.... dan AJK


i luv dis pic

PP Forum Perdana: Ahmad Afif Bin Isa

Ni lagi satu diva yg akan jagi lagenda di ASTAR, die memang terbaik... ex pengarah gerai konvo astar kot...dalam HIJRAH aku nak wat forum, xnak wat ceramah. Akhirnya dok puas mencari aku jumpa dua orang ahli panel, 1. Syeikh Mohd Saifudden, Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuan, selalu bg talk kat IKIM, pensyarah di UiTM, UIA, n banyak lagi... aku jumpa ustaz ni, oh yer, mula2 aku call die dia tak bagi aku panggil dia ustaz, last2 aku panggil dia Syeikh... aku jumpa dia kat internet, mantap kot... haha, dok bace artikel kat surat khabar utusan x silap aku, best lah plak, aku pun publish artikel yg aku bace tu kat my blog, than die komen artikel die yg dah kat blog aku tu... aku pun terus contact dia... ok on...


than panel yg ke 2 ni, korang percayalah, mau menangis aku nak dapatkan dia ni...itu lah ini lah, aku xnak lah cerita kat sini, hoho, akhirnya setelah aku jumpa my penyelia ntah buat kali yg keberapa, akhirnya, barulah setuju amik Ustaz Anuar Ridhwan – pensyarah Akademi Pengajian Islam UM. Dia ni memang best n lawak giler, bg ceramah 4 jam pun xpe, aku sanggup dengar dan tergelak... actully forum perdana ni ada kisah lain disebaliknya, tp xyah ceritalah, coz ia memang terlalu tinggi n besar !!!.... itulah gunanya penyelia penasihat kan... than, setelah conferm dgn mereka ini, aku past lah mereka ni kat Afif, tima aku 1st year, mula2 masuk, aku panggil dia Abg Afif kot, mungkin sebab badan aku lebih kecik dari dia... tp rupanya... huh... sebaya kot, beza x sampai 2 bulan pown... Now setelah berevolusi, aku panggil dia Apip, kadang aku panggil Momok, n now paling latest aku panggil dia Mom.. hehe... boleh kan ?


Dia sangat bagus, n rajin buat kerja, n memang sangat relaks... no need lah kelam kabut...ade suatu hari tu, aku chat via ym dengan dia, dialah yang banyak support aku, terharu aku dibuatnya.... ha dialah yang buat soalan forum, sangat terbaik... siap ade pepatah dari Jepun kot... n atas arahan aku, dia lah yang mengorder 100 pasu beserta pokoknya sebagai hiasan pentas untuk forum tu... sangat lawa... tapi kalu amik 200 pasu mesti jadi berforum dalam taman bunga kan... siap ada lagu tema – di taman teman by CT haha... hoho... jasamu dikenang, terima kasih Afif... eh Mom.... dan AJK


org kuat saya, merangkap d best adhock for HIRJAH 1431

PP Dana & Tajaan: Siti Noorliyana Binti Rodzuan

Aku dah lupa sape yg cadangkan dia ni, n mcm mane die leh nak... coz,... mane2 projek pun, nak cari orang yang nak jadi PP Dana n Tajaan bukanlah satu bende yang senang.... masa tu die 1st year, tp sebaya aku, kos kaunseling, mula2 my fellow tolak bebudak 1st year ni jadi PP apatah lagi PP penting like tajaan... dipendekkan cerita... ok, on... dia sangat rajin, proposal tajaan tu ke serata Malaysia ni dia hantar, aku pun terkejut, tetiba tiap kali datang pejabat, ade jer surat reply atas nama aku, drpd Majlis Agama Islam Pahang, Melaka, Terengganu, Johor n ntah ape2 lagi lah...


n alhamdulillah... sangkut gak satu kat Johor, diorng bagi 1 ribu hinggitsss... n dengan tajaan kecil2an yang lain, akaun HIJRAH masa tu memang sangat kukuh, cukup untuk semua program yang dah dirancang... n dalam tajaan ni, awal2 lagi aku pesan, if nak mintak dari ajk, suruh ajk cari tajaan, jangan minimumkan, biarlah seikhlas diorng n berapa2 yg diorg dapat, amik ajelah... ni x, ade projek tu, sampai limit kat ajk, sorang mesti dapat RM 50 lah, RM80 lah... aiyoooo.... n ape pun... jasamu dikenang, terima kasih Liyana dan AJK


