.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Saturday, November 27, 2010

INI KISAH MOMOK

beberapa hari lepas, aku secara tak sengaja, tertaip yang lain kali aku akan buat post citer pasal die pula, beberapa lepas juga dia menuntut, mana ? xde pun... dan hari ini, sedang kesibukan berjuang pen dan kertas, aku menghabiskan masa sekitar 2 jam menghasilkan entry ini... tapi mesti dia tak sangka yang aku akan betul2 buat.... terimalah...

INI KISAH MOMOK
--------------------------------------------------------------------------------------------

INTRO - Masa aku masih belum dapat membezakan perkara yang betul dan salah (maksud bagi perkataan mumaiyiz) mak aku selalu cakap, jangan keluar waktu Maghrib, ada momok kat luar tu... dah, pi tido cepat, ada momok, momok gigit nanti... dah besar, kat anak buah aku berumur 4 tahun tu pun aku aplikasikan juga apa yang mak aku pernah cakap kat aku, tidur cepat, ada momok nak gigit !! sambil tangan menghayun buaian laju-laju...


the best of Momok's picture that i have...

Tapi, aku bukan nak cerita momok yang itu, aku nak cerita mengenai Momok Tomok - sejumlah 9 262 560 pengguna facebook di Malaysia, nama momok tomok mungkin antara yang popular, haruslah, gabungan dua nama yang menjadi kegilaan peminat, dan ketakutan kanak-kanak.

Seperti gambar yang tertera, nama sebenar dia ialah Ahmad Afif Bin Isa, lahir di Kuala Lumpur, ehm.. no ic berakhir dgn no 7, dan dalam kelas kejuruteraan awam, sesi kemasukan 07, nama dia dalam kedudukan no 10.

Aku x tau nak citer pasal dia, tapi mula2 aku kenal dia ialah sebagai orang no 1 dalam projek Gerai Konvo Astar yang ketika itu namanya ialah 1st Agogo (aku selaku AJK Publisiti sangat tidak setuju dengan nama tu) sebelum ia ditukar dan dikekalkan hingga saat ini kepada Astar Village, (aku yang bagi nama tu, sangat bangga).

Mula-mula aku panggil dia ABANG AFIF, sebab masa tu aku junior kan, semua orang yang aku jumpa aku call as abang, die pun aku rasa masa tu macam serba salah tapi still maintaion muda dan macho. Sampai suatu hari, aku tahu, dia sebaya dengan aku, perbezaan umur hanyalah 11 hari !!! tapi panggilan abg tu dah melekat kat aku, nak tukar xleh, dan seingat aku, sehingga ke saat ini, aku membahasakan diri aku dengan dia ialah sebagai saya dan Afif.

Ok, kehabisan idea nak tulis apa... (otak ingat nak study untuk cipta rekod dapat A, perdana dalam kelas... kalau ramai dapat A pun, nak dapat markah paling tinggi)

btw (by the way yer, bukan between) sekarang ni aku panggil dia Mom, kadang2 Momok, Momom, Momo pun pernah juga, Apip... n Afif pastinya panggilannya yang buat dia terharu.. kan Afif... ?

Ehm... jomlah tengok-tengok gambar ni... penat aku geledah album gambar aku untuk cari gambar ni.. dan hasilnya jumpalah ni.. tadaaaa....


suatu ketika dahulu dia merupakan my big bos dalam Sidang Redaksi - Majalah kolej
sekarang kami duduk sebaris, dengan title yang berbeza...


dia memang suka makan, orang lain makan domino pizza, dia makan kotaknya, punyalah taknak membazir... kadang2 malam2 keluar makan dengan dia, sambil borak2 isu-isu semasa, biasanya isunya adalah hot, tapi pandai2lah cover, ye tak.. ? n kami juga sambut birthday kawan2 kelas aku (estate management) sama2 dengan momom, ntah macam mana die boleh terselit ntah... tapi xpelah, adanya die, pastinya tidak berlaku pembaziran makanan...


