.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Sunday, March 28, 2010

Pesan Atok



Wednesday, March 17, 2010

Cita-cita: Setinggi Langit Seteguh Gunung

Cita-citaku
setinggi awan di langit yang kebiruan
Seteguh gunung berdiri agung
Setinggi itu harapan dan impian
Seteguh itu pendirian dijunjung

- Hasyimie -

Friday, March 5, 2010

Kisah Nabi Ibrahim

Tgh2 xde kerja, tetiba neuron2 dalam otak aku ni aktif untuk mengingatkan aku kepada sebuah cerita, bagaimana Nabi ibrahim dibakar, dan yg buat aku tertarik untuk menyegarkan kembali ingatan dan sejarah cerita2 nabi yang kian luput, ialah bagaimana kisah burung dan cicak, haiwan kerdil yangpunya matlamat besar, walaupun ia tidaklah seberapa. Renungan untuk diri sendiri, Allah tidak pandang hasilnya, tetapi Allah melihat sejauh mana usaha kita...

ikuti kisahnya...

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)


Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.


Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

kisah Nabi Ibrahim.. klik me :)

Wednesday, March 3, 2010

Lari


Korus:
Lari, lari lari aku lari
Lari lari lari dari mimpi
Lari lari aku lari dari sepi
Lari lari terus dari diri ini

Biar ku sendiri
Biar ku sendiri
Menanggung sepi
Menghilangkan diri
Menenangkan hati meneruskan mimpi
Menebus kembali
Maruah diri

Dia buluh yang tak dilentur
Penagih kasih sayang harapan si penghulur
Didikan tiada dari orang tua nya
Rangkaian kaca yahudi
Menemani jalan hidup.. (jalan hidup)

Dia dah kenal cinta
Dia mula dah suka
Sudah berteman teman
Sudah berpegang tangan
Cuba ringan ringan dah sampai tak ke lengan

Suka sama suka hina dosalah santapan
Dinoda goda tiba-tiba duka dah diduga dah berbadan dua
Mana angkara hilang entah
Kemana terpinga pinga bencana menimpa

Tersorong sorang orang tua
Meradang tangan melayang
Marah yang tak henti memanjang
Tiada yang mandang tiada bahu disandang
Terkapai duyong meraba capai bayang dayung

Salah siapa salahkah kita
Salahkah aku atau kamu
Siapa ditanggung
Siapa mengendung
Siapa menanggung yang dikendung

Korus

Sayang sayang kan dah jadi nangka
Taburan kertas kemewahan menelan si manja
Pinta papa saja papa hidangkan ya
Destinasi mana mama ku turutkan juga

Didikan cukup disediakan sempurna
Cuma papa mama lupa nak ada bersama
Anakanda merana ketagih belaian jiwa
Mengemis kasih sayang bibik teman saudara

Taku cukup rasa memang tak serupa
Berkenalan pula dengan kokaina
Khayal khayalnya kebas sentiasa
Diampunya itulah cintanya

Jamah jamuan santapan harian
Gigilan badan bagaikan taufan
Terlantar telanjang dikamarnya samar
Terpejam dipejam tercerai dari badan

Salah siapa salahkah kita
Salahkah aku atau kamu
Siapa ditanggung
Siapa mengendung
Siapa menanggung yang dikendung

Korus

Aku lari aku terus lari..
woo. oo ooo
Terus berlari..
Berlari..

Berbagai cara untuk meneruskan
Perjalanan yang tiada akhir
(Perjalanan tiada akhir)
Aku sendiri mencari jalan pasti
Biarpun ku berlari pastikan ku temui

Berbagai cara untuk meneruskan
Dosa dosa yang tiada henti
(Yang tiada henti)
Aku Sendiri meraba cari erti
Pastikan ku temui
Pastikan ku temui

Thursday, February 25, 2010

20 tahun 11 bulan 25 hari


Lagi beberapa hari, insyallah... aku akan hidup selama 21 tahun. Ya... Allah memanjangkan umur aku dan beberapa sahabat aku yang lain yang seumur dengan aku.... sehingga ke saat ini, aku masih lagi hidup untuk menikmati alam yang maha luas ini.

Ya... hampir 21 tahun hidup sementara di muka bumi Allah ini sebelum berangkat ke negeri abadi... tanpa satu saat pun Allah lupa kepada aku... bayangkan kalau Allah terlupa untuk memberi nikmat pernafasan kepada kita. Tetapi tidak mungkin Allah yang Maha Berkuasa itu terlupa. Allah sentiasa ingat kita.

Semakin hari, ramai yang menyangka umur kita semakin panjang, tiap kali menyambut ulangtahun kelahiran juga, kawan-kawan ucap, moga panjang umur dan murah rezeki. Murah rezeki tu betul, insyallah... tetapi moga panjang umur tu tak mungkin...! kerana setiap hari umur kita bukan semakin bertambah, tetapi semakin singkat !!! menanti jemputan Allah, tanda kasih kepada hambaNya.