bersama ustaz hasrizal, n my timbalan

PP Domestik: Nor Ain Mat Al Kamah

Aku amik dia coz dia ade sifat2 keibuan... haha..... what the what ??? xdelah... actully aku suka tone yg die gune time die bercakap... eh ape aku merepek ni... untuk bhgn domestik, bukan logistik yer,.... pastinya domestik handle makanan, order itu n ini, n make sure mane2 program yg perlu makanan , ditempah seawalnya... n under dia, sengaja aku letakkan Hadi, yg aku yakin banyak pengalamannya n dapat bantu dia... haruslah, Hadi tu if korang nak tau ex pengarah TAMAN... n aku rase Domestik semuanya berjalan dengan lancar, makanan semua pun sedap2 n mencukupi, ker terlebih cukup ? cumanya, kadang2 benda2 yang kecil2 ni kita boleh pk sendiri n decide dengan yakin, n bertanya juga memang bagus, tp... ehm... bertanyalah.... selagi mana ia relevan utk ditanya.... jasamu dikenang, terima kasih Ain dan AJK.


nasyid 1st kolej... jgn lupa lirik !!!

PP Seminar & Pameran: Mohd Firdaus Bin Salleh

Aku kenal budak ni dr Pusat Asasi Sains UM –PASUM, than dpt masuk UM sama2... hehe. Dalam HIJRAH ni aku juga plan wat seminar, nak sangat panggil Ustaz Hasrizal yg terkenal dgn blog nyer, Saifulislam.com, dalam masa 24 jam, beribu2 orang dr seluruh dunia masuk ke blog dia ni... percayalah... artikelnyer semua sgt bermanfaat. Selain tu, ustaz hasrizal ni pun sgt galmer dgn bukunya yang bertajuk Aku Terima Nikahnya. Mula2 tajuk yang aku pilih, - Sultan Muhamad AlFateh: Penakhluk Constainninople... tp... cut !!! Tempah dia awal2, n alhamdulillah, die masih free tarikh tu, ok, on... tajuk seminarnya ialah, Wacana Minda Remaja: Hijrah Cinta...


seriusly memang dua perkataan yang sangat berlainan maksud tetapi digabungkan menjadi satu. Tp mula2 nak contact dgn ustaz ni bukannyer senang, yelah, die ni sangat busy, jadualnyer padat... kadang2 nak menangis contact dia x berjawab, msg, dah beberapa hari lepas tu baru reply, lebih kurang mcm tulah... bilangan peserta 70 orang drpd target 100... ok lah tu, tq semua yang mencarinya... aku panggil PP aku yg sorang ni as Pidot... hoho...kan lebih mesra rakyat... die ok jer, suke lak aku suruh die buat itu ini... kadang2 melawan... grrr... x padan dgn kecik... haha, n die ok lah... bagus buat kerja... jasamu dikenang, terima kasih Pidot dan AJK...


pameran, tq hizami n azhari

Sub PP Pameran: Ahmad Azhari Bin Nordin

N sebenarnya, die pun kene handle bhgn Pameran Hijrah, tp disebabkan aku dah caturkan semuanya awal2... aku letakkan orang kuat aku, my best frenz... Azhari as AJK dia n Azhari aku panggil die Az – simple but nice... Az ni die handle bhgn Pameran, kirenyer mcm sub-PP lah.. hoho n haruslah aku pilih Azhari sebagai Best Adhock untuk HIJRAH ni... adhock tu mcm AJK terbaik lah... die sangat rajin n terbaik, haruslah aku pilih die utk Pengarah HIJRAH ni, tp die xnak... grrr... n dalam pameran ni, aku n dia berurusan dgn telaga biru, ala publisher lah,... jual buku2 n majalah, byk jer buku n majalah diorg kat kedai2 buku tu... n jemput jugak org wat demo khat, tapi x dapat dtg lak, coz ade program lain yg lebih berprofil tinggi... huh... n drpd jualan n pameran tu, bhgn pameran turut menyumbang dana untuk HIJRAH... ape pun, jasamu dikenang, terima kasih Az


ahli panel yg best....

PP Pertandingan Puisi: Izzatul Amira Abd Samad

Dia ni budak law, ha... bukan senang budak2 law nak join, tahniah lahyer Cik Mira oi, kadang2 aku sebut Mira ei, dia ni kadang2 suka buat2 macam comel n manja... hoho.. grrr... die ni handle bhgn Puisi, ha... dlm HIJRAH ni jugak ade Pertandingan Puisi merangkap majlis perasmian penutup, ade jugaklah penyertaan dr kolej2 lain, n tempat pertama aku bg RM150 cash beserta ntah ape2 lagi lah.... so joinlah jelah.. aiyooo... pertandingan puisi ni aku memang buat waktu pagi, aku dah agak memang orang liat nak bangun awal2 pagi lagi2 hari Ahad kan... so memang kene mulah lambat lah jugak, nak menunggu orang ramai sikit... huhu,