ketika ini, projek, Simposium Maal Hijrah, aku pulak jadi bos dia.. haha... terima kasih Afif, masih terbayang-bayang set pentas yang dihiasi oleh 100 pasu kecil pokok2 hijau kerimbunan.... (ayat apelah aku guna ni)


x tau nak komen apa untuk gambar ni, tapi ini ialah ketika projek, Jamuan Hari Raya Kolej, (aku tak iktiraf untuk menyebutnya sebagai projek Sambutan Deparaya)


kami mungkin mempunyai kecenderunngan yang sama, suka laptop, menaip dengan laju, tidur depan laptop, dan segala yang berkaitan dengan laptop, kadang2 makan pun dengan laptop... masa ni dia memang betul2 tengah tidur, aku pula hanya berlakon, dan waktu momok tidoq ialah antara waktu yang paling comel. dia sendiri turut mengakui, walaupun dia tak nampak keadaan sebenar dia tudur macam mana.


dia dan kamera juga tidak dapat dipisahkan, aku juga, kalau dapat tangkap gambar candid, orang x perasan, memang terbaiklah... btw aku x sanggup menghabiskan beribu2 ringgit untuk beli kamera, sebab aku lebih suka mengeditnya sahaja sebagaimana gambar2 dalam post ni, semuanya telah diedit pencahayaan, warna, kontras dan else...


(huh, banyak pula gambar nak komen) ok untuk gambar ni, tetiba aku rasa nak gelak, sebab kalau rambut mom panjang sikit lagi jer, mesti dah macam Dr Roozmey, ala.. pengarah filem 2 alam yang dah pun berkubur tulah...


ha, mesti korang tertanya2, ketika ini, persembahan malam penutup Kursus Jenazah & Amali Sembilan, sesuai dengan namanya, dia membawakan watak Momok (ye ker) ntah... aku tak tahu nak sebut watak ape, tapi seperti yang korang lihat, sambil pegang parang kayu dari mana ntah die dapat, dengan kain putih berlilit seluruh badan dia melakoknkan watak untuk lagu Menanti Di Barzakh... aku ingat lagi, time die nak keluar, setelah beberapa kali tawaf di kuburan sambil ketuk2 parang tu, kain lilit2 die tu macam dah terlondeh, semua gelak2 haha... tapi still terkawal... (-mana korang curi payung kubur tu ha...?)


diakhirnya...
kalu aku jadi dia, aku akan ucap
terima kasih Hasyim
boleh digunakan untuk tujuan tersurat atau tersirat,
sebab kita kan memang suka perli memerli... aiman x kisah...

Tahu kita berbeza fikrah, tetapi biarlah fitrah penciptaan manusia untuk saling berkenalan
di muka bumi ini, mampu mengeratkan lagi ukhwah yang terbina secara tidak langsung ini...
dalam bersahabat, lupakan perbezaan, cari sebanyak mungkin persamaan.



Monday, November 22, 2010

Kita semua kan 1Malaysia !

...aku masih ingat, ketika itu kelas tamadun Islam dan tamadun asia -TITAS... sampai ke bahagian yang membicarakan tamadun Islam. pensyarah berbangsa Cina itu pun berkata, jika saya muslin, sudah tentu saya akan mengamalkan cara hidup muslim, bersolat, pakai tudung... aku secara spontan menoleh ke bahagian kaum Hawa, terlihat sekumpulan rambut yang menggerbang-gerbang... mereka hanya tersengih-sengih... tersenyum tersimpul mungkin...

------------------------------------------------------------------------------------------------
(post ini ialah post yang diterbitkan semula)

Alhamdulillah... selesai 2 paper, ade 5 lagi paper menanti aku untuk exam sem3 di UM ni... study ntah ape2, menghadap nota, tapi banyak berangan, tak pun makan je kejenya... ape nak jadi ni... macam mane nak cemerlang ni ??? dua paper dah exam, dua dua tu aku dok paling depan sekali, menghadap tiang yg ade label subjek tu... dok depan sekali, tenang sikit, takde gangguan...hehe


atas ni selingan jer, sebenarnya che nak habaq satu citer ni, pagi semalam .. aku mungkin memang sengaja buat sesuatu yang dah lama sebenarnya nak buat, tapi masih tak diberi kekuatan mungkin... Turun breakfast dgn kawan, tetibe ade hamba Allah ni tegur, hebatnyer baju !!! well... hahaha aku pun sekadar tersenyum... die tanyer lagi... ade lagi tak??? nak satu ??? aku ketawa jer... dalam hati aku, dalam almari aku tu ha banyak bersepah2 berjenis2 hahaha... suke aku....

