Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...
.
Monday, September 20, 2010
Monday, April 26, 2010
Sunday, April 11, 2010
Exam Lagi...
Pada 8 April lepas, Persatuan Mahasiswa N. Sembilan (PERMANIS) telah berjaya menganjurkan Majlis Apresiasi dan AGM 09/10 di Rumah Universiti, dengan agak lancarnya lah.. haha.. (kelam kabut kot aku dibuatnya) ape pun, tahniah diucapkan kepada pimpinan akan datang, dan sekalung penghargaan buat PERMANIS 09/10 yang pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis (dan pahit). Sudi2lah layari blog PERMANIS... klik me...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
9:52 PM
0
comments
Wednesday, September 16, 2009
Salam Eidil Fitri ... dr shbt kpd shbt
design by: luqman hakimAssalamualaikum... dikesempatan dan dikesempitan masa yang ada ni, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidil fitri kepada semua kawan2 n sesiapa shj....
maaf andai ada salah silap. terima kasih kepada kwn2 yg byk sgt membantu sy...
mg eidil fitri kali ini disambut dengan penuh meriah bersama keluarga tercinta (mayb)
Salam Persahabatan
Salam Perjuangan
...kerana kita adalah hamba....
mari menjadi hamba
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
1:11 PM
0
comments
Labels: ucapan
Friday, July 17, 2009
Monday, July 6, 2009
Selamat Datang Diriku Yang Baru...
Bismillah-6.41a.m-06.07.09: Tiada ungkapan selain lafaz kesyukuran ke hadrat ilahi kerana hingga saat aku menulis dan anda membaca entry ini, kita masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam...
Alhamdulillah, setelah berakhirnya minggu Haluansiswa beberapa hari yang lepas, pada hari ini, kita memulakan semester baru, dengan kehadiran rakan2 baru, bilik baru, dan yang penting, dengan azam dan semangat yang baru.
Tidak banyak yang ingin dikatakan, (sebenarnya banyak cume tak tau nak tulis mcm mane) Namun cukup sekadar mengingatkan diri ini dan juga diri kalian terutamanya pelajar tahun pertama yang baru sahaja melangkah masuk ke varsiti perdana ini. Dalam pada kita mengejar kejayaan dan cita-cita dunia, jangan sesekali kita teralpa akan nikmat yang sementara ini. Dunia kini yang penuh dengan pancaroba, memang banyak yang perlu kita harungi. Mungkin, termasuk diri ini juga, kita pernah ditewaskan oleh musuh2 Allah yang sentiasa ingin menyesatkan kita sehingga ke hari kiamat sebagaimana janjinya.
Namun, ingatlah... dunia ini hanya persinggahan, jika anda seorang musafir, dalam perjalanan anda ternampak sebatang pokok yang rendnag lalu anda berteduh di bawahnya, beberapa ketika kemudian, anda bangun dan berjalan menyambung perjalanan, maka... pokok yang telah anda tinggalkan.. itulah dunia ! Ya.. hanya sementara...
Sebab itulah, segala apa yang kita impikan, segala yang kita cita2kan, azamkan atau matlamat kita, diakhirnya... bersama kita menyatukan tekad untuk menuju kepada keesaanNya.. Ya... pastikan dalam pada kita memilih jalan untuk berjaya di dunia, jangan kita tinggalkan jalan menuju ke akhirat yang kekal abadi...Apakah bermakna kejayaan yang entah dimana keberkatannya ???
Diakhirnya... pesanan khas untuk diri sendiri juga, jangan kita terlalu sibuk belajar sehingga kita tidak ambil kisah apa yang berlaku di dunia luar... Warga intelektual yang berjaya bukanlah lahir daripada dalam bilik darjah mahupun dewan kuliah, tetapi lahir di tengah2 kemelut dan konflik masyarakat, yang akhirnya berjaya ditangani demi kepentingan bersama.
Dunia luar memerlukan kita, sebab itu kita di sini...
Ketika alam pembelajaran inilah juga kita menimba pengalaman, kita mencuba sesuatu yang baru, dan yang paling penting, kita buktikan keupayaan kita yang sebenarnya... bukan hanya dalam akademik, tetapi dari segi penglibatan kita dengan perkara2 yang tidak pun termasuk dalam pengiraan CGPA kita... ya... sekaranglah satu2nya masa yang sesuai untuk anda menyertai apa aktiviti, anda berpersatuan, anda menguruskan organisasi, anda mengendalikan program2.... semuanya....
Bahkan itu sebenarnya yang membantu anda apabila anda berhadapan dengan dunia luar...
Yang penting, anda harus berani... berani untuk mencuba... berani untuk berubah...
Katakan pada diri anda... hari ini aku bukan seperti semalam... tetapi pada hari ini, aku bangkit dengan semangat dan azam yang baru, memulakan langkah baru untuk terus maju...
