.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Tuesday, March 31, 2009

Mengutip semangat yang hilang...

Sahabat…
Bumi kita bumi payah, keringat,
air mata yang mungkin berdarah....
tatkala aku menjejakkan kaki ke pepasir kaca,
sambutlah dan peganglah erat tanganku......
Kita beriringan sebagai pejuang.....
Bila aku katakan padamu, perjuangan itu pahit,
kau sahut kembali, kerana syurga itu manis...!


- HasYimie -
11.34 pm, 31.03.09

Gempa Alam Membawa Pesan

Peringatan Allah dan pesanan Rasul

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain"(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Kita kawan... Kawan kita...


Hisyam, Hidayat, Hasyim & Fikri

ingat2 kami remember, jangan lupa kami dont forget...


Saturday, March 28, 2009

Kompang Feseni 09: Hari nan indah...



Alhamdulillah...

Tanggal 28 Mac 2009, mencipta sejarah yang tertangguh selama beberapa tahun kepada pasukan kompang gema astar, apabila muncul juara untuk festival seni UM. Segala penat, susah payah dan yang paling penting pengorbanan kami selama (lebih) 3 bulan menjalani latihan, akhirnya terbalas jua... Yang paling penting pengorbanan kita bukan satu yang sia-sia !!! (semalam jahit baju sampai kul 3 pagi, tido lambat, jari bengkok2, terkejar2 sana sini, otak berserabut... huhuhh) Tahniah kepada semua rakan, senior2 yang banyak memberi tunjuk ajar...

Tidak dilupa kepada jurulatih kami Abg Zaid yang tidak ternilai jasanya........Memang best dapat coach macam Abg Zaid hehhe.... (ikhlas ni...) Di kesempatan ni... saya mohon maaf atas segala salah silap saya sepanjang kita menjalani latihan... mungkin terlepas kata... ala... Hasyim memang macam tu... semuanya tu adalah gurauan menghiburkan hati2 yang lara, yang kini telah bertukar gembira hahhaha.... Alhamdulillah....

















...GEMA ASTAR...
Kenangan Terindah
Festival Seni '09

hari semalam yang telah berlalu... meninggalkan kita dengan seribu kisah... kisah bukan sebarang kisah... tetapi kisah yang begitu indah...

Wednesday, March 25, 2009

Hasyim...! Diamlah...

Hasyim
Hidup ini banyak likunya,
banyak cabaran dan dugaan
yang tidak dijangka
apa yang menanti sukar dibicara
apatah lagi untuk dijangka

Hasyim...
hari ini, akan berlalu
sebelum esok menjelang tiba
tiada siapa tahu di mana kita

berlalunya hari ini
akan menghasilkan sebuah kisah lagi
kisah yang tiada hentinya
selagi mana masih diizinkan

Hasyim
terimalah... janganlah meminta
jangan menolak apabila diberi
jangan dipinta jika tidak diberi
argh...! sukar !!!!

Hasyim !!!
Apa nak jadi ni.? tanya kawan...
Hasyim...
Aku tengok kau relaks jer...

Itulah Hasyim...
Relaks sudah

petang yang gerimis2... 7.15 pm
25 Mac 2009

Thursday, March 19, 2009

Pagi yang panas...

Bismillah..

Alhamdulillah... pagi ini, aku terpaksa bangun dalam keadaan terpaksa apabila pintu bilikku diketuk bagai nak roboh rasenyer... siapa yang datang? Tak perlu tahu...

Pagi yang cerah ini, tanpa disangka-sangka, sedang dalam keadaan aku yang baru terjaga dari mimpi, masalah telah datang menerpa di muka pintu bilikku, argh...macam mana nak hadapi, terpaksa hadapi juga...kalaulah orang bawahan pun dah menjadi tempat melepaskan geram dan marah, apatah lagi orang di atasan sana, lagi lah... takpe2, nasihat saya kuatkan semangat, memang banyak cabarannya.

Hari ini, aku agak free, semua kerja-kerja telah hampir kuselesaikan, pagi pula tiada kelas. Macam biasa menghabiskan masa melayari laman sesawang yang memang banyak sawangnya ini. Time nilah, berpuluh-puluh mesej masuk, huh, kacau lah,...

Selepas makan tengahari yang agak meriah dengan gelak tawa kami, bukan mengumpat yer, tapi gosip-gosip panas... aku terus ke fakulti menyiapkan report yang perlu dihantar esok.

Sekarang, acara kompang yang aku sertai untuk festival seni um, semakin dekat tarikhnya. 28 hb ni, Maka, semakin giat lah kami berlatih, tiap-tiap hari sehingga jam 2 pagi kadang-kadang, memang memenatkan, disamping dengan kerja-kerja dan komitmen lain yang membuat aku sedikit tak tentu arah.

Dan baru tadi pula, dikhabarkan ada pertandingan debat piala nc pada hari sabtu dan ahad ni di KK3. Ala-ala on d spot, aku pun ok je. Padahal dengan training kompangnyer, dengan kerje-kerje lain lagi. Aku pun tak tahu kenapa aku bersetuju dan agak beriya untuk menyertai debat tersebut. Mungkin ada spirit katanya... huhu..