I LOVE ORANGE

than petang, ntah ditakdirkan... aku trun makan lambat, makan la aku sorang2... tetibe ade la chinese sorang kawan aku ni yg aku kenal la, of coz la lelaki, dok makan semeja dengan aku. N seingat aku, nilah kali pertama dlaam sejarah aku dok kat ASTAR ni ha, aku dok makan semeja dengan chinese, berdua je lak tu... than sambil makan borak2... macam biase, tgh2 demam exam ni... topic perbualan apabila berjumpe, semuanya pasal exam....



tetibe die tanyer... eh Hasyim u PRO M ea??? (die tanyer dlm loghat cine die la yer...) aku... erk ??? apesal laks tetibe die tanye pasal ni plak ni... aku pun sekadar tersenyum n ketawa sikit (sikit jer) than tanyer die balik... hahahah... nape u tanye ??? itu hari a... saya macam nampak u pakai itu baju oren PRO M itu... oh... dalam hati aku.... itu hari apenyer... pagi tadi kowwttt..... than die kate, nanti u tak dapat stay kolej ooo... erk ??? aiyo ye ker aku sekadar tersenyum sinis... malas nak respon statement penakut die tu... ye memang aku mengatakan PRO kpd perjuangan Mahasiswa di kampus perdana ni... bukak je blog ni pun, tak yah kuar statement mcm ni pun org dah tau... so... ape masalahnyer... huh....

n tanpa di tanye, dia memberitahu, saya sokong itu warna kuning punya, dalam hati aku, takyah bg tau aku dah tau hahaha...than die bagi tau lagi, saya takdak suka itu PRO M coz diorg pembangkang suka bikin kacau la... dalam hati aku... hellllooooo ... now.... KAMI kerajaan ok.... aku pun sekadar menjwab oooo.... yela... (petang2 yg mengantuk lagi2 dah nak maghrib ni, tak keszer (kuasa) yer aku nak citer pasal bab2 politik ni....) aku pun sekadar menjawab... ehm... mane2lah... dah habis citer.. hahah...

BOLEH X ORG MELAYU MAKAN GUNA SUDU ???

than aku cepat2 tukar topic len... tanyer die pasal budaya chinese plak... ha... part ni agak menarik bg aku la, bg korang tak tau la...memandangkan time tu aku dah habis makan, nak bace doa lepas makan la ni kononye... than aku tanye die... kalau malay, b4 n after makan ade bace itu doa... kalau u? chinese??? oh takde... kami makan saja... die jawab... oh... n die tanye plak, u Malay kalau makan gune sudu n garpu boleh??? naseb bek tak tersedak aku dgr soalan die tu.... aku pun jawab la... boleh jer... takde ape2 pun, gune tangan boleh, sudu pun bole, tapi kami Malay, budaya nyer makan gune tangan, kalau pi even2 or restoran barulah pakai sudu, tapi ade jer yg gune tangan... lagi sedap hingga menjilat jari hohoho... u Chinese... makan gune sudu tu budaya u la yer??? aku tanyer... YA...

than die citer la sikit, die ni chinese Kristian, dari sarawak, ramai chinese yg kristian, die kate... HOHOHO... aku macam baru tau plak... rupe2nyer... chinese than ade cabangnyer like kristian, buddha n else... ape la ko ni Hasyim... kata Hasyim.... tanyer lagi, budaya u sume same ker... ade beza tak chinese kristian n chinese buddha... die kater same jer... cume tiap hari Ahad pi sembahyang kat kuil...

AIYA... ITU APA ? ORG NYANYI-NYANYI KA ?
(ketika itu azan sedang berkumandang)

Citer pasal bab sembahyang ni... aku teringat suatu ketika dahulu... di sebuah perkampungan yang suram... cewaahhh.. ape aku merepek ni... tak ler... time tu aku tgh study group dgn 2 org chinese perempuan... menyiapkan asgmnt valuation, core subjek yg ... huh.... merempat la ko lagi setahun kat UM ni ha... hahaha... time tu waktu after maghrib... than tak lame... tetibe azan isyak pun berkumandang..... lepas tu diorg tanyer... itu ape tu.. lagu? nyanyi... die pun tak pasti nak menyebutnya as wat? aku sekadr tersenyum... heheh...

