.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Sunday, January 16, 2011

Ababil & Abrahah


Di dalam Al-quran Allah ada menceritakan tentang kisah tentera bergajah dan juga burung ababil. Tetapi perlu diingatkan Al-Quran itu bukan cerita yang dibuat-dibuat tetapi Al-Quran itu menjelaskan segala sesuatu dan pada kisah-kisah tersebut terdapat pelajaran bagi orang yang berakal.


Banyak riwayat yang tersebut dalam kisah tentera bergajah ini. Ada riwayat yang menyatakan tentera bergajah hancur kerana wabak cacar yang dihantar oleh Allah melalui kuman yang dibawa oleh binatang atau serangga yang boleh terbang seprti lalat. Ada riwayat juga menyatakan yang burung membawa 1 batu kecil pada paruh dan dua batu kecil pada kedua-dua belah kaki lalu dilontar kepada tentera bergajah dan batu itu hanya sebesar kacang dal.


Kemusykilan pula timbul bilamana dikatakan bagaimana tentera bergajah boleh berada di kawasan padang pasir?Sedangkan pada masa tersebut binatang tunggangan adalah terdiri daripada kuda, unta dan keldai. Ada yang menyatakan tentera bergajah itu datang dari Afrika. Adakah gajah mampu bertahan di kawasan padang pasir dengan badannya yang besar?Tidakkah gajah akan terjerlus ke dalam pasir kerana kakinya tidak sesuai untuk berada di padang pasir?


Hakikatnya ramai manusia yang cuba mempertahankan hujah masing-masing. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Ada sesuatu yang tersirat yang Allah cuba sampaikan dalam kisah ini.


Jika kita lihat dari sudut ketenteraan, tentera bergajah adalah sebuah tentera yang kuat. Di mana pada waktu itu tidak ada yang mampu menandingi kekuatan seekor gajah. Dan gajah adalah terdiri daripada haiwan darat. Maka tentera bergajah ini adalah sebuah tentera darat yang sangat kuat.

Tetapi bagaimana tentera darat ini dikalahkan? Bila kita lihat pada surah Al-Fiil ayat ke-3, Allah mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong(Ababil).

Maksud Ababil adalah berbondong-bondong. Dan burung itu melemparkan mereka dengan batu berasal dari tanah yang terbakar seperti yang terdapat dalam ayat ke-4. Jadi apa yang hendak dimaksudkan dengan burung dan batu yang terbakar ini?

Burung adalah sejenis binatang yang boleh terbang dan sentiasa berada di udara.Adakalanya mendarat di kawasan tempat tinggalnya. Dilihat dari sudut ketenteraan burung yang berbondong-bondong ini adalah sebuah tentera udara.Bagaimana pula tentera udara ini menghancurkan tentera darat? Dengan membawa batu yang terbakar iaitu sejenis bahan yang sememangnya boleh terbakar.Maka batu yang terbakar itu diumpamakan seperti bom. Jadi burung yang membawa batu terbakar itu adalah seperti jet yang membawa bom-bom.

Kisah tentera bergajah dan burung ababil itu sememangnya kisah yang nyata di dalam Al-Quran. Sehingga diwahyukan dalam surah ke 105 iaitu Surah Al-Fiil. Tetapi kisah tersebut bukan setakat mati di situ sahaja sebagai cerita sejarah.Ia haruslah di ambil iktibar dan pelajaran.Maka apa pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah untuk mengalahkan tentera darat adalah melalui tentera udara! Maha Besar Allah. Allah itu Maha Berilmu. Allah sudah mengajarkan kepada umat Islam strategi ketenteraan lebih kurang 1400 tahun yang lampau. Jadi kita lihat balik keadaan sekarang. Siapa yang terlebih dahulu mengaplikasikan Al-Quran ini. Sama-sama fikirkan.

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Hari Lahir sahabatku...


Jika aku diminta memilih seorang sahaja rakan. Kemudian menceritakan sedikit mengapa memilih dia, pastinya aku akan memilih dia…


Sebab yang pertama, dia mungkin tidak membaca post ini, jika di baca pun, itu pun selepas diberitahu oleh rakannya yang lain…


Kedua, tiada apa-apa yang menarik atau pun istimewa mengenai dia, tetapi dia memang seorang yang istimewa, biasa-biasa jer, dan biasa-biasanya itulah yang menyebabkan aku memilih dia.


Jika sesiapa yang rajin mengikuti blog aku ini, aku telah pun beberapa kali menulis mengenai dia, pastinya dia ialah sahabat aku… aku tidak kata dia baik, tetapi dia memang sabahat aku.


