Assalamualaikum, selamat dan sejahteralah SeMalaysia...
Dengan sukacitanya mengumumkan tuan punya blog akan menggunakan
ASK (Aku Sebuah Kisah) sebagai kata ganti diri kepada tuan punya blog
whooaaaa......
-------------------------------------------------------------------------------
ASK (Aku Sebuah Kisah) sebagai kata ganti diri kepada tuan punya blog
whooaaaa......
-------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, kita baru sahaja melangkah ke tahun baru Islam 1432 H, dan dalam masa beberapa hari lagi 2010 pula akan melabuhkan tirainya...
Alhamdulillah, ASK baru sahaja selesai peperiksaan akhir sem 1 sesi 2010/11, kali ini, ASK mengharungi peperiksaan tersebut dalam keadaan yang tidak sihat, demam, selesema, loya, pening, sakit kepala, suhu badan yang sejuk dan panas... memang sangat menguji diri pada ketika itu, tapi ASK tabahkan juga, dalam hati ASK sentiasa berdoa agar demam itu sebagai penghapus dosa2 ASK dan dipermudahkan untuk menjawab soalan. Pastinya peperiksaan kali ini, ASK mengharapkan sesuatu... sesuatu yang lebih baik.... Doakan ASK dan kawan agar memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin, Insyallah...
Dan kini, akan bercuti selama 3 minggu, menghabiskan masa di rumah, dengan cara skip segala program sepanjang 3 minggu itu, sebab bagi ASK, walaupun di rumah kemeriahannya x sama seperti di UM ini, tetapi rumah tetap rumah, bukan office ASK untuk bekerja.. (eh, ada office ker?) Btw, ASK tidak dapat lari daripada kerja... (ini adalah satu contoh ayat yang berbelit).
Pastinya, di rumah nanti, ASK akan menghabiskan masa berpuluh jam menghadap laptop menyelesaikan segala jenis kerja yang melibatkan photoshop, power director, publisher, after effect, dan segala yang berkaitan dengannya... oh art...
Menanti di Sem 2 nanti, ASK ada 7 program yang melibatkan ASK sebagai antara orang penting (x penting sangat pun) 4 daripadanya memerlukan ASK naik jawatan memegang takhta sebagai bos besar... nantikannya... 3 lagi macam biasa, publisiti lah kan... seriusly sudah kehabisan idea dalam mendesign, terutamanya design baju... oh baju... ok, stop talking about shirt..
merindui saat2 bersama Balai Islam Astar 09/10
ketika itu warna temanya Hijau, ASK lah yang pilih !
ketika itu juga, ASK buat logo baru yang kekal hingga kini,
dan mengaktifkan blog rasmi yang kini telah dilawati oleh 15000++
BLOG BALAI ISLAM ASTAR
Ketika ini juga, ASK serabut menguruskan 4 buah blog... yang kadang-kadang hot, kadang-kadang panas... (haha) ok, berbalik kepada tajuk post ni, tajuknya memang begitu, takkan lah ASK nak cerita satu2 apa yang dah berlaku kan... oh bosan !
Dan pastinya Sem 2 nanti, UM akan menjadi universiti yang paling hot, diserikan pula dengan kemunculan... ok, lebih baik ASK tulis jer terus... diserikan pula dengan kemunculan Pilihanraya Kolej, pastinya Pilihanraya Kampus akan lebih meriah dan ASK telah pun dapat merasakan bahangnya sebaik sahaja minggu peperiksaan bermula, apatah lagi ketika ini ia telah pun tamat secara rasminya pada hari ini... oh UM
ASK setup bilik meeting ni 1 jam awal, bagi memastikan semuanya berjalan lancar,
ketika ini juga ASK sediakan makanan yang memang mampu mengenyangkan...see... meeting dengan ASK... ASK sangat mementingkan ketepatan masa, kelancaran, dan meeting yang memang meeting...
ketika ini juga ASK sediakan makanan yang memang mampu mengenyangkan...see... meeting dengan ASK... ASK sangat mementingkan ketepatan masa, kelancaran, dan meeting yang memang meeting...
Oh ya, sebelum itu, sebagai penutup tirai 2010, ASK nak mengumumkan post yang paling hot, hot dalam beberapa kategori... dalam masa 7 bulan dengan bantuan stats, berikut merupakan post yang hot hot belaka...
A. Anugerah pageviews terbanyak
1. OPKIM PERMANIS 2010
2. GENIUS SYABAB
3. Ini Kisah Aku Sebuah Kisah
(klik lah kalau sudi nak tgk)
B. Anugerah post paling cepat hot dalam masa 24 jam
1. INI KISAH MOMOK
2. Kita semua kan 1Malaysia
3. Gurindam Terima Kasih Malaysia
C. Anugerah khas juri: post pertama
Salam Ukhwah Untuk Semua (clik me)
D. Anugerah post paling complicated
Kenangan Terindah: Bandung-Jakarta 09
detik2 terakhir bersama warga Balai Islam Astar 09/10... 2. Kita semua kan 1Malaysia
3. Gurindam Terima Kasih Malaysia
C. Anugerah khas juri: post pertama
Salam Ukhwah Untuk Semua (clik me)
D. Anugerah post paling complicated
Kenangan Terindah: Bandung-Jakarta 09
untuk blog yang entah apa2 macam blog ASK ini, jumlah itu pastinya sesuatu yang sudah cukup menggembirakan, tidak perlulah hendak membandingkan blog ASK ini dengan blog2 ternama yang lain... :) weeeee *ramai kawan2 sudah ada blog...
segala kekurangan daripada ASK, harap dimaafi
Sebenarnya, ASK takde idea pun nak tulis apa, tetapi untuk mengelakkan blog ini bersarang, ASK cakar ajelah apa yang patut. Sambil itu, mengimbau memori indah bersama BIA 09/10. Ok lah, tak nak cerita banyak-banyak, Selamat bercuti semua !
DALAM KENANGAN TERINDAH
.:: BALAI ISLAM ASTAR 09/10 UM ::.
hari ini bertemu, esok berpisah,
lama-lama terkenang, pasti rindu-rinduan
.:: BALAI ISLAM ASTAR 09/10 UM ::.
hari ini bertemu, esok berpisah,
lama-lama terkenang, pasti rindu-rinduan
*nantikan kemunculan blog rasmi
hasyimie designii
hasyimie designii
0 comments:
Post a Comment