oh... itu namanya AZAN... bukan org menyanyi yer... hhohoho... die tanyer wat ape azan tu... itu azan, nak panggil org muslim, pi solat ramai2 kat itu surau... harapnyer die paham dgn jwpn aku tu... selang beberapa ketika.... than tetibe iqomat plak... aiya... itu apa lagi...??? OH.. itu iqomat namenyer... nak panggil org dtg la cepat wei, dah nak solat ni .... ehm... u tak pi sembahyang ker??? die tanyer lagi... opss.... ape la aku ni... yela time tgh discus kowwttt.... than aku jwb... oh.... lewat sikit pun boleh, tapi cume tak dapat la nak solat ramai2... aku jawab... yelah, takkanlah aku nak kuar dalil naqli dr surah al baqarah ker, al ankabut, than kuar pulak hadis riwayat bukhari solat berjemaah itu pahala digandakan 27 kali ! tetibenyer ditanyer aku, pahala tu ape ? banyak mana if dah digandakan 27 kali ? sape pulak bukhari tu ? x terjawab aku wei... than aku tak tau la ape lagi yg diorg pk... or nak tanyer... tapi tak tertanyer...


KENAPA ITU ORANG ADA YANG X PAKAI TUDUNG ?

ade lagi satu kisah... ceh... tgh2 exam ni.. panjang plak posting aku ni... dgn chinese gak, lelaki, tgh dalam kelas, tetibe chinese yg dok dekat dgn aku n memang agak kenal la as clasmate, ade la kelompok kaum Hawa ni ha... (Hawa ker??) aku terjumpa artikel yang yang menyebabkan aku wajib delete apa yang aku dah pun delete... n akhirnya aku just conclude it .....baju dah kecik ni ko pakai lagi??? dah macam balut nangka dah aku tgk... hahah.... tringat ayat2 yg agak kelakar bunyinyer tu... - memang x baik citer pasal org, so dats y perenggan ni aku delete balik ayat2 aku yg x elok tu...

than chinese ni pun tanyer... itu diorg, nape ade Malay yang tak pakai itu tudung... huh... malu sebenarnya nak jawab... memikirkan rakan seagama n sebangsa sendiri berkelakuan seperti itu, tolong lah wei.. korang bwk nama Islam k... darjat wanita tu Allah angkat, dimuliakan... tgk la sejarah kisah2 wanita zaman nabi dulu, menjadi pendorong n pembakar semangat perjuangan.. tapi wanita now.... still ade tapi tak byk(s).... than kawan sebelah aku jawab, diorg islam tapi tak amalkan itu budaya Islam... die jawab sambil memandang aku. (mungkin berharap aku boleh tolong tambah)... aku sekadar senyum jaahhhh... jawapan ringkas n tepat... sebenarnya nak citer pasal tudung ni... byk sgt... tapi lain kali, ade yg lebih arif utk membincangkannya...

bila difikir2 balik... diorg ni, non-malay nak jer tau pasal agama kita ISLAM, cumenyer diorg mungkin tak jumpe orang yang sesuai nak tanyer, atau pun diorg takut ape persepsi kita terhadap diorg yg tanye pasal bab2 agama ISLAM... atau pun yg terakhir... diorg nak tau pasal ISLAM..tetapi apabila melihat ada SEBAHAGIAN Islam yg sama sahaja dengan mereka, takyah tanyer pun takpe... i think aaa... itu agama ISLAM lebih kurang sama sj!!!! itu org ada yg tak pakai tudung, tak sembahyang, tak tutup aurat, n else... so kite yang ISLAM ni... how ???

HARGAI KAWAN-KAWAN... TOLONGLAH

n tadi, malam2 sabtu, tak study pun... melepak2 n melepet jer kejenya... tadi.. kuar makan dengan junior 2 org... sambil mkn2 gelak2 borak2... citer2... sharing is caring katenyer.... best jugak me rest kan diri ni... menghilangkan kepenatan otak ni....n else... n tadi after makan2... rase sebenarnya ucapan terima kasih sangat bermakna dan membawa nilai yang tersendiri bergantung kpd org, ucapan terima kasih meskipun tidak diucap dgn bersungguh2, tapi bg aku ia mampu menyedapkan hati.... melapangkan fikiran... n membuat diri rasa gembira dan dihargai atas apa yang diberikan...