Ya Allah... moga selama mana aku hidup di muka bumi ini, berkatilah umur kami, dengan amalan yang bermanfaat, sebgaai bekalan dan saham di hari akhirat, moga kami tergolong dalam golongan yang diredhai olehMu Ya Allah.. Amin.

p/s: selamat hari jadi vs selamat hari lahir
hasyim: kita tak tau bila kita dijadikan, kita hanya tahu bila kita dilahirkan.

Wednesday, February 24, 2010

Tazkirah Sempena Maulidur Rasul KK1

Sunday, February 21, 2010

OPKIM PERMANIS 2010 - Homestay Laman Bangkinang: Simfoni Alam Sejuta Ilham

Assalamualaikum, salam sejahtera... cuti yg lepas ni, aku join OPKIM... jom bace kalau sudi, memang agak panjang, n penuh dgn gmbr2 hoho... gune ayat yg agak formal, coz ditulis untuk blog rasmi PERMANIS... sudilah melawat juga ke blog PERMANIS.... (click me) permanisdhati.blogspot.com

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) telah berlangsung dengan jayanya pada 13-17 Februari 2010. Program mega 5 hari 4 malam yang disertai oleh 40 orang ini bertempat di Homestay Laman Bangkinang Kampung Tapak Batu Kikir Negeri Sembilan. Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan, program yang bertemakan Masyarakat Di Hati Mahasiswa ini juga antara lainnya turut menggariskan beberapa objektif lain, termasuklah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengetahui kehidupan bermasyarakat di luar kampus disamping dapat melatih kemahiran berkomunikasi dan interaksi sosial dalam pelbagai peringkat umur. Ikuti rakaman lensa pengembaraan dan catatan diari sepanjang berkampung di suasana desa Laman Bangkinang yang pastinya menggamit kenangan terindah.


sawah padi terbentang menghijau

kedatangan kami disambut dgn paluan gendang

Hari pertama

Sekitar 4 jam perjalanan daripada UM, akhirnya kami tiba jua di destinasi dituju, Laman Bangkinang yang terletak di Kuala Pilah, tetapi beralamatkan Batu Kikir. Ketibaan kami sekitar jam 1.30 petang disambut dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Pastinya, suasana desa yang nyaman, segar, dan cuaca yang cerah seolah-olah gembira menyambut kedatangan kami. Setelah selesai pembahagian keluarga angkat masing-masing, pada sebelah petangnya, mengoca ikan menanti kami.


Muhammad Zulramzie Ramli (Bob) - Pengarah Program

jln2 kat sungai menangkap ikan...

yg bj oren tu paling kacak... haha

aku suke gmbr ni.. hahah...
gmbr same level dgn air, naseb bek kamera x kene air

bermandi lumpur....mengoca ikan keli

Mengoca ikan merupakan aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan yang pastinya ia merupakan pengalaman baru kepada para peserta yang tidak pernah tahu pun apa itu mengoca ikan. Keheningan malam diserikan pula dengan tarian rinding. Kami para peserta diajar tarian rinding, iaitu salah satu tarian tradisional Negeri Sembilan.

gmbr ni pun aku suke, pandai aku amik, hoho

Hari kedua

Suasana nyaman di pagi hari kedua diteruskan dengan program seterusnya iaitu community maping. Ia sebenarnya lebih kepada ziarah mesra para peserta OPKIM dengan penduduk kampung sekitar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diminta untuk menziarahi penduduk kampung bertanya khabar sambil mengajak mereka untuk menyertai program kami seperti forum perdana, dan kenduri sekampung. Pada sebelah petang pula, kami bersama-sama memasak penganan nasi.

memikat burung wak-wak

ziarah mesra masyarakat desa, nyum2... dapat makan best2

hipotesis mudah....makin byk rumah dilawat, makin penuh perut, haha

Seterusnya, setelah selasai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid yang berhampiran, kami meneruskan aktiviti seterusnya iaitu memikat burung wak-wak. Ia dilakukan di kawasan sawah padi, untuk memikat burung wak-wak pastinya ia memerlukan kemahiran daripada orang yang mahir, lebih-lebih lagi apabila dikatakan burung wak-wak ini begitu ‘istimewa’. Malam kedua di angin kampung Laman Bangkinang ini pastinya membuat kami terlena dengan nyenyak di rumah keluarga angkat masing-masing sebelum meneruskan aktiviti pada esok hari.

memasak penganan nasi, ala... macam wajik jugak kot... so delicious

kacau jgn x kacau... jgnla kacau, menyemak jer !

aku x tau nape, tp gmbr ni pun aku suke...