Dan ketika ini, di peghujung-hujung sem ini, ingatkan dah semakin kurang aktiviti2 aku, rupenyer, same jer... tak berkurang pun... argh... pening2. Dan ketika ini, borang permohonan untuk menjadi pembantu mahasiswa, telah aku isi dengan lengkap, tinggal nak hantar sahaja. Pada mulanya, fikir2 jugak, nak jadi pm or tak, tapi takpela, amik je borang tu... tapi dah amik kenelah isi, dah isi kene hantar, dah hantar, mesti nak dapat... so.... Hasyim, kamu amik borang pm, isi yer, insyallah boleh... kata mereka, memberikan aku sedikit semangat...

Bulan 5 ini pula, sebaik sahaja paper last aku pada 5 mei, cuti aku terus dipenuhi dengan tuntutan aktiviti2 yang berderet2 menunggu masa tiba tarikhnya huhuh ... Tak bercuti la nampaknyer...

Ape pun, sepanjang hampir 8 bulan menetap di astar ni, banyak perkara yang telah aku pelajari, pelbagai kerenah dapat aku rasai, hadapi dan tangani. Aku dapat belajar cara ber’politik’ dengan orang-orang yang sedemikian rupe, orang yang sukar diramal keadaan ‘cuacanya’. Pelbagai perkara, suka, duka, telah aku hadapi bersama2 dengan rakan2 seperjuangan yang lain.

Tapi yang best, kali ni, banyak citer gembira yang berlaku kat diri aku. Terima kasih kepada rakan2 yang sentiasa bersama. Sememangnya pengalaman kita pada hari ini mengajar kita erti kehidupan. Dan yang pasti, ia akan meninggalkan kita dengan sebuah kisah untuk dikenang kembali, lantas pada ketika itu, kita pasti tersenyum, mengenang kembali kisah yang telah pun menjadi sebuah kisah.....

Sunday, March 15, 2009

Macam Cuaca

Telah lama rasanya ingin menulis entry bertajuk macam cuaca ini, cuma masa yang nampaknya masih mencemburui sehinggalah saat entry ini ditulis...

Alhamdulillah, pagi ini, pemandangan dari tingkat 4 nampak begitu indah dan ceria, cahaya mentari mula menyinari seantero varsiti perdana ini pada tanggal 18 Rabiulawal yang mulia, bulan kelahiran baginda Rasulullah SAW. Tidak seperti semalam, sepanjang harinya, ada sahaja rintik-rintik hujan yang menyirami bumi ini. Takjub dengan kebesaran Allah, yang menjanjikan hujan itu sebagai asbab kepada munculnya pelangi nan indah, maka tergeraklah hati ini untuk terus menulis. Ya... Macam Cuaca...

Umum mengetahui, cuaca sering bertukar-tukar, pagi ini cerah, tetapi jangan disangka sampai ke petang, siapa tahu matahari ingin berlindung sekejap, memberi laluan kepada awan mendung berarak. Adakalanya, kita mengharapkan agar hari ini mentari sentiasa tersenyum riang, burung-burung berkiacauan bebas di angkasa sana.

Biarlah cuaca yang tenang, ceria dan indah ini terus berkekalan. Tetapi, mungkin juga, ada antara kita yang mengharapkan agar bumi ini basah disirami rahmat hujan daripada ilahi, memandangkan bumi ini telah kegersangan tanahnya akibat daripada mentari yang tidak sudi memberi laluan kepada hukum alam yang lain.

Maka dengan ini, dapat kita lihat bahawa, tidak semua orang suka akan panas, namun tidak bermakna kita berharap hujan turun dengan selebat-lebatnya. Mungkin cukuplah kita mengharapkan mendung itu berarak menutupi sedikit sinaran sang suria. Sudah memang hukum alam, setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Macam cuaca...! ya..

Lalu kita koreksi semula diri kita. Macam cuaca ? Ya... Hati kita Allah menciptakan dengan semulianya. Namun jangan disangka semua hati itu mempunyai pendirian yang sama. Allah menciptakan hati kita ini dengan keadaan yang tidak tetap, berbolak-balik sebagaimana maksuh hati itu sendiri. Ya... hati kita memang tidak tetap, sebagaimana perasaan dan perlakuan kita, macam cuaca katanya.

Adakalanya kita 'hujan', sekejap 'mendung' dan kemudian bertukar 'panas'. Sebagai manusia, saya kira, kita perlu bijak mengawal emosi, hati, perasaan dan tingkah laku kita agar jangan jadi seperti cuaca. Cuaca... adakalanya, tidak dapat diramal, tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat sedang matahari tidak sempat pun untuk memancarkan sinarnya. Perubahan cuaca itu sudah pasti akan memberi kesan kepada kita.

