.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Friday, February 27, 2009

Hari Ini Aku 20 Tahun...

Hari ini tanggal 27 Februari 2009, aku baru sahaja meninggalkan zaman belasan tahun, untuk melangkah menuju ke umur 20 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerana aku sehingga ke saat ii, telah diberikan nikmat kesempurnaan hidup, nikmat iman dan Islam, untuk terus hidup sehingga tanpa disedari, telah 19 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini.


Pertamanya, apa yang menggembirakan aku ialah, hari lahir aku jatuh pada ketika kami warga Balai Islam dan warga KURJAS 09, sedang beramai-ramai, berseronok dan sedikit meriah, sedang memasak ayam BBQ, ditambah pula dengan ade la sedikit nyanyian lagu hari lahir... hehehe... terharu sikit. Perkara ini bukan dirancang yer... dan pada hari 27 hb pula, hari ini, akan diadakan mesyuarat postmortem, jadi aku harap, semuanya berjalan dengan lancar hendaknya.... Rakan2 yang msg wish brtdy juga terima kasih diucapkan...


Di akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya, emak tersayang, Siti Lailiah Dollah, abah, kakak dan abg ipar... yang membesarkan dan membantu saya untuk jadi sehingga sekarang... jasa kalian tidak mampu saya balas.... (bestnyer kalau mak baca posting ni...) Moga kalian diberikan petunjuk serta cahaya rahmat daripada Allah. Moga keluarga kita bahagia hingga akhir hayat...


Terima kasih juga kepada rakan2 yang banyak membantu saya daripada sekolah tadika... sehinggalah masuk ke universiti.... rakan2 yang banyak membantu, rakan2 tempat bercerita dan meluahkan ape2 yang perlu diluahkan.... yang terpendam di hati.... terima kasih kepada semua... Moga diri ini akan terus matang dalam memahami erti dan selok belok kehidupan yang semakin banyak likunya... eminn...

Monday, February 23, 2009

Teks Ucapan Penutupan KURJAS 09

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَ الْمَوْتَ اِسْتِرَاحَةً لِلْمُوْءمِنِيْنَ مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا بَعْدَ مَا كَانُوْا يَعْبُدُوْنَ اللهَ لِنَيْلِ السَّعَادَةِ الْعُلْيَا.


hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pertamanya, marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap ilahi kerana memberi peluang kepada kita untuk terus hidup dan dapat berkumpul pada majlis yang mulia ini.


Hadirin hadirat, serta sahabat sekalian


Realitinya, masih ramai umat islam sendiri yang kurang pengetahuan serta kefahaman mengenai cara serta kaedah pengurusan jenazah dan juga penyembelihan haiwan. Oleh itu, Balai Islam ASTAR sekali lagi mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus jenazah dan amali sembelihan (kurjas 09).


Antara objektif utama, ialah untuk memberikan pengetahuan serta kesedaran mengenai kepentingan pengurusan jenazah dan penyembelihan mengikut kehendak Islam.


Bertemakan ilmu suatu keperluan, kematian suatu kepastian, Kurjas 09 juga turut bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahm serta ukhwah dalam kalangan keluarga balai islam sendiri kuhusunya serta warga kolej amnya.


Hadirin yang dikasihi sekalian,


Saya tidak bercadang untuk berucap panjang, maka, diakhirnya, sukalah saya untuk memberikan analogi mudah untuk kita fahami bersama. Anda dihidangkan secawan kopi yang aromanya begitu sedap. Apabila anda menghirup kopi tersebut, anda akan berkata, sedapnya air kopi ni, lebih kurang begitulah... tetapi kita tidak sedar, apa yang menyebabkan air kopi tersebut menjadi sedap, sudah pasti serbuk kopi tersebut.


Orang tidak minum pun serbuk kopi tersebut. Tetapi sumbangan serbuk kopi tersebut amat besar, kalau tiada serbuk kopi itu, maka tiadalah air kopi. Serbuk tersebut, diperlukan untuk menghasilkan air kopi, Tetapi apabila air kopi telah siap, dihidangkan kepada ramai orang. serbuk tersebut tidak lagi digunakan. Begitulah juga dengan kita, dalam pada kita berprogram, kita merancang program ilmu terutamanya, memang banyak yang perlu dikorbankan.