Ketika post ini diterbitkan secara automatik melalui masa dan tarikh yang telah di set, umur dia telah pun genap, sebaya dengan aku yang baru sahaja selangkah menjejakkan kaki ke umur yang ke 22 tahun masa dunia, oh ya, itu pun jika aku lahir 46 hari lebih awal.

Seingat aku, pertemuan pertama yang merapatkan persahabatan antara kami bermula di tempat yang sangat indah, tenang, dalam suasana yang cukup (yelah tu)…. Ntah lah, tak tau nak cakap macam mana (hahaha) Dan bermula dari saat itu, kami semakin rapat… hari ini kami telah kenal selama 2 tahun 6 bulan. Bukan suatu tempoh masa yang panjang sebenarnya, tetapi mungkin sudah cukup untuk serba sedikit memahami dia. Maklumlah, ketika aku minat membaca suatu ketika dahulu, aku pernah terbaca, dalam bersahabat, lupakan perbezaan, cari sebanyak mungkin persamaan, dan terima seadanya.

Dia… ? ehm… biasa-biasa sahaja orangnya jika hendak dibandingkan dengan aku. aku mengakui, aku memang seorang yang complicated, suka berahsia, memendam dalam hati, dan agak cerewet serta emosional, jika boleh, aku hendakkan sesuatu itu mestilah perfecto ! dan perkara-perkara itulah jawapan yang kawan aku bagi apabila aku bertanya… aku masih ingat lagi soalannya, simple sahaja… ‘aku ni macam mana?’

Dia sangat berlawanan dengan aku, jika aku seorang yang complicated, semuanya hendak tersusun, dan sempurna, tetapi dia… adalah sebaliknya, dan mungkin, aku merasakan, sifatnya yang begitulah yang melengkapkan kami dalam bersahabat. Dia memang seorang yang tidak pernah emosional, kurang bercakap, dan sangat boleh diharap dalam melakukan sesuatu. Marah apatah lagi, langsung tidak pernah. Lebih suka tidak bercakap, dan tergelak dengar orang bercakap. Seperti aku, dia juga ada penyakit gilanya, meroyan mungkin, penyakit yang sukar ditafsir.. sudah mula berputik agaknya.. opsss ! (akhirnya aku berjaya mengesannya)


aku memang suka meluahkan segala yang terpendam dalam hati aku ni kepada dia, mungkin aku rasa dialah satu-satunya kawan aku yang boleh, mampu dan sudi mendengar segala perasaan yang ada di dalam hati aku ini. Tiap kali ada sesuatu yang aku hendak bincangkan atau kongsi, mesti aku akan cari dia, ada masalah ape2 pun, aku cari dia... kadang-kadang, kata-katanya amat bermakna dan boleh dikategorikan sebagai nasihat yang berguna. Dan pastinya, dialah yang rajin menegur aku, dalam banyak perkara yang aku rasa orang suka, hakikatnya tidak.


Tempat biasa kami untuk berkongsi cerita pastinya di kedai-kedai makan, francais atau pun yang biasa-biasa. Biasanya McD menjadi hidangan supper kami, tetapi percayalah, tiap kali keluar makan, mesti aku yang akan menentukan ke mana hendak di tuju dan kedai makan yang mana, maklumlah, aku ni bab nak makan pun memang cerewet. aku perasan dia memang suka black paper, dan semenjak itu jugalah aku belajar-belajar makan serbuk black paper tu bersama dengan burger dan kentangnya, yang kebiasaannya, dialah yang tolong aku habiskan apa yang ada di pinggan tu…


Tiap kali aku ajak keluar, jarang-jarang sekali dia menolak, sebab dia tahu, tiap kali kami keluar, terutamanya, pernah suatu ketika hampir 2 jam kami menghabiskan masa cerita itu ini, di kedai makanan segera itu, di suatu malam itu.. Paling best, kalau keluar jalan2 dengan dia...baru2 ni dia beli jam baru, mahal tau, aku yg tolong dia pilihkan, berserabut lah otak nak pilih jam ratusan ringgit tu... lepas ni, kami plan nak pi shoping lak... haha


Dan pastinya sesuatu yang paling menyakitkan hati aku ialah apabila soalan aku tidak disusuli dengan jawapan, dia dengar, tetapi soalan terus bertanya tanpa jawapan, ketika itu aku memang rasa terbakar sangat, aku hanya mampu tanya semula… ‘taknak jawab?’ Dan keadaan ini banyak kali berlaku, juga aku dengan kawan-kawan yang lain, memang rasa sakit hati sangat, dengar, tapi buat-buat tidak layan…

