.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Sunday, November 15, 2009

Pilihan Raya Kolej ... Perlu ???

Alkisah bermula... Suatu petang yang mendung di kampus perdana UM ni... sambil membelek2 note Land law yg akan dijuangkan pada Selasa ini, jln2 kat sesawang maya yg berselirat ni... jumpe satu berita, isu sebenarnya... yg mungkin menarik...


Exco MPMUM, Mohd Fadzil hari ini mengulangi sekali lagi cadangannya agar mengembalikan semula Pilihan Raya Kolej Kediaman (PR Kolej). Cadangan itu ditujukan kepada pentadbiran dan pimpinan JTK kolej kediaman.


Imam Syafie bertanya kepada anak muridnya...

Apakah perkara/bende yang paling berat ???

= Amanah


Beliau yang ditemui selepas menghadiri program perjumpaan bersama pelajar antarabangsa luar kampus di Petaling Jaya, semalam, berkata PR Kolej itu sangat penting bagi mahasiswa turut menunaikan hak bagi memilih pemimpin yang akan bekerja untuk mereka di kolej kediaman.


“Pemimpin hari ini dipilih atas kapasiti mereka yang layak dan berkebolehan melaksanakan amanah dan kerja. Dan untuk itu,mahasiswa lebih berhak menilai siapa pemimpin mereka” ujarnya.


Beliau turut berpandangan, kriteria serta pembawaan seseorang pemimpin itu harus diketahui oleh rakyat supaya mereka dapat mendengar dan menghormati pemimpin mereka. Beliau mengambil contoh medan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dilaksanakan di setiap kampus sebagai landasan terbaik menilai dan memilih pemimpin.


xde tapi2... korang mesti dgr ckp aku !!!


“Tidak pilihan raya pun, adakan mesyuarat agung (AGM). Sekurang-kurangnya pemilihan tersebut disuarakan sendiri daripada rakyat (mahasiswa) bawahan” beliau menambah.


“Jika pemilihan jawatan persatuan-persatuan di UM ini pun boleh dijalankan (secara AGM), di kolej mengapa tidak? Katanya lagi.


Isu Pilihan Raya Kolej Kediaman itu mula hangat apabila cadangan itu dikemukakan oleh exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus, Mohd Fadzil, rentetan perbalahan beberapa pemimpin JTK dan MPMUM dalam menyelesaikan isu kebajikan di kolej.


Kali terakhir Pilihan Raya Kolej Kediaman di Universiti Malaya, pernah diadakan pada tahun 2004, dan ia dihentikan setelah proses pemilihan Pilihan Raya Kampus (PRK) dipindahkan ke kolej kediaman. Sumber-UMToday


5 comments:

Anonymous said...

apakah PR Kolej ini boleh menjanjikan perubahan kpd kepimpinan JTK?
haha
rasanya mcm sekadar utk menyedapkan semua org yg pemilihan dilakukan oleh warga kolej, boleh la
tp rasanya pentadbiran kolej tetap ngan keras kepala diorg
oooppsss~

MomTom said...

eh, komen atas tu saya punyer ya

HasYimie said...

hahaha... ehm ntah la apip...
cumenyer... kalau PR Kolej ni wujud, kepimpinan kolej ditentukan oleh suara pelajar kolej itu sendiri...
berbanding dgn now, pemilihan kepimpinan kolej ditentukan oleh suara pentadbiran .. hohoho...

teringat time dulu kat PASUM, pemilihan MT n EXCO ASASI dibuat gune pilihanraya... ASASI jer kowt..

inikan pulak diperingkat kolej... so saya rase... lagilah perlu...
:)

eyna_chan89 said...

salam

btul, stuju ngan hasyim
wat mcm pasum dlu, stiap org yg nk di undi tu msing2 prkenalkan dri ats stage, dn bia org rmai mnilai sndri dr segi apa yg mmjdikan dia layak dplih jd pmimpin..

then, mybe dgn pr kolej ni dpt mngurangkn mslh "plih ksih", "berat sblh" dn "org dalam" dlm pmilihan presiden, exco dll. bia sume wrga klej mnentukan spe yg layak, bkn d tentukan oleh segolongan minoriti tu je.
mgkin dlm suara majoriti dia akan mng, tp d sbbkn sebilangn minoriti tu dia xlayak. suara majoriti tu la yg penting skli dl pmilihan pemimpin

wlaucamne pun, ni skadar pndpt.
skian

HasYimie said...

betul2.. yg penting, kalu dibuat PR Kolej, ia dpt mengurangkan risiko n masalh serta isu pilih kasih, berat sebelah n org dlm n segala mcm istilah lain yg sewaktu dgnnyer...

lebih2 lagi ia melibatkan kepimpinan... kate demokrasi... so, mengapa tidak kepada pilihanraya ???

hohoho...sekadar luahan n pandangan di sini, tidak punya kuasa utk dibawa ke mana2 hahaha..