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
4:15 PM
0
comments
Tuesday, May 5, 2009
Selamat Bercuti
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
5:09 PM
7
comments
Saturday, April 18, 2009
HasYimie Corp. Mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan

...SaLam ImTiHan...
moga berjaya dunia dan akhirat
" dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang "
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
8:44 AM
6
comments
Labels: ucapan
Thursday, April 16, 2009
Dah nak exam ni..
"...Aku (Imam Syafie) mengadu kepada Waki' (gurunya) mengenai buruknya hafalanku. Maka dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat, dan memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan maksiat.."
Moga bersama kita peroleh kejayaan dunia dan akhirat yang kekal dan abadi...
Bersama bermuhasabah diri... sebagaimana Imam Syafie yang kuat ingatannya, tetapi masih merasakan teruknya hafalannya, lantas bertanyakan kepada gurunya... dan gurunya menasihati agar meninggalkan maksiat...
Tetapi kita ? Andai rasa betapa teruknya hafalan kita... pernahkah kita terfikir adakah itu disebabkan oleh sifat dan akhlak kita? Bersama muhasabah menginsafi diri....
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
9:43 AM
2
comments
Monday, February 23, 2009
Teks Ucapan Penutupan KURJAS 09
Ų§َŁْŲَŁ
ْŲÆُ ِŁŁŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁْ Ų¬َŲ¹َŁَ Ų§ŁْŁ
َŁْŲŖَ Ų§ِŲ³ْŲŖِŲ±َŲ§ŲَŲ©ً ŁِŁْŁ
ُŁْŲ”Ł
ِŁِŁْŁَ Ł
ِŁْ ŲŖَŲ¹َŲØِ Ų§ŁŲÆُّŁْŁَŲ§ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ł
َŲ§ ŁَŲ§ŁُŁْŲ§ ŁَŲ¹ْŲØُŲÆُŁْŁَ Ų§ŁŁŁَ ŁِŁَŁْŁِ Ų§ŁŲ³َّŲ¹َŲ§ŲÆَŲ©ِ Ų§ŁْŲ¹ُŁْŁَŲ§.
hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pertamanya, marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap ilahi kerana memberi peluang kepada kita untuk terus hidup dan dapat berkumpul pada majlis yang mulia ini.
Hadirin hadirat, serta sahabat sekalian
Realitinya, masih ramai umat islam sendiri yang kurang pengetahuan serta kefahaman mengenai cara serta kaedah pengurusan jenazah dan juga penyembelihan haiwan. Oleh itu, Balai Islam ASTAR sekali lagi mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus jenazah dan amali sembelihan (kurjas 09).
Antara objektif utama, ialah untuk memberikan pengetahuan serta kesedaran mengenai kepentingan pengurusan jenazah dan penyembelihan mengikut kehendak Islam.
Bertemakan ilmu suatu keperluan, kematian suatu kepastian, Kurjas 09 juga turut bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahm serta ukhwah dalam kalangan keluarga balai islam sendiri kuhusunya serta warga kolej amnya.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Saya tidak bercadang untuk berucap panjang, maka, diakhirnya, sukalah saya untuk memberikan analogi mudah untuk kita fahami bersama. Anda dihidangkan secawan kopi yang aromanya begitu sedap. Apabila anda menghirup kopi tersebut, anda akan berkata, sedapnya air kopi ni, lebih kurang begitulah... tetapi kita tidak sedar, apa yang menyebabkan air kopi tersebut menjadi sedap, sudah pasti serbuk kopi tersebut.
Orang tidak minum pun serbuk kopi tersebut. Tetapi sumbangan serbuk kopi tersebut amat besar, kalau tiada serbuk kopi itu, maka tiadalah air kopi. Serbuk tersebut, diperlukan untuk menghasilkan air kopi, Tetapi apabila air kopi telah siap, dihidangkan kepada ramai orang. serbuk tersebut tidak lagi digunakan. Begitulah juga dengan kita, dalam pada kita berprogram, kita merancang program ilmu terutamanya, memang banyak yang perlu dikorbankan.
Tenaga kerja, wang, dan masa terutamanya, tetapi diakhirnya, tanpa kita sedari, sebaik sahaja program itu selesai, insyallah, dengan niat kita yang ikhlas, kita baru sahaja menjadi perantara untuk memberikan kefahaman dan ilmu pengetahuan kepada orang ramai... iaitu melalui kursus jenazah, kursus sembelihan dan ceramah ke syurgakah aku yg mendpt sambutn yang amat menggalakkan, begitulah pengorbanan yang ingin saya ceritakan.
Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada semua warga kurjas 09 yang telah bersama2 menjayakan Projek Balai islam yang ke-3 untuk sesi 08/09. Sememangnya, sepanjang kita berprogram, ia mengajar kita erti kesilapan yang akhirnya membawa kepada pengalaman. Pengalaman yang bukan sebarang pengalaman, tetapi pengalaman yang membawa kepada sebuah kisah...
indah bersinar cahaya tarbiyah
terserlah serinya menyuluh ummah
renungi diri dengan muhasabah
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, wslm....
Posted by
Mohd Hasyim Bin Harun
at
12:50 AM
0
comments
Labels: ucapan