Pernah suatu ketika, aku sengaja mengujinya, ujian pertama, ujian kesabaran, dia memang seorang yang penyabar, tidak seperti aku, memang tak boleh sabar, kuat emosional katanya… kedua, aku try ajak dia keluar ke suatu tempat, atau tolong hantar ke sana sini, jarang sekali dia menolak, pasti ok…


Jika aku suka berkayak sampai demam-demam, dia pula suka berjoging, aku lebih rela berjalan 2-3 round pusing tasik UM ni sambil melihat sana sini, berjoging kadang-kadang, dan jarang-jarang, kami ada bidang masing-masing, jika dia memang jenis yang bersukan, dan beriadah, aku pula lebih terarah kepada bidang seni grafik, penulisan, dan mengorganisasi sesuatu…entah.. mungkin memang itu kecenderungan aku.


Ok, sebenarnya, tidak ada apa-apa yang hendak dikatakan mengenai dia, tiada apa yang menarik, tiada apa yang istimewa… bagi aku, dia mungkin sahabat yang datang satu dalam beribu-ribu, mungkin aku bertuah kerana bersahabat dengan dia, mungkin dia tidak seperti apa yang aku harapkan, mungkin aku tidak kelihatan seperti apa yang dia lihat melalui mata kasar, tetapi biarlah persabahatan kita ini berkekalan sehingga akhirnya. Percayalah, berkawanlah dengan dia, pasti anda akan rasa bertuah mempunyai dan dapat berkawan dengan dia. Secara jujurnya, dia sedikit sebanyak membuat aku berubah ke arah yang lebih baik...


aku doakan, semoga kawan-kawan aku, dan sahabat aku ini berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka, moga peroleh kejayaan yang diidam, cemerlang di dunia, bahagia hingga ke akhirat…


Sahabatku, di hari ulang tahun kelahiran ini, sebenarnya ia tidak ada apa pun, tidak lebih daripada pertukaran angka, yang melibatkan tahun, bulan dan hari. Tetapi tersirat disebaliknya, sedarkah kita, umur kita di dunia sementara ini secara kasarnya memang semakin meningkat, dari 20 ke 21, dan dari 21 ke 22 dan seterusnya… Hakikatnya, di dunia sementara ini, umur kita semakin pendek, semakin mendekati kematian. Sangat tidak patut apabila ada yang mengucapkan, semoga panjang umur !


Sahabatku, semoga umur yang masih berbaki ini, kita manfaatkan bersama,moga umur yang berbaki ini diberkati, dan moga hari ini lebih baik daripada semalam. Jadilah manusia yang berguna dengan cara memberi manfaat kepada orang lain…


Sahabatku.. jika hari ini ialah 4 Jamadilakhir 1409, aku dengan sukacitanya mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang pertama, aku maksudkan hari yang pertama...



Kini 2011…


SELAMAT HARI LAHIR yang ke 22 tahun sahabatku… Ahmad Azhari Bin Nordin

Monday, January 10, 2011

Prinsip Pareto, 20/80


Oleh DR. ISMAIL ZAIN

[Selamat Pagi Cikgu - Utusan Malaysia]


KADANGKALA apabila kita balik ke rumah setelah bekerja atau belajar di sekolah kita berasa penat serta berada dalam keletihan. Apa yang menyedihkan lagi ialah segala tenaga yang kita keluarkan sepanjang hari tidak dapat membuahkan hasil yang banyak.


Masalah di atas selalu sahaja dihadapi oleh individu. Justru, lahir pula istilah "work smart" di mana individu dapat menjalankan sesuatu tugas dengan lebih bijak tanpa terlalu banyak membazirkan guna tenaga.


Richard Koch, 1997 seorang ahli korporat dalam bukunya "The 80/20 Principle – The Secret of Achieving More with Less" telah menghurai prinsip yang telah dikemukakan oleh Vilfred Pareto seorang ahli ekonomi berbangsa Itali 100 tahun yang lalu. Richard Koch yang juga merupakan pengamal bagi Prinsip 80/20 cuba menghurai implimentasi dan kesannya dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia.


Apakah yang dimaksud dengan Prinsip 80/20? Ianya memberi pengertian bahawa sesuatu keputusan, hasilan (output) dan ganjaran yang banyak yang diterima adalah hasil daripada sebahagian kecil daripada tenaga atau input. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan dan kebahgiaan individu.