Kita, manusia... boleh sahaja mengawal keadaan-keadaan 'cuaca' yang ada dalam diri kita, kerana mungkin kita tidak sedar, kita berada dalam kelompok masyarakat yang turut ada 'cuacanya' yang tersendiri, sedang dalam pada orang lain semuanya gembira, ceria dan seronok, tiba-tiba datang pula kita dengan awan mendung yang tidak ada tanda-tanda mentari akan muncul, sudah pasti ia akan menimbulkan perasaan tidak senang dalam diri kita yang sedang ceria, gembira dan seronok.

Diakhirnya, kita seharusnya bijak mengawal emosi, perasaan dan 'cuaca' yang ada dalam diri kita ini. Jangan kita panaskan hari yang sejuk itu !!!

Thursday, March 12, 2009

Pertemuan: Semalam, Hari Ini & Esok

Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang

Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.

Saturday, March 7, 2009

PPSMI: SAYA BANTAH !!!

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

-Usman Awang-


mungkinkah puisi Himpunan 7 Mac 09
akan melakar sejarah seperti Keranda 152?
Kita tunggu dan lihat

Kepada yang mengetengahkan PPSMI dan melaksanakan PPSMI,
syukur Allah memanjangkan usia mereka,
untuk melihat segala kerosakan yang telah kalian lakukan dahulu !!!


Biar saya ceritakan sikit mengenai Keranda 152....

Ramai yang tak tahu peristiwa 'Keranda 152' kerana kerajaan memang memadamkannya dalam buku teks. Biasalah tu, hanya perhimpunan menentang Malayan Union saja yang digembar-gemburkan oleh mereka. Tu memang kita semua maklum, Kerajaan..... ala... kerajaan... biasa la tu...

Selepas merdeka, antara perkara yang dipersetujui bersama adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai rasmi, termasuklah pendidikan, pentadbiran, dan sebagainya. Hal ini termaktub dalam perlembagaan 'Artikel 152'. Tapi kerana baru merdeka, kerajaan pun menetapkan 10 tahun sebagai tempoh transisi. Ya, waktu itu bahasa inggeris jadi bahasa pengantar pendidikan. Tapi selepas 10 tahun, kerajaan masih tak mahu mengubahnya, kerana terlalu selesa dengan bahasa Inggeris.

Akibatnya, wujud satu dinding besar dalam masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu yang mana hanya sebilangan kecil golongan Melayu yang mampu mengikuti sistem pendidikan formal sehingga tamat. Ya lah, hanya yang pandai-pandai (seperti Tun Dr Mahathir ?) dapat menerima pendidikan lanjut. Akibatnya, jurang kaum jadi bertambah besar. Melayu makin terkurung di kampung, di pantai...jadi petani dan nelayan.

Natijahnya, pada 13 Mei tahun 1969 berlakulah tragedi yang kita semua sedia maklum, lalu kerajaan yang 'sudah terhantuk' ni barulah 'baru terngadah' nak membetulkan kembali pelaksanaan dasar-dasar mereka.

Itu latar belakangnya. Peristiwa 'keranda 152' pula berlaku beberapa tahun sebelum 1969 apabila sejumlah pejuang bangsa Melayu, para pejuang bahasa, dan masyarakat kebanyakan termasuklah SN Usman Awang berhimpun di mengadakan demonstrasi supaya kerajaan mengubah sikap terhadap Bahasa Melayu. Perhimpunan besar-besaran itu mengusung 'keranda' sebagai simbolik 'kematian bangsa Melayu'. Walaubagaimanapun, kerajaan tetap tak mengendahkan, dan sesudah 1969 barulah kerajaan nampak silapnya.

Kita ambil contoh negara Ireland misalnya...ramai yang tak tahu sebenarnya Ireland mempunyai bahasanya tersendiri yang sama sekali berbeza dengan bahasa Inggeris. Tetapi kerana penjajahan British, dan pelaksanaan dasar pendidikan selepas merdeka diteruskan dalam Bahasa Inggeris, hari ini bahasa gaelic hampir dimuziumkan. Hanya masyarakat Irish di pedalaman saja yang masih menuturkannya dengan fasih. Ramai generasi muda mereka yang tinggal di bandar (hampir 50% dari masyarakatnya ada di bandar) kenal bahasa gaelic semasa di sekolah rendah saja, tapi tidak tahu/boleh menuturkannya. Sama seperti kita yang tahu atau kenal tulisan jawi, tapi bila diminta menulis satu karangan 50 perkataan jawi, terasa macam tesis 50 000 perkataan pula, kan?

Kesimpulannya, mengapa perlu melihat melihat kepada negara lain untuk maju? Mengapa perlu memandang ke Timur sedangkan kita boleh memandang diri sendiri untuk menilai keupayaan kita? Islam berkembang mengikut acuan yang di syariatkan oleh Allah kepada Rasulullah, tanpa perlu baginda melihat kepada mana-mana negara....

Hasyim, jangan terlalu obses. Tidak ! saya tidak obses mahupun teruja. Tetapi cukup sekadar saya katakan. PPSMI: SAYA BANTAH !!!