n citer sikit pasal study time exam ni... mcm biase... kalu tgk kat dtp tu n tempat2 yg lain, ade jer pasangan yg awalnya study lame2 study ker ape ni..? mesra semacam jer... sgt sakit mata , otak n hati memandangnya... moga suatu masa nanti, diberi kekuatan utk menegur org2 yg sedemikian, buat masa sekarang, membencilah di dalam hati kita akan perbuatannya itu... itu yg kita nmpk dgn mata, yg tak nampak ??? tak masuk lagi bergayut berjam2 kat telefon, ber ym la... kuar mkn same2... naik motor same2... ala Hasyim ooiii... biase la tu... ni KL la... kami dah besar, nak jugak enjoy n berssuka ria... ha enjoy n bersuka ria la korang kat dunia ni... jgn d akhirnya nanti sengsara udah la yer.... (ish.. tak bek tul aku cakp mcm ni) sekadar peringatan utk diri aku jugak...

SUKAN ASIA KAT ASTAR ?

n lagi satu, bab pakaian, kat astar tgk mcm makin teruk plak, time aku 1st year dulu... teruk ni, ade ke trun mkn ramai2 kat dewan makan tu pkai mcm ni? ade ker men bola pakai pendek2 mcm tu... tapi lani... rupenyer lagi teruk... kalu jalan2 biase pon, dok melepak2 kat laman santai tu pun pakai nyer sekerat jer... ape kes? bersukan pun same, pkai sekerat2... aiyo yo.... ingat sukan asia ker ? ehm.. ntah, mungkin aku hanya pandai cakap, pandai tulis kat blog, kenapa tak tegur ??? ehm... ntah... dulu2 aku pernah kritik bab pakaian ni, aku tulis kat blog jer, sungguh aku tak sangka, blog aku glamour disebabkan post tu... ramai yang hentam aku, ramai juga yang tu aku baru tulis kat blog aku yang tak seberapa ni... apatah lagi kalu aku buat perarakan ker? hantar memorendum... panggil kawan2 sewarna wat demo ker ??? wat the.. ?????????

ehm... semalam n semalam, bonda n kekanda.. (cewahh) me msg jer... tanyer bile habis exam ??? bile nak balik ??? tak reti nak balik ker??? huhuhu... mcm biase aku jwb.. busy... ehm... penat nak menjawab soalan bile balik umah??? kalau lah diorg tau ape aku buat kat sini, mesti diorg tak tanyer lagi dah bile nak balik... hahahha...

DIAKHIRNYA...

ok la... lain kali sambung tulis lagi... byk lagi nak citer ni.... terima kasih kerana sudi baca... maaf andai terkasar bhs n kot2 ade plak yg terase (harapnya ada)...ade org habaq kat che, ape yg aku tulis kat blog ni terutamanya yg berlabel kisah, org yg bc tu terase... ha bg aku, elok sgt la tu, memang tulis nak bg korang rasa n terase, kalu tak, tak de maknenyer lah den menulis berjela2 ni.. hahah... akhir kata...

Sentiasalah tersenyum agar jika ada jiwa yang resah, mampu merasa tenang melihatnya, dan jiwa yang bahagia pula akan bertambah kebahagiaannya. Bukankah senyuman itu sedekah yang terlalu mudah ???

p/s: sangat tidak berminat membicarakan hal2 politik kampus dgn rakan2 yang tidak sealiran

Sunday, November 21, 2010

Pernah Jadi Penolong Pengarah Publisiti ?

Lagi beberapa hari, genaplah aku bergelar mahasiswa UM selama 5 semester. Dalam tempoh itu, aku telah bergelar Penolong Pengarah (PP) Publisiti untuk pelbagai jenis projek di UM ini, sebanyak 17 kali, manakala hanya 4 kali sebagai AJK Publisiti, dan menjelang genap 3 tahun belajar di UM, menanti di hadapan sekurang-kurangnya 4 lagi program yang memerlukan khidmat aku sebagai PP Publisiti (PPP).

Ok, aku taknak cerita mengenai deretan publisiti tu, aku taknak cerita juga betapa popularnya aku sepanjang bergelar PPP (popular ker ? ewww....), cerita mengenai kemahiran aku menggeledah paint, publisher, adobe photoshop, arcsoft photostudio, swish, artlantis, after effect, power dorector, dan segala jenis saudara seangkatan dengannya itu juga aku taknak cerita.