Tenaga kerja, wang, dan masa terutamanya, tetapi diakhirnya, tanpa kita sedari, sebaik sahaja program itu selesai, insyallah, dengan niat kita yang ikhlas, kita baru sahaja menjadi perantara untuk memberikan kefahaman dan ilmu pengetahuan kepada orang ramai... iaitu melalui kursus jenazah, kursus sembelihan dan ceramah ke syurgakah aku yg mendpt sambutn yang amat menggalakkan, begitulah pengorbanan yang ingin saya ceritakan.


Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada semua warga kurjas 09 yang telah bersama2 menjayakan Projek Balai islam yang ke-3 untuk sesi 08/09. Sememangnya, sepanjang kita berprogram, ia mengajar kita erti kesilapan yang akhirnya membawa kepada pengalaman. Pengalaman yang bukan sebarang pengalaman, tetapi pengalaman yang membawa kepada sebuah kisah...


indah bersinar cahaya tarbiyah

terserlah serinya menyuluh ummah

renungi diri dengan muhasabah

ikhlaskan niat terus beristiqomah



Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, wslm....

Saturday, February 21, 2009

Hasyim.... bertenang



Pada hari ini, semenjak bangun tidur pada jam lebih kurang 6.30 pagi tadi, hinggalah aku menaip, aku rasa diri aku terlalu sibuk dan kelam kabut dibuatnya. Ada sahaja masalah dan perkara yang perlu diselesaikan di saat2 akhir ini. Semuanya membuatkan aku semakin sedikit tidak tentu arah....

Hasyim jangan cepat marah

Hasyim marah ? melenting ? macam mane yer tu.... tapi aku akui, memang kekadang aku akan sedikit berhangin dan berasap kalau kerje2 yang aku suruh buat, tapi sampai masanya tak siap, walaupun masa yg diberi terlebih cukup, yang tu memang aku berapi giler....

Di masa secoet yang ada ni... aku nasihatkan diri aku sendiri... Hasyim bawa bertenang, ingat Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar... Hasyim.... jangan cepat marah.... atau tension... relaks... dan senyum sentiasa... Insyallah semua ok...

Sunday, February 15, 2009

Cebisan Kenangan


Ukhwah yang terbina
persis sekuntum bunga
meskipun kini kita terpisah
demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama
saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi

kita bersama memijak onak duri
di tanah gersang
mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat
dalam sanubari

bersabarlah dengan ketentuan-Nya
ada rahmat yang tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

Friday, February 13, 2009

Kisah itu ingin berkisah... Biarlah...

Hari ini, Jumaat, penghulu segala hari...

tanggal 12 Feb. memulakan kisah... awal pagi2 lagi, jam 8.15 pagi, aku bersama rakan sekumpulan yang lain, bergegas menuju ke Wangsa Maju, ke JPPH, untuk menyelesaikan assgment subjek valuation yang meminta kami menilai harga sebuah rumah kedai 2 tingkat, di kawasan sekitar Petaling Jaya. Di sana, memang penat juga lah kami ke hulu ke hilir, menyemak satu2, senarai rumah yang ada di kawasan sekitar PJ. Sedikit memenatkan, tapi aku masih lagi relaks ja... tak perlu tergesa2... takkan lari rumah dikejar hahahaha.

Pada petangnya pula, sekitar jam 2 petang, aku baru sahaja hendak melenakan mata ini sebelum pergi ke kelas jam 3 petang. Tetapi ketika itulah, aku menerima panggilan telefon, yang berduyun2 banyaknya.... uhuhuh. Semua panggilan telefon tu mendatang masalah buat aku. Memang pening memikirkannya, bermula daripada program yang aku kendalikan, masalah di sesetengah biro.

Sehinggalah kepada masalah di bahagian publisiti yang aku kendalikan. Semuanya masalah.....huh... paling teruk masalah di bahagian publisiti. Yang aku memang dah tak tau nak buat apa dengan diorang tu... Ditelan masin, dibuang sayang, disimpan lama2 jadi busuk....! masalah2.... Habis shj kelas, aku terus membuat sedikit persedian, maklumla malam ni aku ada program di surau, dan sebaik shj habis program, ada pula meeting program aku... malam yang busy hehehhe.