Prinsip 80/20 mempercayai bahawa terdapatnya ketidak-seimbangan dalaman (inbuilt imbalance) antara sebab dan akhibat, input dan output serta usaha dan ganjaran.


Beberapa contoh dapat dilihat pertalian antara 80/20 dalam kehidupan manusia. Misalnya, 80% keuntungan adalah datangnya daripada 20% nilai produk. Seterusnya 20% penunggang dijalanraya mengakhibatkan 80% kemalangan, 20% penggunaan kertas dalam suratkhabar mengandungai 80% berita dan 20% masa menyuarat menghasilkan 80% keputusan.


Sejauhmanakah Prinsip 80/20 yang telah menunjukkan kejayaan terutamanya dalam sektor korporat dapat diimplementasikan dalam bidang pendidikan?


Dalam hal ini cuba kita lihat semula 2 aspek yang kita gunakan dalam menjalankan tugas seharian kita iaitu aspek masa dan tenaga. Kedua-dua aspek ini di antaranya merangkumi beberapa aktiviti-aktiviti berikut:


  • Masa mengajar: Tambahan masa dan waktu mengajar tidak akan memberi apa-apa makna jika apa yang diajar tidak dapat dimenafaatkan oleh pelajar. Apa yang akan terhasil nanti ialah sebaliknya iatu rasa penat di pihak guru dan bosan di pihak pelajar.

  • Masa mesyuarat: Berapa banyak masakah yang digunakan oleh anda dalam mengendalikan sesuatu mesyuarat dan banyak manakah pula hasil yang didapati dalam menyuarat ini? Tidak ada gunanya sesuatu menyuarat itu dijalankan berjam-jam tetapi tidak dapat membuahkan keputusan serta idea-idea yang bernas.

  • Masa belajar: Bagi golongan pelajar pula tidak ada gunanya kita belajar berjam-jam tetapi masih tidak dapat memahami apa yang kita belajar.


Walau bagaimanapun kita perlulah berhati-hati supaya tidak membuat sebarang andaian yang salah terhadap Prinsip 80/20 ini.



Tiga contoh yang diberikan di atas adalah di antara aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Setiap individu inginkan kepuasan Oleh kerana masa itu adalah tetap dan tidak boleh ditambah lagi maka setiap individu cuba berusaha untuk mendapat ganjaran yang banyak dari masa yang tetap itu. Begitu juga setiap individu ingin membeli barangan yang banyak dengan mengeluarkan wang yang sedikit.


Dalam situasi pembelajaran, Prinsip 80/20 memberi panduan kepada kita supaya dapat membuat persiapan dan perancangan yang rapi supaya apa yang diajar berkesan dan dapat difahami oleh pelajar-pelajar tanpa terlalu banyak menggunakan masa.


Begitu juga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti lain seperti dalam mengendalikan mesyuarat. Mesyuarat yang baik ialah yang dapat mengeluarkan keputusan, idea dan persefahaman dalam masa yang ditetapkan. Mesyuarat yang panjang, meleret-leret akan menimbulkan kebosanan serta tidak memberi kepuasan dan keseronokan.



Istilah seperti "smart learning" adalah di antara teknik mengajar bagaimana untuk belajar. Prinsip 80/20 memberi panduan kepada kita bagaimana kita dapat belajar dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu agar segala tenaga yang kita gunakan dapat mengeluarakan hasil yang memuaskan.


Akhirnya cubalah kita buat satu renungan sejauhmanakah Prinsip 80/20 ini dapat kita gunakan khususnya dalam profesion perguruan. Sesungguhnya prinsip ini cuba mengelakkan rasa ketidakpuasan, penggunaan masa dan sumber yang tidak ekonomikal ke arah melahirkan kehidupan yang lebih produktif, sempurna dan bahagia.


sumber...


Friday, January 7, 2011

Brainstroming & Happy Birthday my blog...


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE - 2
buat.. AKU SEBUAH KISAH DOT BLOGSPOT (6 Jan)
semoga lebih banyak kisah dikongsi...

Hello hello


Cuti sem yang lepas, aku ada menyibukkan diri dalam beberapa program, dan aku macam biasa nak berkongsi sikit dengan sesiapa yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.


Program yang aku nak cerita ni lebih kepada bengkel brainstorming, 2 hari 1 malam, yang penuh dengan perkara yang amat bermanfaat bagi aku dan banyak mengajar aku mengenai beberapa perkara.