Tetapi la ni, aku nak cerita mengenai kerenah-kerenah manusia sepanjang berdozen kali aku berkecimpung dalam dunia yang penuh dengan publisiti dan sentiasa mencari populariti.


t/tangan budak darjah 6... huhu


Sehingga ke saat ini, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku dianugerahkan kebolehan menggunakan software yang aku sebutkan di atas tadi. Haruslah... teringat aku kepada komen guru kelas aku ketika mana aku melangkah kaki ke tingkatan 1, komennya... ‘’kreatif dan suka mencuba’’. Mungkin sebab aku pandai melukis ketika zaman comel kanak-kanak, dan harus jugalah aku yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan melukis, ok berbalik semula kepada tajuk post yang hot.


Walaupun namanya publisiti, tetapi bergelar PPP untuk sesebuah projek bukanlah satu perkara yang mudah. Sama sekali tidak semudah di dengar atau di sebut. Sepanjang pengalaman aku bergelar PPP, aku biasanya akan ditugaskan untuk menguruskan design baju, banner, bunting, poster, nametang, pamplet, buku program, tayangan multimedia, blog, facebook, youtube, twitter, logo program, hebahan program, dan kebiasannya terlibat dalam bahagian teknikal seperti mikrofon, speaker, laptop, slide dan segala jenis yang berkaitan yang aku rasakan aku perlu tahu dan ambil tahu.


Walaupun hasil kerja aku biasanya agak memuaskan, tetapi untuk menghasilkannya bukanlah satu perkara semudah dan secantik yang dilihat. Dalam banyak-banyak PP dalam sesebuah projek, PPP lah yang akan mula gerak kerja dulu, sedang dalam biro-biro lain tiada kerja, sedang bersenang lenang menjelang hari program, tetapi aku ? akulah yang paling merana sebelum hari program, insan yang paling sibuk untuk memastikan segala jenis design disiapkan dan ditempah sebelum hari program.


La ni aku nak cerita, aku, nak menghasilkan sekeping poster bersaiz A3 tu, banner dan bunting bersaiz 2x5, atau tak kisahlah saiz ape pun, korang ingat amik masa 1 hari ? kadang-kadang, 1 design tu aku perlukan masa 3 hari barulah siap, sangat berkualiti, sangat cantik mata memandang dan nampak nilai seninya. Sesiapa yang biasa tengok hasil tangan aku ni, pasti dapat membezakan design 1 hari dengan design 3 hari, design berseni design rajin, design malas dan pelbagai jenis kategori lagi...


Hari Interaksi 2010

Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM


Korang ingat senang nak hasilkan poster banner bunting untuk program, aku maksudkan dari segi designnya. Biasanya aku akan lakar dulu di buku, oh yer, aku ada buku khas untuk melakar segala jenis design tu, setiap design yang aku buat, baju ker, poster, pasti aku akan lakar dulu kat buku tu. Dan biasanya waktu terbaik untuk melakar ialah ketika di dalam kelas yang membosankan. Sedang pensyarah bersyarah, ketika itulah aku mencakar-cakar dan memerah otak memikirkan design-design terbaik dari ladang.


Dah siap mendesign, aku kene pi tempah benda-benda alah tu, aku ada supplier tetap untuk memprint segala jenis tu, tetapi ada kadang-kadang tu, beberapa hari menjelang program, dia tak dapat buat, nak menangis aku dibuatnya, kelam kabut aku mencari kedai lain yang boleh print. Search itu ini, call sana sini, oh ya, ketika ini, biro-biro lain banyak yang masih bersenang lenang, hanya busy ketika hari program yang paling lama pun 3-5 hari. Dan menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan segala tempahan tu siap sebelum hari program, so kalau pengarah tanya dan ketika pembentangan meeeting, semuanya dari biro publisiti berjalan lancar !


Minggu Penghayatan Ramadhan 2008

Balai Islam Kolej Pertama UM - ASTAR


Ha, bercakap pasal baju pula, korang ingat senang nak menghasilkan sehelai baju ? grr... Dari segi designnya yang memeningkan hendak memenuhi hati semua pihak, sampailah ke kecerewetannya untuk menempah, dan urusan pembayaran, semuanya bukan benda yang mudah, percayalah... baju dah siap, tapi ada mulut tu kata kain tak lawa, kalau pun kain sedap dipakai, tapi design buruk, saiz besar, kolar senget lah, lengan terlebih panjang lah, kenapa design tu lagi lawa, kenapa pilih warna ni.. kadang-kadang aku rasa nak hempuk jer semua mulut-mulut tu dengan baju-baju tu.