Petangnya pula, ditakdirkan aku makan duduk semeja bersama2 rakan aku. Aku dah plan nak makan dengan orang lain, tetapi mungkin dah ditetapkan oleh Allah, aku makan sekali dengan mereka. Hendak dikisahkan, berlakulah dialog antara kami. Hendak kutulis, sudah pasti ada yang terasa. Namun masing2 aku harap semuanya dapat faham. Dalam pada kita berorganisasi, masing2 telah diberikan tugas.

Memang tugas itu tidak dibayar, kita terpaksa lakukan. Menag juga tugas yang kita lakukan itu tidak menjamin pointer yang tinggi, dan sudah pasti tugas itu hanyalah tugas, tiada siapa pun yang berhak memaksa kita lakukan dengan sempurna ! Sebenarnya, aku masih tidak tahu apa ayat yang terbaik hendak aku gunakan, takpe, biar aku tulis begini..... Tetapi sahabat, harus diingat, tugas yang telah diberikan itu merupakan tanggunngjawab yang telah diamanahkan kepada kita, untuk kita selesaikan dengan sebaik yang mungkin. Tugasan tersebut memang satu amanah.

Begini, bayangkan seorang ibu, dikurniakan seorang anak, anak tersebut perlu difahami, anak tersebut ialah amanah daripada Allah. ibu tersebut hendaklah memelihara anak tersebut dengan baik. Mengajarnya dan memberikan pendidikan dan sebagainya. Begitu juga dengan kita, apabila diberikan tugasan, tugasan tersebut merupakan amanah. Telah diberikan tunjuk ajar, bagaimana hendak melaksanakan tugasan tersebut. Namun hasilnya.....? Ketika dialog tersebut berlaku, atau lebih kepada sesi bidas membidas berlaku, aku hanya mendiamkan diri, sedikit tersenyum..... dan menimbulkan sedikit sahaja persoalan, kerana aku yakin dan percaya, jika aku terus berkata2...nescaya keadaan akan jadi lebih keruh.

Dan aku rasakan, ketika ini, aku lebih berhati2 menyusun kata apabila berhadapan dengan mereka dan orang serta manusia yangs sedemikian. Kau katalah apa yang kau nak kata, namun tidak akan aku setuju selagimana perkara tersebut tidak berkenan dengan citarasa aku !!!Jika kalian membaca ini, biarlah ia tamat di situ...aku boleh mengalah...tapi aku tidak kalah !

OK... Hasyim jangan emosional.... relaks Hasyim... sambung semula, Program di surau semuanya berjalan dengan lancar, begitu juga dengan meeting, tiada apa2 masalah. Semua hadir tepat pada waktunya. hehehhe... bagus2...

Selepas itu aku menghabiskan masa merehatkan otak yang dah berserabut ni. Semuanya memikirkan masalh... argh..... nasib baik Azhari ada datng ke bilik, boleh lah aku rehat2kan kepala dan otak aku ni... Selepas itu aku seperti biasa melawat ke alam maya, melihat blog. Terasa malas dan penat hendak menulis mengenai laporan program di surau sebentar tadi... Duduk menghadap laptop, menaip, dan hendak memikrkan apa yang hendak ditulis memang sesuatu yang agak menyukarkan. Namun aku tulis juga... dan akhirnya siap juga... Sekitar jam 2 pagi, waktu standard aku tido. Aku pun mulalah melelapkan mata, tapi aku rasa malam semalam aku tak bermimpi lah.... huhuhu

Hari ini, Jumaat yang mulia, aku mohon daripada Allah agar diberkan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang akan datang (insyallah) kerana lebih banyak cabaran dan dugaan yang akan dilalui oleh aku. Maka, diakhir posting ini, aku harap, walaupun kita tidak bersefahaman, namun biarlah ikatan ukhwah antara kita semakin erat. Sememangnya, hari semalam yang telah berlalu, menginggalkan kita dengan seribu satu kisah. Walaupun tidak semua kisah itu indah... namun kisah itu tetap ingin berkisah ! Salam ukhwah fillah abadan-abada...

Hasyim: buat kerja dgn bersungguh2....
bukan sekadar seperti melepaskan batuk di tangga ;)

Monday, February 9, 2009

Xplorace Kemp. Keselamatan... macam2 citer ada !