Hari ketiga

Gotong-royong membersihkan kawasan sekitar seperti masjid dan kawasan semak membuka tirai pagi di hari ketiga. Pastinya hari ketiga dan keempat boleh dikatakan sebagai antara yang ditunggu-tunggu oleh peserta OPKIM pada kali ini. Setelah penat bergotong-royong, kami bersedia pula untuk yang seterusnya iaitu kenduri sekampung. Seekor lembu berjaya kami tumbangkan untuk menghasilkan beberapa juadah istimewa hasil bantuan dan kerjasama penduduk kampung yang turut memeriahkan lagi suasana.


poco2 memang terkenal kat mane2 tempat pun... hoho

ntah ape la yg dicari dlm semak tu, aku pun x tau...

hai... nama saya Aisyah...saya tgh rajin ni- membersihkan semak samun

bgus2, teruskan bekerja, nanti bole dpt bonus

meriahnya kenduri sekampung...

maka dgn itu, tamatlah riwayat beliau...

mari2...daging murah....

memasak kari n gulai daging, n umbut kelapa yg sedap n lazat...

main bola dgn budak2... huh...

wah...santainyer... menonton futsal scr live

perlukan kekuatan tenaga 10 org ... hehe

memancing botol, berjam baru dapat...

pakai bedak sejuk, di tgh hari yg x sejuk

bacaan Yaasin dan tahlil...
p/s: ish... jgn gaduh2, x bek la...

Pada sebelah malamnya pula, dengan tajuk Adat dan Syariat, Forum Sekampung pun memecahkan keheningan malam. Forum tersebut nyata jelas untuk memberikan kefahaman kepada seluruh yang hadir mengenai adat dan syariat, pengaplikasian, perbezaan dan pelbagai kupasan lain.


Forum Perdana: Adat dan Syariat

Hari keempat

Pagi hari keempat, dimeriahkan dengan sukan tradisional. Pelbagai jenis sukan tradisional dipertandingkan, termasuklah tarik upih, memancing botol, cari gula-gula, pukul bantal, dan panjat tiang. Pastinya, aktiviti seperti sukaneka tersebut mampu mengeratkan lagi ukhwah, menceriakan kembali suasana, dan lebih mengenali antara kami. Selesai bersukaneka, kami ke Air Terjun Jeram Tengkek. Air terjunnya yang nyaman dan sejuk, ditambah dengan landskap semulajadi yang sejuk mata memandang, maka tidak mustahillah, jeram tersebut sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.

bersama wartawan Sinar Harian...

tarian rinding

Sukaneka - pukul bantal...haha... aku jadi penonton jer...

polo air... (kot)

berlatar belakang hutan n bukit2 menghijau, langi cerah membiru,
kawasan ni memang best... cewahh..

Air Terjun Jeram Tengkek... best...


Petangnya pula diisi dengan latihan tarian sebelum bersiap sedia untuk aktiviti sebelah malam iaitu persembahan kebudayaan. Malam persebahan kebudayaan dimeriahkan dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Ia diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian seperti tarian randai, nyiru, dan rinding. Kami daripada peserta juga turut mempersembahkan tarian rinding. Pada malam ini, sebelum melelapkan mata setelah seharian berprogram, malam terakhir OPKIM ‘10, pastinya kami tidak dapat melupakan dingin dan nyamannya malam di Laman Bangkinang.


Persembahan Kebudayaan... Tarian, randai, nyiru dan rinding


Hari terakhir

Dikhabarkan lebih kurang 2 minggu Laman Bangkinang berpanas matahari, pagi hari terakhir OPKIM kami, hujan rintik-rintik mula membasahi homestay yang terkenal dengan air terjun Jeram Tengkek. Hari terakhir diteruskan dengan Program Motivasi yang melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Rendah Agama Batu Kikir dan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Dapat berjumpa dengan adik-adik, berkongsi pengalaman serta memberikan mereka semangat untuk terus berjaya pastinya membuatkan kami para peserta berasa gembira dan ceria. Lebih-lebih lagi apabila melihat mereka juga bersungguh-sungguh, dan gembira bersama-sama dengan kami. Penutup majlis sekitar jam 3 petang diserikan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Ketua Kampung, dan daripada Pengarah OPKIM sendiri, yang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung dan juga kepada para peserta.

bersama keluarga angkat

makan t/hari terakhir bersama keluarga angkat...

adik2 kem motivasi...even mereka di kaw. kg.
tp punya cita2 yg tinggi... bgus2
majlis perpisahan... jgn.... tinggal daku...

bermaaf-maafan... menjernihkan kembali yg keruh... :)

bertukar cenderahati
dr kiri: Pengerusi JKKK (Ketua Kg.), YDP PERMANIS, Pengarah Program

sebahagian peserta kem motivasi

Gemuruh n Standing In The Eyes Of The World khas utk adik2... :)

Sejurus selepas itu, majlis perpisahan kami dengan keluarga angkat diiringi dengan rintik hujan yang juga seolah-olah menzahirkan perasaan di hati para peserta. Pastinya, walau kita berpisah sementara, walau nyata jauh di mata, tetapi yang pasti, kita dekat di hati...

Kenangan Terindah, OPKIM PERMANIS 2010, Dekat Di Hati....