n sepanjang pertandingan puisi tu berlangsung, semuanya aku rase berjalan dgn lancar tanpa ada apa2 yg kritikal, n penutup juga ok jer... tq lah yer cik mira coz bersusah payah menyiapkan pertandingan puisi tu, semestinya cik mira n ajk dah buat yang terbaik dalam memastikan si pengarahnya sentiasa berpuas hati, tp che nak mintak maaf lah kot2 ada termarah, eh actully memang ada marah... tulah, lain kali dengar n faham kan betul2... haha...kisah lama... ape pun... jasamu dikenang, terima kasih Mira dan AJK


my penolong pengarah,, amira (muke terkejut) ain (sape suruh x pandang kamera)

liyana, n liyana syazwani (tgh gosip)


PP Teknikal: Aniq Akhmal Bin Abu Naip

Memang aku pilih die utk teknikal, coz aku rase die sesuai utk kerja2 mcm ni, bersesuailah jugak dgn die yang biase2, sempoi2, relaks2, x complicated, simple2 sudah... bhgn tempah menempah peralatan n venue, dielah yang uruskan... wat susah2 jer.. hehe.. teknikal sepanjang HIRAH semuanya lancar... ade surat tempahan utk bilik seminar hilang, tu biaselah tu, org office lah kan, byk beno suratnyer sampai tercicir ntah kemana... n now aku yakin, dia mesti dah tau macam mane nak book Audi KPS tu, sampai ke Dewan kat Fak Dental tu pun aku suruh tempah jugak... hoho... ape pun... jasamu dikenang, terima kasih Aniq dan AJK

Nexttttt !!!


N diakhirnya, even dah hampir 10 bulan berlalu, tapi semua yang berlaku dalam HIJRAH n kenangan pahit or manis sepanjang HIRJAH masih segar dalam kepala otak aku ni, terima kasih semua yang terlibat dalam HIJRAH terutamanya kpd 50 org MT PP n AJK. n sape ajelah yang bace blog aku yang x seberapa ni kan... n kalaulah korang bace ni, ketahuilah saat aku pilih korang untuk menyertai HIJRAH, aku yakinkan diri aku, korang memang terbaik, aku pertahankan jugak, 1st year pun apa salahnya pegang ape2 post pun, dan diahkirnya....memang benar, kalianlah yang terbaik...


syukran jazilan, terima kasih

Hasyim Hasyimie


Teringat aku dialog cerita Kungfu Panda,


“tiada apa2 ramuan istimewa... untuk menjadikan sesuatu itu istimewa, kita perlu yakin yang ia benar2 istimewa”

HIJRAH 1431: dalam kenangan terindah


terima kasih sudi baca...

Tuesday, October 5, 2010

Sambutan Aidilfitri di Kg Orang Asli, Jelebu





keluarga angkat aku yg ke-4... kenang2 kami selalu

Pada 1-3 Oktober 2010 yang lepas, PERMANIS UM telah berjaya menganjurkan program JAKSA 10 - Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli, Kg Sawah, jelebu, Negeri Sembilan. Program yang julung kalinya diadakan itu disertai oleh 40 orang mahasiswa yang pastinya masing-masing teruja untuk mengikuti program tersebut lebih-lebih lagi pertama kalinya ia diadakan di perkampungan orang asli.

sukaneka

JAKSA 10 turut mendapat kerjasama yang sanagat baik daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N Sembilan dan JKK Kampung Sawah.

Pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman yang pastinya tidak mudah untuk dilupakan, kami peroleh sepanjang berkampung selama 3 hari 2 malam di perkampungan orang asli tersebut. Antara aktivitinya termasuklah pembahagian keluarga angkat, ramah mesra, ziarah dakwah, gotong royong, slot akademik, sukaneka, menyumpit, malam persembahan, jamuan hari raya, dan majlis perasmian penutup.


Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Penasihat PERMANIS iaitu Prof Dr Faisal Bin Hj Ali, turut dihadiri oleh wakil adun Simpang Pertang, dan Tok Batin Kg Sawah. Ia turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyioan lagu hari raya daripada penduduk kampung yang pastinya ia sesuatu yang sangat baru dan menarik bagi peserta yang baru pertama kalinya merasai suasana tersebut.


Selepas itu, jamuan hari raya PERMANIS bersama penduduk kampung sebagai penutup untuk JAKSA 10 pada kali ini. Pastinya JAKSA 10 meninggalkan 1001 kenangan terindah kepada para peserta dan penduduk kampung. Moga berjumpa lagi... ingat kami selalu... PERMANIS_Tetap Di Hati


ape pun JAKSA memang sangat menarik n best... tahniah all...
http://permanisdhati.blogspot.com
more picture at my facebook :)