Semalam tanggal 8 Februari, sempena Kempen Keselamatan, aku bersama Azhari, Hizami dan Fayyad ditakdirkan untuk menyertai xplorace... Sebenarnya aku bukanlah peserta pada mulanya, tapi menggantikan tempat Safiudin yang taknak masuk. Pada mulanya, agak berat untuk aku menyertai xplorace tersebut. Kerana disamping kerja yang melambak2, aku tau xplorace tersebut pasti kene pusing satu UM ni. Terus terangnya aku memang tak larat kalu kene lari2 ke hulu n ke hilir, n lagi satu, aku ni cepat penat...huhuhu. Tapi memikirkan ada kebaikan lain yang boleh aku terima dengan menyertai xplorace tersebut, aku pun menyertainya, tambahan lagi ada pulak kene berkayak, yang memang aku idam2kan drpd dulu lagi...

Seawal jam 7.00 pagi lagi, kami telah pun bersiap. Kononnya bersemangat, tetapi memang kami bersemangat pun, prinsip yang aku amalkan, alang2 dah masuk, kenelah menang. So kene bersemangat sikit. Lebih kurang jam 9.15, aku pun tak pasti waktu sebenarnya pukul berapa, xplorace pun bermula. Tidak dilepaskan serentak yer, xplorace ini lebih kepada mengikut catatan masa yang terpantas. Sebelum itu, nama kumpulan kami ialah IMTIYAZ, yang membawa maksud, kejayaan yang cemerlang, kiranya atas lagi daripada pingat emas, ala2 grand prix la hehehhe.

Check point pertama, kami dikehendaki ke tasik untuk berkayak. Memang yang aku tunggu2. Masa tu aku masih lagi bertenaga hehehhe. Kami pun berkayak, berlumba dengan pasukan lagi satu yang dilepaskan serentak dengan kami. Time tengah2 kayak, aku dah mula penat n tak larat, tapi akhirnya kami mendahului pasukan lagi satu (team Micheal). Habis jer berkayak, aku dah penat giler, kerana aku lebih menggunakan kaki drpd tangan untuk berkayak ! Seterusnya ialakh ke Fakulti Kejuruteraan, kami dikehendaki mencari beberapa keping gambar. Ketika itu, aku dah tertinggal di belakang. Aku biarkan sahaja mereka mencari, masa tu aku memang dah tak larat giler, tapi aku kuatkan jugak diri yang terdaya ni, memandang ini barulah permulaan, dan mereka yang 3 lagi tu memang bersemangat nampaknya.

Seterusnya, kami dikehendaki ke Fakulti Sains Komputer, nun di atas bukit sana. Sekali lagi, aku tertinggal di belakang. Nasib baik ada Azhari yang beriya2 nak menolong aku, tapi aku kate takpe, aku masih boleh cume tak larat nak lari2, jln boleh lagi. Kumpulan yang lagi satu pun lebih kurang sama dengan kami. Kepenatan dah masing2. Dengan kudrat dan saki baki tenaga, akhirnya, kami dan aku sampai juga ke check point ke 3. Mata ditutup dan disuruh untuk membuka mangga menggunakn kunci2 yang ada. Masa ni aku injurt, hahahaha... tak senonoh betul Hasyim. Hasyim memang mcm tu....

Tugasan aku, digantikan oleh Fayyad, kalu tak silap. Dan kami berjaya membuka semua mangga dan ketika ini kami masih lagi mendahului team Micheal. Time aku dah ade tenaga sikit. n sedikit xcident berlaku, apabila Azhari terbabas langgar pokok2, nasib tak masuk longkang. Coz time tu Hizami menegok aku, Fayyad plak pi tgk klu. Azhari takde org bg arahan. men lari jer... ha kan dah langgar pokok. Hhuhuh.... Boleh lah berlari2 sikit, tapi sekejap jer rupenyer, baru lari sesaat, aku dah berenti, sedangkan 3 yang lain, aku rasa mereka still relaks jer, mcm takde ape2. Tak macam aku yang macam nak mampos rasenyer... Maaf yer kepada semua ahli, Hizami, Fayyad, Azhari.

Seterusnya kami ke Kem Palapes juga terceruk di atas bukit sana. Setelah masing2 kepenatan, akhirnya kami sampai juga. Sekali lagi, tugasan aku digantikan oleh Azhari. Memang mantap la Azhari, coz kat Kem Palapes tu macam biasa la, kene panjat2 lari2, gayut2, kirenya Azhari wat 2 round. Trima kasih sekali lagi, n maaf menyusahkan korang sumer... Dan alhamdulillah, ketika kami berjaya menyelesaikannya, kami masih mendahului team lawan. Kami terus turun bukit menuju ke Pusat Sukan. Walaupun turun bukit, tetapi aku stil tak larat, just bole jalan jer n yang lain plak dah jauh ke depan. Sekali lagi aku tertinggal di belakang buat kali yang ke seribu mungkin. Dan time tu, sekali lagi, aku injurt, huh.... Abg Hizami jugak yang tolong meng ok kannya...