Ada sekali tu, sesudah aku membuat tempahan, seminggu sebelum program aku call untuk follow up, tetibe supplier tu kata, baju masih tak buat, terlupa ! dan ketika itu, aku rasa macam nak mampus, bukan pitam lagi dah... yelah seminggu, mana sempat lagi, kelam kabut aku ke hulu ke hilir mencari baju, design baju aku yang gempak tu terpaksa lah aku lupakan, seriusly design baju tu sangat lawa. Oh ya, masih sama, ketika itu, biro-biro lain, biro yang macam hanya berfungsi ketika program masih lagi melepak-lepak, bersenang lenang, dan hanya tahu cakap...


Dan sebenarnya, walaupun di depan tabir semuanya nampak suka, tetapi di belakang tabir PPP banyak lagi kisah duka yang hanya aku dan Pencipta sahaja yang tahu, bergelar PPP memang memerlukan pengorbanan masa, memerlukan aku menghadap laptop berpuluh jam sehari, memerah otak memikirkan design poster, banner yang baru dan fresh, penat memikirkan design baju yang memenuhi hati semua mulut yang pandai berkata, kadang-kadang bersengkang mata menghasilkan multimedia show yang terbaik.


Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009

JKP Kenegaraan Etika & Patriotisma ASTAR


Dan hasilnya, pasti aku orang yang paling gembira dan hanya mampu ketawa di dalam hati, tersenyum di bibir, melihat baju hasil design aku dipakai oleh ratusan orang, bangga melihat poster banner dan bunting tergantung menjadi bahan sedap mata memandang, sangat bangga, hati berbunga-bunga, oh, itu hasil kerjaku... ketika itu hilang segala penat menghadapt laptop berpuluh jam, hilang sakit otak emikirkan design baru, hilang panas di hati melayan kerenah manusia...


Aku menulis ni bukannya kerana apa, tetapi aku nak menyedarkan sikit hati-hati yang hanya pandai berkata... percayalah PPP tidak sama dengan biro-biro lain, PPP yang bertanggungjawab (macam aku) pasti merasakan tugas PPP bukanlah satu benda yang mudah. Sedang biro lain masih terpinga-pinga tidak tahu nak buat apa, PPP telah mula bergerak dengan sangat awal, sedang biro lain hanya berfungsi ketika hari program, PPP telah kepenatan, kehabisan idea dan tenaga menghasilkan itu ini.


Dan haruslah ketika hari program berlangsung, PPP telah pun lega, tiada kerja, baju, poster, banner, pamplet, dan segalanya telah pun siap ketika program berlangsung.


Jadi ketika hari program berlangsung, aku sangat sakit hati dan geram dengan mulut-mulut yang hanya pandai berkata, PP Publisiti tak buat kerja !!! batang hidung tak nampak, selalu tak datang, komitmen kurang... bla bla bla... dia tak tahu aku macam nak mampoooossss beberapa bulan sebelum tu mengurus publisiti...


Gerai Konvo -ASTAR VILLAGE

Jawatankuasa Induk Kolej, ASTAR


aku menulis ini bukanlah mahu lepas geram sangat, bukan juga mahu menghebahkan kepada satu dunia betapa busy nya kerja PPP, bukan juga mahu diri tidak boleh ditegur... tetapi, tegurlah aku, kerana aku juga sama macam kalian, manusia... aku dah bosan dengan pernyataan tegurlah dengan berhikmah, tetapi setelah menyelidik semua dan mendapat tahu perkara sebenar, tegurlah aku dengan waras, dengan rasional, dengan berjustifikasi... secara berdepan, bukan belakang-belakang...


Kisah ni dah lama berlalu, 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu... barulah aku publish kan nyer...


Tapi kawan baik aku pernah cakap... sesungguhnya mereka tidak mengetahui....


Sebab itulah aku tulis ini, supaya mereka dan semua yang akan datang tahu...


jangan hanya pandai kritik !!!


p/s: masih belum mahu bersara