beberapa hari lepas, aku secara tak sengaja, tertaip yang lain kali aku akan buat post citer pasal die pula, beberapa lepas juga dia menuntut, mana ? xde pun... dan hari ini, sedang kesibukan berjuang pen dan kertas, aku menghabiskan masa sekitar 2 jam menghasilkan entry ini... tapi mesti dia tak sangka yang aku akan betul2 buat.... terimalah...
INI KISAH MOMOK
--------------------------------------------------------------------------------------------
INI KISAH MOMOK
--------------------------------------------------------------------------------------------
INTRO - Masa aku masih belum dapat membezakan perkara yang betul dan salah (maksud bagi perkataan mumaiyiz) mak aku selalu cakap, jangan keluar waktu Maghrib, ada momok kat luar tu... dah, pi tido cepat, ada momok, momok gigit nanti... dah besar, kat anak buah aku berumur 4 tahun tu pun aku aplikasikan juga apa yang mak aku pernah cakap kat aku, tidur cepat, ada momok nak gigit !! sambil tangan menghayun buaian laju-laju...
Tapi, aku bukan nak cerita momok yang itu, aku nak cerita mengenai Momok Tomok - sejumlah 9 262 560 pengguna facebook di Malaysia, nama momok tomok mungkin antara yang popular, haruslah, gabungan dua nama yang menjadi kegilaan peminat, dan ketakutan kanak-kanak.
Seperti gambar yang tertera, nama sebenar dia ialah Ahmad Afif Bin Isa, lahir di Kuala Lumpur, ehm.. no ic berakhir dgn no 7, dan dalam kelas kejuruteraan awam, sesi kemasukan 07, nama dia dalam kedudukan no 10.
Aku x tau nak citer pasal dia, tapi mula2 aku kenal dia ialah sebagai orang no 1 dalam projek Gerai Konvo Astar yang ketika itu namanya ialah 1st Agogo (aku selaku AJK Publisiti sangat tidak setuju dengan nama tu) sebelum ia ditukar dan dikekalkan hingga saat ini kepada Astar Village, (aku yang bagi nama tu, sangat bangga).
Mula-mula aku panggil dia ABANG AFIF, sebab masa tu aku junior kan, semua orang yang aku jumpa aku call as abang, die pun aku rasa masa tu macam serba salah tapi still maintaion muda dan macho. Sampai suatu hari, aku tahu, dia sebaya dengan aku, perbezaan umur hanyalah 11 hari !!! tapi panggilan abg tu dah melekat kat aku, nak tukar xleh, dan seingat aku, sehingga ke saat ini, aku membahasakan diri aku dengan dia ialah sebagai saya dan Afif.
Ok, kehabisan idea nak tulis apa... (otak ingat nak study untuk cipta rekod dapat A, perdana dalam kelas... kalau ramai dapat A pun, nak dapat markah paling tinggi)
btw (by the way yer, bukan between) sekarang ni aku panggil dia Mom, kadang2 Momok, Momom, Momo pun pernah juga, Apip... n Afif pastinya panggilannya yang buat dia terharu.. kan Afif... ?
Ehm... jomlah tengok-tengok gambar ni... penat aku geledah album gambar aku untuk cari gambar ni.. dan hasilnya jumpalah ni.. tadaaaa....
suatu ketika dahulu dia merupakan my big bos dalam Sidang Redaksi - Majalah kolej
sekarang kami duduk sebaris, dengan title yang berbeza...
sekarang kami duduk sebaris, dengan title yang berbeza...
dia memang suka makan, orang lain makan domino pizza, dia makan kotaknya, punyalah taknak membazir... kadang2 malam2 keluar makan dengan dia, sambil borak2 isu-isu semasa, biasanya isunya adalah hot, tapi pandai2lah cover, ye tak.. ? n kami juga sambut birthday kawan2 kelas aku (estate management) sama2 dengan momom, ntah macam mana die boleh terselit ntah... tapi xpelah, adanya die, pastinya tidak berlaku pembaziran makanan...
ketika ini, projek, Simposium Maal Hijrah, aku pulak jadi bos dia.. haha... terima kasih Afif, masih terbayang-bayang set pentas yang dihiasi oleh 100 pasu kecil pokok2 hijau kerimbunan.... (ayat apelah aku guna ni)
x tau nak komen apa untuk gambar ni, tapi ini ialah ketika projek, Jamuan Hari Raya Kolej, (aku tak iktiraf untuk menyebutnya sebagai projek Sambutan Deparaya)
kami mungkin mempunyai kecenderunngan yang sama, suka laptop, menaip dengan laju, tidur depan laptop, dan segala yang berkaitan dengan laptop, kadang2 makan pun dengan laptop... masa ni dia memang betul2 tengah tidur, aku pula hanya berlakon, dan waktu momok tidoq ialah antara waktu yang paling comel. dia sendiri turut mengakui, walaupun dia tak nampak keadaan sebenar dia tudur macam mana.
dia dan kamera juga tidak dapat dipisahkan, aku juga, kalau dapat tangkap gambar candid, orang x perasan, memang terbaiklah... btw aku x sanggup menghabiskan beribu2 ringgit untuk beli kamera, sebab aku lebih suka mengeditnya sahaja sebagaimana gambar2 dalam post ni, semuanya telah diedit pencahayaan, warna, kontras dan else...
(huh, banyak pula gambar nak komen) ok untuk gambar ni, tetiba aku rasa nak gelak, sebab kalau rambut mom panjang sikit lagi jer, mesti dah macam Dr Roozmey, ala.. pengarah filem 2 alam yang dah pun berkubur tulah...
ha, mesti korang tertanya2, ketika ini, persembahan malam penutup Kursus Jenazah & Amali Sembilan, sesuai dengan namanya, dia membawakan watak Momok (ye ker) ntah... aku tak tahu nak sebut watak ape, tapi seperti yang korang lihat, sambil pegang parang kayu dari mana ntah die dapat, dengan kain putih berlilit seluruh badan dia melakoknkan watak untuk lagu Menanti Di Barzakh... aku ingat lagi, time die nak keluar, setelah beberapa kali tawaf di kuburan sambil ketuk2 parang tu, kain lilit2 die tu macam dah terlondeh, semua gelak2 haha... tapi still terkawal... (-mana korang curi payung kubur tu ha...?)
diakhirnya...
kalu aku jadi dia, aku akan ucap
terima kasih Hasyim
boleh digunakan untuk tujuan tersurat atau tersirat,
sebab kita kan memang suka perli memerli... aiman x kisah...
Tahu kita berbeza fikrah, tetapi biarlah fitrah penciptaan manusia untuk saling berkenalan
di muka bumi ini, mampu mengeratkan lagi ukhwah yang terbina secara tidak langsung ini...
dalam bersahabat, lupakan perbezaan, cari sebanyak mungkin persamaan.

7 comments:
hehe...menarik
lps ni tulis cite psl aku plak
=P
ha ha
oh dr rozmey. pas ni boleh lah buat citer 2 alam antara momok tomok dgn hasyim hasyimi. haha.
a good idea to write about a friend, they must be happy.
eyna: haha.. xnak, ko tulis dulu pasal aku
fifi:gud idea, mesti meletup citer tu, tajuknya momok vs hasyim
k yuana: betul2, tulis yg baik2 pasal kwn kita, mesti die suke kan... hehe
ye la.aku yg dah kenal 4 taun ni sikit pon x sebot kan???T-T
HAHAHA,...
nak jugak ker ? kene lah jadi diva macam momom jugak haha
aku sokong hadi!!!
ahahaha..cyborg in da house..
Post a Comment