Masa ni kalau aku pu ok, memang dah jauh kami tinggalkan team lagi satu tu, tapi disebabkan aku, mereka yang jauh tertinggal tu, berjaya memintas kami. huhuuuu..... Sampai di Pusat Sukan, aku ni dah macam menerima rawatan pesakit luar. hahahaa. tapi stil ok... boleh jalan jer.... time ni kaki aku memang macam nak cabut... nasib bek tak tercabut. Kat Pusat Sukan, disuruhnya cari nama polis kot, aku pun tak sure coz time tu aku memang dah tak le nak wat pe, melainkan tgk jer diorang.... Than, kami terus menuju ke check point 6, terakhir, di kolej. Sekali lagi, aku memang dah tertinggal, Fayyad stil bertenaga, dah ke depan dulu da.... dengan berkat kegigihan dan keazaman yang ada, over lah Hasyim.....

Akhirnya kami pun berjaya sampai di kolej. Kami dikehendaki meniru, beraksi teakwando kot, aku ikut jer.... maka, dengan ittu, tamatlah xplorace kami. Team Micheal di depan kami. Huhuhu.... tetapi malangnya, telur yang diberikan di awal xplorc, telah pun pecah tanpa disedari, menyebabkan kami dikenakan penalti masa selama 10 minit. perghhhh.... lama tu, nak wat camne, dah pecah..... Xplorc kami habis sekitar jam 11.15 kot. memang penat giler... kkul 12 naik bilik, katenyer nak tido. Tapi takle tido, penat sangat kot. Kaki ni memang sakit2, nak jalan pun dah takleh.

Aku menghabiskan masa sejam terlantar di katil. Nak makan pun dah tak lalu... Kul 2 kami berempat keluar pi makan di restoran ape namenyer aku tak tau. Aku memang tak larat nak ikut, tapi aku ikut jelah.... terpaksa jugak aku menghabiskan nasi pataya tu.... Petangnya, selepas makan, balik bilik, nak tido la kononnya, coz time memang mengantuk n penat giler, kaki ni tak yah citer la.... Tapi stil jugak takle tido... argh...... nak wat kerje pun tak larat. Dan malamnya, merupakan penutup program Kempen Keselamatan, dan akhirnya, kepenatan kami berbalas, kami memperoleh tempat ke 5 daripada lebih kurang 16 team yang bertanding.

Tetapi aku rasakan team kami boleh jer dapat no 3 atau no 2. Kalu telur tu tak pecah mesti dapat no 3. Tapi, aku still ok lah, coz walaupun aku byk kali injurt n tak larat nak jalan n lari, tapi kumpulan stil dapat top 5. Kalau lah aku ok jer macam diorang yang lain, mesti team kita no 1 kan ? hehhehehe..... Ape pun saya mintak maaf... memang banyak saya yang puncanya hahahaha... Hasyim...memang.. Dan sampailah kisah ni ditulis, kaki aku masih lagi sakit, kaki Azhari pulak bengkak coz xcident tu...

Ape pun sebenarnya, bagi aku dan aku yakin ramai yang setuju, program2 sebegini sebenanrnya semakin mengeratkan ukhwah antara kita. macam aku, sevara jujurnya, kalau nak diikutkan, kerje yang aku nak wat pagi tu memang aku dah susun, berjela panjangnya. Tapi memandangkan n memikirkan ia banyak kebaikannya. Aku free jugak pagi aku tu dengan menyertai xplorace tersebut. Dan aku rasakan, moga jalinan dan tali ukhwah ini semakin erat, tersimpul rapi... Eminnn.. Di samping itu juga, aku lebih dapat mengenali lebih ramai warga Astar terutamanya yang chinese.

