.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Tuesday, August 17, 2010

Kelebihan Ramadhan


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :


1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.


2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi


3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu." Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).


Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah." Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi


5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :


"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.


Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. " Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.




Monday, August 16, 2010

Berbuka @ Masjid Wilayah


Semalam, puasa hari ke 5 aku bersama 2 orang my frenz, jalan2 cari makan, berbuka di Masjid Wilayah, Jalan Duta... masjid yang sangat besar, cantik, daripada marmar keseluruhannya, haruslah kosnya 225 juta. Lebih 2 kali ganda daripada kos Masjid Besi, Putrajaya... yang juga lawa, mewah n moden...

Sebelum berbuka, kami sempat lah berposing2 di kawasan sekitar masjid... macam kat madinah plak rasenyer... lagi2 nmpk 2 menara tersergam indah... ok kawan2... after ni byk lagi masjid menanti kita... haha... c u... Selamat menjalani ibadah puasa... anggaplah ini ramadhan terakhir kita :)



i very2 like dis picture






ke facebook, more pictures.. clik me

Saturday, August 14, 2010

Rakan Muda Ramadhan - Putrajaya

Semalam aku n rumate n ntah sape2 lagi dari Sekretariat Rakan Muda UM, pi lah ke Putrajaya, pelancaran program rakan muda ramadhan anjuran kementerian belia dan sukan, time asar kami dah sampai, n dapat lah sejemaah dgn dato ahmad shabery cheek semestinya mernagkap menteri belia dan sukan, even best jer... just enjoy.... oh yea, even ni berlangsung di Masjid Besi nama rasminya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin... ooo patutlah harganya 100 juta...

akhirnya dapat juga dgr ceramah daripada ustaz zawawi yusof secara live... enjoy, tp ade jugak yang tidooo... zzzz

dirasmikan oleh timbalan menteri belia dan sukan, bos pegi ke istana negara.... ada even lain

o masjid besi yg lawa... dan mahal

i like dis pic.

best masjid ni, macam2 fungsinya... nak wedding ceremony kat sini pun boleh... :)

me n rumit, roomate lah... bj aku tu bj sponser hahah... nanti nak pinjam lagi yer

disebalik...

1. dah nak buke, kami posing2 amik gambo, last2 meja semua dah penuh, nasib bek ade kosong, kami dok lah terselit kat mana2 meja ntah...
2. aku dok sebelah pakcik (even event ni utk belia jer), die pun cerita itu ini, apsal anak dielah, aku layan jer... sempat gak die pesan kat aku, belajar rajin2 yer, ingat mak ayah.. time tu aku rasa sgt touching.. huwaaaaa
3. solat terawikh, habis rakaat ke 8 aku pun gigih bangun ikut semua yg lain, angkat takbir dgn niat sahaja aku solat witir... rupenyer... 20 rakaat da... aiyoooo


Friday, August 13, 2010

Bestnyer ke Sg Gabai



kacak ~ pilih aku ahhah



Selepas program STRIVE 10, kami para fasilitator terus ke Sungai Gabai, Hulu Langat... Moga pertemuan ini akan terus berkekalan disamping mengeratkan ukhwah antara warga PERMANIS... Tetap Di Hati


puteri bunian sg gabai

mcm kanak2 riang dah aku tgk


air terjun ini aku yg punya!

jom tgk byk lagi gmbr di facebook, clik me

School Trip To Varsity - STRIVE 10... best


Pada 6-8 Ogos 2010 yang lepas, kelab Fasilitator PERMANIS telah mengadakan program perdananya iaitu School Trip To Varsity (STRIVE 10). Program tersebut melibatkan 42 orang pelajar darjah 5 dan 6 S.K Kota Rembau Negeri Sembilan. Pada hari pertama program, pelajar dibawa melawat ke sekitar Universiti Malaya, antaranya termasuklah Akademi Pengajian Islam, Perpustakaan Utama dan sekitar tapak FESKUM yang sedang berlangsung ketika itu.

Kemudian, mereka dibawa ke tapak program iaitu Sg Congkak Hulu Langat Selangor. Pelbagai aktiviti menarik bagi memenuhi tuntutan akademik, rohani, jasmani, akhlak, dan sahsiah sebagaimana yang digariskan dalam objektif STRIVE 10. Warga PERMANIS mengucapkan jutaan terima aksih kepada pihak sekolah kerana sudi memilih PERMANIS UM untuk menganjurkan program tersebut. Kami para fasilitator dan jawatankuasa pelaksana mendoakan yang terbaik buat adik-adik untuk UPSR yang akan datang. Jumpa lagi... ! blog PERMANIS (clik me)
senaman ala2 tai chi drpd mr adam

kanak2 S.K Kota yang memeningkan + super aktif

STRIVE 10.... terbaik (lawa bj, sape design?)

fc pun sibuk nak bergambo

selamat tinggal

bye.... kenang kami time dlm exam haha

hahah, padan muke korang

o yea, raksasa dtg menyimbah air
teruna dan dara berposing di sg congkak


sepanjang program, aku memang dok kat situ jer, menekan2 laptop,
dah mcm office aku lak rasenyer haha

Tuesday, August 3, 2010

Bestnyer Hari Interaksi PERMANIS


Pada 31-1 Ogos yang lepas, aku bersama rakan2 PERMANIS yang manis2 belaka, ke Port Dickson utk Hari Interaksi PERMANIS, kami sebut sebagai HATI '10, hampir 60 orang yang join... oh yer... bertempat di Hotel Mayangsari PD.... sangat best, seronok, mcm biasa dapat jumpe kawan2 baru, kawan2 fb aku pun bertambah, semuanya best2, sporter, supporter n sporting... tgk la gmbr2 ni, den malas nak menulis satu2 aktivitinyer... aku pun time HATI tu, enjoy jer, kekadang sedikit giler, tekanan hati perasaan dan jantung... but still smile.... nak tgk byk lagi gmbr menarik, clik me... access terus ke my photo gallery at ... of coz facebook... k jumpe lagi semua.... PERMANIS... Tetap Di Hati...



















more picture at facebook.... (clik me)
layari PERMANISdhati.blogspot (clik me)