Bengkel tersebut aku join boleh dikatakan secara on call, diadakan di Rantau Agro Park Training Centre, N 9, tempat ni baru lagi, masih dalam pembinaan, hampir siap, dan aku yakin, apabila siap, resort tersebut pastinya sangat cantik dan terbaik. Kamilah orang pertama yang merasmikan resort tersebut, bangga jugak lah, haha…



Dalam program tersebut, aku dapat jumpa dengan adik-adik bekas sekolah aku, Maahad Ahmadi, N 9, sangat seronok berjumpa dengan mereka, pastinya mereka juga tidak sangka akan berjumpa dengan aku, ye ye jerk…


Antara yang aku nak cerita mengenai bengkel yang singkat tapi best itu ialah sesi pengenalannya, atau ice breaking lah orang kata.. agak menarik, masing-masing diminta tulis nama, dan sesuaikan huruf pertama setiap huruf dengan perkataan yang positif, dan bentangkannya di hadapan semua peserta, susah betul nak cerita melalui penulisan, ni ha, korang tengok lah sendiri, macam ni lah.. tadaaaa



Jenuh jugak aku pikir nama aku tu, akhirnya itu lah yang aku dapat, best jugak sebenarnya.. haha


Petangnya aku rasakan berlalu dengan sangat pantas, macam tetibe jerk, eh, dah malam..?


Ha, malamnya pula… ini lah yang paling menarik.. jungle tracking ! i like it so much


Aktiviti ni memang tidak dirancang, peserta pun kebanyakannya tidak bersedia dari segi keperluan. Malam tu mula lebih kurang pukul 12, aku hanya memakai selipar yang seingat aku, selipar tu aku buat pi raya, pi jalan2, sampai malam tu, aku buat meredah hutan !



Dalam keadaan baru lepas hujan, kami meredah kebun kelapa sawit, meredah lumpur, hutan getah, memang terbaiklah, dan yang paling menarik, berdasarkan cerita guider yang bawa kami, aku memang percaya, yang laluan kami itu merentasi perkampungan… ehem ehem… kami berhenti sekejap kat kawasan tu, kawasan tu memang lain dari kawasan sekitarnya, boleh dikatakan perubahan yang agak drastik, sebuah kawasan rumput yang lapang yang sangat cantik, langit warna oren kuning merah campur dengan kegelapan malam, memang terbaik, dan kedengaran pula air sungai mengalir, semua itu, termasuk bunyi air sungai hanya ada di kawasan itu sahaja ! jeng jeng…



Dan Alhamdulillah, kami selaku peserta yang pertama merasmikan track jungle tracking tu berjaya selamat sampai semuanya, tidak terlebih, tidak terkurang orangnya. Dan meredah kegelapan malam di hutan tu, akhirnya selipar aku putus, nasib bek boleh buat jalan lagi, tangan memang habis ler calar2 tersangkut itu ini. Baju dan seluar semua orang memang ntah macam ape, aku pun tak tau nak kata apa.


Malamnya, kami semua, termasuklah pemilik resort tu pertama kalinya tidur di kawasan yang asalnya kebun kelapa sawit dan sedikit berhutan itu.. malam yang dah pagi dah pun, aku susah nak melelapkan mata, walaupun memang penat setelah hampir 1 jam ber jungle tracking, guling sana, guling sini, kul 3 pagi masih x dapat tidoq… bunyi air jatuh atas siling, bunyi anjing menyalak, huh…. apa berlaku… ? jeng jeng… nak citer ker ? korang nak tau ker.. ? tak yah lah…



Ape pun, percayalah, alam ini memang kita kongsi bersama dengan pelbagai makhluk ciptaan Allah yang lain. Jagalah ia sebaiknya… Berjalan melihat mentafsir berfikir…


Next day, memandangkan nama aku tu A mewakili Adobe Photoshop, ade lah beberapa permintaan mengajar bende alah tu, sempat jugak lah aku ajar apa yang sempat, habis design2 eksklusif aku diorang curi… nasib bek lah, aku masih dengan pendapat, tiada hak cipta di dunia ini. Tetapi apa perlu, hormatilah hasil kerja, idea dan kerahan keringat dan otak orang lain menghasilkan sesuatu yang nampak mudah tetapi tidak sebenarnya…


Macam biasa sebelum balik, bergambar lah kan…


Petang dalam pukul 3 aku sampai rumah, dalam keadaan kebuluq sebab tak lunch lagi, sampai rumah… lunch dan kemudian terus pengsan tidak sedar diri, sedar-sedar aku tengok jam dah pukul 7.28 malam… oh tidak !