Boleh dikatakan, aku boleh sahaja menegur chinese2 komuniti ni walaupun baru pertama kali jumpa. Boleh sahaja aku bergurau dengan mereka secara spontan. Bagi aku, ini namanya pendekatan, bak kata Saifulislam, erti hidup pada memberi. Selagi mana kita tak memberi macam mana orang nak menerima ? betul tak ? Betul3 kata Upin n Ipin. Dan sebelah malamnya, kami bersama2 meratah hamper yg kami dapat tu. Agak besar jugak... Dan lebih kurang jam 1 pagi, aku dengan Azhari berborak2 n bergosip2 cerita panas. Bukannya apa, sekadar bercerita2 n discus2 sikit. Lama jugak kami berborak, samapi kul 2.15 pg. Macam2 yang kami cerita. Dan sebenarnya, secara jujurnya, membuatkan aku rasa kami semakin rapat. Boleh jer aku citer semua masalah aku kat die... dan minta dia jawab dengan sejujurnya. Terima kasih kawan2...

Terharu rasanya. Teringat aku akan ceramah di masjid suatu ketika dulu, bahawa harta bukanlah boleh menggembirakan kita, Adakalanya kita kesunyian. Kita memerlukan telinga, untuk mengubat kesunyian kita. Telinga ? Ya.. Ada sesetengah orang yang memerlukan rakan2 untuk bercerita... untuk berkongsi masalah n pendapat. Dan orang itu aku rasakan ialah aku sendiri... Cumanya, aku memang memilih......! Sekitar jam 2.30 pagi, seperti biasa sebelum tido aku melawat ke alam maya, membaca berita2 panas. Maka diakhirnya, erti hidup mengajar kita erti pengalaman. Dan pengalaman itu pula mengajar kita supaya lebih menghargai erti hidup. Terima kasih kepada semua...

Hari semalam ternyata telah pun menjadi sebuah kisah. Kisah yang semakin hari semakin indah... Salam ukhwah fillah abadan abada....

Sunday, February 8, 2009

Ikan oh ikan....

.

ehm...kawan2, gambar di atas apa agaknya maksud
dan mesej yang ingin disampaikan nyer ? Macam2 bole.
Fikir2 dan tafsirkan.. :-)

Saturday, February 7, 2009

6 Feb: Macam-macamlah

Bangkitnya kita pada hari ini, mengharapkan kita lebih baik daripada semalam. Tetapi adakalanya, hari yang telah berlalu tak mampu menjadikan kita lebih baik daripada semalam. Namun bersyukurlah, kerana sekurang-kurangnya hari ini masih ada untuk kita !!! Alhamdulillah..

Bismillahi Ar Rahman Ar Rahim... pada tanggal 12 Safar ini bersamaan 7 Februari, Alhamdulillah, aku masih dapat menikmati nikmat kurniaan Alllah. Ayat di atas, merupakan mesej pertama yang aku hantar pada hari ini kepada sahabat2... Fikir2kan...

La ni, tanggal 6 Feb. nak berkisah, Jumaat. Memang hari yang agak kelam kabut bagi aku. Tetapi bagi sahabat2 lain yang masih sempat menghadap laptop, games, games dan games. Mereka pun sebenarnya 'sibuk' juga. Memang agak menyakitkan hati dan otak jika kita rakan sepasukan atau seorganisasi yang tidak dapat memberikan komitmen. Katanya sibuk....tapi.... ehm.... Agaknya, kalau lah orang yang hadir tu menuntut haknya, apa orang yang tak hadir tu nak jawab yer....? Sahabat, ini nasihat bersama, juga untuk diri aku/saya juga....

Ok lah, sedikit emosional nampaknya. Semalam yang telah berlalu, aku bersama Suhail, Rasydan dan Fifi ke JAWI, ada perkara yang perlu diselesaikan berkenaan program yang dikendalikan sendiri oleh aku. Kami bertolak sekitar jam 9 pagi hingga lebih kurang 11 pagi, kami baru pulang semula ke UM. Itu pun masih ada perkara yang tidak dapat diselesaikan. Sampai sahaja di UM , aku menghabiskan masa berpuluh-puluh minit, membuat panggilan telefon. ke bebrerapa orang tertentu. Huhu.... Nasib baik gune celcom, murah sikit...

Dan tidak disangka2, tengaharinya, aku menerima panggilan telefon yang agak mendukacitakan, menyebabkan aku sedikit tak tentu arah, solat Jumaat aku memang tak khusyuk memikirkan perkara tersebut. Habis solat jumaat, dengan jadual kelas pada jam 4 petang, aku bergegas untuk menelefon lagi manusia-manusia yang berkenaan untuk meminta kepastian.

Sebenarnya ada banyak perkara yang aku perlu selesaikan pada hari semalam, tetapi banyak yang tidak dapat aku siapkan. Sedih jugak.... hehehhe. Kelas pada sebelah petang ni memang cukup membosankan. Kesian juga, tgk lecturer yang macam cakap sorang2. Badan kami di dewan kuliah tapi otak masing2 ntah ke mana. Aku pulak menghabiskan masa membalas dan me mesej kepada org2 tertentu. Masa tu lah je yang ada untuk aku mereply meseg yang berjela2 panjangnya. Apa yang diajar ? Tak paham la... Tapi insyaallah kalau baca faham...

Petangnya aku menghabiskan masa menghadap laptop, membaca isu2 dan berita panas. Aku sempatkan juga diri aku untuk membacanya. Disamping buat kerje2 yang lain yang berkaitan dengan laptop.... Melayari laman maya yang tidak ada penghujungnya ini memang menarik. Seperti biasa, aku melayari blog2 rakan yang lain... macam cerita ada. Kebanyakan blog bercerita mengenai isu Perak, tidak kurang juga isu PPSMI. Macam-macam ada....

Malamnya pula, ku sangkakan agak free, rupanya ada pulak latihan kompang. Terpaksalah datang, cadangnya nak membasuh baju yang dah berbulan2 tak basuh. Tapi terpaksalah ditangguhkan. Alamak, sume bende nak citer, hehehhe... Beberapa minit kemudian, dapat mesej dari naqib, katanya ada usrah... Tapi nasih baik tak jadi memandangakn dia ada kat luar, tak balik2 lagi....

Selesai latihan, lebih kurang jam 12 malam, memang memenatkan, lebih2 lagi apabila formation kami 'berlubang-lubang'. Sampai bilik, dengan amanah yang diberikan, aku memberi sedikit masa untuk meng update blog Balai Islam. Dan memandangkan esoknya ada lagi latihan kompang jam 9 pagi, aku pun memutuskan untuk tidur awal, sekitar jam 2 pagi... Awal ker...?

Hari ini, aku bangun, solat Subuh, tapi lambat hehehhe. Menjamu selera, ku ingatkan breakfast roti n kaya kegemaranku, rupanya, hanyalah nasi goreng. Bukannya tidak bersyukur, tapi nasi gorengnya, ehm... sape yang makan mesti tau... Tapi sekurang, bersyukurlah, kerana saudara kita di Palestin sana terutamanya... mesti lagi terseksa dan menderita.

Selepas breakfast bersama Suuuuuuuuuuuuuuhail. Kami sempat menonton tv. Dah lama dan berkurun rasanyer aku tak tgk tv..Huhuhuu... Mula2 tgk berita pasal perak sat. Than, kami tengok kartun, hari sabtu la katekan. Kartun yang emmang best dan favourt, Oggy n Crocoches... memang best giler... huhuhuhu seronok rasenyer....

Sampai sini sahaja untuk hari ini, maka di akhirnya, apa yang telah berlaku semalam. Moga kita sama2 ambil iktibar. Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Mohon maaf juga kepada semua rakan2 seperjuangan, kerana aku sedar, diri ini bukanlah disenangi oleh semua. Moga ukhwah antara kita akan terus terjalin dengan erat. Eminnn......


Wednesday, February 4, 2009

Ada yang kita tak perlu tahu

Hasyim kata:

adakalanya tak semua perkara perlu kita ketahui. Kerana keadaan kita yang tak mengetahui itu, dan perihal kita yang tak ambil tahu itu, adakalanya lebih baik daripada kita tahu akan sesuatu perkara itu !!!

Katanya lagi:

Adakalanya, tak semua perkara perlu kita beritahu kepada orang lain. Kerana keadaan kita yang tidak memberitahu itu, adakalanya lebih baik daripada kita memberitahu akan sesuatu perkara itu kepada orang lain !!!

Setuju ? Tak kisah lah... yang penting, itu Hasyim yang kata ! Sebaik sahaja anda selesai membacanya, ia akan menjadi sebuah kisah... Kisah yang berkisah...

Monday, February 2, 2009

1 Februari yang berkisah...

Tanggal 1 Februari 2009 yang lalu, menyaksikan Debat Terbuka Astar melabuhkan tirainya. Dengan usul Hitler mampu bantu Palestin, menyaksikan pertembungan UPM vs. MMU di pentas final. MMU mencipta sejarah yang tersendiri apabila dinobatkan sebagai johan DTA 08/09. Pasukan UM (a) yang berada di tangga ke 4, berjaya melayakkan diri ke separuh akhir, tetapi tidak sempat menjejakkan kaki ke pentas final apabila ditewaskan oleh UPM.

Manakala pasukan UM (b) pula terpaksa berpuas hati berada di tangga ke 23 selepas 6 perlawanan. Tahniah diucapkan kepada semua rakan2 sepasukan. Moga kita dapat belajar daripada pengalaman. Teringat aku akan falsafah tangga. Harus dilangkah satu persatu, bermula dari bawah kemudian terus ke atas ! Sememangnya senior2ku kaya dengan falsafahnya yang tersendiri.

Semalam, Ahad, kami para pendebat UM, berkunjung ke rumah senior kami, merangkap guru kami untuk DTA, Shen Yee Aun, untuk bersama2 meraikan Tahun Baru Cina, di Klang. Jauh sungguh rasanya perjalanan kami. Berkonvoi 3 kereta, dalam perjalanan, mcm2 yang diceritakan, seronok pula rasenyer. Dan aku rasa, ini merupakan kali pertama dalam 20 tahun hidup, aku meraikan Tahun Baru Cina, beraya ke rumah bangsa cina. Keluarganya memang peramah, petah berkata, dan agak kaya juga dgn falsafah. Walaupun aku pertama kali datang ke rumahnya bertemu keluarganya, begitu juga dengan kawan2 aku yang lain, tetapi aku rasakan kemesraan begitu cepat terjalin.

Alangkah indahnya jika semua kaum di Malaysia ini juga begitu, tanpa mengira bangsa dan agama, kita boleh sahaja bergurau senda, kunjung- mengunjungi dan beramah mesra. Ini tidak, disebabkan isu yang kecil, ada di antara kita yang sanggup berbunuhan, mencaci dan memutuskan hubungan persaudaraan walaupun kita seagama. Maka benarlah, dunia ini semakin tiba ke penghujungnya.

Setelah hampir 4 jam kami di rumahnya, setelah kenyang, macam2 makanan yang dihidangkan, tak muat perut katakan hehehe. Kami pun pulang ke UM. Pulang bersama sekereta dengan John, ilmu pengetahuan aku berkenaan dengan dunia seni bina mula berkembang sikit terutamanya dalam bab rasuah merasuah. Dalam perjalanan balik, hujan turun dengan agak lebat. Apalagi, masing2 mula lah mengantuk.

Pada sebelah malamnya pula, aku bersama beberapa kawan yang lain, diberi kesempatan untuk berkunjung ke Masjid Ar-Rahman. Kebetulan, malam itu ada pengisian khas, Air Mata Palestin daripada Yayasan Amal Malaysia. Patutlah masjid ketika itu aku rasakan agak ramai jemaahnya. Cuma aku rasakan pengisiannya tidak cukup untuk benar2 mengajak para jemaah menghayati apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang. Pulang ke kolej, seperti biasa, setelah mengemas bilik yang agak tak tentu arah, aku menghabiskan masa melayari ke alam maya, menziarahi blog2 sahabat serta ntah blog sesape ntah.

Yang penting blog itu menarik. Dan kira2 jam 12.10, aku bersama beberapa rakan yang lain, pergi min-min (minum2 dan makan2) di 6th. istilah min-min diperkenalkan oleh senior debat aku. menarik kan ? heheh Sebenarnya ada lagi beberapa istilah yang digunakan oleh mereka, macam2lah, seperti pol (politik). Lain2 tak leh bagi tau, hehehe. Setengah jam min2, kami pun pulang ke kolej, dah mengantuk sebenarnya.

Cukup sampai di sini coretan untuk kali ini, kerana banyak kerja2 lain menanti untuk disiapkan. Apa pun, semoga jalinan yang terbina antara kita terus berkekalan. Sememangnya tali yang menghubungkan itu tidak dapat dilihat, namun cukuplah tali itu dapat dirasai oleh semua. Pasti, suatu hari nanti, ia akan menjadi sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah, tetapi kisah yang cukup indah !